CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolit_gurlz

cintaku full house

  [Copy link]
Post time 28-3-2011 04:30 PM | Show all posts
NAK LAGI....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 08:51 AM | Show all posts
cte ni best tp xde smbungn..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 01:57 PM | Show all posts
dah berjanggut tunggu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 09:36 AM | Show all posts
lama betul menyepi.....love dah lupa jln cite nih...nnt kena repeat lar..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 10:33 AM | Show all posts
bez ar cte nie..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 12:49 PM | Show all posts
Lama x ada n3 ni.....nak jadi manuskrip ke????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2011 01:19 PM | Show all posts
sayang ek... citer bagus2 gini simpan lama2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 08:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 5-4-2011 20:20

-16-


SEKEJAP SEKEJAP HANA memandang Zakif.Dia menahan rasa.Hampir setengah jam sudah berlalu selepas makan malam.Perkara yang Zakif kata nak bincang langsung tidak terluah daripada bibir lelaki itu.Selamba sahaja Zakif enak menonton televisyen sambil mengunyah keropok Mister Potato.


Kruk krak kruk krak bunyi keropok yang dikunyah oleh Zakif.Hana mengigit bibir.Ikutkan hati,Mister Potato ditangan Zakif hendak sahaja dirampasnya.


Zakif mengerling Hana.Dia perasan yang Hana mencuri pandang ke arahnya.Sengaja dia buat-buat tak nampak keresahan hati Hana.Macamlah dia tak tahu yang daripada tadi Hana ternanti-nanti apa perkara yang hendak dia cakapkan.


Ahaa!!Zakif sengih dalam hati apabila pandangan matanya dan pandangan mata Hana bertembung.Cepat-cepat Hana larikan anak matanya memandang televisyen.Sesaat cuma,apabila dia terasa bulu romanya meremang.Perlahan-lahan dia memandang Zakif.


“Apa?”soal Hana cuba mengawal gugup apabila melihat Zakif yang tidak putus memandangnya.


“You tu yang kenapa?”Zakif menyoal Hana.Sekeping keropok dimasukkan ke dalam mulut.Dia buat muka selamba sambil mengunyah keropok.


“Kenapa dengan I?”soal Hana balik.Pura-pura tak faham maksud Zakif.


Zakif senyum nakal.Hana berkerut dahi melihat senyuman nakal Zakif.Bertambah kerutan dahinya apabila Zakif tiba-tiba bangun.Zakif masih lagi tersenyum.Perlahan tapak kaki Zakif melangkah ke arah Hana.Spontan juga Hana merapatkan dirinya ke sofa.Terasa lain macam melihat Zakif tersenyum.


Langkah Zakif berhenti di hadapan Hana.Dia merapatkan wajahnya ke arah Hana.Terus Hana memalingkan wajahnya,menghadap sofa.Enggan bertentang wajah dengan Zakif.


Terasa hembusan nafas Zakif menampar pipinya.Dia memejamkan matanya apabila melihat tangan Zakif yang tiba-tiba naik,seolah-olah hendak memegang pipinya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2011 08:20 PM | Show all posts

Terdengar macam ada bunyi goncangan.Hana membuka matanya.Wajah mister potato tersenyum tertera dihadapan mata.Hana menoleh,memandang Zakif.


“Nak?”soal Zakif masih dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir.


Hana mendengus.Mister potato terus dirampas kasar daripada tangan Zakif.Nak pelawa aku pun sampai nak kena rapat-rapatkan muka ke?Hana menyumpah dalam hati.


Zakif terus duduk disebelah Hana.Dipandangnya Hana yang sedang mengunyah.Nampak macam Hana sedang mengunyah geram keropok tersebut.Jangan-jangan dia bayangkan yang dia tengah gigit aku kot.


Zakif mencapai remote control.Dia menekan-nekan butang remote,mencari siaran yang sesuai.


“I dah tempah dua tiket untuk kita honeymoon”ujar Zakif dengan mata masih pada kaca televisyen.


