CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 5-12-2008 12:04 PM | Show all posts

Balas #2909 aily\ catat

nak tulis pun takut kawan saya yg pegi guna package dok kempen dgn saya jgn pegi guna muasassah ni sebab katanya dia punya ketua..apa dia panggil eh..sendiri yg cerita muasassah ni tukang masak dia pengotor lah apa lah makanan blm tentu bersih nanti macam2 penyakit etc etc...dgr cite dia pun takut juga pastu sorang lagi sokong pulak yg dah pegi ikut package mahal ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by sunsuria at 5-12-2008 12:04 PM
nak tulis pun takut kawan saya yg pegi guna package dok kempen dgn saya jgn pegi guna muasassah ni sebab katanya dia punya ketua..apa dia panggil eh..sendiri yg cerita muasassah ni tukang masak d ...



Itu dorang kempen pasal suruh guna package (tak baik tau ).  

Kami ikut muasassah seronok, masakan dia sedap sampai tak larat nak makan. Maktab akak boleh masak jadi kalau tak nak makan yang dorang sediakan kami ambik nasi saja & buat nasi goreng. Kenangan terindah masak memasak di bumi Makkah

[ Last edited by  aily at 5-12-2008 12:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 5-12-2008 11:55 AM


Hussin

Masa time Umi buat Haji ramai juga daripada kalangan jemaah yang ada pangkat, kedudukan serta dari golongan mewah. Tanya juga mereka kenapa ikut muasassah? Mereka jawap lebih serono ...

seronok pergi ramai..kalau terlalu mewah..rasa terasing ..secluded..boring..

muasasah..macam orang..tak boring..boleh cari kawan...(penting kawan nie...)yelah macam makcik aziefa dna ibu cakap berkampung 44 hari..dah macam kampung sendiri hehe..

muasasah ramailah jirannya...sikap saya mudah mesra..dan suka cari kawan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by sunsuria at 5-12-2008 12:04 PM
nak tulis pun takut kawan saya yg pegi guna package dok kempen dgn saya jgn pegi guna muasassah ni sebab katanya dia punya ketua..apa dia panggil eh..sendiri yg cerita muasassah ni tukang masak d ...

i rasa nie fitnah kot..kita tak boleh sampai ramalkan macam tu skali...they have their dietician and food quality officer...

mungkin tak kena selera kot..

bersih tue very broad meaning.....asal tak mudarat ..makan jer...

saya masa umrah untung dapat makan makanan turki..yelah tak pernah rasa..sedap jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 5-12-2008 12:13 PM

seronok pergi ramai..kalau terlalu mewah..rasa terasing ..secluded..boring..

muasasah..macam orang..tak boring..boleh cari kawan...(penting kawan nie...)yelah macam makcik aziefa dna ibu cak ...


Insyaallah, Hussin ni peramah mesti dapat ramai kawan. Tapi memang seronoklah Hussin pergi muasassah ni, macam macam rakan kita jumpa, ada yang dok felda yang tak pernah kita dengar pun, ada jemaah yang tak reti itu tak reti ini, macam mana nak buka pintu hotel  (kami duduk kat Madinah Hotel AlHaram kelas ), macam mana nak mandi dalam tub tapi memang seronok layan kerenah mereka ni. Umi banyak mulut jadi memang meriahlah bilik kami. Masih terasa seronoknya. Dalam buat ibadah kita dapat kawan juga
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:22 PM | Show all posts

Balas #2913 aily\ catat

patut hari tu masa  jemaah hj thailand terkandas kat penang saya blk penang masa tu...masing2 siap bawa batu lesung tu...beratnya beg cam tu..nak main masak2 rupanya ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2008 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 5-12-2008 12:15 PM

i rasa nie fitnah kot..kita tak boleh sampai ramalkan macam tu skali...they have their dietician and food quality officer...

mungkin tak kena selera kot..

bersih tue very broad meaning... ...


