CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: trexxxxxi

[SBS] RUNNING MAN [House 6]-Every Sunday 4.50PM [Korean Time]

 Close [Copy link]
Post time 25-9-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
hunt_fear replied at 24-9-2017 09:56 AM
korang ada terbaca variety show baru yoo jaesuk+ lee kwangso utk netflix??. PD running man yg lama j ...

Ha'ah. Ada tengok kat Youtube pasal tu. Ada yang risau sebab takut Running Man akan ditamatkan sebab diaorang dah buat program baru. Huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok epi 369. Memang best. Asyik gelak je aku.
Kesian diaorag nak pergi tandas pun kena main roulette dulu. Jae Suk sampai sanggup bayar kat Jong Kook sebab dah tak tahan nak ke tandas. Tapi aku rasa tak mungkin PD akan paksa diorang tahan daripada pergi tandas punya. Mesti masa tak buat rakaman, diaorang boleh pergi tandas.

Masa game Dreadful Pirate pulak, Jong Kook boleh kalah masa cucuk pedang tu kali pertama. So Min yang kena cucuk 4 boleh je menang.
Tak pasal-pasal kena sepak dengan Kwang Soo. Kwang Soo pulak suka betul tampar pipi orang. Mula-mula Se Chan kena. Lepas tu Jong Kook pulak.

Rupanya ada Designer dalam kalangan diaorang. Senang je diaorang dapat tahu siapa designernya sebab Kwang Soo terlalu menonjol sangat masa buat misi sembunyi dia tu.
Habis sepanjang permainan asyik kena perli je sebab dah tau dia tu designer.

Akhir sekali Jihyo menang. Jihyo beli nama dia sendiri untuk lekat kat roulette. Dia lekat kat nama Kwang Soo. Memang nasib baik betul Jihyo. Tempat yang dia lekat tu la yang terpilih. Kwang Soo la yang akan ke Cage of Death nanti.
Semua bergelak sakan masa nama Kwang Soo yang terpilih, lepas je Jae Suk cakap "kita tak tahu siapa yang Kwang Soo akan pilih", terus semua senyap terus. Paling ketara muka Jihyo la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jong Kook memang tak kisah pun kalau kena pergi. Dia memang pernah cakap dulu kan yang dia nak sangat pergi situ. Jadi dia saja buat Kwang Soo marah supaya Kwang Soo pilih dia. Tapi Kwang Soo tak nak pilih dulu. Dia suruh bagi masa seminggu.

Lepas tu terus tunjuk Kwang Soo dengan So Min kat lapangan terbang sebelum ke Indonesia.
So Min siap pakai gelang tangan yang Kwang Soo belikan untuk dia dulu masa kat Jepun.

Diaorang kena pilih sampul surat yang ahli-ahli RM bagi kat diaorang untuk pembelanjaan kat Indonesia nanti. Jae Suk, Jihyo dengan Suk Jin je yang bagi banyak duit. Jong Kook tak bagi apa-apa, HaHa bagi baucar makan daging kat restoran dia. Se Chan pulak bagi duit mainan. Hampeh betul.
Bengang Kwang Soo dengan So Min.
Masa kat kapal terbang pulak So Min asyik bercakap je sampai Kwang Soo tak larat dah nak layan dia. Sampai tertidur Kwang Soo.
Nampaknya minggu depan baru dapat tengok hukuman diaorang. Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Star_el replied at 21-9-2017 09:18 AM
2 org ek? Tak ingat dah hahahaha sebab slalu skip part dia dok ulang vcr berapa ratus kali tu XD

Iols pun ingat2 lupa... tu yang tanya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 25-9-2017 01:12 PM
Ha'ah. Ada tengok kat Youtube pasal tu. Ada yang risau sebab takut Running Man akan ditamatkan seb ...

Iols tunggu gak variety show baru YJS & LKS ni... bila start uols? Boleh tengok kat netflix je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SecretLuv at 25-9-2017 02:21 PM
Choc-chip replied at 25-9-2017 02:01 PM
Iols tunggu gak variety show baru YJS & LKS ni... bila start uols? Boleh tengok kat netflix je ke?

Rasanya diaorang mula rakaman minggu ni kot.
Ni artikel dia:

Upcoming Netflix variety show “The Culprit is You” (literal translation) has revealed its star-studded cast!

Director Jo Hyo Jin, who previously worked on hits such as “Running Man,” “X-Man,” and “Family Outing,” shared on September 21, “Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, Park Min Young, Ahn Jae Wook, Kim Jong Min, EXO’s Suho, and gugudan’s Kim Sejeong are confirmed to star in new Netflix variety show ‘The Culprit is You.’ The first recording is scheduled for next week.”

He added that there is a possibility for new members to join, and they are also considering guest appearances.

The program will feature the cast gathering at a location to solve mysteries together. The show will be 10 episodes and is expected to complete filming in November.

As the program is entirely pre-produced, it will likely not be released until next year.



Tahun depan katanya baru disiarkan. Lama lagi. Huhu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 25-9-2017 02:18 PM
Rasanya diaorang mula rakaman minggu ni kot.
Ni artikel dia:


Laa next year rupanya variety show baru tu...

Laju uols bagi review ep369... iols tak sempat nak tengok lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Choc-chip replied at 25-9-2017 05:33 PM
Laa next year rupanya variety show baru tu...

Laju uols bagi review ep369... iols tak sem ...

Haha. Sebab tak sabar nak tengok ep ni. Bila dah keluar sub je, terus buka KShow. Semalam tengok live kat Youtube tak ada sub. Tapi walaupun tak ada subtitle pun, masa tengok tu tetap boleh tergelak tengok gelagat diorang tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2017 08:37 AM | Show all posts
SecretLuv replied at 25-9-2017 01:36 PM
Jong Kook memang tak kisah pun kalau kena pergi. Dia memang pernah cakap dulu kan yang dia nak sanga ...

