|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
Originally posted by whitedove at 12-1-2006 02:32 PM
ff: ko tgk NHK kat Astro ke?
tapi before New Year tu memang syok, banyak performance...aku tgh tunggu aku punye stok Music Station Super Live sampai...tak sabor nak tgk SMAP dan adik2 juni ...
white chan... kalau ko tak sabar video klip aku dah ada share kan kat thread TK... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hana_Hirokawa at 12-1-2006 02:55 PM
:cak:A'ah kat astro punya... yup, malam New Year mmg macam2 artis wat performance..yg paling Hana suke SMAP-lagu triangle,Mika Nakashima - lagu Yuki No Hana, Dreams COme True - Nandodemo n som ...
ff: Mika-chan pun ada gak ek...aku suka Mika, my fav Japanese female singer (sebab Utada Hikaru takde lagu baru)...teringin sangat nak tengok movie dia Nana...lagu Yuki no Hana tu best, tapi aku paling suka setakat ni lagu dia Glamorous Sky dalam soundtrack movie Nana... |
|
|
|
|
|
|
|
wahahaha... rupanya ada kat NHK chanel astro... kenapa ntah tak bukak pun channel tu mlm tahun baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 12-1-2006 02:44 PM
hmm, maybe sebab citer Jepun nih diorang beli straight dari Jepun, citer Korea lak beli dari Taiwan sebab tu dah berdubbing Mandarin tuh...agaknya sebab tulah citer Jepun mahal...
memang betul p ...
confirm ek tak dek crite last christmas ari ahad ni? aku tengok kat website 8tv, ahad 15hb punye rancangan sama sebijik ngan ari ahad 8hb .... kes malas nak update lah tu .... copy je last week punye ...:agr: |
|
|
|
|
|
|
|
ff:
bukan ke nak NHK nyer channel kene beli yang set channel2 cine tu????
mahal laaaa
kalau beli best gak
dulu kat channel 9 leh laa tgk sebab die tak gelapkan skrin2 channel yang tak beli
penah gak laa tgk citer drama sho sakurai kat NHK
sanggup tgk walaupon skrin kecik....
gila tol! |
|
|
|
|
|
|
|
marah tol laa kat 8tv nih!!!!nf:
tak patut die meng anak tirikan citer jepun!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by taiyo_sensei at 13-1-2006 01:09 PM
marah tol laa kat 8tv nih!!!!nf:
tak patut die meng anak tirikan citer jepun!!!!!!!!!
agaknya kena komplen kat newspaper .... macam org komplen pasal dub suara drama korea...... |
|
|
|
|
|
|
|
mana ader kene mengena ngan citer jepun kalau dub citer korea
citer jepun tak bersalah
lagipon citer jepun bertapak dulu drpd citer korea
dulu pon citer jepon di dub gak ke malay
cam citer oshin tuh....
citer tu mak aku pon follow
aku ttp tak puas hati... |
|
|
|
|
|
|
|
citer oshin tu munna ingat sekolah rendah lagi..... ngan citer more attack .... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm kalau munna nak tahu
taiyo time tu pon tak tadika pon lagi
mmg lama giler
so peminat citer korea kene laaa sabar
kite peminat citer jepun ni tunggu dr zaman tuk kaduk lagi nak suh diorang tukar sore die |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by taiyo_sensei at 13-1-2006 04:12 PM
hmmm kalau munna nak tahu
taiyo time tu pon tak tadika pon lagi
mmg lama giler
so peminat citer korea kene laaa sabar
kite peminat citer jepun ni tunggu dr zaman tuk kaduk lagi nak suh diorang ...
:setuju: sgt dgn taiyo sempai.. (^_^)V |
|
|
|
|
|
|
|
Last Christmas Episode 8 (31 Disember 2005)
Note: mula sekarang Haruki dipanggil Kenji dan Aoi dipanggil Yuki sebab diorang dah mula panggil each other dengan first name masing2.
