CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kirawang

USAHAWAN UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL

[Copy link]
 Author| Post time 4-12-2009 08:51 AM | Show all posts
sambungan..

Apa yang Datuk lihat sebagai sedang berlaku sekarang?

Setakat ini, saya melihat banyak syarikat besar tempatan telah menjalinkan hubungan dengan para penganalisis tetapi ia masih lagi bukan melibatkan semua (syarikat besar yang ada). Perhubungan itu juga perlu melibatkan peringkat pihak pengurusan tertinggi dan juga Lembaga Pengarah syarikat. Pada kebiasaannya, saya melihat syarikat yang tidak mempunyai ikutan (pelabur) yang kuat, aktiviti IRnya begitu lembap tetapi memiliki ikutan yang ramai tidak bermakna harga saham sesebuah syarikat itu tinggi. Para pelabur mahukan Lembaga Pengarah syarikat yang dilabur dapat mengenal pasti prospek, masa depan syarikat. Secara realitinya, jika sesebuah syarikat itu mempunyai potensi yang baik, para penganalisis akan berlumba-lumba untuk menyalurkan maklumat, sekali gus membolehkan broker meraih pendapatan. Ini kerana broker pula hanya boleh menjana pendapatan melalui aktiviti dagangan dan proses jual beli saham ini yang hanya boleh berlaku jika sesebuah syarikat itu mampu menarik minat pelabur membelinya.

Jadi aktiviti IR penting kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat?

IR adalah cara Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat menghargai para pelaburnya. Mereka perlu memastikan keteguhan syarikat supaya para pelabur mempunyai minat yang tinggi terhadap nilai syarikat. Ini kerana kekayaan pelabur bergantung kepada nilai sesebuah syarikat yang dilabur.

Namun begitu, terdapat mereka yang mengambil persepsi dan tanggungjawab mengikut kepentingannya dalam syarikat. Sekiranya ahli Lembaga Pengarah atau pengurusan tertinggi mempunyai pegangan saham, mereka akan berusaha memastikan nilai syarikat sentiasa tinggi dan begitu sebaliknya. Bagaimanapun, kebanyakannya tidak ambil peduli sedangkan peranan mereka adalah memastikan nilai harga saham mewakili nilai syarikat. Sebagai contoh, potensi syarikat A bernilai RM1 bilion tetapi jika prestasi syarikat ini tidak dipantau sebaik mungkin, nilainya mungkin susut kepada RM6 juta, siapa yang rugi, sudah tentulah pemegang saham syarikat itu. Lebih mendukacitakan, lembaga pengarah masih dibayar gaji yang sama meskipun mereka gagal mencapai Penunjuk Prestasi Utama (KPI). Syarikat yang mempunyai pengurusan kukuh sering kali mampu menarik minat pelaburan asing jauh lebih tinggi.

Kenapa IR kurang diberikan perhatian?

Keadaan ini berlaku kerana tiada penyelarasan terhadap apa kehendak para pemegang saham dengan pendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan syarikat. Para pemegang saham sepatutnya mempersoalkan nilai syarikat yang dilaburkan terutama pada mesyuarat agung tahunan. Jika pihak pengurusan gagal menjawab soalan itu, para pemegang saham boleh mempersoalkan kedudukan pihak pengurusan, malah bertindak lebih jauh lagi dengan gugurkan mereka. Pihak pengurusan syarikat bertanggungjawab sepenuhnya mempertahankan nilai syarikat. Kalau mereka memusnahkan nilai yang dipegang oleh pelabur, pemegang saham yang akan menanggung kerugian.

Adakah wujud keberanian itu di kalangan pemegang saham?

