CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2009 04:08 PM | Show all posts
Yang ikut Muasassah, ini adalah jarak dari khemah di Mina ke tempat melontar di Jamrah.
Perjalanan yang jauh, tapi menyeronokkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2009 04:18 PM | Show all posts
260# ustaz

musim haji lalu saya berkesempatan ke Kompleks Janadiriah ini menziarahi ibu saudara... besar sungguh kompleks TH Janadiriah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 04:21 PM | Show all posts
Di dalam terowong Muassim


Selepas keluar dari terowong.


Menuju ke Jamrah. Sekarang dah tidak sesesak dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 04:23 PM | Show all posts
Ini adalah belalang di dalam Masjidilharam. Panjangnya hampir 4 inci.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 04:32 PM | Show all posts
Bismillahirohmannirohimm...


Alhamdulillahirobbilalamin...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 05:30 PM | Show all posts
260# ustaz

Jawa Tepi? Hehehehe... lama betul tak dengar bangsa tu...

baiklah... saya keluarkan gambar2 lama....

Mereka2 yang buat Haji ikut Muasassah. Ini jarak Hotel ke Masjidilharam. 780m jauhnya.


Jazakallah Ustaz...
Jauhnya nak pi ke Masjid..
Tapi kalau dah hari hari tak terasa...
Tambahan sekali kalau berjalan ramai ramai..
Setiap langkah ke Masjid memberi pahala..
Subhanallahwabihamdih..
Maha Suci Allah..Segala puji hanya untuk MU..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2009 05:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 24-10-2009 17:35

265# ustaz


Tengok gambar ni..
Lagi rinduu...
Rindu Nak makan Nasi Arab..
Alhamdulillah....boleh licin habis ...berkat berkat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 11:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2009 11:44 PM | Show all posts
muzdalifah

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 11:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 11:48 PM | Show all posts
Kenapa ramai yang berkemampuan tapi tak teringin lagi nak tunaikan Haji. Alasan mereka “belum sampai seru”. “Belum sampai seru” bukanlah alasan untuk menangguhkan ibadat haji kerana seruan haji su ...
ustaz Post at 24-10-2009 10:47


setuju penuh...

seruan telah ada sejak Nabi ALLAH Ibrahim menyeru...

dan berdoa semoga bumi ini barakah...

kalau dok kata takde seruan tanyalah iman....sesuatu masih belum lengkap.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 01:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by farmasi at 25-10-2009 01:48

229# sunsuria3

termurah rm700 return icl tax n bab visa ambil bersama muassasah dari travel agent msia
yg mcm hussain bg tau dulu antaranya demawardah pun bole. our plan itinerary
27/5 - kl-auh, 27-28 - 1 nite in auh, 28/5 - auh-jed, 28-29 - 1 nite in jed@direct mekah
29/5-2/6 mekah, 2-5 madinah, 5/6 - jed-auh, 5-6 - 1 nite in auh, 6/6 auh-kl
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 01:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 24-10-2009 17:35

265# ustaz


Tengok gambar ni..
Lagi rinduu...
Rindu Nak makan Nasi Arab..
Alhamdulilla ...
aziefa Post at 24-10-2009 17:33


fuuh sedapnya nasik ikan....

rindunya..lama tak makan...last makan bulan ramadhan haritue dgn bro adik zarif....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 03:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by HUSSAINTAHIR at 25-10-2009 03:52

PERSEDIAAN HAJI

1.Membersihkan hati dan membetulkan niat

Maaf saya ingin mengingatkan bakal-bakal haji supaya membuat persediaan yang betul...dengan bersolat taubat...bersihkan hati...dan bersihkan fkiran

maaf bukan saya nak menasihati tapi sekdar mengingatkan

saya tertarik selepas isyak di masjid tabung haji saya ke bawah utk minum air..kerana terlalu dahaga...

sambil minum...saya terdengar perbualan seorang bakal haji....yang bersembang denang seorang lelaki..

bertanya tentang seorang kawan mereka.....sambil mengutuk kawan tersebut dan juga gelak ketawa dan mereka mencaci kawan tersebut yang ditangkap mencuri...

