|
Reply 275# sepaileman
alamak, incik mod sudah marah...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 cerita ni habis dekat nak raya tahun depan |
|
|
|
|
|
|
|
pergh..lomantik giler cik es ngn danny...jelous plak aku..untung beb sapa2 dpt hubby cam danny tur...aku xkisah kalo ade bab syaz tu..yg penting bab danny mesti ade..buat pnjng2 pun xpe kalo masuk bab c.es n danny laling.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah potong TT. . . |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah potong cik es...
lagi panjng lgbagus
momod punnnnnnnnnnnnn... jgn potong kredit haku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 264# cik_es
babak danny n syaz penyedap cerita la kak es, penambah perisa,, okay je la, jgn potong2 ek.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf semua ye,sy mintak sangat supaya semua yang berada kat sini berhenti bertanya soalan :
"Bila nak update?"
"Takde update lagi ke?"
" Pendeknya,takde sambungan lagi ke?"
"Saja check nak tengok update ke tak"
atau pun yang sewaktu dengan nya.
Sy akan paste update bila sy ada masa terluang dan mungkin perlu sy bgtahu kat sini, sy tak memiliki laptop sendiri dan kat rumah pun sy tak memiliki kemudahan internet sendiri, jadi waktu sy sangat-sangat terbatas. Sy dapat paste update waktu kat tempat kerja kalau ada masa terluang dan kalau abang sy tak guna laptop dia waktu malam, jadi sy dapat update malam.
Sekiranya takde update, sy cuma nak minta jasa baik semua yang berada di sini untuk berhenti bertanya. Mungkin korang boleh share pengalaman hampir serupa yang berkaitan dengan misteri telefon, atau pertanyaan tentang jalan cerita yang korang tak berapa faham ke atau soalan-soalan relevan sementara tunggu sy update.
Sy akan habiskan cerita ini hingga tamat, itu JANJI sy,Insya Allah. Jadi sy rasa soalan ada update ke tak,bila nak update, kalau dapat tolong elakkan tulis di sini sebab dah pastinya sy akan update cuma antara lambat dengan cepat je bergantung dengan masa dan keadaan sy.
Sy harap semua faham dan bila sy masuk ke forum, sy tengok bertubi-tubi orang tanya ada update ke tak,automatik sy rasa down dan kurang bersemangat. Itu saya.
Terima kasih semua |
|
|
|
|
|
|
|
takde update lg ke?
Ops.. Sori cik ecah. Tsasul. Hehe.. Dorg ni mmg xfhm bahasa. Ai yg bc komen dorg tanya update ni pn naik nyampah. Kalo cik ecah,ape la lg. Hrp mohon kerjasama momod amek tndakan tegas utk tolak kledet org2 ni. Tp post ai yg ni,jgn la potong kledet ye. Hihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
go go cik es! |
|
|
|
|
|
|
|
6 ...
P/s : 'Aku' dalam cerita di bawah adalah Danny.
Kisah Danny bermula.
Waktu tu, aku masih kecil lagi, tak ingat umur berapa, tapi sekolah menengah rendah,mungkin dalam lingkungan 14 ke 15 tahun macam tu. Dulu, waktu kecik-kecik, kalau habis waktu sekolah, aku suka lepak kat kebun datuk aku. Datuk aku seorang askar, tapi dah lama pencen dan sejak dia pencen, dia mulakan aktiviti berkebun. Bukan lah untuk dijual hasilnya, tapi saja untuk suka-suka dan untuk sendiri makan je. Selain dari berkebun secara kecil-kecilan, datuk aku jugak ada pelihara ikan keli kat sebuah kolam buatan sendiri yang boleh tahan besarnya, adalah lebih kurang 1 per 4 dari saiz padang bola sepak. Dan datuk aku ada jugak pelihara seekor beruk, yang pada asalnya adalah milik sahabat baiknya, tapi dah jadi milik dia sejak sahabatnya tu berpindah ikut anak dan menantunya ke negeri lain.