Mungkin, tetapi mereka perlu bertanyakan soalan yang betul. Selalunya Kumpulan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) yang memainkan peranan ini. Secara asasnya kenapa pelabur membeli saham sama ada untuk jangka pendek ataupun jangka panjang? Jawapannya, ia bertujuan mendapatkan pulangan dan pulangan itu hanya boleh diharapkan kepada saham-saham berprestasi tinggi. Sebab itu, apabila sesuatu saham menunjukkan prestasi mengagumkan, pelabur sanggup untuk memegangnya selama 10 tahun, bukan semata-mata mahu melihat pergerakan sebanyak satu sen setahun atau satu sen sebulan, tetapi dividen

Bagaimana IR boleh berperanan secara berkesan ketika pasaran masih belum pulih?

Ia bukan satu masalah kerana kebiasaannya syarikat yang memiliki model perniagaan yang baik, berpotensi besar sentiasa berhubung dengan para pelaburnya. IR adalah sebahagian daripada keperluan yang perlu dipenuhi oleh syarikat kepada para pelaburnya.

Apakah trend pelabur tempatan masih sama?

Tidak, apa yang saya lihat sekarang kebanyakan pelabur lebih gemar berurus niaga secara dalam talian (online). Jumlah pelabur baru di kalangan generasi muda juga semakin meningkat, ini satu perkembangan positif dan menggalakkan memandangkan urus niaga seumpama ini masih baru di Malaysia.

Ekonomi global semakin pulih, adakah Datuk percaya dengan tanda-tanda pemulihan awal ini

Saya tidak menafikan terdapat tanda-tanda pemulihan yang jelas terutama di rantau Asia. Bagaimanapun, sejauh mana pemulihan mampu dipertahankan masih samar-samar lagi. Bagaimanapun, pada pandangan saya, masa inilah waktu terbaik untuk pelabur melihat semula peluang yang boleh direbut di pasaran.

Setelah lebih lima tahun menerajui Bursa Malaysia, apakah lagi perkara yang mahu Datuk terus lakukan?

Saya akan terus bekerja keras untuk menarik pelabur asing ke Malaysia. Bagi saya, Malaysia masih mempunyai ‘permata’ dan ‘cerita-cerita menarik’ yang belum dijual sepenuhnya dan saya akan terus menjajanya, Ini bukan semata-mata untuk meningkatkan pendapatan, sebaliknya mahu memastikan pasaran tempatan terus berada di dalam senarai destinasi pelaburan pelabur asing.

Adakah Bursa Malaysia mempunyai strategi tertentu?

Bursa Malaysia akan terus melakukan usaha-usaha promosi secara agresif. Dan, setakat ini kita tidak pernah terlepas peluang mengambil bahagian dalam misi perdagangan. Kita tidak mahu para pelabur terus melupakan kewujudan kita. Itu matlamat kita.

Bagaimana Datuk melihat pencapaian sendiri sepanjang berada di Bursa Malaysia?

Adalah tidak adil untuk saya mengadili prestasi sendiri. Tanyalah kepada kakitangan Bursa Malaysia, tetapi sebagai pemimpin, sudah tentu saya mahukan terbaik.

Bolehkah Datuk nyatakan impian dan azam untuk tahun depan?

Saya mahu melihat lebih banyak syarikat besar dalam pasaran tempatan. Lebih banyak aktiviti pembelian dan pengambilan alih (M&A) berlaku sepanjang tahun depan kerana proses itu akan merancakkan dan menggegarkan semula pasaran tempatan yang agak ‘dingin’ pada tahun ini. Kepada syarikat-syarikat tersenarai, saya mahu aktiviti IR diperhebatkan bagi mengembalikan semula para pelabur ke Bursa Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2009 08:54 AM | Show all posts
Market Dow Jones naik.., Hang seng naik, KLCI naik ...china naik..Pakcik Kayo....

