|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Originally posted by Hanni at 20-11-2008 10:35 AM
Ibu..klassiknya gambar Baitullah ni... Dari koleksi simpanan ibu ke? Tu gambar tahun bile ye?
Bukan koleksi ibu hanni, ibu paste dari satu blog mengenai Makkah dan Madinah untuk dikongsi bersama
Ibu memang suka menyelusur zaman zilam
mengenang zaman silam....... |
|
|
|
|
|
|
|
Pembangunan di Mekah sejajar dgn peredaran zaman... MasyaALLAH.
Kalau kita g lg pasti bnyk perubahan di sana ye... . |
|
|
|
|
|
|
|
lagi seminggu saya akan berlepas ke Tanah suci. now tengah kemas bag. sungguh berdebar debar rasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayangan_rindu at 20-11-2008 08:27 PM
lagi seminggu saya akan berlepas ke Tanah suci. now tengah kemas bag. sungguh berdebar debar rasanya.
Assalamualaikum bay,
kakak doakan semoga bay dan keluarga yang ditinggalkan selamat di dalam peliharaan Allah SWT, selamat dalam perjalanan, diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan Rukun Islam Kelima dengan sempurna dan memperolehi haji yang mabrur.
Selamat berangkat dan lupakanlah sementara msalah-masalah atau perkara-perkara berkaitan urusan dunia dan melangkahlah untuk menuju ke Rumah Allah dengan hati yang penuh rasa kecintaan kepadaNya, bay akan merasai nikmat dan kemanisannya di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Mencari Haji Mabrur
SOALAN:
BAGAIMANA cara yang terbaik untuk mendapatkan haji yang mabrur? Selain menjadi rukun dan syarat secara betul apa lagi perlu diberi perhatian untuk mendapatkan haji yang mabrur?
Kebanyakan ulama ada membincangkan perkara ini, namun di antara karya yang boleh dirujuk dan banyak membantu ialah karya Imam al-Ghazali. Mencari haji yang mabrur melalui tertib kesopanan dan amalan-amalan kebatinan yang dinukilkan oleh Imam al Ghazali r.a. adalah suatu yang cukup membantu dan menarik.
JAWAPAN:
Tatatertib kesopanan yang khas dalam ibadat haji ada tujuh perkara:
- Hendaklah nafkah yang dibelanjakan itu dari harta yang halal, manakala segala perhatian dan tujuannya hanya semata-mata untuk Allah SWT sahaja dan kerana membesarkan syiarnya. Orang yang membuat haji untuk orang lain maka hendaklah dia berniat untuk dirinya menziarahi bait al-Haram dan menolong saudaranya yang muslim untuk menunaikan fardu haji yang wajib ke atasnya. Bukan kerana tujuan mencari untung atau berniaga dengan menggunakan agama untuk mencapai tujuan dunia. Jadi samalah seperti orang yang mencari dunianya dengan menjual amalan akhirat. Bahkan yang sepatutnya dia menggunakan kesempatan keduniaan itu untuk mencapai tujuan agama, iaitu dapat berhaji dan berziarah sekali gus.
- Meluaskan persediaan dalam makan minum dan murah hati dalam budi dan membelanjakan harta dengan bersedekah, tidak terlalu lokek ataupun terlalu boros. Tetapi bersederhana sahaja menurut cara orang yang yang merancang perbelanjaannya. Membelanjakan wang dalam makan minum kerana tujuan haji adalah nafkah yang dikeluarkan untuk jalan Allah Azza Wa Jalla, tentulah pahalanya berlipat ganda. Ibn Umar pernah berkata: "tanda-tanda orang bermurah hati ialah memewahkan makan minum dalam perjalanannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2676 Rosputih's post
Kak Ros..amat bermanfaat bagi kita untuk menghayati dan mengamalkannya ke arah mendapat haji mabrur.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Subject: Allah Hu Akhbar !!!
MAYAT BACA YASIN..
"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di
Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.... Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haziq_97 at 21-11-2008 11:12 AM
Subject: Allah Hu Akhbar !!!
MAYAT BACA YASIN..
"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan be ...
Kakak pernah mendengar atau membaca kisah yang serupa juga sebelum ini.
Setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT jua untuk yang masih bernyawa menjadikkannya sebagai pedoman atau iktibar |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2678 haziq_97\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 21-11-2008 01:36 PM
Kakak pernah mendengar atau membaca kisah yang serupa juga sebelum ini.
Setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT jua untuk yang masih bernyawa menjadikkannya sebagai pedoman ata ...
