CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 24-11-2008 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 24-11-2008 11:47 AM
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif

Alahai..
Kesian anak Mak Cik ni...
Dah tak sabar nak pi buat Haji...
Alhamdulillah...
Mak cik tumpang seronok tengok gelagat k ...


Assalamulaikum azie, lama tak masuk,
Azie sihat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 08:24 PM | Show all posts

Balas #2702 HUSSAINTAHIR\ catat

Nie kat area mana yer? tk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 08:46 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 24-11-2008 12:05 PM


Assalamulaikum azie, lama tak masuk,
Azie sihat?


Alhamdulillah sehat...
Ada Kak Ros...
Tengok tak de orang kat rumah ni terus merayau ke..
Europe..Bali..Hawaii..Turki..Taiwan..
Ada kat sana..kalau Kak Ros ke thread ni..saya ada..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 09:23 PM | Show all posts

Balas #2706 Romicopa\ catat

Gambar Shamiyah dari Makam Tower saya ada...
Tapi gambar Shamiyah SEDANG dirobohkan..
Gambar SUDAH dirobohkan tak de..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 09:51 PM | Show all posts

LINTAS LANGSUNG KOMPLEKS TABUNG HAJI

JAM 9.00 MALAM

kelihatan parking sesak...kelana jaya juga sesak..saya menjadi keliru..biasanya tak macam nie..apa sudah jadi..

lantas dengan kamera mini menuju ke tabung haji..

tanya orang kenapa ramai sangat plus sesak biasanya tak macam nie..katanya malam nie dua KT..KT 73 dan 74..tulah pasal..sesak plus jam..ramainya menghantar..mcm pesta...

yang penting jemaah senyum..gembira..riang...hehe nak berkunjung ke rumahNYA...bertuahnya..dalam hati jelousnya..bila time saya yer...

below is some picture to share..

?t=1227534641
ramainya..meriah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 09:52 PM | Show all posts
?t=1227534631
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2008 09:53 PM | Show all posts
?t=1227534665
peak time..sabor yer....ramai orang nak jumpa hahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 09:54 PM | Show all posts
Jemaah Haji Malaysia Jadi Duta Kecil Malaysia Yang Berjaya


Daripada Zulkefli Salleh

MEKAH, 23 Nov (Bernama) --

Mereka tidak bersolat di lorong yang dikhaskan untuk jemaah haji bertawaf seperti jemaah haji dari sesetengah negara lain sehingga mengganggu kelancaran arus pergerakan ribuan manusia yang mengelilingi Kaabah.

Mereka juga tidak mengasak-asak dan tolak-menolak jemaah lain apabila mereka sendiri tawaf dan ketika saie.

Bergerak dalam kumpulan kecil dan tertib gerak gerinya, lazimnya mereka tidak membawa apa-apa sepanduk atau
mengibarkan bendera atau lambang negara masing-masing.

Mereka juga tidak bergerak dalam kumpulan besar dan merempuh sesiapa sahaja yang dianggap menghalang laluan mereka
di kawasan tawaf atau pun saie.

Jemaah Malaysia juga mematuhi dan memberikan kerjasama terhadap setiap arahan petugas haji pihak berkuasa Arab Saudi yang diamanahkan mengawal keselamatan dan kelancaran ibadah haji baik di luar Baitullah.

Inilah secebis gambaran daripada kelebihan dan kebaikan sebahagian besar daripada kira-kira 26,000 rakyat Malaysia
yang setiap menjadi Tetamu Allah di Tanah Suci.

Walaupun jumlah mereka kecil berbanding jemaah dari Turki atau pun Asia Selatan yang dilaporkan mencecah lebih setengah juta, kehadiran mereka di Tanah Suci juga sangat disedari dan dialu-alukan oleh penduduk tempatan berketurunan Arab.

Golongan pedagang dan peniaga terutamanya kelihatan lebih gemar melayani jemaah Malaysia dengan penuh kemesraan bukan sahaja kerana kuasa membeli mereka, tetapi juga kerana budi bahasanya ketika melakukan tawar menawar.