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 10:34 AM | Show all posts
Market Dow Jones naik.., Hang seng naik, KLCI naik ...china naik..Pakcik Kayo....

http://www.bharian.com.my/Gambar_Pilihan_BH/gambarz_1483?display=small
kirawang Post at 4-12-2009 08:54


antara 3 orang pakcik tu...
yang mana satu pakcik Kirawang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 02:10 PM | Show all posts
antara 3 orang pakcik tu...
yang mana satu pakcik Kirawang...
chayuk Post at 7-12-2009 10:34



pok cik kirawang tu ensem..se ensem poket dia...tol tak bos..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 08:45 PM | Show all posts
senyap je takde orang ke...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 12:42 AM | Show all posts
ader jer org nyer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2009 01:57 PM | Show all posts
antara 3 orang pakcik tu...
yang mana satu pakcik Kirawang...
chayuk Post at 7-12-2009 10:34





lawak la ko nie..kirawang tue solid lagi..takder la tunjuk kira wang sampai camtue skali..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 01:59 PM | Show all posts
senyap je takde orang ke...
ahmad0991 Post at 10-12-2009 20:45


ntah la bro..aku pun dah lama tak nmpak edypublicmutual yg suka gelak camnie-->


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 09:15 PM | Show all posts
aku tak minat doh dgn public mutualsebab branch manager kuantan cam sial kaki jilat KG!!! branch kuantan pon dah huru hara...lebih baik aku layan maa mutual...(branch manager kuantan putar belit..bodoh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 10:56 PM | Show all posts
antara 3 orang pakcik tu...
yang mana satu pakcik Kirawang...
chayuk Post at 7-12-2009 10:34


pakcik kirawang tak de kat sini, yang dari kiri, pakcik tam99, yang rendah sikit tu pakcik lat dan paling kanan pakcik tauke....30 tahun dr sekarang..masa tu tauke pon dah jadi kenit gak, psl dah bongkok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 10:58 PM | Show all posts
pok cik kirawang tu ensem..se ensem poket dia...tol tak bos..
mahar88 Post at 7-12-2009 14:10


tapi encem pokcik mahar,,norizan tengok, jatuh cinta pandangan ke 33..pandangan pertama norizan jual mahal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 10:59 PM | Show all posts


lawak la ko nie..kirawang tue solid lagi..takder la tunjuk kira wang sampai camtue skali..
amirul_nazri Post at 12-12-2009 13:57


amirul, avatar tu,,kamu yee...
rasa, pernah nampak je....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 11:00 PM | Show all posts
senyap je takde orang ke...
ahmad0991 Post at 10-12-2009 20:45


busy dengan renovate rumah...ahmad, dah sms ke yr account PB no ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 11:02 PM | Show all posts
aku tak minat doh dgn public mutualsebab branch manager kuantan cam sial kaki jilat KG!!! branch kuantan pon dah huru hara...lebih baik aku layan maa mutual...(branch manager kuantan putar beli ...
toncik Post at 14-12-2009 21:15


apa yang dia buat kat kamu toncik..cerita le sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:05 PM | Show all posts
amirul, avatar tu,,kamu yee...
rasa, pernah nampak je....
kirawang Post at 14-12-2009 22:59


pernah..mmg pernah.. mano jelita dah whomyd..lama menghilang..btw, nik dh lama tak nampak kat branch..sejak dah kahwin nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 11:11 PM | Show all posts
my house dah siap. penat tolong kontraktor pecahkan mana2 yang patut...

just tempek kat sini pic belakang rumah, sungai mengalir dan bukit melawati...Rumah saya ni sejuk je, tak yah pasang kipas or aircond...hopefully u all semua positive thinking yang singgah di thread ni,..tak de niat nak menunjuk2 or riak dan takbur..

Just nak share, because saya tahu, u all semua especially yang muda2 20an, boleh dapat much more better than me, once u all concentrate dengan sales...





[img][?t=1260803438/img]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2009 08:28 AM | Show all posts
article menarik dan santai to share dengan U all..

Survey: Rich Malaysians getting richer
Published: 2009/12/14
Share12

PDF  
EMAIL  
PRINT  
CURRENCY CONVERTER  
LARGER TYPE  
SMALLER TYPE  
TOOLS
DICTIONARY :   
THESAURUS :   
  
Rich Malaysians are now even richer and many have plans to live abroad, a recent survey revealed.