Pada satu hari, datuk aku bawa aku ke kebun,selepas balik dari sekolah. Datuk cakap, nak gi buat batas baru untuk tanam apa entah,dah lupa. Jadi,lepas balik sekolah dan makan tengahari, aku terus ikut datuk ke kebun. Waktu tu,aku tengok je datuk buat batas baru, si beruk tadi pun ikut gak dan duduk kat bahu aku. Beruk tu manja sangat dan selalu jadi tukang angkat barang yang ringan-ringan sesuai dengan tenaga dia. Kalau datuk aku keluarkan rokok, automatik si beruk tadi tolong nyalakan mancis tapi selalu tak berjaya,hahaha. Terkial-kial je tangan dia nak nyalakan lighter.
Waktu datuk tengah sibuk siapkan batas, datuk cakap dia nak pergi cari kayu yang kukuh sikit untuk cucuk kat batas tu, untuk senang sayur tu menjalar kat kayu tu katanya. Datuk aku pesan, jangan ke mana-mana,duduk je dekat bangsal kecil tu. Aku pun lepak la kat situ sambil layan kerenah si beruk. Waktu tu mendung, tapi tak hujan. Bila dah bosan duduk, aku baring pulak. Waktu baring tu, aku mengadap pokok dan ada lihat sesuatu yang aneh kat situ. Tubuhnya macam anak kecil tapi wajahnya berkedut-kedut macam orang tua. Persis orang kerdil. Aku tersentap sekejap tapi perasaan takut tu tak ada, beruk pun sama jugak, manusia kerdil tu tadi menarik perhatian dia. Tapi tak sampai beberapa minit, orang kerdil tu melarikan diri bila kehadirannya disedari. Aku yang teruja nak tahu makhluk apa tu, terus kejar dia tapi geraknya terlalu pantas dan licik, aku putus asa,tak jadi kejar.
Aku patah balik ke belakang, bila palingkan badan je, aku berada di sebuah tempat yang lain. Aku terpinga-pinga. Kawasan tu berkabus dan harum, kabusnya bukan warna putih,tapi berwarna-warni macam pelangi. Pokok sekeliling tinggi-tinggi dengan ketinggian yang tak masuk akal. Seolah-olah aku masuk dalam dunia gergasi yang semuanya bersaiz gergasi. Aku mula menjerit memanggil datuk, suara aku bergema seolah di dalam gua. Tiba-tiba kepala aku kena hempap sesuatu dan aku tak sedarkan diri. Bila aku sedar je, aku terdampar kat tepi kolam ikan keli yang lokasinya jauh sangat dari kebun datuk aku. Ahli keluarga yang jumpa aku kat situ dengan bantuan jiran-jiran yang turut sama mencari aku.
Sampai sekarang aku tak tahu adakah aku benar-benar melihat makhluk aneh tu dan berada di alam gergasi tu, nyata atau khayalan semata.
Itu kisah misteri yang pertama.
Pengalaman kedua pulak, pengalaman menakutkan ni berlaku sewaktu aku tinggal kat asrama waktu aku umur 17 tahun. Sebenarnya aku bukan pelajar asrama pun, tapi waktu itu semua pelajar yang bakal menduduki SPM diwajibkan tinggal kat asrama sebab minggu tu kitorang ada minggu latihan intensive dan seminar kenal potensi diri. Selama seminggu itu la aku terpaksa jadi budak asrama. Pada malam terakhir tinggal kat asrama, aku dah teruja lebih dan pakat dengan beberapa orang kawan nak kenakan salah seorang budak junior yang sambut hari jadinya pada hari tu. Pada 2 malam sebelumnya,kitorang dah standby satu plastik sederhana besar yang penuh dengan air milo lebihan di dewan makan. Air tu dibiarkan selama 2 malam, dah basi dan baunya agak boleh tahan jugak. Planning kitorang, nak simbah dengan air milo basi tu sebaik je dia habis mandi untuk ke surau (solat isyak). Jahat gila niat kitorang, dia nak gi solat, kitorang pakat nak simbah milo basi pulak,biasa la zaman remaja nakal-nakal lagi.
