CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fadhli_2

Peluang pelaburan di Public Mutual

[Copy link]
Post time 17-12-2007 09:41 PM | Show all posts
Dalil tu semua hanya membicarakan bab urus niaga jual beli biasa , bukannya pengurusan wang ringgit seperti dana unit trust atau stock/syer  . Rasulullah dan para sahabat baginda tak pernah lagi memberi wang ringgit kepada orang kafir untuk di laburkan . So tindakan si ustaz ni nak qiyaskan di antara urusan jual beli biasa dengan pelaburan wang ringgit nih ternyata tak kena laah , sebab tu ulamak sedunia tak berpegang pada pandangan yang macam tu , ustaz tu sorang aje yang memandai main qiyas tak kena tempat

Tunjuk mai dulu mana dia hadith sahih yang menyatakan Rasulullah pernah memberi duit untuk di laburkan pada orang kafir yang menjalankan majoriti urusniaga secara haram ... tak ada laa

[ Last edited by  blastoff at 17-12-2007 09:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2007 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 17-12-2007 09:41 PM
Dalil tu semua hanya membicarakan bab urus niaga jual beli biasa , bukannya pengurusan wang ringgit seperti dana unit trust atau stock/syer  . Rasulullah dan para sahabat baginda tak pernah lagi  ...

Ok, skrg cuba ko "cut & paste" yg mengatakan Public Mutual punya dana islamic tu HARAM...Klu setakat citer pasal stock/shares, mmg x dinafikan ada yg HARAM dan HALAL, tp dah dibuat kategori mana yg HALAL dan mana yg HARAM...Mmg kepunyaan sepenuhnya tp x mesti dia mesti sentiasa "PUMP" modal...Cara ko ckp ni ibarat seorang yg non-muslim yg masuk islam tp bg ko dia tetap HARAM sbb mak bapak dia bukan islam, maknanya Islam ni kejam, klu dah convert ke islam dah x boleh ada kena mengena dgn mak bapak dia lg...ko citer psl fatwa sedunia tp mcm mana pula dgn Dow Jones Islamic Index yg mempunyai syariah advisor dari 6 negara (M'sia, Bahrain, Pakistan, Saudi Arabia....)...So, minta maaf ye, bukan nak attack peribadi ko, tp boleh aku tanya ko x??...ko beli kete dgn rumah cash ke???...klu ko beli umah dgn kete cash mmg ko betul2 menghayati ISLAM 100%...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:07 PM | Show all posts
Originally posted by kitt_fisto at 17-12-2007 10:45 PM

Ok, skrg cuba ko "cut & paste" yg mengatakan Public Mutual punya dana islamic tu HARAM...Klu setakat citer pasal stock/shares, mmg x dinafikan ada yg HARAM dan HALAL, tp dah dibuat kategori ma ...


Hai , dah tak boleh nak cari ustaz lain kat malaysia ni kaa yang boleh bawak dalil qiyas tak bertempat macam ustaz sorang tu , tak ada ulamak kat M'sia ni ke selain dari ustaz tukang qiyas ikut fikiran sundrik yang kau orang jadikan pegangan pendapat dia tuh ..... aku minta hadith sahih pun tak mampu nak bawa jugak .... last-last dok ulang kata aku cut & paste ajelaa ye , itu aje yang ko orang yang dok sokong UT public mutual nih mampu buat pun .... tak pee laa , kau orang nak duduk bertenggek bawah tempurung dengan sorang ustaz qiyas tak bertempat tu lantak kau orang laa, aku lebih rela berpegang pada pendapat jumhur ulamak seluruh dunia , at least aku go global    ... bukan depend pada sorang ustaz aje yang ikut pendapat sundrik dalam buat hukum

mana dalilnya yang kata ok melabur dalam dana yang di uruskan oleh syarikat yang dimiliki dan di kawal penuh oleh bank konventional yang secara terang-terangan menjalankan urusniaga riba secara besar-besaran di seluruh dunia , bawak mai sini dalilnya dulu noo, dalil kena hadith sahih laa dan bukan main qiyas ikut fikiran sundrik saja macam apa yang si ustaz tu buat , kau orang yang nak menghalalkan tindakan kau orang maka kau orang laa yang kena bawak dalil yang sokong tindakan kau orang tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:22 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by blastoff at 17-12-2007 11:07 PM