Affluent Malaysians have reported that they are now 55 per cent wealthier than before compared to 35 per cent earlier this year.

And those Malaysians who want to move are looking at Australia, New Zealand, Singapore and the US.

The HSBC Affuent Asian Tracker, a survey conducted by Nielsen for HSBC, surveyed a total of 1,700 affluent individuals between 30 to 55 years of age in eight key markets in September and October 2009.

The survey gauged views of people in the top 10 per cent of the population by income and liquid assets.



HSBC in a press release said the data was a clear indication that savvy affluent Malaysians came through the financial turmoil at the end of 2009, relatively unscathed.

Some 86 per cent of Malaysian respondents gained their wealth through employment. Generally, 56 per cent of their income is spent on daily and recurring expenses while 26 per cent committed towards savings, insurance and investment.

HSBC Bank Malaysia Bhd's general manager for personal financial services Lim Eng Seong said that the high net worth Malaysians were riding on Asia's recovery and improved market sentiment, their confidence is returning as investors are providing momentum towards a more robust wealth management market in Malaysia.

Questions on planned changes in investment risk appetite over the next six months, revealed that 50 per cent were willing to increase their investments. Of this an equal number were planning to invest in direct stocks and in unit trusts.

However, they were mostly moderate risk takers and will not change their risk appetite in the next six months.

The asset holding of most surveyed skewed towards saving and unit trusts (73 per cent), properties (65 per cent) and life insurance (61 per cent).

Fourty-seven per cent of Malaysians felt that Asia Pacific was a better option followed by Greater China, but 35 per cent have no plans to invest in funds or equities abroad.

The survey's investment risk index showed that most Malaysians are leaning towards more secured long-term investment products.

"Growing affluence is the key driver for investment activities and diversification of asset holdings. While market sentiment will continue to remain an important driver, other factors will also influence the psyche of the affluent Malaysian investor," Lim said.

The survey showed that advice from independent financial advisers (53 per cent), financial media (40 per cent) and friends (29 per cent) were the top three role players in shaping their investment portfolio.

Some 44 per cent of Malaysians preferred to spend their earnings on dining out, entertainment and hobbies with another 40 per cent on travel and 36 per cent on property. Got a great travel photo? Can it win this photo contest?



Meanwhile, although 52 per cent of those surveyed have no plans to live abroad, 30 per cent of those of who do, are looking to live in Australia or New Zealand, following by Singapore (18 per cent) and the US (10 per cent).

In Asia, mainland China leads the wealth surge with a 70 per cent rise in net worth compared to 46 per cent in the first half of 2009
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2009 08:31 AM | Show all posts
pernah..mmg pernah.. mano jelita dah whomyd..lama menghilang..btw, nik dh lama tak nampak kat branch..sejak dah kahwin nie..
amirul_nazri Post at 14-12-2009 23:05


Jel tak boleh masuk cari, facebook dan segalanya...kerja dia sekarang ni,....bekerja dengan gigih dan saksama...pasal co dia dah sekat website yang menjurus kepada jel untuk mengular....

whomyd, berkepit dengan bini kot musim hujan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 10:11 AM | Show all posts
277# kirawang
tahniah tuan..lawa umah tuan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 10:29 AM | Show all posts
my house dah siap. penat tolong kontraktor pecahkan mana2 yang patut...

just tempek kat sini pic belakang rumah, sungai mengalir dan bukit melawati...Rumah saya ni sejuk je, tak yah pasang kipas or ...
kirawang Post at 14-12-2009 23:11


Kakak saya pun baru pindah rumah.
Kalau tolong pecahkan mana2 yg patut memang la penat........tapi boleh exercise kan badan lah....
silap2 ambik cuti 2 hari sebab penat macam abang ipar saya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.998690 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list