|
Jeng3 sandiwara sudah bermula...hihihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak Jihan ngan Rahul |
|
|
|
|
|
|
|
kenapaaku posted on 7-3-2013 08:27 AM
nak Jihan ngan Rahul
Eddie tak nak?
BAB 16
Bilik pejabat kaunseling.
“Terima kasih kak sebab tolong Farah.”
“Sama-sama. Ini saja yang dapat akak bantu Farah. Selebihnya adalah atas usaha Farah sendiri. Akak harap Farah lupakan masa silam dan berusahalah untuk masa depan.”
“Insya-Allah kak. Tanpa pertolongan akak, Farah tak tahu apa nasib Farah. Walau pun mama dan papa masih susah nak maafkan Farah tapi Farah besyukur sebab dia orang sedia hantar Farah ke pusat pemulihan tu.”
“Baguslah Farah. Lepas ni, buktikan kepada mama dan papa yang Farah benar-benar dah berubah.”
“Insya-Allah. Akak, tolong ucapkan terima kasih kepada Abang Fahmi. Dan kirim salam sekali."
“Insya-Allah. Take care Farah. Lepas ni jangan susah hati lagi. Jaga kandungan dan banyakkan bermunajat kepada Allah.”
Farah memberanikan diri datang menemui aku di pejabat kerana dia mahu mengucapkan terima kasih kepada aku dan secara tak langsung mengenali siapa aku yang selama ini hanya memberi nasihat dan semangat kepadanya melalui telefon sahaja. Itulah kali pertama kami bersua muka. Perutnya yang sudah mula menonjol diselindungi dengan baju kurung longgar. Kalau tak diperhatikan betul-betul, memang tak nampak. Kesian juga aku melihatnya. Dan aku yakin Farah benar-benar mahu berubah. Insya-Allah!
Sebelum kami berpisah, Farah memeluk tubuhku. Terasa begitu kejap pelukannya. Alhamdulillah. Selesai satu masalah pesakit aku.
“Tahniah!” Kak Ruby tersenyum sambil memandang aku.
“Walau pun kita tak mendapat sebarang bonus atas apa yang kita lakukan, tapi kita akan rasa gembira bila bantuan yang kita hulurkan itu menampakkan hasilnya.” Aku melarik senyuman buat Kak Ruby. Benar sekali kata Kak Ruby. Aku sungguh berpuas hati dan amat gembira sekali.
**********
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah sewa, Kampung Baru.
“Hujung minggu ni, aku ada date dengan Cicak Kobeng.” Lili memberitahu aku dengan penuh keceriaan. Dia duduk di kerusi menunggu hidangan siap.
“Wah! Kerap sekarang berdating. Cekap kau ye?” Tanganku pula sibuk mengatur pinggan buat kami bertiga. Sudah agak lama kami tak makan malam bersama.
“Orang lelaki ni Jiha... ada sesetengah tu tak reti nak memulakan perhubungan. Jadi kita la kena approach dulu.” Lili menyambung kata sebaik sahaja melihat aku melabuhkan duduk di depannya.
“Tak macam perigi mencari timba ke?”
“Ini zaman millineum beb... apa ada hal dengan perigi mencari timba? Beb... Khadijah pun cari timba tau!” Alasan Siti Khadijah yang semua tahu, meminang Nabi dijadikan alasan yang kukuh untuk mempertahankan tindakan agresifnya.
"Tapi... Khadijah tak berdating dengan Nabi, ye!" Pantas Kak Syirah menegur. Lili terdiam. Wajahnya terus cemberut.
Aku tersengih memandang Lili. Namun aku kagum dengan sikapnya yang agresif. Secara peribadinya aku tak akan mengaplikasi metod yang digunakan oleh Lili. Aku rela kekal dengan cara konvensional. Menunggu dan terus menunggu...
“So, nak dating kat mana?” Aku menanyakan Lili bagi menghilangkan rasa sakit hatinya atas teguran Kak Syirah.