Bunyi kruk krak kruk krak terhenti.Zakif tahu Hana sudah berhenti mengunyah.Zakif juga tahu yang mulut Hana sedang tergangga sedikit.Dapat dia rasakan yang Hana sedang menoleh memandangnya.Tetapi dia terus memandang ke kaca televisyen.


“I pilih Langkawi.Tak tahulah you dah pernah pergi ke belum.Hujung bulan depan kita pergi.You minta cutilah siap-siap.Dalam tiga hari dua malam kita dekat sana”sambung Zakif lagi.


Sepi.Zakif memandang Hana.Kelihatan riak wajah Hana merenungnya tanpa berkelip.Zakif mengerut dahi.


“Hello…”Zakif memetik jarinya dihadapan wajah Hana.


Hana tersentak.Dia mengelipkan matanya dua tiga kali.Keropok yang masih ada didalam mulut ditelan perlahan-lahan.


“Apa you cakap?”soal Hana.


Belum sempat Zakif hendak membuka mulut,Hana menyampuk lagi.


“Honeymoon?”soal Hana lagi.


“Kita..”Jari telunjuk Hana tudingkan ke arahnya dan Zakif.”Kita honeymoon?”soal Hana buat kali ketiga.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 08:21 PM | Show all posts

Zakif tayang muka tiada perasaan melihat respon yang diberikan oleh Hana.


“Bukan..”Zakif geleng kepalanya.”Bukan kita yang honeymoon,tapi pak mat tempe yang honeymoon”Zakif buat ayat ‘kerek.’


“You tak korek telinga berapa bulan sampai I nak kena ulang dua tiga kali?”soal Zakif lalu terus merampas mister potato di tangan Hana.


Hana mengigit bibir.Mister potato di tangan Zakif dirampas balik.Keropok yang baru hendak Zakif masukkan ke dalam mulut turut sama dirampasnya.Zakif terus memandang Hana tajam.


“Right.Pak Mat Tempe eh?So funny…”Hana mendengus.


“I nak faham satu perkara.Kenapa tiba-tiba you nak ajak I honeymoon.Bukan ke..”Hana tidak menghabiskan kata-katanya.


“What?”Zakif tayang muka bosan.”Ajak honeymoon pun salah ke?Bukannya i ajak you buat terjun bangunan tingkat 18 pun.”


Penumbuk Hana genggam.Rasa macam nak tumbuk aje muka Zakif.


“You tak faham ke apa yang I fikir?”Hana menyoal lagi.Kali ini,nada suaranya berubah menjadi tegas.


“Faham apa?”Zakif pandang Hana.”You tak beritahu I,macam mana I nak faham.”


Bang it!Memang Zakif ni nak kena penumbuk sedas.Dia tak tahu ke yang mereka ni bukannya macam pasangan suami isteri yang lain.Jadi tak ada sebab kenapa mereka nak honeymoon honeymoon ni semua.


Hana menarik nafas.Memang kena banyak bersabar bila bercakap dengan orang macam Zakif.


“I tak nak pergi”ujar Hana.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 08:22 PM | Show all posts

akif gelengkan kepalanya.”I tak terima jawapan tu.”


“I tak nak pergilah..”ulang Hana balik.


Zakif geleng lagi kepalanya.”Macam I cakap,I tak terima jawapan tu.”


Hana bengang.Dia terus bangun daripada duduknya.


“Okay.Kalau you nak pergi,you pergi sorang-sorang”tegas Hana.Dia berpusing untuk melangkah naik ke dalam biliknya.


Baru Hana membuat pusingan 90 darjah,terasa lengannya ditarik kuat.Hana terkejut.Badannya terhempas ke atas sofa.Terasa jemari

Zakif menolak bahunya menyebabkan dia tersandar di sofa.


Dia mengerling Zakif yang duduk rapat disebelahnya.Lengan Zakif menghalang Hana daripada bergerak.


“Apa you ni?”


Zakif meletakkan jari telunjuk di bibirnya,sebagai isyarat menyuruh Hana diam.Dia semakin merapatkan dirinya ke arah Hana.Hana rimas.Dadanya mula bergendang hebat.


“You rapat lagi sikit dengan I,I flyin..”


Bicara Hana terhenti apabila jari telunjuk Zakif singgah dibibirnya.Hana terkedu.


