TIP SAMBAL BILIS KEKAL RANGUP SEMINGGU
Resipi sambal bilis paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggi. Rahsianya, jangan guna bawang merah. Kalau nak pakai juga, kena tumis betul-betul sehingga garing. Bahan-Bahan: Ikan Bilis
Bawang Putih
Cili api merah+hijau
Garam
Ajinomoto
Asam keping Cara-cara membuat: 1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kalau rajin tumbuk lumatlah kalau tak rajin kasar. 2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing. 3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api. 4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak. 5. Masukkan garam + ajinomoto + asam keping. 6. Dah masak masuk ikan bilis dan siap.
|