MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER Sehingga 19 November 2020, terdapat sebanyak 319 kluster telah dilaporkan. Pada hari ini, terdapat empat (4) kluster baru yang dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 165 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (245 kes), Kluster Penjara Sandakan (215 kes), dan Kluster Kapas BJ (55 kes). Ingin dimaklumkan bahawa sebanyak enam (6) kluster telah tamat iaitu Kluster Umboo, Kluster Bah Mutiara, Kluster Khazanah, Kluster Jalan Pantai, Kluster Bah Bangat dan Kluster Bah Kasturi. Ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 154 kluster. KLUSTER BAHARU KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu; Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29261) merupakan seorang pekerja kilang yang positif COVID-19 hasil saringan pada 18 November 2020. Kes indeks telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 210 individu telah disaring, di mana 76 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah syarikat pembersihan di daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kluster ini melibatkan daerah Kinta di negeri Perak. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-45074) yang positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 13 November 2020. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. Kluster ini melibatkan daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke- 48391) yang positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 November 2020. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. 9,167 KES POSITIF COVID-19 BERJAYA DIKESANMELALUI APLIKASI PINTAR MYSEJAHTERA
|