“You cakap apa tadi?”soal Zakif.


Hana menolak jari telunjuk Zakif,tapi pantas Zakif memegang lengan Hana.


“Sakitlah..”Hana bersuara bengang.


“Jangan nak bohong,I pegang tak kuat pun okey”Zakif merenung Hana tajam.


Hana mendengus.”You tak dengar ke?You tak korek telinga berapa bulan sampai I nak kena ulang balik tiga empat kali?”Hana memulangkan balik ayat Zakif.


Zakif menarik senyuman.Senyuman Zakif yang tiba-tiba itu membuatkan Hana mula diserang rasa gelisah.Dia rasa dia kenal makna senyuman itu.


“Woww…”Zakif menarik senyuman yang makin lebar.”Pn.Hana sekarang ni dah makin pandai melawan sekarang yea…”


Hana diam.Dia tahu kalau dia membuka mulutnya sedikit lagi,pasti Zakif akan melakukan perkara-perkara yang dia sendiri tidak sanggup hendak fikirkan.Memang perangai macam budak-budak.Asal aku bantah sikit aje,mulalah nak gunakan kelemahan aku.Macam dia tahu-tahu aje yang aku ni berdebar tahap nak pecah dada bila dia main pegang-pegang dengan duduk rapat-rapat macam ni.


“Okay..”Hana mengetap bibir.”You menang.I ikut you pergi honeymoon tu.”


“Really?”soal Zakif nakal.


“Yelah..”Hana menjegilkan matanya.”Sekarang lepaskan I boleh tak?I nak naik tidurlah.”


“My pleasure..”Zakif menjarakkan badannya.Hana membetulkan baju t-shirt yang dipakainya.Bahaya betul.Nasib baik tak terselak t-shirt aku.Bingkas dia bangun daripada sofa itu.


“By the way..”Hana tersentak apabila lengannya dipegang sekali lagi.Tapi kali ini lebih lembut.Tak ada kasar macam tadi.Dipandangnya Zakif yang sudah berdiri di hadapan matanya.


Hana terundur ke belakang.Rasa macam nak pecah dada melihat kelakuan Zakif yang tak habis-habis nak uji tahap kekuatan jantungnya.Rasa macam tak sanggup juga melihat panahan tajam anak mata Zakif.Sungguh.Dia rasa macam dia boleh pengsan kalau terus menatap anak mata Zakif yang berwarna hitam pekat itu.


“I nak…”Anak mata Zakif dan anak mata Hana bertentangan.


“Nak apa?”soal Hana gugup sambil menelan air liur.


Zakif menarik senyuman.


“I nak..”Zakif semakin mendekati Hana.


“Apa?”


“I nak mister potato I..”Terus mister potato yang masih berada digenggaman Hana diambil.Hana tersentak.Tidak menyangka yang dia masih memegang mister potato itu daripada tadi.


“Okay.Good nite”Zakif senyum panjang.Dia melangkah ke arah sofa dan terus melabuhkan punggung di situ.Hana yang masih berdiri tercegat menoleh memandangnya.Wajah Zakif yang selamba memang membuatkan dia rasa sakit hati.


Tanpa berkata apa-apa,terus Hana melangkah menaiki anak tangga.

                                                                                                 [BAB 16 TAMAT]

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 08:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 5-4-2011 20:36

-17-


“OIT!”Fendi tersengih di muka pintu pantry.”Kau tak nak keluar lunch ke?”soalnya sambil menapak masuk ke dalam pantry.

Zakif yang sedang menghirup minuman mengangkat wajahnya.


“Eh?”Dah lunch time ke?”soalnya terkejut.


“Dahlah..”Fendi menarik kerusi lalu terus duduk dihadapan Zakif.”Apa benda yang kau fikir sampai boleh terlupa waktu lunch ni?”


“Aku fikir macam mana Barack Obama boleh jadi presiden AS.”


“Ceh!”Fendi mencebikkkan bibir.”Tak habis-habis nak kelentong aku.Haa..”Dia menariksengihan nakal.”Aku tahu..”Fendi memandang Zakif.


“Kau ingat pasal isteri kau kan?”