Disebabkan waktu tu hujung minggu,jadi takde kelas prep malam. Kitorang ponteng tak nak pegi surau hanya kerana nak kenakan budak junior ni. Bila melihat dia dah on the way ke bilik mandi, kitorang pun berpandangan antara satu sama lain dan bagi isyarat nak mulakan misi. Air milo basi tadi dah mula standby dah dalam baldi, memang banyak, hampir penuh 1 baldi saiz sederhana tu sebab memang diambil dari lebihan kat dewan makan. Kitorang sedaya upaya menahan gelak dan mula mengenal pasti bilik mandi mana satu dia masuk berdasarkan tuala yang dia sangkut kat pintu, kang silap orang pulak. Budak junior tu memang antara pelajar pandai kat sekolah dan selalu jadi imam jugak kalau waktu solat, cuma sikapnya yang terlalu manja dan agak keperempuanan tu yang buat kitorang suka buli dia.
Waktu tu kitorang dah standby kat luar bilik mandi, dapat dengar bunyi air dari dalam tu menandakan dia dah start mandi. Tak lama kemudian, paip ditutup,tiada lagi kedengaran bunyi air dan tuala yang disangkut kat pintu,ditarik dari dalam. Hah, dia dah habis mandi, kitorang pun standby depan pintu dah siap-siap. Tunggu nak simbah je lagi. Waktu ni seksa menahan ketawa,takut kantoi. Aku dan kawan-kawan aku yang nak dajalkan dia, adalah dalam 4 orang termasuk aku.
Kitorang senyap je,ternanti-nanti dia keluar. Tapi,tak jugak dia keluar. Bila dah terlalu lama, aku jadi resah. Takkan lama sangat kot setakat nak lap-lap badan lepas mandi tu? Aku beri hint kat kawan aku, dia pun macam lenguh dah menunggu.
Kawan aku pulak pegi ketuk bilik mandi tu dan panggil nama budak junior tu.
"Hafiz,ko ke dalam tu..cepat oi,dah nak maghrib ni!!" jerit kawanku dari luar. Tapi.. tiada respon.
"Hafiz??" aku pulak cuba panggil. Kitorang memang sure sangat dia yang mandi dalam tu sebab kenal tuala dia macamana dan sebelum tu memang dah intai dia, dia masuk bilik mandi yang itu.
Tiba-tiba kedengaran bunyi selak pintu dibuka dari dalam. Woahhhh,kitorang pun apa lagi, terus angkat balik baldi milo tadi dan bersedia,konon. Beberapa saat lepas tu, azan berkumandang dan alangkah terkejutnya kitorang bila mendengar azan maghrib yang dilaungkan tu ternyata suara milik Hafiz. Siapa yang tak kenal suara lunak dan unik si Hafiz melaungkan azan di sekolah tu,memang kami tak silap dengar. Kami berpandangan sesama sendiri, keliru dengan apa yang berlaku. Kalau Hafiz dah berada di surau,siap tengah azan lagi, habis tu siapa pulak kat dalam bilik mandi tu kalau bukan hafiz?
Perlahan-lahan pintu bilik mandi dibuka dari dalam dan sejurus lepas tu, kawan aku yang berdiri betul-betul mengadap bilik mandi,terus pengsan tak sedarkan diri. Aku panik, begitu jugak dengan yang lain. Aku takut tapi dek kerana rasa ingin tahu, aku melihat ke arah dalam bilik mandi. Ada seorang budak yang wajahnya persis wajah Hafiz tetapi matanya semua putih dan mulutnya berdarah sebab diberusnya sendiri dengan berus pakaian. Kami semua lari lintang pukang. Antara kami berempat, cuma aku dan yang pengsan tadi dapat tengok apa sebenarnya yang berada kat dalam bilik mandi tu,manakala dua lagi, tak nampak apa-apa.
Cerita Danny tamat di situ.
"Woahhhhhhh scary gila! Habis tu yang budak pengsan tu macamana?" tanya Syaz.
"Kitorang tinggalkan dia,tapi lepas tu ada warden datang. Budak pengsan tu demam dalam beberapa hari la jugak"
"Habis tu,engkau tak demam lah?"
"Tak" Danny buat muka bangga. Haha.
"Ceiiiiiii..berlagakkkk" Syaz gelak. |
|
|
|
|
|
|
|
"Hah....Aishah,giliran awk pulak!" cadang Danny.