Hai , dah tak boleh nak cari ustaz lain kat malaysia ni kaa yang boleh bawak dalil qiyas tak bertempat macam ustaz sorang tu , tak ada ulamak kat M'sia ni ke selain dari ustaz tukang qiyas ... [/quote
Klu sedara rasa sedara lebih GLOBAL dari kami2 di sini, teruskan lah...Mmg saya tabik sbb saudara berilmu dgn membaca internet tentang fatwa dan hadith tp adakah saudara ada masuk kelas belajar tentang kewangan islam yg sebenarnya???...klu ada boleh x saudara beritahu di sini supaya saya pun boleh belajar sama tp klu setakat hadith dan fatwa dari internet maaflah ye, sbb setahu saya "belajar dari buku tanpa guru boleh diibaratkan belajar dgn Syaitan"...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:51 PM | Show all posts
jap2..perbincangan menarek nie...hehehe..

join kejap..

unit trust ni ialah pengumpulan pelaburan yang dibuat oleh pelabur2 'kecil',yang akan di'kolamkan' dlm objektif yng sama dbawah pengurusan fund managers yg profesional.

sbg contoh: pelabur A RM1K, pelabur B RM10K, pelabur C RM5K, pelabur DRM100K. semua duit tu akan diletakkan dibawah satu kolam, yng  akandilaburkan kedalam dana yg terpilih dibawah pengurusan fund managers ygditetapkan.

dana tu nanti akan di laburkan dlam pelbagai portfolio, yg terdiridaripada ekuiti, fixed income sekuriti (bond), money market, bluechips,dan lain2 aset yg tertakluk kepada objektif pelaburan, dan telahdiluluskan.

untuk dana islamik, pelaburan akan dipantau oleh IBFIM (Islamic Banking& Finance Institute of Malaysia) dibawah pengawasan SecurityCommission and BNM (Bank Negara Malaysia). Sebarang penyelewanganterhadap pelaburan, akan menyebabkan unit trust company to b closed(bungkus kedai hehe). Senarai saham halal bursa tempatan atau sekuriti yang diklasifikasikansebagai sekuriti patuh syariah ada dikemaskini dari semasa-kesemasaoleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. (boleh diakses kat laman www. sc.com.my - cari dibahagian Islamic Capital Market). merangkumi 85 peratusdaripada keseluruhan sekuriti yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Apabila kita membeli saham sesuatu syarikat, kita sebenarnya telah memilikisebahagian kepentingan equiti syarikat tersebut, ini bermakna sebagaipemegang saham, kita dikira sebagai rakan kongsi. Justeru, sebagai rakan kongsi, kita terdedah kepada risikomendapat kerugian atapun kelebihan keuntungan (didasari aqad'Musyarakah').

setelah pelaburan dijalan kan, keuntungan akan berbalik kepada pelabur dalam tiga bentuk.
1)capital gain
2)dividend
3)bonus

Pembelian saham yg dibuatmelalui 'broker' atau 'remiser'. Tugas mereka biasanya adalahmenentukan nilai pasaran dan coraknya, mengiklankan sebarang aset untukjualan, menayangkan beberapa aset kepada pemebli yang berpotensi,menasihati pelanggan dalam tawaran yang diterima, sebagai wakil untukmembeli dengan upah tertentu.

Sekadar menjadi wakil kepadapelanggan serta mengambil upah, 'Al-Wakah bil Ujr' (agen dengan upah) yang selagi mana sekuriti(saham) yang dibelinya juga adalah patuh Shariah, jd tentu lah halal upahnya. Tetapi sebarang pembelian saham yg tidak patuh Shariah akan menyebabkan keuntungan hasil dari upah belian tadi tentulah haram.


Fungsi Fund Manager ni org tgh saje. Kita hanya upah dia laburkan urus niaga ni sbb pakai expertise dia, walaubagaimanapun, kita perlu pantau di mana duit yg di laburkan tuu..rasanye tak salah la mcm tu kann.


Mcm kita sewakan lesen perniagaan kita pd org non-muslim, as long as perniagaan dia tu halal dan kita selalu pantau..ok la


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:09 AM | Show all posts

Reply #265 jenglut's post

Ok ....setuju dgn ko....
Best gak debat ni..tp belum cukup panas...nak baca dan dgr dulu point2 yg dikeluarkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2007 09:10 AM | Show all posts
wakakakkakakaka

aku sebenar nya dah mls nak ber debat  dgn org tunjuk pandai nih. konsep asas UT pun ber terabur sana sini...lagik la label UTC makan duit haram bagai.

