CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PennyBlanco

Tunang & Apps Telegram

[Copy link]
Post time 27-2-2020 01:27 PM | Show all posts
Meiizu replied at 26-2-2020 09:26 AM
Hi tt, I nak share cerita je..nasihat ??akak2 porum dah tazkirah..
I penah jatuh hati dgn lelaki yg ...

biasanya lelaki dh ngaku kuat sex
konpem kuat la tu
aku bknla nk jadi batu api
x musatahil dia penah main
bertabah la sis
zmn skg susah nk jmpa lelaki masih teruna

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingwer replied at 27-2-2020 12:49 PM
You laki ke pempuan ke tengah2?

Iols lurus chuols. Kalau suruh tolak lori pn iols tolak lori tnya bnyk tnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-2-2020 03:54 PM
Akak okeh pun karna sindri rawat hati sindri. Kalau tak dah lama gila. Lagipon weol PJJ dari berci ...

good lah sis..leh terima dia walaupon hati dah kosong. iols..jujurin memang dah tak leh trima langsung walaupon sampai ke hari ni hah..almost tiap hari dia menepek muka dtg umah walaupon 2-3 min ngan alasan anak. nak menolong katanya. tgk lah skrg..iols nak berlaki baru pun payah. sbb ank2 attached sgt ngn dia. unless iols berambus jauh2 bawak anak..baru leh kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 27-2-2020 02:17 PM
yuki812 replied at 27-2-2020 01:46 PM
good lah sis..leh terima dia walaupon hati dah kosong. iols..jujurin memang dah tak leh trima lang ...


Berlaki baru ja chuol. Biar la heol nak rapat ngan anak pon. Aiol pon ekceli sampai penghujung tebing dah ni. Aiol anggap heol tu housemate aiol jah bila balik. Memang betul2 macam housemate hokeh, boleh gelak2 cerita cam biasa but romantik2 takda. Tido pon asing2. Ai soh heol tido ngan anak bongsu yang manja ngan heol sampaikan nampak hantu pon dia kata pak dia (ni serius. Tatau budak kecik umo 2 tahun tu betul2 nampak or berhalusinasi). Ai tido dengan anak2 laen.

TT nak kew hidop dalam pernikohan penuh drama sebegini? If tanak, tinggalkan tunang tu. Jangan ko seksa diri macam akak yang ntah hapa2 ja nih.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 04:00 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 27-2-2020 04:10 PM
fifie_olin replied at 27-2-2020 01:27 PM
biasanya lelaki dh ngaku kuat sex
konpem kuat la tu
aku bknla nk jadi batu api

susah nak kata bila dah melibatkan perasaan ni .. lelaki lain yg i jumpa tak full tick cam dia. i berdoa supaya hilang perasaan sayang ni.


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 04:24 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 27-2-2020 01:28 PM
Iols lurus chuols. Kalau suruh tolak lori pn iols tolak lori tnya bnyk tnya

kalau minta duit bg tak?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 27-2-2020 01:27 PM
biasanya lelaki dh ngaku kuat sex
konpem kuat la tu
aku bknla nk jadi batu api


Hm i duda so xle la nk ngaku teruna

Teruna dh diragut selepas terperdaya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
PennyBlanco replied at 21-2-2020 08:23 PM
Aah i pernah  cakap dah psal hiv test ni. Boleh pulak dia cakap "kenapa, syg ada hiv ke?" Amboiii  ...

Haha laki ni pandai main ayat, pandai mengelak, apa2 pun jadi nanti balik kat awak, awak yg salah semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2020 07:42 AM | Show all posts
Victorioussss replied at 27-2-2020 04:28 PM
Hm i duda so xle la nk ngaku teruna

Teruna dh diragut selepas terperdaya

laa duda ke
ingatkan hanak ikan

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 28-2-2020 07:42 AM
laa duda ke
ingatkan hanak ikan

Iols anak ikan keli

Sengat nak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 03:36 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 28-2-2020 12:47 PM
Iols anak ikan keli

Sengat nak?

takotnyaaa iolsss
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 22-2-2020 02:57 PM
Dek, akak tau susah ko nak tinggalkan dia. But selagi belom beranak pinak, blah la dek. Unless ko  ...

ohh chazz sblom nikoh dulu mai luah sini jugakka? lahai..awal2 sebelom kawen dah nampak colours kan. tapi memang betol pon ingat laki nak berubah lepas kwen? idoknya.. shuben meols sblom kwen janji nak stop smoking. lani anak 3 dah xbrenti pon. mcm2 alasan. anak sulung pon dah pndai tarbiyah bapak dia skng. padan muka.
so tt buatla pilihan terbaik..dah kwen nnt mesti kita akan pilih yg paling menyenangkan mata hati kita..tak semestinya.duit tau
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 7-3-2020 02:15 PM
ohh chazz sblom nikoh dulu mai luah sini jugakka? lahai..awal2 sebelom kawen dah nampak colours ka ...