Ha ha betul tu Hussain kan. Tak baik tau dorang cerita macam tu. Mungkin selera jemaah tu tinggi sangat kot. Umi tak kisah tak suka cari makan tempat lain. Kat Makkah tak ada apa nak bimbang pasal makanan semua halal. Rajin jalan cari cari makanlah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:42 PM | Show all posts

Reply #2900 Sweetmama's post

sweetmama...tengok semuanya lawa? sbb tu masa pegi Umrah awal 2008, mutawif siap pesan ...katanya jaga-jaga ...jealous tahap kronik di Tanah Suci...orang muda pun sama juga la...bukan jealous kat sape-sape tapi mudah jatuh hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 12:49 PM | Show all posts
Ibadat korban mengikut sunah (kredit utk utusan malaysia)

Oleh MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima oleh Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba') sunnah Nabi SAW.

Firman Allah SWT: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2).

Menurut Fudhail bin 'Iyaadh r.h: "Maksud amalan yang lebih baik ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin 'Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin 'Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah". - Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258.

Betapa ramai umat Islam di seluruh pelosok dunia yang mengerjakan suatu amalan yang dianggap baik serta ikhlas kerana Allah. Namun, realitinya ia tidak menepati sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah- sunnah Nabi seperti berikut:

Waktu pelaksanaan ibadah korban

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha.

Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW: "Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan". (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no: 16151).

Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah SAW: "Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)". (riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 2420).

Tidak menggunting rambut dan memotong kuku

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.a: "Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain". (Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Dinukil dari kitab Ahkaam al-'Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh 'Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98).

Bagi mereka yang sengaja atau tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian

Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah SAW. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1318).

Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha' bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah lalu Abu Ayyub menjawab: "Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain". (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 1425).

Ibadah korban dilaksanakan di musolla

Menurut sunnah Nabi SAW solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla, tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin.

Dalil disunnahkan solat sunat hari raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, dia berkata: Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. (riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956).

Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korban dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca Bismillahir Rahmanir Rahim. Anas r.a berkata: Nabi SAW pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung kedua-duanya. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut. Sabda Nabi SAW: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat al-Muslim di dalam Sahihnya, no: 1971).

Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban

Menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.

Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata: Nabi SAW pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1317).
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 5-12-2008 12:42 PM
sweetmama...tengok semuanya lawa? sbb tu masa pegi Umrah awal 2008, mutawif siap pesan ...katanya jaga-jaga ...jealous tahap kronik di Tanah Suci...orang muda pun sama juga la...bukan jealous kat ...

akak..kalau kasih tertumpah kt tanah haram dan madinah ok lagi..

kalau kasih tertumpah kt orang lain susah..berat..aduss...bahaya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 5-12-2008 12:26 PM


Ha ha betul tu Hussain kan. Tak baik tau dorang cerita macam tu. Mungkin selera jemaah tu tinggi sangat kot. Umi tak kisah tak suka cari makan tempat lain. Kat Makkah tak ada apa nak bimbang  ...


kakak pun terasa tak seronok mendengarnya kalau masih ada berpedapat begitu.

Dah puluhan ribu malah ratusan ribu jemaah muasassah  disediakan dengan makanan, tapi Alhamdullillah, setakat ni tak dengar pulak berita ramai dari mereka yang mendapat keracunan makanan secara besar-besaran.

Tak ada sesiapa yang sengaja nak membuat sesuatu yang tak elok, seperti pengotorlah dan masak tak sedaplah...
kerana yang memasaknya pun orang kita dari Malaysia juga. Tambahan mereka ini melaksanakan tugas di tanah suci dan sudah tentu mereka nak beri servis yang terbaik kerana setiap niat dan perbuatan mereka dinilai oleh Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:59 PM | Show all posts

Reply #2916 aily's post

X kira g ikut mana pun kita menunaikan ibadah haji...yg penting ikhlasdan ibadah kita di terima ALLAH. Klau dok mempertahankan yg mana baik dan kurang..berkesudahan kita yg rugi.. ALLAH maha mengetahui naluri hamba2 nya...tepok dada tanyalah...he he he
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 5-12-2008 12:59 PM
X kira g ikut mana pun kita menunaikan ibadah haji...yg penting ikhlasdan ibadah kita di terima ALLAH. Klau dok mempertahankan yg mana baik dan kurang..berkesudahan kita yg rugi.. ALLA ...


