CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: EVERYDAY IS A FRESH START

 Close [Copy link]
Post time 5-12-2024 04:44 PM | Show all posts
momod vellfire
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2024 04:44 PM | Show all posts
momod tinot ada nampak
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:45 PM | Show all posts
nak sambung tengok jae suk balik
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:48 PM | Show all posts
telracs replied at 5-12-2024 04:41 PM
Dah lama tak nampak mamanoni

sama momod
lama jugak tak nampak

selalu ada dekat bennag gifs borneo

lama dah dia tak post kat situ





Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:48 PM | Show all posts
selalu ada kat benang sama je
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:49 PM | Show all posts
collect kedit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2024 04:49 PM | Show all posts
lama tak nampak dia post
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:50 PM | Show all posts
Selamat Petang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2024 04:50 PM | Show all posts
check in rumah baru

thanks tashu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:51 PM | Show all posts
dah page 15
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:52 PM | Show all posts
dekat 50 minutes kan jalan nak balik hotel
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:52 PM | Show all posts
petang nuki
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:52 PM | Show all posts
tak tag atau reply
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:53 PM | Show all posts
bukan nuki boleh bukak pun noti
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:53 PM | Show all posts
dah try belum mcm diajar
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 04:54 PM | Show all posts
Jap g saya masuk semula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2024 04:54 PM | Show all posts
Nak g benang Ngai jap
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 05:10 PM | Show all posts
Melodi tukar siaran setiap Khamis 9 malam


Masih mengekalkan Ain Edruce selaku hos, Baby Shima dan Fikry Ibrahim selaku hos undangan malam ini. - Foto TV3





KUALA LUMPUR: Rancangan hiburan terbitan TV3, Melodi yang bersiaran setiap Ahad jam 12.30 tengah hari selama tiga dekad mengumumkan penukaran hari dan waktu siaran baharu iaitu setiap Khamis, jam 9 malam, bermula hari ini.
Masih mengekalkan Ain Edruce selaku hos program, Melodi akan menyampaikan pelbagai berita sensasi dan gosip terkini dengan gaya lebih segar dan memikat.
Gabungan dinamik antara Ain bersama artis jemputan setiap minggu akan mencipta suasana yang penuh dengan keseronokan dan kejutan, sekali gus bakal menjadikan setiap cerita lebih menarik dan 'panas'.
Bukan sekadar menukar waktu tayangan, perubahan Melodi kali ini adalah transformasi total yang akan merubah keseluruhan rancangan.



Dengan segmen luar biasa dan penuh debaran, Melodi bakal memikat hati penonton dan meluaskan pengaruhnya dengan konsep baharu.
Gabungan gosip mengejutkan, penceritaan penuh emosi dan naratif penuh impak bakal membawa Melodi ke tahap lebih tinggi, selain mampu mencipta definisi baharu bagi hiburan yang tidak dapat dilepaskan.
Melodi bakal menayangkan sehingga 20 segmen menarik dengan membawakan pelbagai isu terkini dan sensasi dalam dunia hiburan.
Antara segmen dimuatkan adalah Sensasi, Panas, Kontroversi, Eksklusif, Selidik, Sekilas, Filem, Aduan, Gosip, Tergempar, Prihatin, Betul Ke?, Sila Jawab, Kes, Takziah, Konsert, Tahniah, Potensi, Nostalgia, dan Usik-Usik.
Setiap segmen direka khas untuk memberikan kandungan lebih segar, relevan, dan penuh kejutan demi memastikan penonton sentiasa terhibur dan mengetahui mengenai berita terkini dalam dunia hiburan, sukan dan budaya.
Penonton juga boleh menonton siaran ulangan Melodi atau strim melalui aplikasi Tonton.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1332960/melodi-tukar-siaran-setiap-khamis-9-malam






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 05:11 PM | Show all posts
Lagu nyanyian Michelle Yeoh masuk carta Billboard Hot 100






Menyanyikan lagu The Wizard And I untuk filem Wicked adalah pengalaman muzikal pertama buat Michelle Yeoh.



