CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: DO SMALL THINGS IN A GREAT WAY

 Close [Copy link]
Post time 4-1-2025 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat pagi dan salam Sabtu buat semua warga borak Selatan.

Semoga hari ini hari yang indah untuk kita semua... Amein.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 07:17 AM | Show all posts
selamat pagi, hari yang cerah

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:18 AM | Show all posts
telracs replied at 4-1-2025 06:54 AM
Selamat pagi dan salam Sabtu buat semua warga borak Selatan.

Semoga hari ini hari yang indah untuk  ...

selamat pagi utk telracs juga
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 3-1-2025 10:47 PM
Hai nini, udah titun ka

Hi TT
Hooo larrrr….udah krohh kroh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2025 09:57 AM | Show all posts
selamat pagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 10:26 AM | Show all posts
check in rumah baru

thanks tashu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:35 AM | Show all posts
Lelaki disyaki terbabit kes rasuah PUSPAKOM dibawa ke mahkamah pagi ini


[size=14.399999618530273px]Lelaki disyaki terbabit kes PUSPAKOM dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman. NSTP/ Samadi Ahmad.

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang disyaki terbabit kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Individu yang berbaju oren dengan bergari di tangan itu tiba di mahkamah pada jam 10 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Turut kelihatan dua ahli keluarga individu berkenaan yang berada di luar mahkamah.
Media hari ini melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerahkan individu terbabit kepada SPRM petang semalam dan ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Siasatan awal mendapati suspek membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa di PUSPAKOM sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat yang tidak menepati standard ditetapkan.
SPRM menegaskan penangkapan itu mencerminkan komitmen teguh SPRM dan JPJ dalam memastikan integriti proses pemeriksaan kenderaan terus terpelihara dan bebas daripada sebarang amalan rasuah.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344768/lelaki-disyaki-terbabit-kes-rasuah-puspakom-dibawa-ke-mahkamah-pagi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:35 AM | Show all posts
cepat kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:39 AM | Show all posts
buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:41 AM | Show all posts
Wang KWSP, simpanan lebih RM150,000 lesap akibat pelaburan tidak wujud


Foto hiasan

KUANTAN: Seorang pengurus syarikat di Temerloh kerugian RM156,424 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata kejadian membabitkan lelaki berusia 56 tahun itu bermula selepas dia ditawarkan pelaburan daripada sebuah syarikat dikenali Clearbridgeleader.com melalui aplikasi WhatsApp, September lalu.
Katanya, suspek menawarkan pelaburan iaitu pertukaran mata wang asing dengan pelaburan berjumlah RM10,000 yang akan mendapat pulangan sehingga 20 peratus pada setiap bulan.
"Terpedaya dengan keuntungan yang lumayan, mangsa melakukan 18 kali transaksi kepada empat akaun bank yang berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM156,424.73 bagi tempoh 24 September hingga 18 Disember lalu.
"Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan RM7,000 untuk mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan berkenaan.
"Siasatan mendapati, sumber kewangan daripada simpanan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.




https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344761/wang-kwsp-simpanan-lebih-rm150000-lesap-akibat-pelaburan-tidak-wujud


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:42 AM | Show all posts
Siti Saleha, Joshua nak nikah bulan depan?

MENURUT sumber, Siti Saleha sudah menetapkan satu tarikh pada Februari ini untuk menamatkan zaman jandanya.


MENGENALI Siti Saleha, memang perahsia orangnya sehinggakan tiba-tiba timbul kisah bakal kembali bergelar isteri tidak lama lagi.
Semakin menguatkan dakwaan itu apabila dia diraikan dalam sebuah parti bujang pada Disember lalu. Selalunya kalau sudah ada parti, bermakna tarikh kahwin semakin hampir.
Ramai buat spekulasi dia akan berkahwin dengan kekasihnya, Joshua Fitton sekitar Januari atau pada bulan kasih sayang iaitu Februari.
Kalau benar bagai dikata, Saleha akan jadi selebriti pertama berkahwin pada 2025, sekali gus memberi cahaya buat era kegelapan rumah tangga ramai artis seperti tahun lalu.
Jadi, adakah dia akan menyambut kedatangan Ramadan dan Aidilfitri sebagai isteri orang? Sama-samalah kita nantikan.
Selain Siti Saleha, pernikahan kali kedua Adira dan Datuk Red juga antara dinanti ramai. Harap menjadi kenyataan.
Diva: Bagus Saleha tak canang  hubungan cinta, tahu-tahu sudah rancang nak kahwin.




https://www.kosmo.com.my/2025/01/04/siti-saleha-joshua-nak-nikah-bulan-depan/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:42 AM | Show all posts
tahniah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:45 AM | Show all posts
Tempahan reruai melalui aplikasi PBAKL dibatalkan


[size=14.399999618530273px]Foto PBAKL.