Jadikan pedoman....
Jadikan amalan...
Jangan biarkanmasa berlalu dgn percuma...
Saya dulu kerja Bahagian Akaun..pembayaran..
Saya jadikan amalan..
Setiap baucer yg saya semak saya akan berselawat nabi..
Setiap cek yang saya akan tandatangani..saya akan beristighfar...
Begitu juga bila saya mengosok saya kan berselawa...automatically pegang iron aje teru selawat.
Jadikan kebiasaan...
Setiap bulan saya akan bayar sejumlah wang..RM10.ke Unit Hasil..pelbagai Hasil..
Bayaran takut saya ada terguna kertas utk photostat keperluan sendiri..terguna telefon urusan keluarga..
Tapi seboleh bolehnya saya elakan guna harta kerajaan..
Astaghfirulahalanzim.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 21-11-2008 02:00 PM
Jadikan pedoman....
Jadikan amalan...
Jangan biarkanmasa berlalu dgn percuma...
Saya dulu kerja Bahagian Akaun..pembayaran..
Saya jadikan amalan..
Setiap baucer yg saya semak saya akan ...
Kakak juga selalu berfikiran begitu
selalu berfikir seboleh-bolehnya nak membersihkan diri dan wang gaji yang diperolehi
umpamanya kalau mengambil masa yang agak panjang keluar ofis kerana urusan sendiri
terfikir kembali, aku telah gantikan masa yang diambil dengan lebihan masa bekerja sejak puluhan tahun lalu kerana balik lewat dari waktu pejabat tanpa menuntut kerja lebihmasa.
Kakak juga mengamalkan suka berbelanja rakan pejabat, bersedekah dan menderma dengan niat membersihkan wang yang diperolehi.
Memang benar kata azie, menggunakan harta pejabat seperti telefon, kertas dan photostat memang tidak dapat dinafikan. Dan bila perasaan itu kuat menguasai kita mengatakan tak boleh guna harta ofis, hingga pernah satu masa dulu kakak membeli sendiri satu rim paper untuk tujuan peribadi kerana tak nak guna paper ofis kononnya.
[ Last edited by Rosputih at 21-11-2008 04:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tadi khutbah jumaat
mengenai haji
khatib mengingatkan kewajipan mengerjakan haji laku atas semua umat islam yang cukup belanja haji dan menpunyai daya upaya haji
walaupun tak solat..tak puasa....
jangan ingat kalau tak solat n tak puasa so tak payah pergi haji..haji wajib..kalau cukup segalanya
khatib mengingatkan tetang hajjatul wida' Rasulullah..mengenai haji Rasululullah
khatib juga mengingatkan haji itu wuquf di arafah...rukun paling penting haji..
khatib juga mengingatkan haji itu sabar..tenang..so kena banyak sabar
khatib juga ingatkan apabila selesai haji maka seseorang itu kembali kepada bersih seperti anak yang baru lahir...
khatib juga ingatkan usaha perlu dilakukan disamping doa...
khatib juga mengingatkan berdoalah kita kepada semua bakal2 haji agar memperoleh haji mabrur dan kembali dengan selamat dan juga berdoa supaya kita yang belum menunaikan fardhu haji agar diberi kesempatan menunaikannya..
AMIN |
|
|
|
|
|
|
|
petikan khutbah tahun lepas di brunei
ADAB MENYAMBUT KEPULANGAN JEMAAH HAJI
MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Alhamdulillah, kini jemaah haji yang berada di tanah suci Mekah hamper selesai mengerjakan ibadat haji mereka, sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan amalan mereka diterima oleh Allah Subhanahu Wataala dan para jemaah haji beroleh haji yang mabrur, seterusnya kembali ke tanahair dengan selamat, insya Allah.
Sementara itu kaum keluarga dan sanak saudara jemaah haji yang berada di tanahair pula menunggu-nunggu detik kepulangan mereka ke tanahair dengan penuh rasa syukur dan gembira.
Dalam suasana kesibukan membuat persediaan menyambut ketibaan Dyuyufur-Rahman (tetamu Allah) ini perlulah kita sama-sama beringat supaya cara sambutan yang diadakan itu hendaklah bersesuaian dan jangan sekali bercanggah dengan hokum agama kita, kerana sambutan ini adalah sebagai menzahirkan rasa syukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala diatas kepulangan mereka dari tanah suci Mekah dengan selamatnya, jangan sampai berlaku pembaziran sehingga berlebih-lebihan berbelanja apatah lagi dengan melakukan amalan yang bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam.