Sally (Ryou) terkejut bila Kenji (Yuji Oda) beritahu dia yg Yuki (Akiko Yada) nak berpisah...flashback malam tu, lepas Yuki beritahu Kenji yg dia nak berpisah, Kenji tanya Yuki balik kenapa nak uji dia...Kenji cakap dia tak rasa yg Yuki betul2 nak berpisah dengan dia...Yuki dengan nada merajuk cakap yg dia tak kisah pun kalau Kenji nak balik pada Hitomi (Sachiko Sakurai)...so Kenji suruh Yuki duduk baik2 dan dengar dia bersyarah...Kenji cakap dia dan Hitomi takde apa2, tapi Yuki cakap Hitomi tu kan pernah bertunang dengan Kenji...Kenji cakap itu semua hal setahun yg lalu, sebelum dia bertemu dengan Yuki...Kenji suruh Yuki jangan terlalu risau, tapi Yuki cakap Hitomi nampak sangat susah hati sekarang ni...Kenji cakap dia akan tolong Hitomi kalau boleh, tapi itu sebab diorang adalah kawan...akhirnya Yuki dah senyum jadi Kenji benarkan dia bangun, tapi lepas tu Yuki cakap kalau masa Hitomi perlukan bantuan, mesti hati Kenji terusik jugak...Kenji suruh Yuki duduk balik...
lepas Kenji cerita kat Sally, Sally tanya betul ke semua tu cuma salah faham...kalau Hitomi minta bantuan, mesti Kenji akan tolong...Kenji cuma senyum...
lepas tu diorang bermesyuarat pasal siaran langsung promosi skiboard...Yuki beritahu Shintani yg dia ada pertemuan jodoh hari tu...masa Shintani tanya Yuki nak pakai apa hari tu, Hayama (Mirai Moriyama) mencelah sebab dah rasa geram...Shintani cakap dia belum pun lagi hukum Hayama sebab pukul dia hari tu...Hayama cakap kalau Shintani boleh kahwin dengan Ayaka (MEGUMI), dia pun tak kisah terima hukuman...tiba2 je diorang bergaduh kat meja mesyuarat...Shintani cadangkan diorang gunakan pertandingan untuk tentukan, kalau Shintani menang dia akan kahwin dengan anak orang kaya, kalau Hayama menang Shintani akan kahwin dengan Ayaka...bila dapat tau yg Hayama tak pandai main bowling, Shintani terus je bagi cadangan diorang buat pertandingan bowling...
kat rumah, Kenji beritahu Yuki yg itu adalah tabiat buruk Shintani...kalau nak putuskan apa2 yg penting pun melalui pertandingan...Yuki cakap mesti Kenji pun selalu bertanding dengan Shintani...masa tu tiba2 loceng pintu kedua2 rumah diorang berbunyi...rupa2nya tuan rumah diorang yg datang...tuan rumah diorang nak buat renovation, nak robohkan pintu tengah...Kenji dan Yuki dah berpandangan...masa tu pulak tiba2 ada sorang lelaki datang minta hutang...jumlah hutang tu pulak banyak...
Ayaka marah Yuki sebab jadi penjamin orang...diorang berdua pergi jumpa Shiho (Sayaka Yamaguchi) yg berhutang tu...Shiho kerja kat bengkel kereta...lepas tu diorang bertiga duduk kat bangku dan Yuki mula becakap pasal cerita2 lama diorang bertiga...Ayaka tiba2 tanya Shiho kenapa tolak hutang dia pada Yuki...Shiho cakap dia dah takde duit, nak bayar sewa bilik pun susah...Yuki cakap dia akan cuba sedaya upaya bantu Shiho...Shiho minta maaf...lepas Shiho dah pergi, Ayaka perasan yg Shiho dah tertinggal buku undang2...Yuki tengok buku tu sambil senyum, tapi tiba2 air muka dia berubah...Yuki nak pulangkan buku tu pada Shiho tapi dia ada mesyuarat, jadi Ayaka offer nak pulangkan buku tu...
bila Ayaka ke bengkel, dia terdengar Shiho berbual dengan bos dia...Shiho cakap dia bukannya tak boleh bayar hutang tapi ada sorang kawan yg nak tolong dia bayar...lagipun kawan dia tu kerja kat syarikat besar sebagai setiausaha, jadi mesti banyak duit...Ayaka dah nampak macam marah...bila Ayaka tengok buku undang2 tu, rupa2nya Shiho langsung tak tulis apa2...