Setuju dengan haziq.

Kita ke Makkah dan Madinah bertujuan  memperhambakan diri kepadaYang Maha Pencipta dan mencari keredhaanNya.

Samada  pakej atau muasassah, masing-masing ada keistimewaanya tersendiri

Tepuk dada tanya selera dan tengok kunci kira-kiranya:victory::victory::victory::victory::victory:
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 5-12-2008 01:09 PM


Setuju dengan haziq.

Kita ke Makkah dan Madinah bertujuan  memperhambakan diri kepadaYang Maha Pencipta dan mencari keredhaanNya.

Samada  pakej atau muasassah, masing-masing ada keistim ...


Itulah kak Ros, kalau ada duit serta rezeki lebih ikutlah package kalau tidak ikut muasassah pun dah alhamdulillah (dah bahagian serta rezeki masing masing). Ibadah kita sama je dan tujuan kita pun sama juga. Ada yang dah pergi muasassah nak rasa package pula ada yang dah pergi package nak rasa muasassah pula. Jadi terpulang lah pada masing masing.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 5-12-2008 01:09 PM


Setuju dengan haziq.

Tepuk dada tanya selera dan tengok kunci kira-kiranya:victory::victory::victory::victory::victory:

kalau tanya saya...tengok kunci kira2 penting...hehe kalau lepas pergi umrah lagi..baik ikut muasasah..tambah kalau macam saya..suka merayau mencari makanan..

bukan jalan2 cari makan..merayau cari makan hahaha..

setuju dengan haziq...ALLAH menilai keikhlasan bukannya nilai...

ketakwaan paling penting..

Tatkala Ibrahim AS diarahkan membina kaabah...


Setelah Nabi Ismail agak dewasa, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina Kaabah diatas tapak asas kabah yang dibina oleh Nabi Adam AS. Kaabah pertama telah dibina dizaman Nabi Adam lagi, kemudian runtuh dan terkambus. Setelah siap pembinaan Kaabah hanya tinggal satu yang tidak dapat disempurnakan kerana tak ada batu yang cukup ukuran untuk menyempurnkan penjuru. Setelah dicari-cari pu tidak berhasil. Allah telah menturunkan batu dari syurga. Itulah Hajarul Aswad yang disunatkan pada jemaah haji sampai hari ini mengucupnya.


Betapa hebat keyakinan Nabi Ibrahim dan taat setianya pada perintah Tuhan tanpa sebarang dolak dalih. Maka Allah bagi pihaknya pula telah melakukan sesuatu yang diluar kemampuan dan akal fikiran manusia. Alangkah hebatnya Tuhan.. Setelah Kaabah siap, walhal dia hanya satu banggunan batu. Bagaimana pula
nak panggil orang dating ke Kaabah. Allah perintahkan Nabi Ibrahim melaungkan azan, membuat seruan pada manusia. Kata nabi Ibrahim, wahai Tuhan bagaiman suara aku nak sampai kepada semua manusia. Jawap Allah, tugas kamu wahai Ibrahim hanyalah azan iaitu membuat seruan. Sedangkan Allahlah yang akan menyampaikan kepada manusia. Nabi Ibrahim naik ke Jabal Arafah melaungkan azan menyeru manusia dari seluruh dunia ke Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasanya yang tiada batas itu,
Allah telah memperdengarkan suara Nabi Ibrahim kapada semua manusia. Bahkan Allah jatuhkan kedalam hati-hati manusia rasa cinta dan rasa hormat pada Kaabah. Lihatlah lagi ketaatan mutlak Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah. Lihatlah juga bagaimana Allah yang Maha Berkuasa itu menjayakan kehendaknya.