dia ingat suka suki ker duit2 dalam UT nih nak di laburkan mcm berniaga kedai belakang lorong haji taib.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 09:24 AM | Show all posts
Ana  rasa apa yg nak dikatakan oleh blastoff ialah..unit trust parent company ialah PUBLIC BANK. this public mutual carries the PUBLIC name..tu yg dipertikaikan....
Public bank is conventional.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 17-12-2007 11:02 AM
Oklah sekarang kita ketepi bab bank koventional ni sat.
Kau kata lebih 40 dana under public mutual dan cuma 10 dana saja yang di labelkan sebagai Islamic ye dan kau nak samakannya macam P ...


bro... aku bagi statement yg senang faham la ye...

contohnya, kalau aku invest dlm Public Islamic Opportunities Fund (salah 1 drp islamic funds dlm public mutual), jadi duit aku hanya ada dlm fund ni aje... tak bercampur dah dgn fund2 lain yg conventional... dah takde kena mengena....

so tak timbul la isu 40 fund haram dan hanya 10 yg halal... sebab aku hanya invest dlm 1 fund islamic tu aje... tak libatkan pun dgn lain2 fund yg lagi 49 jenis tu... faham tak?

kalau tak faham yg ni, sudah2la... blajar balik dgn ustaz zaharuddin.net
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by anasue at 18-12-2007 09:24 AM
Ana  rasa apa yg nak dikatakan oleh blastoff ialah..unit trust parent company ialah PUBLIC BANK. this public mutual carries the PUBLIC name..tu yg dipertikaikan....
Public bank is conventional.......


Untuk menilai halal atau haram nya saham atau dana sesebuah syarikat adalah dengan melihat aktiviti syarikat yang memiliki dan mengawal syarikat pelaburan saham atau dana itu , disini ialah Public Bank , sebab Public Bank yang akan pump masuk modal kalau perlu bila masa yang di fikirkan perlu sebab syarikat tu di kawal dan dimiliki sepenuhnya oleh public Bank jadi dia boleh buat apa yang dia suka la bila masa yang dia fikirkan perlu , jadi kalau Public Bank sendiri menjalankan aktiviti yang haram secara besar-besaran di seluruh dunia maka segala modal yang di pump masuk tu memang jelas haram sumbernya .Tak ada beza di antara dana atau saham sebab dua-dua pun merupakan satu bentuk pelaburan yang mendatangkan hasil dan membawa risiko . Untuk menentukan hukum Islam , nama atau terma tak penting sebab ia boleh di ubah oleh manusia mengikut suka hati mereka , riba boleh di ubah nama jadi untung atau service carge katakan ye atau judi boleh di ubah nama jadi pertandingan begitu juga saham di ubah nama jadi dana etc , sebab tu yang penting dalam menentukan hukum adalah konsep tu sendiri sebab konsep asas memang takkan lari walau secanggih mana nama di ubah atau di manipulasi .  Sebenarnya jelas haram membeli apa saja syer/dana/stock/saham yang di tawarkan oleh bank conventional dan ini di persetujui oleh jumhur ulamak dari seluruh dunia , melainkan ustaz sorang tu aje

Di bawah ni info yang di ambil dari website: Kerajaan Arab Saudi , Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat

http://zakat.al-islam.com/def/?l=mal&filename=feqh/desc/item5/item2/desc4
Apabila sesebuah syarikat yang mengeluarkan saham menjalankan kegiatan perniagaannya di bidang yang dihalalkan, maka sahamnya itu boleh di miliki, jikalau sebaliknya maka haram memiliki saham-saham tersebut.


[ Last edited by  blastoff at 18-12-2007 10:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:11 AM | Show all posts
perbezaan dana dan saham pun tak tahu...lagik nak eksen wakakakkakaka

biar aje lah luncai terjun ngan labu2 nya.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:14 AM | Show all posts
susah2 sgt, pergi check dan contact Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM)

diorang ni la shariah advisor utk islamic funds public mutual...

www.ibfim.com
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by Jelita at 18-12-2007 10:11 AM
perbezaan dana dan saham pun tak tahu...lagik nak eksen wakakakkakaka

biar aje lah luncai terjun ngan labu2 nya.



biarla jel... bila seseorang tu nak jadi alim dlm sesuatu bidang yg bukan bidangnya, sampai bila pun tak habis debate... abaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by Jelita at 18-12-2007 10:11 AM
perbezaan dana dan saham pun tak tahu...lagik nak eksen wakakakkakaka

biar aje lah luncai terjun ngan labu2 nya.