Bagi Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Kebajikan) Datuk Kamaruddin Mat Ali, jemaah haji Malaysia disifatkannya sebagai
"duta kecil " yang setiap tahun membawa imej positif untuk negara pada pandangan jemaah dari negara-negara lain dan
kerajaan Arab Saudi sendiri.

Malahan beliau mengaitkan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi terhadap kejayaan Tabung Haji Malaysia (TH) dalam mengurus ibadah haji selama ini kepada sikap jemaah haji negara yang sangat tertib dan sentiasa memberikan kerjasama kepada petugas haji semasa di Tanah Suci.

"Walaubagaimana baik sekalipun perancangan dan pengurusan kita, ia tidak akan berjaya sekiranya jemaah kita tak beri kerjasama kepada petugas-petugas Tabung Haji dan pihak berkuasa Arab Saudi," ujar beliau ketika ditemui di tengah-tengah kesibukan menguruskan jemaah haji di sini.

Rata-rata peniaga tempatan berketurunan Arab boleh berbahasa Melayu pasar dan apabila berinteraksi dengan jemaah Malaysia dilihat bangga menunjukkan pengetahuan mereka sedikit sebanyak tentang Malaysia.

"Oh tuan dari Malaysia. Malaysia Boleh. Saya ingin pergi Kuala Lumpur," kata seorang peniaga keturunan Arab pada permulaan perbualan dengan penulis.

Menurut seorang pengusaha restoran di sebuah hotel mewah di sini, Zulkhairi Yahya, yang berasal dari Perlis dan tujuh tahun tinggal di sini, penduduk Arab Saudi memang suka dengan Malaysia dan rakyatnya.

"Mereka menganggap kita sebuah negara Islam yang maju dan moden," katanya sambil menambah profesional Malaysia kini semakin mendapat kepercayaan orang Arab Saudi.

Pengalaman orang Arab Saudi berinteraksi dan berurusan dengan jemaah haji, pengurusan haji dan profesional serta peniaga Malaysia memberi gambaran positif terhadap Malaysia.

Menurutnya ketika ditemui di sebuah hotel penginapan jemaah Malaysia di sini, kebanyakan pelawat Arab ke Malaysia terdiri daripada golongan menengah dan mereka suka dengan cara hidup orang Islam di Malaysia yang maju dan moden tetapi masih tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Konsul Besar Malaysia di Jeddah, Hidayat Abdul Hamid berkata, jumlah pelawat Arab Saudi ke Malaysia pada tahun ini dijangka melebihi 80,000 orang yang dicatatkan bagi tahun lepas.

"Daripada maklum balas yang diperolehi oleh Duta dan pegawai-pegawai tinggi kita, jemaah haji kita dan pengurusan haji kita adalah antara yang terbaik ," katanya pada satu kunjungan wartawan Malaysia ke Konsul Besar Jeddah baru-baru ini.

Menurutnya, hasil imej positif Malaysia, syarikat-syarikat Malaysia diberi kepercayaan menyertai projek-projek besar pembangunan
di Arab Saudi, termasuk Jizan Economic City di selatan negara ini dan pembesaran tempat-tempat suci.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 09:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 09:58 PM | Show all posts


[ Last edited by  HUSSAINTAHIR at 24-11-2008 09:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 09:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:00 AM | Show all posts
BERITA:

(Dipetik dari Berita Harian)
Juadah Malaysia mudah diperoleh di Tanah Suci
  Oeh Che Wan Badrul Alias

KUALALUMPUR: Makanan bercita rasa Malaysia mudah ditemui di Makkah apabila semakin ramai peniaga Arab menyediakan makanan seperti roti canai danroti boom berikutan sambutan tinggi di kalangan jemaah haji.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Tabung Haji,Abdul Rashid Hussin ketika dihubungi di Makkah, semalam, berkata ramai jemaah haji gemar mencuba juadah Malaysia yang disediakan peniaga Arab,walaupun pihaknya menyediakan makan tengah hari dan malam berasaskan masakan Melayu seperti lauk kampung, ulam dan sambal.