Dengan itu bermulalah orang berdatangan membuat haji ke Kaabah khususnya dari semenanjung Arab. Mereka tiba-tiba tampa diarah dan diberitahu oleh sesiapa telah membesar-besarkan dan memuliakan Kaabah. Dengan itu bermulalah ibadah Haji dengan kuasa Allah. Tersebarlah agama Tauhid sehingga akhirnya seluruh bangsa Arab menganut agama Nabi Ibrahim. iaitu agama yang mengesakan Tuhan dan agama yang Tuhan redhai. Allahlah yang telah memenangkan agamanya tampa campur tangan sesiapa. Bukankah ini kebenaran janji Allah dalam QuranNya.
وما النصر إلا من عند اللهTiadalah kemenangan itu melainkan semata-mata kurnian
dari Allah taala
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 5-12-2008 12:59 PM
X kira g ikut mana pun kita menunaikan ibadah haji...yg penting ikhlasdan ibadah kita di terima ALLAH. Klau dok mempertahankan yg mana baik dan kurang..berkesudahan kita yg rugi.. ALLA ...




Saya pergi Haji 2 kali..ikut Pakej..
Setiap Pakej or Muasaasah...ada kelebihan tersendiri..
Terpulang bagaimana kita nak menerimanya..
Tak semestinya ikut Pakej  tu mudah segalanaya..ada juga susahnya..
Dan tak semestinya Muasasah..tu banyak mau susahnya ( teringat kata kata Ustaz )..
Muasasah pun ada mudahnya...
Pengelaman depan mata saya sendiri...
Seorang Jemaah tu masa kat Arafah..
Dia dok komen makanan breakfast yang  disediakan oleh Pakej macam makan budak duduk asrama aje..
Siap baling lagi...
Astaghfirullah..
Tapi bagi saya breakfast tu sedap...licin saya habiskan..
Lepas tu dok komplen...Toilet..
Siap dok tanya saya...You lalu tak pi ke Toilet..
Dgn ikhlas hati saya cakap...ok..
Dia siap cakap...tak lalu nak pi...nak balik Mekah...
Lepas tu..bergaduh lagi..bila nak balik ke Mekah dari Mina..
Ketua Pakej pilih kasih...diskriminasi..
Beri kat org yg pangkat besar...
Walhal orang yg pangkat besar tu...isteri dia awal awal lagi dah beratur dulu..
Astaghfirullahhalanzim...
Entahlah bagi saya...
Saya tak pernah menganggapkan apa apa pun yang saya alami masa saya kerja haji tu susah..
Semuanya saya merasa seronok...jihad...
Semuanya tu membuatkan saya rinduuuu yang teramat sangat utk ke Mekah lagi...
Subhanalah..
Engkaulah Ya Allah Tuhan yang Menguasai diri ini...
Ya Allah Kau Peliharalah Diri Ini..
Kau jagalah urusan ku..
Jangan kau Serahkan urusan tu pada Nafsu ku walaupun sekelip mata..
La haula wa;a kuwata ilah bilahilanzim...
Sesunggunhnya Tiada daya dan upaya Ku melainkan dgn Pertolongan MU YA ALLAH...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 06:49 AM | Show all posts

Reply #2927 aziefa's post

Pengalaman saya mengerjakan Haji....kalau ada seorang dalam group kita yang 'pelik', kita pun terkena tempiasnya....terpaksa-lah kita sabar dengan kerenahnya dan reda akan ketentuan Allah akibat 'kepelikannya' itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 08:07 AM | Show all posts
Artikel Utusan Malaysia -  6.12.08
Daging Korban Untuk Orang Islam

SOALAN

Jika bukan Islam boleh makan daging akikah, bagaimana pula daging korban?

JAWAPAN

Di negara ini apa yang biasa berlaku ketika raya korban ialah apabila orang Islam dari masjid atau surau atau taman melakukan ibadah korban, ia melibatkan orang Islam sahaja tanpa pembabitan orang bukan Islam.

Perkara ini juga dimaklumi oleh orang bukan Islam bahawa ibadah korban hanya melibatkan orang Islam sahaja. Sebelum ini pun belum ada rungutan daripada kaum bukan Islam yang mengadu mereka tidak tersenarai dalam penerima daging korban. Maksudnya, ia suatu yang dimaklumi oleh masyarakat daripada agama lain bahawa perayaan ini hanya untuk orang Islam. Ini kerana ibadah korban bukan amalan budaya dan ia adalah ibadah khusus di bulan Zulhijjah mulai 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.