Kenji, Hayama dan Ayaka pergi makan kat Desperado...Kenji tiba2 tergelak dan cakap dia tak pernah dengar pun ada bos yg nak bertanding dengan pekerja baru...masa tu Yuki masuk kedai dengan Higaki (Hiroshi Tamaki) tapi diorang berdua duduk kat tempat lain...Ayaka suruh Hayama pergi ambil menu sebab dia nak cakap dengan Kenji pasal Yuki...Ayaka cakap lebih baik Kenji sendiri yg bercakap dengan Yuki pasal hutang tu...Yuki anggap Shiho kawan baiknya, jadi kalau Yuki tahu hal sebenar, mesti hati dia akan terluka...Kenji janji akan bercakap dengan Yuki...
Yuki pulak beritahu Higaki yg Higaki mesti akan lebih susah hati kalau terus macam ni...Yuki suruh Higaki beritahu Ritsuko (Nana Katase) perasaan dia yg sebenar tentang lamaran dia pada Ritsuko...masa tu tiba2 Ritsuko datang...Yuki cakap Ritsuko yg minta tolong dia...lepas tu Yuki join kawan2 dia kat meja lain dan biarkan Ritsuko bercakap sendirian dengan Higaki...Ritsuko beritahu Higaki yg dia takkan ke New York...Ritsuko keluarkan cincin yg Higaki beri dan cakap apa yg penting bagi dia sekarang adalah janji dia dengan Higaki...tapi Higaki tiba2 cakap yg semuanya dah terlambat dan cincin tu dah lepas tarikh luput...
kat rumah, Yuki keluarkan semua beg dan kasut dia, tapi dia cakap kalau pulangkan semua pun masih tak cukup nak bayar hutang Shiho...Yuki cakap dia sebenarnya faham keadaan Shiho sebab Shiho macam dia 5 tahun yg lalu...Shiho sekarang nak ambil pepeiksaan undang2, dan walaupun agak mustahil, tapi Shiho dah ada cita2 dan impian...Kenji cakap kalau macam tu dia nak jumpa Shiho bersama Yuki dan dengar alasan Shiho...Kenji tanya betul ke Shiho anggap Yuki macam kawan...Yuki tiba2 naik marah sebab Kenji anggap kawan dia berbohong...Yuki cakap dia dan Shiho tak sama macam Kenji dan Hitomi yg ada banyak kenangan manis...Yuki cakap dia dan Shiho dah bersama2 menempuh banyak kesusahan...
Yuki termenung sambil tengok buku bank dia...masa tu tiba2 Higaki telefon dia...Yuki merungut kenapa boleh jadi macam ni sedangkan Higaki dan Ritsuko saling mencintai...Higaki cakap lebih baik Ritsuko pergi New York sebab itu adalah impian Ritsuko...lepas tu Higaki tanya Yuki hal dia...Yuki cakap takde apa2, cuma ada masalah duit...Higaki tanya berapa yg Yuki perlukan sebab dia boleh pinjamkan...Yuki cakap Higaki tak tahu apa2, tapi Higaki cakap tak tahu pun takpe asalkan boleh bantu Yuki...tapi Yuki cakap dia tak perlukan bantuan Higaki... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 8...
