|
Diriku disini bukan juga mencari pasangan
tapi aku bukan perempuan sebarangan
ada maruah ada pegangan
hidup perlu ada batasan
biar bermain kata harapnya tiada siapa terluka
akan kulupakan kau siapa
agar dapat kugarap baris bahasa
niat yang ikhlas akan memudahkan
segala fitnah tiada difikiran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasihatku padamu
hargailah sihati
jangan leka berpuisi hingga lupa yang dicintai
jangan leka menyusun bahasa namun disisimu ada org yang terasa
jangan indah mencipta kata hingga menyiksa jiwa sidia |
|
|
|
|
|
|
|
Aku telah melalui
hingga diri hancur begini
suami tidak peduli
luluh jiwa memakan hati |
|
|
|
|
|
|
|
nasihatku padamu
hargailah sihati
jangan leka berpuisi hingga lupa yang dicintai
jangan leka me ...
assafdiyah Post at 3-10-2010 23:14
terima kasih saya pasti mengingatinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam selamat pagi
moga ceria dirahmati
saya kembali menjeguk ke mari
nanti saya sambung mengarap puisi
buat tatapan yang berjiwa seni
sudilah membaca di ruangan kunci. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku telah melalui
hingga diri hancur begini
suami tidak peduli
luluh jiwa memakan hati
assafdiyah Post at 3-10-2010 23:16
Yang pergi
Usah dinanti yang telah pergi
apa diharap lagi pada impian yang dikhianati
orak langkah sendiri tetapkan destinasi
utamakan diri dari terlena bersama mimpi ngeri.
Usah dirayu pada yang telah pergi
apa diharap lagi pada janji yang dimungkiri
yakini hati pasti ada yang menanti
jadi pengganti sesudah tragedi.
Usah dimimpikan yang telah pergi
apa diharap lagi pada mimpi yang tak pasti
kutip sisa-sia hati yang dihancuri
jadikan mercu tanda keyakinan diri.
Usah ditangisi yang telah pergi
apa diharap lagi pada kasih yang menyepi
hidup sendiri bukan untuk diratapi
bangkit kembali menyinari peribadi.
Usah dijejaki yang telah pergi
apa diharap lagi pada insan yang menyakiti
hati dan perasaan bukan untuk digurisi
hati dan perasaan perlu dijagai. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 4-10-2010 12:53
Satu saat itu
Bila kau tiada
aku rasa kosong jiwa
mencari-cari di ruang masa
detik-detik kau membelai mesra.
Bila kau terlupa
aku rasa kehilangan deria
mencari-cari apa yang tidak biasa
membuatkan aku dalam dilema.
Bila kau di sisi
aku berasa mantap emosi
mencari-cari kelemahan diri
memberi yang terbaik jadi aspirasi.
Bila kau pergi
aku merenung sendiri
andai kau pergi tak kembali
di manakah akan kucari ganti?
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sayang dan benci
Jika kita menyayangi
belum pasti ianya akan berkekalan
sayangilah diri lebih dari segala
yang mendatang
belum tentu seperti diharapkan.
Jika kita membenci
adakah pasti kita akan tenang selamanya?
benci tu benihnya dendam
dendam membawa persengketaan
mampukan kita hidup dalam kekacauan ciptaan sendiri?
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bicaraku sendiri
Aku berpuisi lagi
berpuisi untuk menyatakan emosi
untuk tatapan dan renungan sendiri
dalam usaha memperbaiki diri yang lemah ini.
Aku berbicara lagi
menyatakan isi hati yang memenuhi memori
jadi ingatan pada diri sendiri
usah leka dengan kehidupan duniawi.
Aku menggarap lagi
mencoretkan tragedi yang menyayat hati
mengambil iktibar menginsafi diri
menyerah diri kepada Kebesaran Illahi.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku manusia
punya kelemahan
punya hati dan perasaan
terkadang aku ingin lari
lari dari manusia yang tidak mengerti
menyendiri terima nasib sendiri
biarkan aku dengan duniaku!!!
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Hatiku membantah
Hati aku mula kata jangan!!!
jangan ambil tahu pasal perasaan
biarlah
biar rajuk itu
biar marah itu
biar kecewa itu
biar amukan itu
penat nanti pandailah dia sedar diri
satu masa
hati aku membatu
hati aku takan bersuara
hati aku pekakan telinga
hati aku tak upaya lagi!!!
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Hati kenapa dengan engkau?
"biarkan aku dengan duniaku, Ok".
Pada hati yang kian menyepi
aku takkan meratapi
akan kubawa diri
walau tanpamu di sisi
meneruskan sisa hidup yang berbaki.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
kata-katamu mengusik hati |
|
|
|
|
|
|
|
rasa macam kena perli je... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pergi
Usah dinanti yang telah pergi
apa diharap lagi pada impian yang dikhianati
...
Goldkey Post at 4-10-2010 11:20
Diriku tidak pernah mengharap lagi
tidak ingin lagi dia kembali
biarlah diri membenci silelaki
agar diri tak perlukan pengganti
andai diri mengharap pengganti
takut diri berkorban lagi
hancur lagi diri dan hati
ingin diri terus meniti kehidupan
dengan permata dan rahmat tuhan
doakan agar diri menemui jalan kebahagian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 4-10-2010 13:02
rasa macam kena perli je...
assafdiyah Post at 4-10-2010 12:49
Aku menulis
Aku menulis bukan kerana sesiapa
aku menulis hanya kerana-Nya
aku menulis bukan kerana nama
aku menulis kerana sifat kasih pada sesama kita
aku menulis bukan kerana harta
aku menulis kerana syariat-Nya
aku menulis bukan kerana suka-suka
aku menulis kerana ingin diredha
aku menulis bukan mengada-ngada
aku menulis kerana agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Jemarianku
mengetuk laju keyboard komputer
mencoret kata pada skrin bercahaya
menyatakan apa yang dirasa
mencari damai di hati
membuang kedukaan yang mendekati
tidaklah merana sampai ke mati.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingin berlari sendiri
ke kaki langit membawa diri
disaksikan warna-warna pelangi
meredah gerimis menempias ke pipi
lalu kudongak pada putihnya kabus pagi
memohon simpati mengharap belasan Illahi
dianugerahkan kekuatan diri
menempuh onak dan duri
jadikan aku insan dirahmati.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 4-10-2010 15:09
"Kau curangi aku , kau khianati aku"
kata Anang dalam lagunya.
Sampai kapan bila pun aku takkan menyetujui
si curang dan si pengkhianat.
Cuma tertanya
kenapa ada kecurangan dan pengkhianatan?
kalau orang normal takkan melakukannya
kecelaruan mentalkah?
ujian keimanan dari Tuhankah?
bala dari Tuhankah?
keinsafan cahaya terindah
kemaafan pemberian teragung.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|