Aku terdiam. Kalau ikutkan aku memang ada beberapa pengalaman menakutkan berlaku dalam hidup aku. Salah satunya ialah ..
Cerita aku bermula..
Waktu kejadian berlaku, aku masih kecik lagi, 15 tahun, baru masuk tingkatan tiga. Itu lah kali pertama aku tinggal di asrama sebab dua tahun sebelumnya aku merupakan pelajar harian. Waktu aku tingkatan satu dan tingkatan dua, aku pelajar harian sebab sekolah dekat je dengan rumah, kurang dari 5 kilometer. Pada tahun berikutnya, sekolah aku berpindah ke bangunan baru yang lokasinya sangat la jauh berhampiran hutan sana. Aku pernah terdengar yang bangunan baru sekolah aku tu,dibina di atas tapak perkuburan orang cina tapi aku tak tahu la sejauh mana kebenarannya.
Minggu pertama tinggal di asrama,aku dah mula menyesuaikan diri. Waktu ni macam-macam kisah aku dengar termasuklah sebuah bilik di tingkat dua kat bangunan bersebelahan yang tak dapat dihuni atas masalah tertentu. Warden cakap barang belum lengkap, tapi aku dengar kakak yang bertugas sebagai pembantu makmal tu bagitau,bilik tu 'keras' sikit hinggakan setiap kali nak masukkan barang kelengkapan macam katil dan locker, memang tak dapat nak masuk. Selepas beberapa usaha gagal, bilik tu ditutup dan dibiarkan takde penghuni cuma lampu akan dibuka setiap malam untuk elak suasana gelap. Bilik tu pulak memang kat hujung sekali. Pernah sekali waktu giliran pelajar perempuan balik bermalam, aku tak balik sebab parents aku outstation waktu tu. Entah kenapa petang tu,selepas lunch, aku beranikan diri nak tengok-tengok bilik tu.
Bila dah berada kat depan pintu bilik tu,aku cuba pulas tombol pintu,berkunci. Tingkap pun tertutup rapat,tak ada apa yang dapat aku tengok dari luar. Waktu aku nak patah balik ke bilik aku, tiba-tiba aku dengar macam suara orang mengaji al-quran tapi balik-balik dia ulang ayat pertama sahaja.
"Bismillahirahmanirrahim... Yaaaasin..." lepas tu berhenti. Tak berapa lama kemudian,dia ulang lagi..
"Bismillahirahmanirrahim... Yaaaasin..." kemudian berhenti lagi. Dan ulang lagi. Beberapa kali macam tu.
Aku rasa aneh,kenapa dia mengaji macam tu. Dan suara mengaji tu memang kedengaran dari dalam bilik misteri tu. Aku pergi semula ke bilik tu, cuba pulas tombol pintu yang sama,dapat buka. Sebelumnya tadi berkunci pulak. Tapi aku cuma pulas tombol pintu tu dan tolak sedikit demi sedikit, aku tak buka sepenuhnya. Waktu tu aku dah nampak sekujur tubuh atas lantai yang ditutup dengan kain batik seolah-olah mayat...atau.. memang mayat? Hati aku berdebar-debar. Wanita berselendang putih berada di tepinya, tapi membelakangkan aku. Perlahan-lahan wanita tu angkat tangan dia perlahan,tapi wajahnya tetap tak berpaling, dia seolah-olah suruh aku pergi dari situ. Aku cepat-cepat lari dari situ tapi sikit pun aku tak menjerit walaupun dada aku dah nak pecah rasanya,terlampau takut. Sampai je bilik,aku menggigil. Azan Zohor yang berkumandang buat aku sedikit lega. Aku terus ke surau untuk solat dan pengalaman menakutkan tadi,tak aku ceritakan pada sesiapa.
Sebelah malamnya pula, bilik aku yang kebiasaannya dihuni oleh 14 orang pelajar,tinggal 3 orang je sebab yang lain semuanya balik bermalam. Timbul rasa menyesal pulak dengan tindakan aku yang pergi menjenguk bilik misteri tu. Perasaan takut masih lagi menghantui walaupun tak sekuat petang tadi. Malam tu lepas makan malam,aku lepak dalam bilik je dengan kawan aku yang tinggal sama bilik, yang sorang lagi pergi bilik membasuh, nak rendam cadar untuk dicuci esok hari katanya.