Hayama pulak pergi ke office dengan tangan berbalut...rupa2nya Hayama dah tercedera masa berlatih bowling...Hitomi pulak pergi ke office Shintani untuk hantar gambar hari tu...Hitomi minta maaf dan katanya dah banyak menyusahkan Kenji...Shintani cakap tak apa2 sebab Kenji tu hidup demi orang menyusahkan dia...Yuki dan Hitomi pergi makan sama2 lepas tu...Hitomi cerita pasal hal2 gembira masa di universiti dulu...Hitomi cakap dia teringin nak balik ke masa tu, tapi Yuki tak fikir begitu...walaupun dulu ada juga hal yg gembira, tapi dia lebih sukakan hidup dia sekarang sebab dulu dia bersama geng bermotosikal...Yuki beritahu Hitomi pasal kawan dia dan sekarang terpaksa menyusahkan Kenji...Hitomi tiba2 cakap Kenji dan Yuki rupa2nya dari dunia yg berlainan, jadi dia pun hairan Yuki boleh bercinta dengan Kenji...Hitomi cakap Kenji adalah orang biasa yg perlukan kebahagiaan yg biasa...lepas tu Hitomi cakap mungkin ini adalah salah dia sebab berpisah dengan Kenji dulu...Hitomi cakap sampai sekarang pun dia masih cintakan Kenji...
kat office Kenji, Hayama asyik minta Kenji gantikan dia main bowling hari ni...Kenji cakap dia sangat sibuk, tapi Hayama cakap dia buat semua ni demi masa depan Ayaka...Kenji cakap dia betul2 tak faham sedangkan Hayama sukakan Ayaka...Yuki pulak termenung kat meja dia fikirkan hutang tu...masa tu tiba2 Kenji datang minta gambar yg Hitomi hantar...Kenji cakap dia dah bercadang nak pergi jumpa Shiho bersama Yuki, tapi Yuki cakap tak payah...masa tu tiba2 Shintani datang dengan marah2 sbab dia dapat tau yg Kenji akan gantikan Hayama...Shintani cakap akhirnya dah sampai masa diorang bertarung selepas menang 97 kali dalam 99 pertandingan...bila Yuki tanya siapa yg menang siapa yg kalah, Shintani cakap Kenji yg dah menang 97 kali...
Yuki cakap dia tak boleh minta tolong Kenji dalam hal ni, tapi Kenji nak bincang lagi lepas balik rumah...lepas tu Higaki telefon Yuki, katanya nak jumpa...Higaki bagi pinjam duit pada Yuki, masa tu Ayaka dah ternampak hal tu...Hayama pulak terus merayu pada Kenji gantikan dia main bowling dan akhirnya Kenji terpaksa setuju...Ayaka pulak tiba2 datang dan beritahu Kenji yg Yuki pinjam duit dari Higaki...
semua orang dah ada kat pusat bowling buat latihan memanaskan badan kecuali Kenji...bakal tunang Shintani pun ada sama...diorang semua tengah tunggu Kenji...Kenji masa tu ada perjumpaan dengan Hitomi berbincang pasal gambar...masa diorang keluar dari kedai, hari dah hujan...Hitomi tiba2 cakap yg dia mungkin dah tak tahan...dia betul2 nak balik ke waktu bersama Kenji...Hitomi peluk Kenji dan minta Kenji maafkan dia...Hitomi cakap Yuki tak padan dengan Kenji, hal duit pun nak kena susahkan Kenji...Kenji terkejut dan tanya apa yg Hitomi dah cakap kat Yuki...lepas tu Kenji cakap dia tak nak dengar Hitomi cakap apa2 lagi...
bila Kenji tak muncul2 kat pusat bowling, Shintani cakap kalau macam ni dia akan menang percuma...tiba2 je Sally offer diri nak gantikan tempat Kenji...tapi yg kelakarnya bila dia nak mula tu, jari2 tangan dia tiba2 tersangkut kat bola bowling...masa tu akhirnya Kenji sampai...Kenji tengok muka kedua2 Hayama dan Ayaka dan tanya betul2 ke nak menang...kedua2 diorang cuma angguk...akhirnya Kenji mula bertanding, tapi bola pertama masuk longkang pulak...Kenji cuma gelak dan cakap dia dah lama tak main...