Sebagaimana kelaziman yang dilakukan oleh orang-orang kita Brunei, ada diantaranya yang mendirikan pintu gerbang dan kain rantang yang bertulis dengan kata-kata "semoga beroleh haji yang mabrur" dan ada pula dengan perkataan �selamat pulang ke tanahair�. Perbuatan sedemikian jika diniatkan kerana semata-mata untuk memuliakan dan menghormati kedatangan orang-orang haji atau menzahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wataala, diatas daif-daif Allah itu tidaklah menjadi kesalahan. Tetapi janganlah menganggap perkara itu sebagai suatu dari amalan agama Islam apatah lagi jika ianya dibuat secara membazir� kerana membazir itu perbuatan syaitan. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 27 tafsirnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhan-Nya".
Di dalam Islam ada diajarkan adab-adab dan digalakkan kita melakukannya ketika menyambut kepulangan jemaah haji. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengajarkan supaya orang-orang haji itu sendiri apabila ia hendak sampai kerumah, sunat baginya untuk singgah ke masjid terlebih dahulu dan melakukan sembahyang sunat dua rakaat. Dan apabila sampai kerumahnya pula, dia bersembahyang lagi dua rakaat dan berdoa serta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala diatas selamatnya dia kembali kepangkuan kaum keluarganya.
Manakala adab bagi orang-orang yang menyambut kedatangan orang-orang haji pula diantaranya ialah :
Pertama: Kita disunatkan untuk bersalaman dan berjabat tangan serta berpelukan, sambil mengucapkan maksudnya : "Semoga Allah menerima ibadat haji engkau dan mengampunkan dosa engkau serta menggantikan perbelanjaan yang telah engkau keluarkan".
Dalam perkara bersalaman dan berpelukan itu, perlulah diingat bahawa hendaklah diantara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan sahaja. Bukan sebaliknya sebagaimana yang pernah didapati ada setengahnya tidak menghiraukan antara lelaki dan perempuan dalam perkara ini. Walaupun yang berpelukan itu diantara keduanya ada hubungan muhrim tetapi adalah tidak manis ianya dilakukan di khalayak ramai. Kerana perbuatan sedemikian boleh menimbulkan fitnah, tetapi memadailah dengan bersalaman atau berjabat tangan sahaja.
Kedua: Seeloknya bagi mereka yang menyambut ketibaan orang-orang haji itu meminta kepada orang-orang haji yang balik itu mendoakannya, sebagaimana hadis dari Ahmad Ibnu Hanbal dari Ibnu Omar Radhiallahuanhuma maksudnya :
"Apabila engkau bertemu orang haji (yang baru balik haji) maka bersalamlah dengannya dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk kerumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan Allah Taala (doanya adalah dimakbulkan). Doa yang dibacakan itu ialah : Allahumagfir Lilhajji Walimanistagfaralahulhaj maksudnya : Ya Allah berikanlah keampunan kepada orang yang mengerjakan haji dan kepada mereka yang dipohon keampunan oleh orang yang haji".
Ketiga: Sunat bagi sanak saudara jemaah haji itu mengadakan walimah (kenduri) secara ala kadar mengikut kemampuan sebagai tanda syukur bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.
Demikianlah wahai kaum muslimin diantara beberapa amalan dan adab bagi orang yang balik dari menunaikan ibadat haji dan orang yang menyambut kedatangan mereka, maka ikutlah panduan tersebut dan janganlah melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan tidak diajarkan dalam Islam dengan semata-mata mengikut kebiasaan dan adapt resam. Jangan sampai kita melakukan perkara-perkara yang dianggap bid'ah sayi'ah atau bid'ah dhalalah yang boleh menyebabkan kita masuk neraka, Na'uzubillahi min zalik.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Imran ayat 31 tafsirnya :
"Katakanlah wahai Muhammad, jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah Mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi".
[ Last edited by HUSSAINTAHIR at 21-11-2008 04:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2682 Rosputih's post
Kak Ros dan Azi...saya pun sama...sentiasa memohon keampunan dan perlindungan Allah dalam melaksanakan kerja seharian...syukur ke hadhrat Ilahi atas rahmatNya setakat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2678 haziq_97's post
besarnya anugerah Ilahi kepada negro tu...amat menginsafkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan Agama: Haji mabrur tuntut disiplin, iman tinggi
APAKAH haji mabrur dan bagaimana hendak mencapainya?