Akak tapernah bukak tered tapi hada la berpiyem2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2020 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-2-2020 03:54 PM
Akak okeh pun karna sindri rawat hati sindri. Kalau tak dah lama gila. Lagipon weol PJJ dari berci ...

What, chaz, u reconcile? Nak ucap tahniah pun confuse
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2020 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 7-3-2020 07:43 PM
What, chaz, u reconcile? Nak ucap tahniah pun confuse

A'ah. Hada sebabnya la. Sapa nampak siggy aiol, barangkali boleh hagak la. But macam nyesal pulok. Wakaka. Bior la. Bukan jumpa selalu pon. Ala2 sekendel jah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-3-2020 07:48 PM
A'ah. Hada sebabnya la. Sapa nampak siggy aiol, barangkali boleh hagak la. But macam nyesal pulok. ...

Akk doakan yg baik2 utk kau. Moga dia ensof
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2020 07:11 AM | Show all posts
Tinggalkan je lah dia dik.  Susah la nak  berhusnuzan dgn semua benda yg u jumpa.

Kalu pun dia deny benda2 yg u jumpa tu, the question is, sanggup ke you hidup dgn dia dalam keadaan u cannot trust him? Penat dik kalau hidup berumah tangga ni tapi dlm hati dok risau pasal dia.

Kang dah kawin lagi payah nak tinggalkan. Espcially kalau dh beranak pinak.

Dahle ko cakap dia tak hensem, duit tak pandai jaga. He is not worth it la. Byk lagii lelaki yg baik kat luar tu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2020 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm I wonder apa conclusion TT uptodate... harap2 she remembered her thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 27-2-2020 01:28 PM
Iols lurus chuols. Kalau suruh tolak lori pn iols tolak lori tnya bnyk tnya

I mmg suka Byk tanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2020 02:35 PM | Show all posts
Assalamualaikum wbt,

Hai semua. Ingat lagi tak kisah yang saya ceritakan berbulan2 dulu? Maaf lambat update sebab saya sendiri terlupa pasal forum ni. And I feel I owe u guys kesinambungan kisah saya dan tunang saya. Last haritu saya cakap yang saya akan confront tunang saya kan? And I did it. Tapi bukan face to face. Saya Tanya dia thru whatapps. Kitaorg memang selalu on call. On the way balik kerja ke atau ke mana-mana mesti on call. Tapi masa peristiwa tu, saya jadi lain. Maybe dia perasan perubahan tu pada saya. Kalau dulu selalu gurau2, gelak2, nyanyi2, tapi lepas tu saya jadi xde mood. Bila dia Tanya kenapa, saya akan nangis. Sebab tak mampu nak bagitau dia kenapa saya jadi macamtu. And sebab niat awalnya, nak confront depan2 kan. Tapi lagi lama saya pendam, lagi sakit. Saya tak boleh focus dekat office. Even site workers pon perasan mata saya asyik merah. Saya Cuma cakap saya migraine.

Then 1 malam tu, as usual dia call saya on the way dia balik rumah dari office. kitaorg gaduh besar, saya pon start nangis. Saya letak telefon. Saya terus whatapps gambar salah satu perempuan tu yang saya dapat dari instagram perempuan tu. Saya namakan perempuan tu EMILIA (nama sebenar). Saya Tanya tunang, abg kenal x sapa perempuan ni? Dia cakap tak. Sapa ni? Saya Tanya lagi, betul x kenal?dia marah, dia cakap dia pon ada taste jugak sebab emilia tu xdela lawa pon (eleh kau jugak langgan sampai 2x!) Lepas tu saya send list nama perempuan2 yang lain. Dengan amount yg dia spend. Saya Tanya kenal tak semua perempuan2 tu? Before tu saya ada create satu whatapps conversation konon-konon saya borak dengan emilia tu. (Padahal saya xdapat nombor emilia pon). Just nak convince tunang yang saya dah Tanya emilia sendiri tentang perbuatan dia. And saya cakap Emilia dah mengaku. Saya cakap dekat dia please jangan tipu jangan nak deny. Just admit ja dia salah.

Tunang saya just reply bagi dia masa 10minit. Saya cakap, tak boleh , saya nak kita setelkan sekarang jugak. Dia cakap nanti dia call semula sebab dia tengah siapkan kerja sikit. Ok la saya tunggu. Selepas 10minit macamtu, dia wasap. Dia cakap dia mengaku memang dia video call dengan semua perempuan tu. Dia pon tak sedar macamana dia boleh terjebak. Dia minta maaf sangat2, and x de isu pon nak downgradekan saya. Dia cakap please maafkan dia and jangan putuskan hubungan kitaorg. Dia janji tak buat lagi kalau dia buat jugak, kita akan putus. Dia cakap dia malu dengan saya, sebab dah ada history yang dia buat tak baik yang akan kitaorg ingat sampai bila-bila.