揔ebanyakan jemaah (dari Malaysia) seleranya tinggi, mereka ingin mencuba pelbagai jenis makanan, lebih-lebih lagi apabila juadah Malaysia mudah ditemui (di Makkah). Soal cukup makan kita tidak perlubimbang, tetapi yang membimbangkan adalah soal kebersihan makanan.

揔ita nasihatkan pada jemaah yang gemar singgah di kedai makan selepas pulang beribadat supaya memilih kedai berdasarkan kebersihandan bukan hanya sekadar nampak sedap. Kita ragui tahap kebersihan kedai di tepi jalan kerana habuk dikhuatiri akan mencemarkan makanan,攌atanya.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap jemaah haji dapat mengurangkan pengambilan air karbonat sejuk yang mudah diperoleh dikedai berhampiran dan menggantikan dengan minuman air mineral atau air kosong yang dimasak bagi menghadapi keadaan kering dan panas.

Ketika mengulas persiapan menghadapi wukuf, 6 Disember ini, beliau berkata, persediaan Tabung Haji kini pada peringkat terakhir dan hanya menunggu jumlah tepat jemaah haji bagi menentukan jumlah khemah untuk disediakan kerajaan Arab Saudi.

Katanya, pada hari terbabit, petugas akan dipindahkan dulu secara berperingkat ke Arafah sebelum memindahkan jemaah haji ke tapak khemah ditetapkan bagi memudahkan pergerakan dan kelancaran ke sana.

Sementara itu, jemaah haji Malaysia di sini, kini sibuk membuat tempahan haiwan korban sempena ibadat haji dan hari raya korban.

Urusan itu dipermudahkan untuk mereka menerusi tempahan dengan Tabung Haji yang menguruskan tempahan untuk 5,000 haiwan korban khusus untuk jemaah haji negara.

Pengarah Operasi Kewangan TH di sini, Adi Azuan Abdul Ghani,berkata kaunter tempahan haiwan korban mula dibuka dan permintaan daripada jemaah sangat tinggi.
           

                                                                     




[ Last edited by  Rosputih at 25-11-2008 08:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:09 AM | Show all posts
Amalan-Amalan Ibadat Haji
Oleh NAZMI AIDARUS

KEHIDUPAN berilmu merupakan tonggak kepada sistem dan asas penting yang didambakan oleh setiap peribadi muslim di zaman moden ini. Penghayatan terhadap ilmu semestinya diabadikan di dalam setiap gerak-geri dan tingkah lakunya sepanjang masa. Ia bermula dari ibadah solat, berzakat, berpuasa, sehinggalah bernikah kahwin, bermuamalat,bermasyarakat, bekerja dan sebagainya.

Antara tuntutan ilmu yang menjadi kewajipan bagi mereka yang berkenaan adalah mengetahui atur cara ibadah haji yang merupakan rukun kelima Islam.

Di sini disenaraikan turutan amalan ibadah haji yang diamalkan olehBaginda Nabi SAW dan dibudayakan oleh generasi terkemudian, yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin menelusuri cara ibadah tersebut. Bermula dengan hari kelapan yang dikenali dengan hari al-Tarwiyah, kemudian hari kesembilan yang digelar hari Arafah, sehinggalah hari kesepuluh (hari Nahar), serta tiga hari al-Tasyriq (11, 12 dan 13Zulhijjah).

Menurut catatan sirah Rasulullah SAW, perjalanan Hajjatul al-Wada抷ang mengambil masa lapan hari itu bermula dari hari Sabtu 25 Zulkaedah dari miqat Zul Hulaifah di Madinah dan sampai di kota Mekah pada pagi 4 Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah.
Setelah menunaikan tawaf di Kaabah dan ibadah saie antara bukit Safa dan Marwah tujuh kali, Baginda berterusan dalam keadaan berihram dan tidak bertahallul (bergunting) kerana ibadat haji yang dikerjakannya adalah Qiran (haji dan umrah dilakukan bersekali), lantaran membawaal-Hadyu (haiwan ternakan untuk dikorban di Makkah) dari Madinah lagi.
Walau bagaimanapun para sahabatnya yang tidak membawa al-Hadyu diarahkan supaya menjadikan ihram mereka terdahulu sebagai ibadah umrah lalu bergunting atau bercukur (bertahallul) setelah bersaie.