KUALA LUMPUR: Tan Sri Michelle Yeoh, 62, mencipta pencapaian baharu apabila lagu nyanyiannya bersama Cynthia Erivo berjudul The Wizard And I memasuki carta Billboard Hot 100.
Menjayakan lagu untuk filem Wicked itu adalah pengalaman muzikal sulung buat Yeoh.
"Terima kasih Cynthia Erivo dan Stephen Schwartz. Kini saya sudah bergelar penyanyi," tulisnya secara berseloroh pada sebuah hantaran di Instagram.
Yeoh pernah berkongsi bahawa menyanyi adalah cabaran yang agak menggerunkan baginya. Namun, Yeoh ada alasan tersendiri ingin menjayakan filem terbabit.

Menggalas watak Madame Morrible, baginya kecintaan terhadap genre Muzikal Broadway itu lebih mengatasi rasa risaunya.
"Ia adalah cerita dunia fantasi di mana orang tiba-tiba menyanyi dan menari berbanding bercakap. Saya suka sangat begitu," katanya.
Menariknya, Yeoh kembali disatukan dengan pengarah, Jon M Chu dalam Wicked selepas pernah bekerjasama untuk filem pecah panggung Crazy Rich Asians sebelum ini.
Yeoh bersyukur Chu menggalas tugas itu kerana berjaya tampilkan kepelbagaian dalam filem itu.
Wicked dibintangi nama-nama hebat termasuk Cynthia Erivo, Ariana Grande, Jonathan Bailey dan Jeff Goldblum.






https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1333134/lagu-nyanyian-michelle-yeoh-masuk-carta-billboard-hot-100

















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 05:14 PM | Show all posts
Jualan Rahmah akan diaktifkan di kawasan banjir - KPDN


Armizan (dua kanan) ketika menyantuni calon SPM di SMK Air Jernih, Kemaman, hari ini. - Foto NSTP/BAHAROM BAKAR







KEMAMAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengaktifkan program jualan Rahmah Madani di lokasi terjejas banjir di seluruh negara, terutama di Kelantan dan Terengganu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata jualan Rahmah Madani akan diaktifkan di lokasi berkenaan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan yang ditawarkan di antara 10 peratus dan 30 peratus lebih murah daripada pasaran.
"Walaupun jadual jualan Rahmah Madani sudah ditetapkan, kita akan aktifkan di lokasi terjejas banjir bagi membantu masyarakat yang terkesan mendapatkan barangan dengan harga lebih murah," katanya.
Terdahulu, Armizan menyantuni 83 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Jernih, di sini, hari ini.





Pada majlis itu, Armizan turut menyampaikan kotak makanan kepada semua calon yang terpaksa menduduki ujian lisan Bahasa Melayu di SMK Chenih Baharu, selepas laluan ke pusat pemeriksaan di SMK Air Jernih ditenggelami air.
Yang turut hadir adalah Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah), Rosli Chik dan Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.
Dalam perkembangan lain, Armizan berkata, KPDN juga meluluskan penghantaran bekalan barangan keperluan harian daripada luar kawasan ke negeri yang terbabit banjir kepada 635 pemborong terpilih daerah (DDW).
Katanya, kelulusan itu bukan sahaja terhad kepada penghantaran bekalan barangan keperluan, malah perkhidmatan pengisian bahan api, termasuk diesel dan petrol melalui perkhidmatan pengisian bahan api mudah alih (ROVR).
"Pelan kontingensi ini diberikan bagi mengelak berlakunya gangguan bekalan barangan, sekali gus mengekang peningkatan harga yang keterlaluan disebabkan bekalan berkurangan," katanya.
Armizan berkata, sebanyak 635 DDW dan 1,359 peruncit terpilih daerah (DDR) dilantik untuk menyimpan stok bekalan barangan sebanyak 30 peratus melebihi had simpanan ditetapkan.
Ketika mengulas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapatkan barangan bekalan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir, Armizan berkata, KPDN menggalakkan pihak yang ingin menghulurkan bantuan mendapatkan bekalan daripada kawasan atau negeri yang tidak terjejas banjir.
"Kita mengalu-alukan NGO atau badan korporat menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir, tetapi bagi memastikan tidak berlaku gangguan bekalan di kawasan terkesan banjir, kita minta pihak berkenaan mendapatkan bekalan dari luar kawasan terjejas banjir," katanya.
Ketika diminta mengulas kenaikan harga santan daripada RM11 sekilogram (kg) kepada RM16 kg, Armizan berkata, KPDN akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca kenaikan.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1333296/jualan-rahmah-akan-diaktifkan-di-kawasan-banjir-kpdn









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.071652 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list