Saya Tanya dia mana dapat perempuan2 tu. Dia cakap dari telegram. No wonder la account telegram dia guna number lagi 1 yang org x kenal sangat. Dia cakap setakat video call je dia buat. Tu pon tak Nampak muka pon. Perempuan2 tu tunjuk atas bawah and saya pon x sanggup nak tau apa yg depa buat. Dia cakap x pernah langgan sampai billik ke apa. Saya cakap, hobi dia memancing, saya boleh terima. Saya support acah2 wish semoga dapat ikan banyak. Haha. Tapi hobi yang ni please jgn nak suruh saya terima. Dia cakap dia xkan suruh saya terima benda ni dan dia janji memang dia takkan buat lagi.saya cakap, yang Im not afraid to walk away kalau dia buat lagi.To show yg dia tu memang menyesal, dia uninstalled telegram dia. Tapi minggu lepas dia minta izin untuk install balik telegram sebab dia group saham dalam telegram. Saya cakap boleh, dengan syarat, Set DP Nampak muka sendiri, and guna nombor yang biasa guna.

Dia Tanya saya, macamana saya boleh tau. Power betul. Haha.Saya takkan bagitau yang sebenarnya saya ada access akaun bank dia. Saya just cakap saya hack account gmail dia. Mula-mula dia tak percaya. Tapi saya screenshot few apps dari google play yang boleh hack (padahal saya x cuba pon) haha. Ok dia percaya. So saya still boleh access akaun bank dia tanpa dia tau. Alhamdulillah, dah xdak transaction semua tu. Transaction ke kedai pancing la pulak beratus2 (aish). Nanti la confront pulak pasal ni. Haha.

Oh lagi satu, ingat x pasal culture bos dia yang entertained customer dengan perempuan2 tu? saya jugak cakap yang saya x suka dia terus kerja dalam circle yang macam tu. 2 minggu lepas tu, dia email pada bos kecik dia, yang dia nak resign. Dengan reason dia x selesa job scope dia kena entertain customer dengan cara macamtu. Notis resign dia sampai ke bos besar (ayah bos kecik). Bos besar pujuk dia untuk jangan berhenti dan naikkan komisyen dia (Alhamdulillah). Sebab dia ni macam orang kuat company tu jugak yang banyak bwak untung pada company tu. bos pon x bagi dia entertain customer dah. Bos kecik take over benda2 tu.

Untuk kisah dia yang ni, saya cakap saya maafkan dia. Mungkin dia tersilap langkah kali ni. Banyak benda baik tentang dia dan satu ni ja kekhilafan dia. Cuma saya harap dia x buat lagi.Dan saya x kan mention dah pasal ni sampai bila-bila sebab terlalu sakit untuk diingatkan. Tapi tulah, melupakan tak semudah memaafkan. Seminggu selepas confrontation thru whatapps tu, saya turun ke kl untuk clear the air antara kitaorg. Nak pegi beli cincin dan barang-barang untuk nikah sikit hujung tahun ni. Tapi macam wrong timing sebab apa yang dia buat time tu semua menyakitkan hati saya sebab saya teringat kan perbuatan dia tu. Tengok muka dia saya rasa sakit hati gila and dlm kereta saya nangis lagi.

Dia pon macam fed up saya asyik nangis. Hahaha. Dia cakap apa lagi dia perlu buat untuk saya okay macam dulu. Benda ni berlaku on our way to kedai emas anuar dekat area gm klang tu. Saya cakap xde apa pon. Cuma saya perlukan masa nak lupakan and betul2 maafkan dia. Tapi sampai kedai emas je perasaan saya okay sikit laa siap amik 2 bentuk cincin (ubat sakitkan hati, aku puas menangis dah dengan perangai kau) haha. Tapi sekarang rasa x best pulak sebab dah ada cincin tunang. Rasa nak beli gelang yg habib oro italia tu la. Cantikkan? Tunang saya cakap okay je, next time saya turun kl kita pegi tengok (taktau la dia ajak tengok dari dekat je ke atau beli). Ok cukupla selingan sikit. Sekarang hubungan kitaorg bertambah baik. Tapi saya still keep my eyes on him. Saya cuba macam nak control sikit diri dia, tapi tulah, menjadi queen control ni bukan nature saya. Bagi saya kalau seseorang tu nak buat perangai, dia akan buat jugak macamana pon. Buat letih diri saya je.

Akhir kata, saya nak ucapkan terima kasih dekat semua former yang sudi baca kisah saya. Terima kasih atas kata-kata semangat, idea, tips mengenai perangai lelaki yang susah nak difahami ni tambah2 dalam nak memasuki alam perkahwinan. Huhu. Tak kurang guna untuk nasihat yg pedas2, menyedarkan saya yang kita x boleh nak letak 100% kepercayaan pada pasangan kita. dan saya harap dia x mengkhianati lagi kepercayaan dan kebebasan yg saya pertaruhkn. Doakan semua nya berjalan lancar untuk saya hujung tahun ni ya. Stay safe everyone.

Assalammualaikum




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.416612 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list