Yuki pulak pergi jumpa Shiho...Yuki tiba2 minta maaf pada Shiho dan cakap yg dia tak dapat cari duit...Yuki cakap walaupun ada orang nak pinjamkan duit, tapi tetap tak boleh buat macam tu...Yuki ajak Shiho sama2 pergi syarikat pinjaman dan minta diorang beri masa...Shiho cakap tadi pun ada orang datang beritahu perkara yg sama pada dia...rupa2nya tadi Kenji dah datang...Kenji ada cakap kalau masih tak boleh buat rayuan, dia akan cuba fikirkan cara lain...Kenji ada beritahu Shiho yg sebenarnya Yuki dah tahu yg Shiho cuma peralatkan dia, tapi Yuki tetap serius cari ikhtiar sebab Yuki anggap diorang kawan...sebab diorang kawan, jadi Yuki percayakan Shiho...sebab diorang kawan, jadi Yuki tak nak Shiho lepaskan impian...lepas Shiho ceritakan semua tu pada Yuki, Shiho cakap dia akan berusaha sekali lagi dan berterima kasih pada Yuki...
kat pusat bowling, Kenji tak dapat tunjukkan prestasi terbaik dan sekarang Shintani tengah mendahului...masa tu Yuki dah datang dengan senyuman dan buat Kenji tiba2 bersemangat...Kenji berjaya buat strike demi strike dan akhirnya berjaya menang pertandingan tu...Shintani tiba2 angkat Ayaka dan bawa dia pergi...Hayama harap diorang akan bahagia, tapi bila Kenji tengok muka Hayama, Hayama nampak sedih...
lepas pertandingan, Kenji dan Yuki bercakap pasal Shiho...Yuki ucapkan terima kasih walaupun pada asalnya Yuki tak nak Kenji campur tangan...Yuki cakap dia nak pergi pulangkan duit...lepas tu Hitomi telefon Kenji...
Shintani pergi jumpa family Ayaka...keadaan agak senyap dan Hayama pulak cuma tunggu kat luar...family Ayaka macam sengaja buat benda2 yg patut pada Shintani, tapi akhirnya Shintani cakap kat ayah Ayaka yg dia nak kahwin dengan Ayaka...bila dengar Shintani dah boleh bermesra dengan family Ayaka, Hayama terus pergi...Ayaka kejar Hayama kat tangga...Ayaka ucapkan terima kasih atas semua jasa Hayama...Hayama cakap dia sangat gembira selama jadi 'anjing' Ayaka...tapi Ayaka cakap Hayama dah salah...sebenarnya sejak kali pertama jumpa Hayama, dia dah sukakan Hayama...tapi bagi Ayaka, percintaan dan perkahwinan adalah dua hal yg berbeza...Ayaka janji pada Hayama yg dia akan bahagia...
Yuki pergi jumpa Higaki dan pulangkan duit...Yuki cakap dia dah tak perlukannya...bila Yuki dah nak balik, Higaki cakap dia rasa sunyi...Yuki cakap kan bagus rasa sunyi, sebab itu maknanya Higaki masih sukakan Ritsuko...kalau pasal sunyi maka nak cari perempuan lain sebagai pengganti, maknanya dah menipu diri sendiri...Yuki cakap dia sekarang bukannya perempuan yg sama macam dulu, dan dia nak Higaki tengok betul2 perempuan yg Higaki cintai...
Kenji pulak pergi jumpa Hitomi lagi sekali...Hitomi cakap akhirnya dia dah hantar surat cerai tadi jadi dia mesti lebih berusaha sekarang...Hitomi ucapkan terima kasih pada Kenji atas segala2nya setakat ni...Kenji cakap dia minat pada seorang peluncur wanita yg berbadan kecil tapi bersemangat tinggi dan serius masa bertanding dengan peserta lelaki...masa meluncur dengan seorang kawan, perempuan tu beritahu kawan dia, mari kita meluncur bersama lagi selepas 30 tahun...kawannya tanya kenapa cakap hal yg begitu jauh...jadi perempuan tu cakap sebab nak jumpa kawan dia, dan pastikan yg kedua2nya dah membesar, dan nak jadi cermin bagi satu sama lain...perjanjian tu masih berterusan...setelah 5 tahun, dah banyak hal yg berlaku, dan selepas 15 tahun, lebih banyak hal yg berlaku...tapi mereka masih nak meluncur sama2 dan berbual tentang perkara2 yg dah berlaku...Hitomi akhirnya senyum dan cakap yg dia takkan kalah pada Kenji...