KUALA LUMPUR : Semua tempahan reruai menerusi aplikasi penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 dibatalkan.
Jawatankuasa Khas Penawaran Reruai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025, berkata ia diputuskan selepas tempahan mengalami gangguan teknikal di luar jangka, iaitu serangan BOT serta berlaku pertindihan tempahan reruai.
"Pihak jawatankuasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur – Sistem Tempahan Automasi Reruai (PBAKL-STAR) amat kesal atas kesulitan yang dihadapi oleh kesemua syarikat yang terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Tempahan melalui aplikasi itu dibuka mulai 26 Disember lalu.
Jawatankuasa itu memaklumkan tempahan akan dibuka semula dengan beberapa penambahbaikan dan pembaharuan iaitu terhadap sistem tempahan reruai dengan memberikan penekanan kepada ciri-ciri keselamatan, peluasan jalur lebar 'bandwidth' dan server khusus.
Penambahbaikan lain katanya, penyusunan semula reruai dan pembukaan dewan baharu bagi memenuhi permintaan reruai yang tinggi.
"Pihak syarikat yang sudah mendapat reruai dan membuat pembayaran boleh memohon pemulangan wang yang dibayar atau syarikat boleh menggunakan bayaran yang sudah dibuat bagi tempahan semula reruai," katanya.
Kenyataan itu menyebut butiran lanjut mengenai tempahan semula reruai juga akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Seiring dengan cabaran dan perkembangan masa kini, langkah kita melaksanakan peralihan digital pastinya disulami dengan pelbagai cabaran.
"Kami amat menghargai setiap cadangan, pandangan, dan sokongan yang diberikan oleh setiap pemegang taruh dalam persiapan PBAKL 2025.
"Maklum balas ini adalah asas penting dalam memastikan acara ini terus berkembang dan memenuhi keperluan industri serta masyarakat demi memperkasakan industri perbukuan Malaysia serta memperkukuh daya saing PBAKL di peringkat global," katanya.






https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344677/tempahan-reruai-melalui-aplikasi-pbakl-dibatalkan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 10:46 AM | Show all posts
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman di Gaza



KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan dan bersasar oleh rejim Zionis Israel ke atas orang awam di Gaza.
Serangan itu mengakibatkan banyak kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, termasuk wanita, kanak-kanak, serta kakitangan perubatan dan media.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan sengaja menyasarkan hospital, termasuk serangan terbaru yang kejam ke atas Hospital Kamal Adwan yang mana pesakit dan kakitangan perubatan dipaksa keluar, menerima layanan tidak berperikemanusiaan dan memusnahkan infrastruktur penting.
Katanya, jelas sekali tindakan itu melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.

"Serangan udara tanpa henti, pemindahan secara paksa dan penyasaran sistematik terhadap kawasan kediaman serta zon yang diiktiraf selamat adalah tindakan genosid dan jenayah perang yang nyata," kata kenyataan itu.
Wisma Putra berkata, taktik menghalang yang digunakan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merencatkan kemajuan dalam rundingan gencatan senjata, memburukkan lagi penderitaan rakyat Palestin, dan menggagalkan usaha diplomatik penting untuk mencapai gencatan senjata segera dan kekal.
Kementerian itu berkata masyarakat antarabangsa mesti memikul tanggungjawab kolektif untuk menghentikan kekejaman dan kemusnahan ini, melindungi nyawa orang yang tidak bersalah, serta memastikan mereka yang bertanggungjawab atas genosid dan jenayah perang diadili.
"Keamanan, keadilan dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa mesti ditegakkan.
"Dalam hal ini, perbuatan genosid dan pendudukan haram di Wilayah Palestin yang diduduki mesti dihentikan dan sebuah negara Palestin yang merdeka serta berdaulat diwujudkan, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya.
"Palestin berhak mendapatkan tempatnya yang sah sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," kata kementerian itu.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344679/malaysia-kutuk-sekeras-kerasnya-keganasan-kekejaman-di-gaza


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:47 AM | Show all posts
Mangsa banjir di Kelantan kekal 36


[size=14.399999618530273px]Kawasan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Al-Falah, Rantau Panjang digenangi banjir pada hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 ketika tinjauan Khamis lalu. - Foto BERNAMA

[size=14.399999618530273px]


KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang membabitkan jajahan Pasir Mas masih kekal sejak semalam, iaitu sebanyak 36 orang daripada sembilan keluarga setakat jam 9.30 pagi tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh, Pasir Mas.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mencatatkan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada paras waspada dengan bacaan 2.06 meter.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344757/mangsa-banjir-di-kelantan-kekal-36


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:49 AM | Show all posts
KKM tumpu usaha tangani kekurangan petugas tahun ini


[size=14.399999618530273px]Dr Dzulkefly ketika menyampaikan amanat tahun baharu pada warga KKM, hari ini. - FOTO BERNAMA

[size=14.399999618530273px]


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk menangani isu kekurangan dan ketidakseimbangan pengagihan petugasnya, tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata perkara berkenaan akan ditangani melalui pendekatan menyeluruh kerajaan bagi memastikan perancangan dan penggunaan sumber manusia yang berkesan dapat dilaksanakan.