Kawan aku ni, namanya Fiza (bukan nama sebenar). Fiza ni berambut panjang,memang panjang sangat hingga hampir menghampiri paras peha. Hitam lebat lagi, aku sendiri suka belai rambut dia. Satu habit dia, bila dia selesai mandi, dia suka keringkan rambut yang basah tu dengan cara dia. Dia akan baring kat katil tingkat dua (katil asrama kan dua tingkat tu), hujung kepala dia akan rapatkan ke hujung katil dan rambut yang panjang tadi akan di lepaskan ke bawah supaya kering sendiri. Sebab tu dia pilih katil yang tingkat atas sebab kalau kat katil bawah, nak lepas rambut pun tak boleh sebab mencecah lantai.Sambil tunggu kering tu, dia baca la novel ke apa ke. Kadang-kadang sampai tertido tapi rambut dia masih lagi mengurai ke bawah.
Malam tu,pun dia buat macam tu lepas mandi. Dan aku pulak memang baring kat tingkat bawah katil dia sambil baca komik. Katil aku dengan Fiza, menghadap pintu, dan aku baring pun menghadap pintu. Fiza senyap je kat katil atas, aku ingat dia tertido dah lepas mandi sebab aku panggil, senyap je. Lebih kurang 15minit lepas tu, tiba-tiba ada rambut yang sikit demi sikit turun ke bawah, ke bawah dan ke bawah. Aku pun buat dek je lah sebab aku ingatkan Fiza dah terbangun dan nak keringkan rambut dia kot.
Tapi aku rasa agak terganggu bila rambut tu masih lagi bergerak ke bawah, dah lebih panjang dari kebiasaan. Selalunya tak sepanjang itu. Bila aku terdetik je fikir macam tu, rambut tu berhenti dan terurai setakat tu je.
"Fiza,dah panjang sket eh rambut kau" aku menegur.
"Hmmm...." Fiza respon macam tu je.
"Aku paling panjang pun takat siku je, itu pun aku selalu potong sikit-sikit. Panjang sangat aku tak tahan,kena masuk dalam tudung lagi. Kau rajin eh jaga rambut kau panjang2 macam ni" kata aku lagi.
"Hmmmmmmm...." jawab Fiza.
Ngantok kot budak ni,dalam hati aku berkata. Jadi aku berhenti bersembang dan sambung balik baca komik.
Tiba-tiba aku dengar bunyi orang berjalan kat luar. Kawan aku yang pergi rendam cadar tadi kot? Aku dengar bunyi dia susun selipar kat luar. Bila dia buka pintu je, aku terus toleh dan terkejut gila aku tengok Fiza yang masuk, dengan bawa baldi dan masih berkemban lagi,baru lepas mandi. Aku terus tengok kat hujung katil, tp rambut tu dah tak ada. Habis tu,rambut siapa tadi kalau bukan Fiza? Siapa yang menyahut tadi kalau bukan Fiza? Aku sendiri nampak Fiza naik ke atas katil dia,lepas mandi.. tapi sekarang Fiza sebenarnya baru je habis mandi dan baru je masuk bilik. Misteri, rambut siapa kah tadi? Malam tu aku tak dapat tidur lena,asyik terbangun. Seram.
Cerita aku habis di situ.
Aku, Danny dan Syaz masing-masing rasa seram,dah la malam-malam,dengan hujan renyai-renyai lagi, berkongsi cerita menakutkan. Layan habis.
Haa... giliran Syaz pulak cerita pengalaman dia..
Cerita Syaz bermula..