Kau tu yang tak mahu faham sebenarnya , dana yang kau sebut dana tu bukannya derma orang ramai kalau ikut bahasa Malaysia sebenar dana adalah tabung kutipan atau sumbangan dan bukannya pelaburan laaa , dana tu hanya nama yang di gunapakai saja tapi hakikat konsepnya yang sebenar adalah pelaburan yang membawa risiko , sama laa macam saham yang juga merupakan pelaburan yang membawa risiko . Konsep "pelaburan" tu yang penting dalam menentukan hukum , bukan terma dan nama . Alkohol pun orang boleh ubah jadi punch laa tapi alkohol ,tetap alkohol , kita tak boleh tipu Tuhan dengan mengubah nama sesuatu perkara semata-mata nak tutup keharaman benda tu

[ Last edited by  blastoff at 18-12-2007 10:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:22 AM | Show all posts
aku cuma mampu gelak aje....melihat seseorg menunjukkan kebodohan yg amat nyata sekalik.

i rest my case...mls ber tekak ngan org macam nih...ramai yg gelakkan sebenarnya. cuma mls nak masuk campur jek......
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 18-12-2007 10:19 AM
Kau tu yang tak mahu faham sebenarnya , dana yang kau sebut dana tu bukannya derma orang ramai kalau ikut bahasa Malaysia sebenar dana adalah tabung kutipan atau sumbangan dan bukannya pel ...


salam ustaz...

udah2 le tu... anda berpikiran ikut logik akal sgt... sedangkan ilmu islamic financial ni lebih drp itu... sudah2 menggunakan hujah2 akal yg sampai bila pun takkan berkesudahan... ulama lain dah decide halal invest dlm islamic funds unit trust... yg anda nak baru nak bising2 skarang kenapa? baru dpt mimpi ke semalam?

sudah2 la... salah seorang mufti negeri pun adalah salah seorang investor saya... cukup2 la tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by whomyd at 18-12-2007 10:24 AM


salam ustaz...

udah2 le tu... anda berpikiran ikut logik akal sgt... sedangkan ilmu islamic financial ni lebih drp itu... sudah2 menggunakan hujah2 akal yg sampai bila pun takkan berkesuda ...


Website al Islam tu pun kau kata ikut akal , yang sebenarnya ustaz yang kau pegang pandangan dia tu yang ikut akal fikiran sendirik dalam berqiyas tanpa merujuk pendapat jumhur ulamak   dan kau main ikut pendapat dia secara buta tuli aje tanpa mahu guna akal fikiran yang Tuhan bagi kat kau

[ Last edited by  blastoff at 18-12-2007 10:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:30 AM | Show all posts
Saya ada soalan nk tanya.....
1)Public Bank masa lancarkan islamic fund dlm public mutual ni ada menggunakakn modal asal Public Bank ker atau menggunakan pengumpulan tabung dari pelabur2 atau PB semata-mata....atau jika ia menggunakan modal permulaan dari PB , adakah modal ia bersifat pinjaman yg kemudiannya dibayar balik oleh fund atau sememangnya modal asas fund...

Soalan berikut akan menyusul nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 18-12-2007 10:27 AM

Website al Islam tu pun kau kata ikut akal , yang sebenarnya ustaz yang kau pegang pandangan dia tu yang ikut akal fikiran sendirik dalam berqiyas tanpa merujuk pendapat jumhur ulamak    ...


aku tak kata website fatwa tu ikut akal... fatwa tu betul dan tepat... cuma interpretation dan ko nyer understanding tu kurang tepat... yg menjadikan fatwa tadi nampak sempit... itulah... ko fahamkan dulu apa itu maksud UT dan segala operasinya... kalau tidak, ko punye pendapat tu, mengelirukan orang lain....

at least, ust zaharuddin tu mmg belajar pasal islamic finance... itu mmg bidang dia... jadi aku yg jahil ni, merujuk kpd dia yg lebih alim dlm bidang ni la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 17-12-2007 12:03 PM


alaa , dana amanah tu macam syer laa , cuma bezanya syer kebiasaan ni di laburkan dalam satu -satu company aje dan company tu pulak laburkan duit tu dalam certain spesific area aje , tapi UT  ...


Soalan utk UT consultants...
1)Di dalam Public Mutual (PM) ni ada beberapa fund yg terbahagi dua konvensional dan islamic.
  a)Adakah wang yg dikumpul di dalam fund2 ini dilaburkan berasingan mengikut masing2 atau dikumpulkan dan dilaburkan oleh induk Public Mutual saja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.075659 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list