“Gym la!” Lekas-lekas Lili menjawab.
“Sejak bila pulak kau suka pergi gym?” Aku sedikit hairan.
“Sejak aku kenal Cicak Kobeng!” Kali ini Lili tersengih-sengih. Seronok nampaknya bercerita mengenai Cicak Kobeng. Hilang sudah rasa marahnya terhadap Kak Syirah.
“Sebab Cicak Kobeng, kau ikut semua aktiviti dia?” Aku menyoal. |
|
|
|
|
|
|
|
“Mestilah... Itu namanya cinta... berkorban apa saja... Masa dan aktiviti.”
“Jangan berkorban harta atau pun maruah, sudahlah ya?” Kak Syirah yang dari dapur membawakan sedulang air menyampuk lagi.
“Haisshhh!!! Aku tak sebodoh tu, ok?” Lili nampak marah. Mungkin terasa dengan sindiran Kak Syirah buat kali kedua.
Duhh... nak makan ni. Tak kan nak bergaduh?
“Alhamdulillah! Aku harap kau masih waras dalam pertimbangan. Kau kena tengok-tengok juga cicak kau tu sering berubah warna ke tak.” Lekas-lekas aku mencelah. Aku cuba menasihati Lili cara yang boleh dia terima. Dengan gaya Lili yang suka menjawab itu, menasihatinya dalam nada sindiran serius seperti yang selalu Kak Syirah buat, memang tak jalan. Pada aku, Lili boleh menerima sindiran atau kutukan tapi mesti dalam nada gurauan.
“Of course Jiha! Thanks for reminding me in a good way.” Lili mengangkat kedua-dua tangannya ke telinga sambil menjelir lidahnya ke arah Kak Syirah seperti mengejek. Mentang-mentanglah Kak Syirah yang sedang menapak kembali ke dapur tak nampak. Aku hanya tertawa kecil.
Kak Syirah muncul kembali. Kali ini dia membawa sepiring epal yang sudah siap dipotong. Kak Syirah memang rajin.
“Akak, cepatlah!” Aku memangggil Kak Syirah. Air liurku sudah merecik-recik dari tadi melihat makanan yang terhidang. Kak Syirah tersenyum.
“Ya lah.... Dah tak sabar-sabar. Lapar sangat lah tu!” Kak Syirah mengusik aku.
“Jiha tak sabar nak makan gulai kari akak ni. Makan kari akak, teringatkan masakan mak. Hampir sama.” Malam itu giliran Kak Syirah yang masak. Kalau diikutkan sebenarnya, nama saja ada jadual tapi boleh dikatakan Kak Syirah yang selalu masak. Kadang-kadang aku rasa bersalah juga tapi nak buat macam mana? Kerja aku tak menentu masa. Kadang-kadang siang, kadang-kadang malam. Syukurlah Kak Syirah tak pernah berkira. Itu yang membuatkan aku sayangkan Kak Syirah.
“Allahummabariklana fima rozaktana waqina a'za bannar.”
“Amin...” Doa yang dibaca Kak Syirah kami aminkan bersama. Kemudian kami makan dengan penuh berselera sambil bercerita dan tertawa.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 6-3-2013 12:21 PM
fuh...akhirnya..
enjoy sgt dgn adegan hidustanihe rahul-jiha..
Amboi usu... Ni mesti dah bergolek2 atas katil sambil membaca kemudian diterkam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Waa...Lili...haruslah lepas ni buleh tukar keja jadi bodigad sb selalu masuk gym...
|
|
|
|
|
|
|
|
kak syirah ni memang ler kena bnyk bersabar ngan dia..
kata2 penuh dengan sindiran.. agaknya kak syirah ni anti-sosial kot?
ke pernah frust sebelum ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 7-3-2013 10:03 AM
kak syirah ni memang ler kena bnyk bersabar ngan dia..
kata2 penuh dengan sindiran.. agaknya kak ...