"Perkara berkenaan memerlukan pendekatan menyeluruh kerajaan pada peringkat kementerian untuk menyelesaikannya kerana ia membabitkan pihak lain seperti Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Saya tahu rakyat tertumpu kepada kami untuk menyelesaikan masalah ini, dan kami akan melakukan yang terbaik, insya-Allah.
"Kita ada pasukan yang sedang berusaha menyelesaikannya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga KKM, di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Dzulkefly meminta warga KKM menetapkan hala tuju inisiatif penjagaan kesihatan pada tahun ini.
Beliau berkata, KKM akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan beberapa pelan tindakan yang telah dirangka sejak dua tahun lalu, khususnya dalam mempromosikan keperluan pencegahan penyakit kepada orang ramai.

"Tumpuannya ialah bagi menangani bebanan penyakit dengan lebih proaktif serta komprehensif melalui pencegahan dan saringan," katanya.
Selain itu, Dr Dzulkefly berkata, KKM menyasarkan untuk mengubah pembiayaan penjagaan kesihatan di negara ini dan menangani inflasi perubatan yang tinggi, dengan memperkenalkan kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) serta kumpulan risiko klinikal (CRG).
"Jawatankuasa Mekanisme Pembayaran Kesihatan Kebangsaan berdasarkan DRG telah ditubuhkan sejak Julai 2024, antara lain untuk menetapkan hala tuju strategik bagi mekanisme pembayaran kesihatan negara.

"Ahli jawatankuasa ini termasuk wakil dari enam kementerian, badan berkanun seperti Bank Negara Malaysia, penyedia insurans, Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Hospital Swasta Malaysia, hospital universiti awam, hospital tentera dan lain-lain," katanya.
Dr Dzulkefly berkata, kementerian juga akan mempromosikan kepentingan insurans kesihatan swasta (PHI) kepada orang ramai.
"Terdapat golongan T20 yang tidak mempunyai perlindungan insurans di mana mereka terpaksa membayar sendiri dan ini menyebabkan inflasi. Oleh itu, kita akan menggalakkan mereka untuk memahami peranan PHI, dan Rakan KKM kita juga akan menerima PHI," katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344614/kkm-tumpu-usaha-tangani-kekurangan-petugas-tahun-ini


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:50 AM | Show all posts
LHDN dibenar dapatkan tunggakan cukai pendapatan RM7.4 juta daripada ahli perniagaan bergelar Datuk




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi baru-baru ini membenarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapatkan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM7.4 juta daripada seorang ahli perniagaan bagi tempoh antara 2018 dan 2022.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datuk Shafee Zaman Sikandar Batcha selepas mendapati tiada isu yang boleh dibicarakan sebagaimana dibangkitkan oleh defendan.
Penghakiman terus ialah keputusan dibuat oleh mahkamah tanpa melalui perbicaraan, yang ditentukan berdasarkan bukti selepas tiada fakta material dipertikaikan, sekali gus membenarkan hakim menyelesaikan kes berdasarkan alasan undang-undang.
Ahmad Shahrir dalam penghakimannya berkata, hujahan defendan bahawa kes itu kekurangan kausa tindakan kerana penilaian dibuat berdasarkan dana serta aset syarikat dan bukannya pendapatan peribadi, pada asasnya disalah anggap.

LHDN mengeluarkan taksiran tambahan kepada defendan bagi 2018 hingga 2022, masing-masing berjumlah RM2,454,926.27, RM1,818,439.57, RM558,108.48, RM959,386.24 dan RM944,452.80 melalui Notis Penilaian (Tambahan) bertarikh 14 Disember 2023.
Defendan gagal membayar cukai itu dalam tempoh 30 hari selepas penyampaian notis dan seterusnya kenaikan 10 peratus telah dikenakan, iaitu masing-masing berjumlah RM245,492.62, RM181,843.95, RM55,810.84, RM95,938.62 serta RM94,445.28 bagi setiap tahun penilaian terbabit.

Pada 3 Januari tahun lalu, defendan memfailkan rayuan terhadap taksiran tambahan itu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT), manakala LHDN memulakan prosiding dalam kes berkenaan untuk mendapatkan semula cukai tertunggak dan kenaikan.
Defendan menghujahkan bahawa tiada bukti bahawa Notis Taksiran disampaikan dengan sewajarnya melalui pos biasa dan pegawai cukai gagal mempamerkan sebarang bukti dokumentari pengeposan atau menyatakan tarikh sebenar penyampaian melalui pos biasa.
Defendan juga mencabar asas dan ketepatan penilaian tambahan atas pelbagai alasan, termasuk dakwaan kesilapan dalam penentuan pemilikan hartanah, dana syarikat dan urus niaga kenderaan.

Bagaimanapun, mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan defendan, dan memutuskan bahawa notis cukai yang dihantar melalui pos biasa dianggap telah disampaikan kepada individu itu sehari selepas ia diterima dalam perjalanan biasa, dengan syarat ia dialamatkan kepada individu terbabit menerusi alamat terakhir yang diketahui.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344642/lhdn-dibenar-dapatkan-tunggakan-cukai-pendapatan-rm74-juta-daripada


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.311775 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list