saya terlalu kecewa..sedih..nak marah...kalau orang muda dah saya tegur.tapi pakcik yang sudah berusia...

masih tidak faham falsafah haji..ketika hendak bersiap berangkat masih boleh mengutuk dan mencaci...

seburuk mana perlakuan kawan atau teman kita...bukan tugas kita mencaci atau menghina...salah dan silap orang tidak harus menjadi bualan kita...

saya seperti mahu memberitahu pakcik tua itu..lebih baik naik keatas semula beristigfar dan solat taubat..supaya ibadatnya tidak rosak....pergi haji dengan niat dan peragai yang tidak elok...ingat betamu ini bukan sebarang....

bertamu kepada ALLAH yang ESA....sucikan diri...banyakkan ibadat..istigfar...dan saya rasa bg yang menghantar jemaah tolong...jgn terlalu sibuk untuk bergurau senda...bersembang...mengumpat...dan sebagainya...biarkan jemaah selesa..beribadat..ingatkan jemaah untuk sentiasa beristigfar...berzikir

bukan itu masanya nak bermesra dengan cucu...nak bersembang dengan anak2...jemaah dalam perjalanan yg sangat penting..........peluang untuk last minute study...sembang pun sekadar perlu...perbincangan atau perbualan haruslah berdasarkan perjalanan ini,,persediaan dan urusan haji

masih saya teringat menghantar ibu bapa...dalam perjalanan ayah tidak berbual langsung..sekadar cuma mengingatkan spaya jaga adik n doakan ayah..tiada perbualan panjang..ataupun yang sia2...ayah lebih banyak diam....

tapi pada saat itu bila ayah peluk saya pun tidak mampu berkata2 sekadar menitis beberapa titis air mata..dan hanya jemaah dibenarkan masuk ke kompleks yg lain harus pulang segera....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 09:42 AM | Show all posts
This year

jemaah haji akan diletakkan di hotel2 berikut di madinah

1. haram hotel
2. madinah oberoi
3.anwar moven pick
4. al sharq manazeli hotel


pernah stay kt al sharq manazeli hotel

best betul hotel nie
ada fridge...lcd tv...toilet yg best dan luas...

katilnya empuk..selmutnya..masyaALLAH lembut..selimut bulu kambing....sedapnya...

i was here in 2008 april...masa tue hotel nie masih dalam pembinaan...
sebenarnya hotel nie dekat dengan tmpt perempuan...lalu depan green palace then masuk sebelah oberoi dah sampai..

kt bawah tue banyak tmpt shopping jgk...
sebelah tue banyak orang jual buah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 10:08 AM | Show all posts
mudah2an dengan izin Allah saya dapat menunaikan haji dengan suami dan ibu saya tahun hadapan amin...
saya masih dalam proses memilih pakej mana yang sesuai memandangkan ibu saya pun dah 60tahun,kalo boleh nak ambil hotel yg berdekatan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2009 10:18 AM | Show all posts
bertuahnya hussein selalu dapat pergi mekah selalu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 11:01 AM | Show all posts
This year

jemaah haji akan diletakkan di hotel2 berikut di madinah

1. haram hotel
2. madinah oberoi
3.anwar moven pick
4. al sharq manazeli hotel


pernah stay kt al sharq manazeli hotel
...
HUSSAINTAHIR Post at 25-10-2009 09:42


Salam Hussain

Di Madinah memang jemaah muasassah di tempatkan di hotel yang berbintang bintang. Time Umi dulu kami duduk di Haram Hotel. Byk kejadian kelakar maklumlah tinggal di hotel canggih, ramai jemaah yg tua tua tak reti nak guna the hotel facilities terutama bilik air yang ada bath tubserta ada air sejuk/panas, nak bukan yang sejuk terbukak yang panas apa lagi he he. . Tapi di Makkah kami cuma ditempatkan di Maktab (tapi kami untung sebab boleh masak sendiri he he)
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 11:06 AM | Show all posts
mudah2an dengan izin Allah saya dapat menunaikan haji dengan suami dan ibu saya tahun hadapan amin...
saya masih dalam proses memilih pakej mana yang sesuai memandangkan ibu saya pun dah 60tahun,kalo ...
no~yean Post at 25-10-2009 10:08