Namun demikian ada timbul persoalan boleh atau tidak daging korban diagihkan kepada orang bukan Islam? Pertama sekali daging korban adalah hak orang yang melakukan ibadah korban, keduanya pula manfaat daripada ibadah korban. Setiap orang melakukan ibadah korban adalah disunatkan membahagikan daging korban itu kepada tiga bahagian. Satu pertiga diambil, sepertiga dimasak dan diberi makan dan sepertiga lagi diagihkan.

Katakanlah Ali berniat melakukan korban kemudian dia masuk satu bahagian, ini kerana seekor lembu boleh dikongsikan tujuh orang.  Biasanya lembu yang sihat dan cukup umur dan matang akan mencecah 100kilogram (kg) lebih dagingnya sahaja.
Bila dibahagikan kepada tujuh bahagian dapatlah setiap seorang dalam15kg. Daging 15kg itu kalau mengikut saranan Nabi SAW hendaklah dibahagi tiga. Maka jadilah setiap bahagian 5kg. Mungkin juga 5kg kita ambil dan yang bakinya 10kg kita sedekah kepada orang ramai. Kalau kita bahagi 10kg kepada 10 orang maka seorang akan dapat satu kg, maksudnya agihan itu dapat diberikan kepada 10 orang atau lebih daripada itu, paling kurang pun dalam agihan jangan kurang daripada setengah kg.

Persoalan ini saya timbulkan supaya kita dapat lihat adakah keperluan orang Islam dipenuhi? Bukan apa, khuatir dalam sibuk kita bincang hukum pemberian daging kepada orang bukan Islam, rupa-rupanya ada orang Islam yang tidak dapat merasakan daging korban. Dalam keadaan ini saya lebih cenderung kepada pendapat Mazhab al-Syafie, ini kerana demi memelihara manfaat raya korban itu sampai kepada falsafahnya.

Sekiranya kita ingin menjaga perasaan jiran yang bukan beragama Islam, belikan daging untuknya dari pasar. Dan sekiranya ingin kita  menjamu selepas daging korban itu dimasak adalah disarankan agar dibelidaging sekilo dua dari pasar untuk dimasakkan bersama daging korban.Ini adalah semata-mata untuk keluar daripada keraguan yang timbul. Dan harus juga diagihkan daging korban kepada golongan yang mempunyai ciri mualaf, iaitu cenderung dan jinak dengan agama Islam. Mudah-mudahan pengagihan itu dapat merapatkan lagi mualaf itu kepada Islam.

Namun di bawah ini saya akan jelaskan hukum memberi daging korban kepada orang bukan Islam.

Di dalam Kitab Kasyf al-Qina
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 08:19 AM | Show all posts
tanya skit...bagi 1429H nie, Bila hari wukuf yg telah diannounce oleh Kerajaan Saudi sebenarnya...? Lepas tuh kita posa sunat arafah ikut hari jemaah haji wukuf- 9zulhijjah kat padang arafah atau ikut 9 zulhijjah kat msia iaitu 7DEc 08-Ahad?


Harap2 tahun ini pergerakan jemaah hari drp Mekah-Arafah-Muzdalifah-Mina-Mekah berjalan lebih lancar dan mudah. Harap2 tak der yg stranded kat Muzdalifah lama sgt sampai lambat tiba di Mina.

Paling syahdu nengok gambar jemaah haji berkumpul ramai2 kat muzdalifah tunggu bas ke Mina. Indah sungguh lihat  pemandangan jemaah yg serba putih berpakaian ihram. Tak der beza miskin kaya, bangsa disisi Tuhan. Hanya takwa shj bezanya. Terlintas kat kepala camner agaknya nanti ketika di padang masyar nanti.

[ Last edited by  jadree00 at 6-12-2008 08:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 08:50 AM | Show all posts


Nak sampaikan berita..
Ada terima sms dari bay...

"Salam..Insyallah esok kami akan bergerak ke Arafah.
  Doakan Kami suami isteri di permudahkan segalanya oleh Allah.
  Salam dari Makkah untuk Aziefa dan sahabat forum Haji & Umrah.."
Dari bay..



Seronoknya...
Dapat merasai suasana tu...
Rindunya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.107830 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list