Bersambung.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adeh..aku tak dapat bayangkan cik es siap nampak mayat dalam bilik dan
siap ada nampak 'kawan' a.k.a hantu yang rambut mengurai, kalau aku la,tak adanya
aku ada di asrama tu lagi ,aku yang baca ni pun masih cuak..syukurla aku baca siang. |
|
|
|
|
|
|
|
erk..... 11lbh awai lagi kan.. cam tbayang2 lak rambut panjang tu.. tq cik es |
|
|
|
|
|
|
|
ecah..oleh kerana sy pon dah takleh nak pm ecah...eloklah sy post disini saja..sy tertanya2..mcm manalah rasenya dapat panggilan misteri..ade tak rse mcm hebat,happy atau sebaliknya mcm sgt terganggu?..sblum ni sy tak pernah terfikir..lps baca post trakhir tadi ..rse nak sgt tanya ecah ..nk tahu..sbbnya..kalau sy sendiri yg dapat panggilan mcm halo,halo...sy terus letak..sbb mls layan..ataupon kalo ade bunyi pelik..sy terus letak tanpa banyakk soal..dan langsung tak mengganggu fikiran sy..mungkin dah slalu anggap smua panggilan mcm tu tak penting..jwb yer ecah..
utk pngtahuan ecah..sy ni pminat setia story ecah dr part1..smpai skunk.mybe ecah dah lupe sy kot,tp tkpe.sy tetap akn support ecah wlaupon ade org len yg cm bangang tak fhm2 tujuan sbnr knp ecah nk share story ni..tapi tak boleh salahkan diorg jugak..mungkin diorg pon tak mintak utk jadi sebangang tu.
ecah,sy akan ke kuching nanti..dan sgt2 nak pegi kedai ecah..kalau boleh bertegur sapa dengan ecah lagilah bertuah rase hati ini(ewah ayat!!)..harap sgt ecah boleh pm sy utk alamat restoren ecah itu..tq |
|
|
|
|
|
|
|
sy tertanya2..mcm manalah rasenya dapat panggilan misteri..ade tak rse mcm hebat,happy atau sebaliknya mcm sgt terganggu?..sblum ni sy tak pernah terfikir..lps baca post trakhir tadi ..rse nak sgt tanya ecah ..nk tahu..sbbnya..kalau sy sendiri yg dapat panggilan mcm halo,halo...sy terus letak..sbb mls layan..ataupon kalo ade bunyi pelik..sy terus letak tanpa banyakk soal..dan langsung tak mengganggu fikiran sy..mungkin dah slalu anggap smua panggilan mcm tu tak penting..jwb yer ecah..
hai evita,mcm nama air mineral pulak nama awk ni hihi
Bagi menjawab soalan itu, sebenarnya dulu sy pun macam tu,sy ignore semua panggilan yang entah apa-apa. Dan sy jarang sangat-sangat nak angkat nombor yang tidak dikenali. Tapi itu dulu,waktu sy belum mula kerja, zaman sy masih lagi jadi staff bawahan,sy hanya jawab panggilan yang dikenali je,kalau nombor tak kenal, sorry lah memang takkan angkat punya melainkan dia sms dulu bgtau dia siapa, then baru sy angkat.. Bila sy dah mula kerja di tempat sy kerja skrg, sy bukan lagi staff bawahan tp sy sendiri incharge restoren tu jadi sy banyak menerima panggilan penting dari supplier, dari orang-orang tertentu yang nak promote barang berkaitan dan lebih-lebih lagi nombor handphone sy tertera pada setiap resit yang diberi pada customer,jadi banyak call penting dari nombor yang tak dikenali, nak tak nak sy terpaksa jawab panggilan. Itu sebab kenapa sy tak boleh ignore panggilan masuk.
Tentang kes nenek ni, sama jugak sy tak ignore cuma sy rasa hairan dia buat panggilan dari mana dan nak cari siapa sebab dah banyak kali cakap dia salah nombor,tapi dia masih buat panggilan jugak (rujuk balik cerita part 1). Sebab tu, sy pada asalnya cuma nak tahu, nenek tu cakap apa dan dari situ bermulanya pencarian saya, untuk cari siapa yang boleh faham bahasa Cina Hakka. Bila saya dah tahu nenek tu cakap pe, timbul rasa simpati. Sebenarnya semuanya bermula dari rasa ingin tahu yang menebal, sebab kalau sy jenis keras hati, sy akan ignore dan tak peduli langsung sebagaimana yang pernah dilakukan oleh bekas staff sy (acc clerk) yang lebih kerap duk di office berbanding sy, dia ignore sepenuhnya panggilan nenek tu. Tapi, sy pulak, sy tak boleh nak ignore sebab tiap kali sy dengar dia cakap, suara dia sayu sangat, macam merayu. Sy teringat arwah ibu sy setiap kali dia call.