No yean, hotel sekarang ni nak kata dekat tak dekat sangat sebab banyak hotel yg dekat2 dah runtuh. Kalau dekat sangat rega kurang kurang atas RM30k keatas seorang itupun mungkin dalam 200-300 m dari Haram (rasa package biasa tu)
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 01:18 PM | Show all posts




Jemaah terharu di Makam Saidina Hamzah


SEBAHAGIAN daripada jemaah haji Malaysia berdoa di luar Makam Saidina Hamzah di lembah Bukit Uhud, Madinah, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



MADINAH 24 Okt. - Ramai jemaah haji Malaysia menitis air mata ketika menziarahi Makam Saidina Hamzah yang terletak di kaki Bukit Uhud, iaitu kawasan bersejarah yang dulunya pernah mencatatkan sejarah hitam kekalahan pertama tentera Islam di tangan tentera kafir Qurais.

Mereka terlalu hiba melihat keadaan Makam Saidina Hamzah yang disemadikan bersama 69 pejuang Islam yang mati syahid dalam perang Uhud yang mengakibatkan Nabi Muhammad SAW turut cedera dan terpaksa bersembunyi di salah sebuah gua di bukit tersebut.

Saidina Hamzah dibunuh oleh orang suruhan Hindun Utbah bernama Wahsyi AlHabsyi bagi membalas dendam terhadap kematian bapanya dalam perang Badar sebelum itu. Setelah dibunuh, Hindun mengeluarkan jantung Saidina Hamzah dan dimakan.

Makam Saidina Hamzah hanya diletakkan batu-batu bukit berwarna hitam dan di sekitar makam itu pula menempatkan para shuhada yang lain tanpa batu nisan. Kawasan perkuburan itu yang terletak di sebelah masjid dikelilingi oleh pagar besi berlatarbelakangkan Bukit Uhud.

Bagi mereka yang menziarahi kawasan itu akan dapat melihat bukit kecil berhampiran makam tersebut iaitu kawasan di mana pasukan pemanah berkuda melanggar arahan Nabi Muhammad SAW apabila turun dari kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan perang sebelum tentera Qurais menyerang balas.

Jemaah Malaysia, Naimah Kasdan, 47, ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana dapat menziarahi makam itu yang mencatatkan kisah sedih mengenai peristiwa gugurnya terlalu ramai tentera Islam termasuk bapa saudara Nabi.

Beliau memberitahu, setiap jemaah pasti akan merasa terharu apabila melihat makam tersebut terutama apabila mengingati kisah perang Uhud.

"Sedih dan sayunya apabila melihat keadaan Makam Saidina Hamzah apalagi mengenangkan kematian pejuang-pejuang Islam dalam peperangan itu," kata Naimah yang datang bersama suaminya, Yusoff Bakar, 61, di bawah rombongan Tabung Haji.

Seorang lagi jemaah, Rosni Mahmud Zahidin, 48, pula berkata, beliau terlalu bersyukur kerana mendapat peluang menziarahi makam tersebut.

"Selama ini saya hanya mengetahuinya melalui pembacaan tetapi kali ini saya dapat menjejakkan kaki sendiri di kawasan yang pernah mencatatkan kisah hitam kekalahan tentera Islam.

"Para syuhada itu terkorban pada peringkat awal kedatangan Islam dan pengorbanan mereka itu amat menyedihkan," katanya.

Bagi pelawat yang menziarahi makam itu digalakkan memberi salam dengan membaca doa, "Mudah-mudahan sejahtera ke atas bapa saudara Nabi Muhammad, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Assalamualaikum wahai singa Allah dan singa Rasullullah. Assalamualaikum wahai penghulu syuhada."

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji memberitahu, setakat pukul 11.20 malam tadi, jumlah jemaah haji yang selamat tiba di kota Madinah meningkat kepada 5,310 jemaah, manakala jumlah petugas seramai 349 melalui 14 penerbangan. - Utusan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.179730 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list