Meledak terus ketawa Zakif.Rasa lucu mendengar spekulasi yang dibuat oleh Fendi.


“Banyaklah kau!Kau ingat aku ni macam kau ke?Jiwang karat punya orang”ujar Zakif lalu bangun.


“Sekarat-karat aku pun,aku tetap handsome bergaya tau.”


“Pigidah..”Zakif tayang muka menyampah.”Nak muntah aku dengar cakap kau yang asyik masuk lif tekan sendiri ni.”


Fendi tersengih.Bahu Zakif dipautnya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 08:37 PM | Show all posts

"Jom weh.Temankan aku pergi jumpa adik aku.”


“Kau nak jumpa adik kau,kenapa nak ajak aku sekali?Pergilah sendiri.”


“Alahh..jomlah!Lepas jumpa adik aku,kau boleh belanja aku makan.”


Zakif membuntangkan biji matanya.”Banyak handsome muka kau!”


“Trimas!”Fendi sengih.”Aku dah lama tahu aku handsome.”


Mereka berdua melangkah ke pintu lif.Fendi menekan butang untuk turun.


“Kif..”Fendi mengerling Zakif sekilas.”Kau jadi ke ikut rombongan syarikat pergi Langkawi tu?”


“Jadi..”Jawab Zakif sepatah.Dia pantas masuk ke dalam perut lif sebaik sahaja pintu lif terbuka.Jarinya menekan butang G.


“Kenapa?”Zakif mengerling Fendi.”Kau tak pergi ke?”


“Eh pergi!”Fendi angguk kepalanya.”Aku ajak isteri aku.Kau ajak Hana ke?”


“Taklah.Aku ajak Zila.”


“Zila?”Fendi mengerut dahi.”Zila mana?”


Zakif ketawa.”Aku ajak Hanalah weh.Nak ajak siapa lagi.Kau ni pun..”Zakif mengelengkan kepalanya.Pintu kereta Fendi dibuka.


“Hana tahu ke yang ni program anjuran syarikat?”


“Tak..”Zakif sengih.”Aku beritahu dia yang kami nak pergi honeymoon.”


Fendi spontan ketawa.”Kau ni kan!Kalau Hana tahu,melayang periuk belanga dekat rumah.”


“Alahhh…kira okeylah tu.Jimat bajet!Lagipun semua syarikat yang sponsor kan?”


Fendi mengelengkan kepalanya.”Kalau isteri akulah,alamat mogok tak nak cakap dengan aku.”


Zakif menarik senyuman mendengar ucapan Fendi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 08:39 PM | Show all posts

“Apa you ni?”marah Hana.Dia mengetap bibir.Erni disebelah dikerlingnya,meminta bantuan.Wajah Erni turut sama berubah berkerut,sama sepertinya.


“Hana.I nak jumpa dengan you.”


“Tapi I tak nak..”ucap Hana.Dia bergerak ke kanan,tetapi secepat itu juga langkahnya dihalang.


“Eh Hamdan!You tak faham bahasa ke?Hana kata dia tak nak,dia tak naklah”sampuk Erni.


“Erni..”Hamdan memandang Erni.”You diam!Jangan masuk campur urusan I dengan Hana.”


“Kenapa pula tak boleh?”Erni membalas pandangan mata Hamdan.”You sedar tak yang Hana ni dah tak cintakan you?Dia ni dah jadi isteri orang?”Suara Erni naik setangga.


“I tak peduli!”Hamdan memandang Hana.”You kena jelaskan dekat I,kenapa you tiba-tiba kahwin dengan lelaki tu.”


Erni mengetap bibir.Belum sempat Hana hendak membuka mulut,Erni terus menarik lengan Hana.Terdorong tubuh Hana mengikut langkah kaki Erni.


“You jangan layan orang macam tu Hana,buat sakit jiwa aje”ucap Erni.


“Erni!”Langkah Erni mati apabila Hamdan menghalang laluannya.”Lepaskan lengan Hana.I dah kata,you jangan masuk campur dalam urusan I dengan Hana.Ini antara I dengan dia.You tak ada kena-mengena.”