Somin kan mmg banyak ckp, pastu jenis tak peduli apa org len buat haha
Macam adik aku sorg, jenis berckp tak berenti pdhal xde org layan dia pun XD
Mmg annoyedla rasa nak tampar

Lee Kwangsoo, Prince of Asia hahah!
Betrayer couple sign tu menonjol betul bwahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Star_el replied at 26-9-2017 08:37 AM
Somin kan mmg banyak ckp, pastu jenis tak peduli apa org len buat haha
Macam adik aku sorg, jenis ...

Haha. Kalau sekarang pun Kwang Soo dah tak tahan, apatah lagi kalau dah kahwin. Hari-hari dengar dia bercakap je. Takut tak sanggup je nanti.

Tak faham dengan orang yang boleh bercakap sepanjang masa. Ada je topik dia nak cakap. Memang hebat la. Tapi lagi tabik dengan orang yang boleh melayan orang macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
poor kwang soo.. sume penalti dia kena.. agak2 spe la yg kwang soo pilih.. better plih jong kook atau ji hyo.. sbb xprnh kena pnalti lg..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Choc-chip at 26-9-2017 04:52 PM
SecretLuv replied at 25-9-2017 01:36 PM
Jong Kook memang tak kisah pun kalau kena pergi. Dia memang pernah cakap dulu kan yang dia nak sanga ...


Ingatkan episod ni tunjuk punishment kwangsoo tu... rupanya continue next week pulak...
Kadang2 rasa kelakar kadang2 rasa annoying tengok seomin tu non stop bercakap... kwangsoo tu mesti nak tidur dalam flight...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Episod 369 awal2 dah kelakar part massage... kwangsoo keluar suara... part pirate tu kelakar gak sebab jongkook jarang unlucky... episod ni apa2 decision guna roulette jer...
Kwangsoo jadi designer sebab nak elak penalty sekali nama dia gak kena penalty... kesian kwangsoo... lawak bila dia cakap nak kosongkan schedule sebab penalty... lagi satu awal2 RM members tanya ada lagi tak episod macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Choc-chip replied at 26-9-2017 04:50 PM
Ingatkan episod ni tunjuk punishment kwangsoo tu... rupanya continue next week pulak...
Kadang ...

Tu la pasal. Kalau asyik bercakap je, kita yang mendengar pun rasa penat. Patut la Jae Suk dengan HaHa pun pernah cakap letih dengan So Min ni masa kat Jepun dulu. Jae Suk macam dah malas nak layan dah masa tu.

Rasanya minggu depan tunjuk hukuman untuk HaHa dengan Se Chan sekali kot? Sebab tengok Wiki tulis rakaman dibuat kat Indonesia dengan USA je untuk episode 370.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 26-9-2017 12:27 PM
poor kwang soo.. sume penalti dia kena.. agak2 spe la yg kwang soo pilih.. better plih jong kook ata ...

Rasanya dia akan pilih Jong Kook, sebab Jong Kook macam nak sangat pergi. Jihyo memang nampak tak nak pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Choc-chip replied at 26-9-2017 05:00 PM
Episod 369 awal2 dah kelakar part massage... kwangsoo keluar suara... part pirate tu kelakar gak seb ...

Diaorang pun tak sanggup dah nak main permainan kena melancong jauh-jauh. Lagi-lagi kena hukuman teruk-teruk macam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2017 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 26-9-2017 05:01 PM
Tu la pasal. Kalau asyik bercakap je, kita yang mendengar pun rasa penat. Patut la Jae Suk dengan  ...

Iols ingat episod kat jepun tu... jaesuk & haha muka annoying je tengok seomin bercakap non stop... hahaha...
Tak nampak langsung gambar haha dengan sechan kat ig... ingatkan tak jadi ke punishment diorang... gambar haha & sechan kat ig PD hwanjine tu punishmnet diorang la kot...gambar kwangsoo & seomin banyak je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 26-9-2017 05:04 PM
Diaorang pun tak sanggup dah nak main permainan kena melancong jauh-jauh. Lagi-lagi kena hukuman t ...

Tula pasal... dahla diorang tu penakut... kalau sechan & seomin kena penalty tu takpela diorang baru lagi kan...
Kesian kwangsoo tu nak elak penalty kena lagi... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 08:41 PM | Show all posts
Choc-chip replied at 26-9-2017 05:08 PM
Iols ingat episod kat jepun tu... jaesuk & haha muka annoying je tengok seomin bercakap non stop.. ...

Tu la pasal. Gambar tak banyak. Macam dipinggirkan je. Kesian pulak.
Tapi Se Chan tu selalu macam kurang ajar dengan Kwang Soo. Bila dia kena tampar dengan Kwang Soo tu memang iols gelak habis.
Kadang-kadang kesian juga tengok Kwang Soo tu. Jong Kook selalu lebihkan Se Chan je. Kalau Kwang Soo buat silap, habis kena maki.
Tapi bila Se Chan buat silap, dia dimaafkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 08:43 PM | Show all posts
Choc-chip replied at 26-9-2017 05:00 PM
Episod 369 awal2 dah kelakar part massage... kwangsoo keluar suara... part pirate tu kelakar gak seb ...

Masa Jong Kook kalah permainan Pirate tu, semua menganga mulut je. Tak ada yang nak marah dia kecuali Kwang Soo je.
Sebab bila dia kalah kan Jong Kook selalu marah-marah dia. Masa tu la Kwang Soo dapat nak balas dendam balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.218997 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list