SYAFINAZ berasakan perkahwinan hanya akan tambah memeningkan kepalanya. – Saddam Yusof
“Katanya, jika saya berniat untuk berkahwin, saya patut berkahwin dengan seseorang dari negara Barat, kalau tidak, tak payah kahwin katanya,” kongsinya.
Juri tetap Gegar Vaganza ini tidak pernah menganggap kata-kata biduanita itu sebagai sesuatu yang harus diambil serius kerana baginya jodoh dan maut adalah ketentuan tuhan.
“Jodoh di tangan tuhan. Kalau Dia kata tak ada, maka tiada tetapi kalau Dia kata ada, saya terima.
“Buat masa ini, berkahwin bukanlah keutamaan dalam hidup saya. Kalau ada lelaki yang sesuai dan senang mata memandang, saya okey, tiada masalah.
“Yang penting dia perlu faham saya dan tidak meletakkan limitasi tentang apa yang saya mahu lakukan dalam hidup,” jelasnya.
|