“I kawan dia.I ada hak nak masuk-campur.”


“Ohh..”Hamdan senyum mengejek.”Kawan…You mengaku you kawan Hana yea.Cermin sikit diri you tu.”


“You..”Erni menaikkkan jari telunjuknya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 08:40 PM | Show all posts

“Dahlah!”Hana pantas mematikan pertelingkahan di antara Hamdan dan Erni.Hana memandang Hamdan.


“I tak nak ikut you.Macam yang I cakap,kita dah tak ada-apa.It’s over.Sekarang ni antara kita hanyalah hubungan diantara majikan dengan pekerja.Itu sahaja okey.”


Erni berpeluk tubuh.Dia sempat menghadiakan senyuman sinis kepada Hamdan.


Hamdan memandang Hana.”Kenapa tiba-tiba you jadi macam ni Hana?”soal Hamdan perlahan.


Hana diam.Suara Hamdan yang berubah itu meruntun sedikit sebanyak hatinya.Dia mengalihkan pandangannya pada orang yang lalu-lalang,keluar masuk daripada bangunan.Anak matanya terus terancap pada sesusuk tubuh yang sedang melangkah masuk.


“Sebab…”Hana memandang Hamdan sekilas,sebelum memandang tubuh yang semakin menghampiri mereka itu.


Hana menelan air liur.”Sebab I dah jatuh cinta dengan orang lain”ucap Hana.Dia melangkah.Anak mata Hamdan mengekori langkah Hana.


“Abang…”Hana pura-pura mengukirkan senyuman mesra.Lengan Zakif terus dipautnya.


Zakif yang sedang berbual-bual dengan Fendi terkejut.Mati langkahnya apabila terasa lengannya dipaut tiba-tiba.Langsung dia tidak perasan yang Hana sudah berdiri disebelahnya.Langsung juga dia tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan Hana di sini.


Zakif mengerling Fendi sekilas.Fendi pura-pura meliarkan pandangan disekeliling bangunan,namun senyuman mengusik sudah mula timbul di bibirnya.


Hana menahan rasa malu melihat senyuman mengusik Fendi.Dalam hati dia berdoa janganlah Zakif memaki-hamunnya.Terasa berpeluh tangan ketika memaut lengan Zakif.


“Err..”Hana memandang Zakif yang masih merenungnya.”Abang buat apa dekat sini?”soal Hana manja.


“Haa?”Zakif terkejut.Pandangan tidak berkelip dihadiahkan kepada Hana.Dia memandang lagi Fendi sekilas.Kali ini Fendi berdchem kecil.


“Eh aku macam nampak adik akulah.Kau sembang dengan isteri kau dulu,aku pergi jumpa dia kejap eh”ucap Fendi tiba-tiba sambil menepuk bahu Zakif.Sempat dia tersenyum kepada Hana.Dikenyitkan matanya pada Zakif yang masih terkebil-kebil.


Hana dan Zakif memerhatikan langkah Fendi meninggalkan mereka.


Zakif memandang ke arah dibelakang Hana.Beberapa meter daripada mereka,kelihatan seorang perempuan dan seorang lelaki sedang memerhatikan gerak-geri mereka.Zakif rasa dia tidak kenal siapa perempuan itu tetapi lelaki itu…


Zakif memandang lagi wajah lelaki itu.Akalnya cuba mencari imej lelaki yang dia rasa dia pernah jumpa.Spontan,imej lelaki itu kembali terlayar di akal fikiran bersama-sama dengan peristiwa yang pernah berlaku sewaktu mereka di rumah Hana dahulu.


Zakif memandang Hana.Wajah Hana yang merah padam dengan pautan jemari Hana dilengannya dipandang sekilas.Terasa genggaman jemari Hana pada lengannya.Meskipun berlapik,namun Zakif dapat merasai sentuhan itu.


“Dia kacau you lagi ke?”soal Zakif perlahan.


Hana diam.Dia pura-pura tersenyum bagi menjawab soalan Zakif.Dia mengerling sekilas ke belakang,melihat Erni dan Hamdan.Kelihatan mereka berdua masih di situ.Memerhatikan gerak-geri dia.