Pada hari kelapan Zulhijjah, setelah matahari terbit para jemaahakan meninggalkan Mekah dengan berpakaian ihram, dalam keadaan khusyuk dan mengharapkan keredaan Ilahi, menuju ke Mina untuk berada di sana sehinggalah menjelangnya pagi hari kesembilan.

Hari ini juga disebut sebagai hari al-Tarwiyah bersempena peristiwa mimpi Nabi Ibrahim a.s yang diuji oleh Allah dan diperintahkan-Nya supaya menyembelih anaknya Ismail a.s (maksud ayat 102 surahal-Saffat). Kemudiannya digantikan dengan sembelihan kambing kibasy, hadiah di atas kepatuhan bapa dan anak tersebut di dalam menunaikan amanah Allah.
Di Mina, para hujjaj akan menunaikan kelima-lima solat fardu didalam waktunya, kecuali yang empat rakaat dilaksanakan dua rakaat.  Amatlah digalakkan supaya mereka sentiasa memperbanyakkan ucapan talbiyah, zikir, beristighfar, membaca al-Quran, berdoa, menjauhi percakapan tidak elok dan perlakuan tidak baik dan selainnya.Sehinggalah matahari memunculkan dirinya pada pagi hari kesembilan Zulhijjah. Walaupun hari al-Tarwiyah ini dianggap sebagai amalan sunat, ia terus dilaksanakan bagi mereka yang berkeinginan menjejaki cara nusuk (haji) Baginda Nabi SAW.

Bermula pagi hari kesembilan pula, para hujjaj akan menuju ke Padang Arafah untuk berada di sana bermula dari gelincirnya matahari (waktu tengah hari/zuhur) sehinggalah waktu terbenamnya pada malam ke-10Zulhijjah.

Keberadaan diri di padang yang luas ini merupakan rukun terbesar bagi ibadah haji yang menjadikan tidak sahnya haji seseorang yang tidak berada di sana sepanjang waktu berkenaan sehinggalah terbitnya waktu subuh pada pagi ke-10 itu.
Perlu dimaklumi bahawa jemaah haji tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari Arafah ini kerana Baginda sendiri tidak melakukannya bahkan beriftar (berbuka) pada hari tersebut. Amalan berpuasa padanya adalah menjadi suatu sunah yang besar bagi mereka yang tidak menunaikan haji dengan dijanjikan pengampunan dosa selama setahun.

Sebelum berwuquf di Arafah, Baginda telah menasihati para sahabatnya dengan suatu khutbah yang panjang.
Menjelaskan perhubungan sesama manusia yang wajib dikawal-selia,dijaga kehormatan diri, darah dan harta sesama insan, membela kaum wanita yang berada di bawah kepimpinan para lelaki, mengharamkan amalan riba, mewasiati supaya al-Quran diamalkan, menjaga ibadah solat, zakat,puasa, haji dan mentaati para pemimpin.

Setelah itu ditunaikan solat zuhur dan asar secara jamak qasar dengan satu azan dan dua iqamat. Di sinilah amalan-amalan mulia dan baik dituntut supaya dikerjakan seperti membaca al-Quran, memperbanyakkan doa dengan mengangkat kedua belah tangan dengan suara yang sederhana, berselawat ke atas Baginda SAW, membanyakkan rayuan dan harapan di samping mengalirkan air mata memohon keampunan dan limpah perkenan-Nya serta bertalbiyah dan berzikir.

Setelah maghrib mula melabuhkan tirainya pada malam ke-10 Zulhijjah,para jemaah akan menuju ke Muzdalifah untuk bermabit di sana sehinggake waktu subuh.

Ditunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak qasar setelah sampai di kawasannya. Bermabit di Muzdalifah merupakan wajib haji yang wajar untuk dilakukan oleh para hujjaj setelah bertolak dari Arafah.

Adalah menjadi kebiasaan dan amalan mereka di sini untuk memungut beberapa biji anak-anak batu bagi lontaran Jamrah Aqabah (al-Kubra pada keesokan harinya di Mina.

Setelah menunaikan solat subuh di Muzdalifah, para jemaah akan berdoa di al-Mash抋ril Haram atau di mana-mana bumi tersebut. Memohon kebaikan dunia dan akhirat dan kemudiannya sebelum matahari memunculkan dirinya, para hujjaj akan menuju ke Mina pada pagi 10 Zulhijjah.

Pada hari ke-10 (hari Nahar / korban) akan ditunaikan lontaran tujuh biji batu kecil di Jamrah al-慉qabah (al-Kubra), diikuti sembelihan haiwan (korban/dam), kemudiannya bercukur atau bergunting (bagiwanita).

Perlu diketahui bahawa amalan pada hari ini seperti dinyatakan diatas adalah cara terbaik. Namun sekiranya dilakukan berlainan turutannya ia adalah dibenarkan dan sah. Dengan dilaksanakan dua dari tiga amalan haji pada hari ini (sama ada melontar dan bercukur, atau melontar dan tawaf, atau tawaf dan bercukur) sempurnalah tahallul awal (penghalalan pertama yang dibenarkan untuk berpakaian biasa kecuali憄erkara suami-isteri
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:10 AM | Show all posts

Reply #2719 aziefa's post

Assalamualaikum, lama x jengah benang ni...mmg betul jemaah haji Msia berdispilin...mmg pak arab tu kenal dgn jemaah Msia..tapi bila sampai maktab..pokcik mokcik kureng plak dispilinnya.. esp. bab amek makan dan naik lif.. kita blum kuar lif lg dah kena serbu.. 2 dia ganas gak diarang ni..so bila kena macam tu.. kami diri aje kat muka lif 2..depa tanya nape x kuar..bayangkan nak kuar pun x leh.. kena masuk blik lif.. kenangan terindah.. yg x terdpt di rasai diMsia melainkan ada fire drill heee hee hee
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 09:28 AM | Show all posts
salamz all
kak bayangan dah berlepas kah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 09:29 AM | Show all posts

akhirnya....

perghhh akhirnya dapat jugak masuk thread ni sumler..
gila rinduz kat sume and this thread especially....

thanx haziq for the pic....syahdunyerrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 24-11-2008 11:44 AM
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif


Baca cerita ayahjoe ni..
Rasa seronok n tergenang juga airmata...
Dapat merasai sama ...
Subhanallah..



betul tu sis azie...
mama pun bergenang ayoo mata nih...
as tho i yg d tempat ayahjoe tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 10:03 AM | Show all posts

Balas #2728 Sweetmama\ catat



Lama tak nampak sweetmama dlm thread ni...
Apa khabar ???
Rindu nak dengar cerita..celoteh sweetmama dlm thread ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 25-11-2008 08:10 AM
Assalamualaikum, lama x jengah benang ni...mmg betul jemaah haji Msia berdispilin...mmg pak arab tu kenal dgn jemaah Msia..tapi bila sampai maktab..pokcik mokcik kureng plak dispilinnya.. esp. ba ...






Kalau dengan orang luar memang disiplin..memang itulah Jemaah Malaysia..
Tapi bila sesama sendiri...sesama orang Malaysia....bukan orang Malaysia lagi..
Baru tau perangai masing masing...dengan yang banyak songehnya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 25-11-2008 10:08 AM


http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif



Kalau dengan orang luar memang disiplin..memang itulah Jemaah Malaysia..
Tapi bila sesama sendiri... ...

rambut sama hitam..hati lain..lain hehe..

kadang2 mungkin jemaah lupa di mana mereka berada..mungkin juga dugaan dari ALLAH...

sabor jerlah...heheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066538 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list