Sy tak merasakan itu satu yang hebat, boleh dibanggakan atau sebagainya cuma sy rasa bersyukur sgt sy melalui semua itu sebab sy belajar erti kasih syg org sekeliling yang selalu kita tak hargai, tapi bila dia hilang, baru kita tercari. Sy dpt banyak sangat lesson dalam pengalaman ni yang secara peribadinya sy tak pernah share dengan rakan-rakan secara umum, cuma sahabat sy yang terdekat sahaja yang sy tahu apa yang sebenarnya berlaku.
utk pngtahuan ecah..sy ni pminat setia story ecah dr part1..smpai skunk.mybe ecah dah lupe sy kot,tp tkpe.sy tetap akn support ecah wlaupon ade org len yg cm bangang tak fhm2 tujuan sbnr knp ecah nk share story ni..tapi tak boleh salahkan diorg jugak..mungkin diorg pon tak mintak utk jadi sebangang tu.
sy nak ucap terima kasih banyak atas support,sy hargai sangat. sy faham kita manusia ni pelbagai ragam, bila ada yang tak percaya pada apa yang sy kongsi, sy terima kerana ada waktunya,sy pun mcm tu tak percaya sepenuhnya cerita orang lain. sy terima semua komen positif dan negatif yang sy terima, tak menjadi hal. Memang dah ada forumer di sini yang datang berjumpa dengan sy kat restoren dan bertanya dengan staff2 sy sendiri tentang kisah ini,dan mereka pun teruja bercerita
ecah,sy akan ke kuching nanti..dan sgt2 nak pegi kedai ecah..kalau boleh bertegur sapa dengan ecah lagilah bertuah rase hati ini(ewah ayat!!)..harap sgt ecah boleh pm sy utk alamat restoren ecah itu..tq
untuk pengetahuan awk, sy di Miri, bukan di Kuching syg.. Tapi boss sy memang ada satu lagi restoren di kuching dan adakalanya sy berada di situ untuk food test, audit, meeting dan sebagainya tapi sy incharge sepenuhnya di Miri sahaja, pegi kuching tu kadang2 je sebulan sekali macam tu. Maaf sy tak dapat tulis alamat tempat sy kerja di sini tapi awk boleh add sy di facebook,tengok email kat signature di bawah ni ok hehehe. Sy berbesar hati sgt kalau ada forumer yang nak lepak2 dengan sy, ada kawan baru dari macam-macam tempat, macam-macam cerita kita boleh kongsi.
|
|
|
|
|
|
|
|
makin best citer ni (baru sempat nk komen sbb bizi yg hamats. ni pun tinggalkan kejap sbb tringat nk bacer..). citer part cik es ngan bilik misteri tu best tp yg paling terkesan pada kucen adalah citer danny pasal nk kenakan kwn dia. sampai mlm tadi kucen tringat. dh la mlm tadi duk sorang sebab akak kucen gi tgk bola (tganu menang!yeyyy!!!). tengah gosong baju asyik terbayang2....adesh!
tp paper pun, mmg best.
mmg x nafikan klu duk hostel & niat nk kenakan org tu selalu jew 'mende' tu yg kenakan kita balik & yg terkena tu bukan kawan kita yg sebenar sbb budak2 hostel (lelaki) masa skolah dulu pun pernah cuba nak usik pelajar perempuan dengan telekung kt surau tp lepas tu diorang sendiri nampak sumting ala2 telekung beterbangan..... |
|
|
|
|
|
|
|
6 ...
P/s : 'Aku' dalam cerita di bawah adalah Danny.
Kisah Danny bermula.
Waktu tu, aku ...
cik_es Post at 22-10-2011 15:14
hehehehe....
haa... notti notti lagik....
konon nak kenekan junior......kan da kene balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|