Abdul Rahman Hashim,
Trolak Utara, Perak
Orang yang pergi menunaikan haji adalah tetamu Allah dan mendapat kemuliaan
Maka, orang yang menunaikan ibadat haji dengan sempurna akan mendapat haji yang mabrur serta
kelebihan yang banyak di antaranya yang paling utama ialah seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain dan tiada balasan bagi haji mabrur melainkan syurga."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagi mendapatkan haji mabrur seseorang itu perlu menyempurnakan rukun haji dan menjaga pantang larangnya ketika menunaikan haji.
Dalam hadis bermaksud "Daripada Aisyah R A katanya: "Aku bertanya, wahai Rasulullah SAW, kami berpendapat
jihad adalah amalan yang paling utama, mengapakah kami tidak diberi peluang berjihad?
Jawab Baginda Rasulullah SAW. Bagi kamu ada jihad yang lebih utama (bagi menundukkan hawa nafsu), iaitu haji mabrur."
(Riwayat an-Nasa'ie).
Kemabruran haji adalah nilai haji seseorang.
Tanda kemabruran haji seseorang diukur dengan bertambah kualiti kehidupan beragama dan iltizam dengan amalan Islam.
Jika sekembalinya dari menunaikan haji, masih juga melakukan dosa besar, takbur dan tidak beramal dengan amalan Islam memberi
tanda haji dikerjakan itu tidak mabrur disebabkan beberapa perkara mungkin individu itu sendiri mengetahuinya |
|
|
|
|
|
|
|
Nazar bawa anak ke Makkah dimakbul
KUALA TERENGGANU:
"Saya bernazar, jika mendapat anak lelaki, saya akan membawanya menunaikan ibadat haji dan
saya bersyukur doa yang dimohon setiap kali selepas solat sejak mendirikan rumah tangga dimakbulkan Allah.
"Bagi memenuhi nazar itu, saya menabung wang sebanyak RM1 sehari untuk anak tunggal saya, Ahmad Faisal Mohd, 14, bermula dari umurnya sehari dan wang itu dimasukkan terus ke akaun Tabung Haji (TH)," kata Siti Fatimah Awang, 52, yang kini ibu tunggal dari Bandar Chiku, Gua Musang, Kelantan.
Siti Fatimah yang bertugas sebagai bidan di Klinik Kesihatan kampung itu bersama anaknya adalah antara 353 jemaah haji yang berlepas melalui penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Makkah, semalam
"Saya pernah menerima tawaran untuk menunaikan ibadat haji seorang diri beberapa tahun lalu, tetapi menolaknya kerana sudah bernazar untuk pergi bersama Ahmad Faisal dan tahun ini kami diberikan kesempatan itu," katanya ketika ditemui di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, semalam.
Ahmad Faisal berkata, sebagai persediaan dia beberapa kali menyertai kursus haji, selain mempelajari cara menunaikan ibadat itu daripada guru agama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku.
"Ketika memaklumkan kepada rakan di sekolah akan menunaikan haji, mereka terkejut dan memberi dorongan kepada saya," katanya.
Ada hikmahnya..
Anak lelaki tu menjadi mahramnya..
Alhamdulillah..
[ Last edited by aziefa at 21-11-2008 11:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam pengenalan
Assalamualaikum,
limizia sentiasa mengikuti thread ini sepanjang tahun ini kerana panggilan haji masih dalam rayuan.
Tanpa diduga isnin lepas tabung haji telefon supaya datang untuk buat passpot haji & medical checkup.
Berderai airmata kami suami isteri. Siap passpot &medical checkup, tabung haji serah tag nama dan beg TH bersama kain
ehram. Sila Standby, TH akan call bila-bila masa untuk berlepas sebagai calon gantian. Doakan kami dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limizia at 22-11-2008 06:42 AM
Assalamualaikum,
limizia sentiasa mengikuti thread ini sepanjang tahun ini kerana panggilan haji masih dalam rayuan.
Tanpa diduga isnin lepas tabung haji telefon supaya datang untuk buat passpo ...
Waalaikum salam limizia,
Syukur Alhamdulillah. Seronoknya mendengar perkhabaran dari lamizia.
Kakak doakan semoga ianya berjalan lancar dan lamizia dan suami dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna dan memperolehi haji yang mabrur. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2689 limizia\ catat
Tumpang gembira utk limizia..
Semoga Allah mempermudahkan segala kerja ibadah Haji mizia..
Moga mendapat Haji mabrur...
Aminnnn.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|