Time will tell
sambung...
Pejabat kaunseling.
Laptopku buat hal lagi. Tiba-tiba terpadam, selepas itu terpaparlah tulisan ANDA SUDAH DIGODAM! Termasuk yang ini, sudah dua kali berlaku. Bingung aku memikirkan hal itu. Virus? Tapi dalam laptopku ada antivirus. Duhh! Aku sudahlah tak reti sangat mengenai komputer.
“Jiha!” Laungan suara Kak Ruby membuatkan aku terperanjat.
“Y... ya... Kak Ruby.” Suara ku bergetar ketika menyahut panggilan dari Kak Ruby.
“Ada klien nak bercakap dengan Jiha. Line three!” Kak Ruby melaung lagi. Mejanya yang agak terkebelakang dari meja aku menyebabkan kami terpaksa menguatkan sedikit suara untuk bercakap. Kalau malas nak bangun, memang kami menjerit saja apatah lagi kalau tak ada orang lain dalam bilik kami itu.
Aku segera menekan butang nombor tiga untuk menjawab panggilan itu. “Hello, saya Najiha Binti Abdul Samad. Pegawai kaunseling yang bertugas hari ini. Boleh saya bantu? Siapa yang bercakap ni?” Ayat pengenalan yang sudah diskripkan aku sebut dengan lancar sekali.
“Cik Najiha... Saya Eddie.” Suara pemanggil memperkenalkan diri.
“Ya Encik Eddie, boleh beri saya detail penuh?”
“Kalau saya tak beritahu, Cik Najiha tak mahu bercakap dengan saya ke?”
“Bukan... bukan begitu Encik Eddie. Tapi adalah lebih baik saya tahu maklumat klien untuk simpanan rekod pejabat kami.”
“Saya rasa tak perlulah Cik Najiha. Cukup kalau Cik kenal saya sebagai Eddie saja.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku menarik nafas seketika. Memang ada beberapa pemanggil sebelum ini yang tak mahu dikenali. Selalunya pemanggil seperti ini tak serius mahu menangani masalah mereka. Mereka hanya membuat panggilan untuk suka-suka sahaja. Dan ada juga panggilan yang aku terima hanya mahu berborak-borak sahaja untuk menghilangkan kesunyian. Kadang-kadang aku layanlah juga. Aku reling pula jam pada laptop. Hmm... sudah pukul 12 malam.
“Oklah Encik Eddie, apa masalah awak? Saya sedia mendengar. Kalau saya boleh bantu, saya akan cuba membantu.
“Terima kasih Cik Najiha. Saya tahu awak memang baik hati.”
“Sudah tugas saya sebagai kaunselor Encik Eddie. Macam mana pun sebagai manusia, tanggungjawab kita membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan, tak gitu Encik Eddie?” Aku cuba beramah mesra dengan si pemanggil. Dengan cara itu akan mendekatkan kami dan pemanggil akan berasa lebih selesa.
“Wow! Hebat falsafah Cik Najiha. Saya kagum dan saya suka.”
“Biasa saja... Kita ni makhluk, mana ada hebat. Kita tetap tak boleh melawan kehebatan Khaliq.” Ayat Fahmi aku tiru sebiji! Aku dengar Encik Eddie tertawa di hujung talian.
“Well... ada apa-apa yang Encik Eddie nak kongsikan dengan saya?” Aku terus kepada maksud panggilan.
“Cik Jiha... Errr... Boleh saya panggil Jiha saja? Cik Jiha panggil saya Eddie.”
“Boleh Eddie... Saya pun tak seronok nak berencik dan bercik ni... formal sangat.” Aku membalas dalam tawa kecil. Nampaknya hubungan kami kian mesra. Memang itu pun yang aku mahukan.
“Kenapa masyarakat sekarang ramai yang mengalami masalah tekanan jiwa?” Eddie menyoal.