Hana mengigit bibir.Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.Tiada skrip yang bermain di kepala otaknya ketika ini.Dia memandang Fendi yang semakin menghampiri mereka berdua.


“Kawan abang dah sampai”ucap Hana.Sekali lagi panggilan abang dia gunakan apabila melihat Fendi yang sudah menghampiri mereka.

Zakif menoleh.Wajah Fendi yang tersenyum dipandangnya.


“Dah jumpa dah adik kau?”soal Zakif.


“Dah!”Fendi angguk kepalanya.”Kau nak makan dengan aku ke nak makan dengan isteri kau?”soal Fendi nakal.


Zakif memandang Hana.


“Eh tak apalah!”Hana pantas mengelengkan kepalanya.”Abang pergi makan dengan kawan abang,Hana pergi makan dengan Erni.Lagipun Hana dah janji dah dengan dia”ujar Hana.Dalam hati dia bersyukur sebab panggilan “abang”begitu mudah meluncur keluar daripada mulutnya.Tak perlu nak praktis depan cermin untuk mengungkapkan perkataan itu.


Zakif memandang kembali wajah Hamdan dan perempuan yang dia rasa bernama Erni itu.Wajah tidak puas hati Hamdan jelas kelihatan.Zakif memandang Fendi.


“Aku nak cakap dengan isteri aku kejap.Kau tunggu dalam kereta boleh?”pinta Zakif.


“Okay..”Fendi tersenyum.Dia melangkah meninggalkan Zakif dan Hana.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 08:40 PM | Show all posts

Zakif merungkai pautan jemari Hana di lengannya.Hana mengigit bibir.Rasa malu apabila Zakif merungkaikan pautan jemarinya.


“You pergi makan elok-elok eh”ucap Zakif tersenyum.Jemarinya bersatu dengan jemari Hana yang dirungkaikan tadi.Hana tersentak.Dipandangnya jemarinya yang berada didalam genggaman Zakif.Rasa tidak percaya melihat jemarinya dirangkul kemas oleh jemari Zakif.Debaran didadanya muncul tanpa diundang.


Hana mengangkat wajah memandang wajah Zakif.Zakif tersenyum memandangnya.Spontan jemarinya dikucup lembut.


Hana tidak mampu menyembunyikan riak terkejutnya akan perbuatan Zakif.Dia menutup mulut dengan tangan kirinya.Nasib baik tak ada orang yang lalu ketika itu.Seketika,dia terlupa akan Erni dan Hamdan yang masih berada dibelakangnya.


Anak mata Zakif fokus pada Hamdan.Dia mengukir senyuman dalam hati apabila melihat Hamdan sudah melangkah pergi.


“Dia dah pergi”ucap Zakif perlahan.Hana terkesima.Tidak mengerti dengan kata-kata Zakif.


“Lelaki itu dah pergi”ulang Zakif balik.Kali ini dia tersenyum.”Kawan you mesti tengah tunggu tu.Lakonan dah tamat.I nak pergi makan”ucap Zakif.Dia melepaskan jemari Hana lalu terus melangkah meninggalkan Hana.


Hana memerhatikan langkah Zakif yang semakin hilang.Jemarinya diletak ke dada.Berharap agar debaran didadanya berhenti.Dia tersentak apabila lengannya dirangkul.


“Oh my god!”Erni tersenyum girang.”Itu ke suami kau?Gila.Romantik betul dia.Berani dia kucup jemari kau depan Hamdan.Korang ni dah declare jadi suami isteri betul-betul ke?”soal Erni.


Hana menoleh memandang Erni.Hanya senyuman segaris yang dia lemparkan sebagai jawapan kepada soalan Erni itu.


                                                                                                 [ BAB 17 TAMAT ]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2011 09:12 PM | Show all posts
uwaaahhh best sambung lagi....

psst tak bertugas ke masa book fair nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 09:44 PM | Show all posts
best.....nak n3 lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 08:35 AM | Show all posts
wah .. sonoknya.. biarpun lakonan.. mcm real je zakif ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 09:05 AM | Show all posts
nak lagi lah..dah lama tunggu ni..tak cukup rasanya..best cite ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048056 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list