lepas keluar dari kedai, Higaki kejar Yuki...Higaki yg dah sedar diri beritahu Yuki yg dia akan gunakan duit tu untuk kejar Ritsuko ke New York...hujan pun dah berhenti...Kenji dan Htomi bersalam tanda persahabatan, begitu juga dengan Yuki dan Higaki...kedua2 Kenji dan Yuki berlari balik rumah dengan gembira...diorang berdua ketuk pintu tengah pada masa yg sama...Kenji tunjukkan gambar2 aurora pada Yuki...kat Yellowknife sangat sejuk, jadi Kenji cadangkan bawak bubble blower...kata Kenji, kalau tiup buih masa tu, buih2 tu akan membeku dengan cepat macam kaca dan akhirnya terbang dalam cahaya yg bersinar2...Yuki senyum gembira dan cakap yg dia betul2 nak tengok keadaan tu...Kenji cakap diorang berdua mesti boleh tengok...
esoknya sebelum pergi kerja, Yuki tengok tiket flight ke Kanada sambil tersenyum happy, tapi tiba2 pandangan mata dia jadi kabur dan dia rasa pening...Kenji pulak melawat mak dia kat hospital...Kenji beritahu mak dia yg dia serius nak bersama Yuki...Yuki pulak masa tu pergi jumpa Dr. Sawaguchi...Dr. Sawaguchi beritahu Yuki yg laporan pemeriksaan akan keluar dalam masa seminggu...Yuki minta doktor jangan beritahu sesiapa hal ni termasuklah Kenji...
Kenji pergi jumpa Shintani kat office...Shintani minta maaf pada Kenji, katanya dia betul2 dah tak boleh halang kali ni...Shintani beritahu Kenji yg jabatan sukan musim sejuk akan dibubarkan...Kenji dah sedih...kedua2 Kenji dan Yuki dalam keadaan tak menentu lepas tu dengan hal masing2...bila balik rumah, kedua2ya tak dapat beritahu masing2 apa2...masa tu tiba2 tuan rumah diorang datang bawak orang nak renovate...Kenji dan Yuki cuma mampu pandang sesama sendiri masa orang2 tu robohkan pintu tengah dan gantikannya dengan dinding betul... |
|
|
|
|
|
|
|
screencaps from Episode 8...
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cloud9 at 13-1-2006 04:28 PM
:setuju: sgt dgn taiyo sempai.. (^_^)V
sempai??????
jangan laa pangil camtuh....
tak best arrrr:stp::kant: |
|
|
|
|
|
|
|
news: AKIKO YADA
cerita cute n loving heroine Last Christmas dengan pakwe dia Manabu Oshio (2nd hero Love Revolution, Double Score)...
Oshio Manabu and Yada Akiko returned to Japan from Los Angeles on 12 Jan where they ignored all questions by the press and were expressionless as compared to the smiling faces they put on when they left for their trip last year. Both of them were holding hands when they walked out from the departure gate. Oshio was walking in front and pulling Yada out from the reporters who had gathered around them while she kept her head down most of the time. However, in their haste to leave, Yada bumped her forehead into a pillar which led Oshio to shout at the reporters to restrain themselves as he thought that she was hurt due to their pushing. He asked how she was before before he hugged her and headed for the exit quickly.
Source: sanspo & Dorama World |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by taiyo_sensei at 13-1-2006 05:29 PM
sempai??????
jangan laa pangil camtuh....
tak best arrrr:stp::kant:
haiit haiit wakarimashta :ah:
gomennasai taiyo sensei.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 13-1-2006 05:34 PM
cerita cute n loving heroine Last Christmas dengan pakwe dia Manabu Oshio (2nd hero Love Revolution, Double Score)...
Oshio Manabu and Yada Akiko returned to Japan from Los Angeles on 12 ...
ooo... couple ke??
soo sweet...
padan mmg padan.. :cak::cak: |
|
|
|
|
|
|
| |
|