“Ada banyak faktor Eddie... Ada yang stress disebabkan beban kerja. Ada yang stress sebab ekonomi diri down. Dan ada juga hanya sebab putus cinta.” Aku menjawab pertanyaan dari lelaki yang mahu dipanggil Eddie sahaja itu. |
|
|
|
|
|
|
|
“Tentu ramai yang menelefon Jiha sebab putus cinta.” Eddie mengagak. Aku tertawa.
“Ye betul! Memang kebanyakan pemanggil terutamanya yang memanggil waktu malam ni mengalami masalah cinta.” Aku membenarkan tekaan Eddie. Dan aku mendengar lagi suara tawanya..
“Wah! Pakar cinta lah ni?” Soalan dari Eddie kali ini membuatkan aku tergelak besar. Pakar? Pakwe pun tak ada.
“Jiha pernah bercinta?” Soalan dari pemanggil yang tidak kukenali itu membuatkan aku terdiam.
Err... berangan tu adalah. Banyak kali! Ha ha ha... Aku tertawa dalam hati.
“Apa pandangan Jiha mengenai cinta sejenis?” Terus tak berkuit aku sebaik sahaja mendengar soalan dari Eddie. Hmm... Gay kah yang menelefon aku ni?
Baru sahaja aku hendak bertanya, talian sudah terputus. "Alamak! Anti klimaks betul!"
"Kenapa tu?" Kak Ruby menyoal setelah mendengar aku merungut-rungut.
"anggilan putus pulak dah..." Aku memberitahu Kak Ruby."
"Akak!"
"Ya!"
"Akak pernah dapat pesakit gay?"
"Tak pernah. Gay ke yang call tadi?"
"Rasa-rasanyalah... Tapi tu lah... putus pula." Aku sedikit kecewa. Seronok juga nak berborak dengan cik gayah. Ingin aku menyelami hati mereka. Harap-harap Eddie akan call aku lagi nanti. Aku menaruh harapan.
**********
okies... habis dahhh... |
|
|
|
|
|
|
|
eddie si mind teaser?
takpelah..dah lama kenal diudara nanti..straight ler dia..
err...tp rahull plak.....ayooyoo...
|
|
|
|
|
|
|
|
usu nak rahul-jiha gak..boleh gitu?
biar appa tukar persepsi tentang kawin campur..
baru 1 msia...
err...mana pegi si rahul dalam prolog?
fahmi memang sesuai jadi pembimbing dona..eerr..
agak2 lady boleh tukar skrip tak..buatkan si dona ni pulih dari sakit kronik dia tu..
Last edited by UsuFie on 7-3-2013 11:39 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
jap2 nak kira hero
1. fahmi
2. rahul
3. mujahid
4. Mind Teaser
5. eddie
ade tertinggal cape2 lg x? ....eeee....ramainya. mana 1 pilihan kalbu yea? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapaaku posted on 7-3-2013 01:39 PM
jap2 nak kira hero
1. fahmi
2. rahul
hero 3 jekk...
usu... nak gak ke rahul walau rupanya begini?
pstt... usu dah berkenan kat rahul pasal ada scene hindustnhe?
what if rahul jantan tak guna?
|
|
|
|
|
|
|
|
lady, kalau boleh jgn lah byk sangat kebetulan...
cthnya, mujahid sebenarnya ialah fahmi... cth je yer... |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 7-3-2013 03:11 PM
hero 3 jekk...
usu... nak gak ke rahul walau rupanya begini?
errr..siapa ni sebenarnya lady? felakon ker?
mcm rupa pembaca berita tb3 tu pun ada iras sikit2..izwan apa ntah namanya..
alah..makeover sikit, ok la tu..padan ngan jiha...
ntahlah..tersuka plak kalo rahul jadi hero jiha..dia mcm bad boys camtu (err..betul ke istilah ni..)..hehe..
eh..bad bad mcm si jedi nicki kan..tp still org suka & puja...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|