CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: manjaredd

Kisah Benar: Demi.. SYAHADA.

 Close [Copy link]
Post time 16-11-2012 06:47 PM | Show all posts
manjaredd posted on 16-11-2012 06:04 PM
nampak sedaplah biskut susu tu...
nak buat tempahan bleh?...

Kalaulah ai pandai buat biskutsusu macamtu, dah lama buat banyak2 sendiri. Tapi, apakan daya, boleh tengok gambar sambil telan liur je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2012 07:21 PM | Show all posts
Setelah selesai semua urusan di rumah, saya menghubungi Joe dan teman saya memberitahu perkembangan tentang rancangan kami dan penerimaan keluarga teman saya. Sempat juga saya ceritakan bagaimana kami bertemu suaminya.
'kau dengar sendiri kan..' balas teman saya. Di kala cuba melelapkan mata malam itu saya benar-benar rasa bersyukur kerana tidak terus percaya kepada kawan-kawan yang bercerita tentang teman saya. Mereka tidak patut menerima bulat-bulat apa yang diceritakan oleh mat salleh tak guna tu. cuma macam mana caranya saya nak buat kawan-kawan sedar, masih belum tercapai akal saya. moga di beri jalan dari-Nya. amin.

2-3 hari dah nak sambut puasa, rancangan kami masih di peringkat pre and pro. Kami sabar dengan perjalanan masa dan keadaan.
Tengahari itu si Joe yang masih belum memulakan tugasnya menawarkan diri mengambil Sya pulang dari sekolah dan di bawa tinggal dirumahnya sementara umminya di tempat kerja. Sya tidak bayak bertanya kerana dia semakin rapat dengan Johan. Pada petangnya selepas pulang dari tempat kerja saya terus pulang kerumah menyediakan makan malam untuk keluarga. Bila minta izin untuk bertemu teman saya suami tidak menghalang malah menyuruh saya tinggalkan anak-anak supaya langkah lebih mudah. syukur..tuhan kurniakan suami ini untuk saya. Saya tiba disana dekat jam 8.30malam. Sya masih di rumah Johan teman saya mula risau. Saya pujuk dia dan ambil keputusan ke rumah johan. Sebelum tu saya hubungi johan dan dia dalam perjalanan menghantar Sya. Saya lihat teman saya dari tadi sudah bersiap-siap, saya tanya dia mahu ke mana, macam biasa, hantar duit untuk suaminya beli makanan. Nampaknya rancangan saya ada penambahan secara tiba-tiba. Saya senyum sendiri..

Tak lama kemudia, terdengar ketukan dan suara Joe memberi salam, baru saya hendak melangkah pintu telah dibuka dari luar. Adik rakan saya yang kebetulan terserempak dengan Joe di tempat letak kereta. Sya di kendong Joe, nyenyak tidur. Keletihan agaknya, entah apa yang di buatnya di rumah Joe sepanjang hari ini. Teman saya mengambil Sya dan membawa masuk ke bilik tidur. Sementara itu sayaberitahu Joe yang teman saya akan pulang ke rumah untuk menghantar wang kepada suaminya. Tanpa perlu disuruh Joe menawarkan diri untuk menghantar teman saya. Tanpa bayak soal teman saya bersetuju. Mungkin dari tadi dia berdebar-debar untuk pulang memikirkan apa pujla yang bakal diterima. Dengan adanya Joe sebagai teman hilang rasa ragu-ragunya.

Kami keluar sama-sama ke tempat letak kereta, adik rakan saya baru pulang dari Penang, kalau saya ada di sana nanti kurang enak pula dia hendak berehat. Saya memandu menuju ke rumah. Joe dan teman saya menghala ke rumah teman saya.  Moga tidak ada apa yang berlaku. harap jiran-jiran tidak nampak mereka supaya tidak jadi buah mulut orang.

Di rumah, anak-anak saya dah lena di bilik mereka, suami saya setia menunggu saya pulang. Saya terus ke dapur bancuhkan air dan duduk disebelahnya. Saya tahu dia tak sabar nak tahu perkembangan dan jalan cerita ..macam anda semua..kan??

Ok, saya berhenti dulu nak solat, macam biasa lepas dinner nanti saya sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 08:28 PM | Show all posts
kawan ko paling sengal dalam cerita ini.

sangat sengal sampai aku tatau nak komen apa.

disebabkan ego dan takut kunun malu pada orang, nak jaga maruah keluarga, nak jaga perasaan mak pak, dia rela hidup jadi kuli batak, pencacai pada penjajah omputeh itu sampai sanggup telan segala bulat2 camtu ja?

tak guna belajar tinggi2, kerja gaji lebih 10 ribu segala, kalau bodoh takbleh fikir sampai tahap camnih.

ko pegi la selamatkan kawan ko tuh. damsel in distress sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 08:30 PM | Show all posts
manjaredd posted on 16-11-2012 06:42 PM
hahahah..saya pun baru abis 'rempit' baca komen2 di sini..laju tak laju..100km/j gak..

Anda melebihi had laju yang ditetapkan. Ini kawasan AES.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 09:51 PM | Show all posts
chazey posted on 16-11-2012 12:28 PM
kawan ko paling sengal dalam cerita ini.

sangat sengal sampai aku tatau nak komen apa.

anda lupa fikirkan tentang anak yang di belanya itu...
sebagai sahabat inilah yang sedang saya kongsikan..bagaimana saya membantu dia..
sebagai pembaca anda berhak untuk komen apa sahaja, saya terima dengan satu persoalan,
sekiranya anda berada ditempat teman saya apa langkah yang anda ambil..?


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 09:56 PM | Show all posts
Dah lama jadi silent reader tapi olh krn cerita ni sgt menarik dan suspend kena komen jugak. Ceptlah sambung TT nk tau apa kesudahannya. Tapi hebatlah TT ni setiap cerita tu terperinci bancuh air kopi , masak semua dicerita klu aku tk ingat dah klu benda tu dah lepas berthn2. Satu lagi yang aku perasan perempuan Melayu ni selalu jer kena tanggung biawak hidup tak kira la laki melayu ke, mat salleh ke / negro, arab, pakistan mesti jer terdengar bab2 masalh ni. Mungkin sebab kita ni ditekankan sgt bab2 taat suami kut, takut ingkar masuk neraka, tak tegas padahal nafkah makan minum semua tanggungjawab suami, last2 diri sendiri yang merana. Member aku pun macm ni jugak tapi member aku ni lelaki dgn bangganya dia bercerita duit rumah, kereta semua bini dia yg byr dia cuma kuar duit anak jer tak patut betul dia blh biar bini tanggung hutang dia relax goyang kaki jer. Oklh dh melalut crita bab org lain pulak. Tk sabar nk tunggu kesudahannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2012 10:00 PM | Show all posts
nonim posted on 16-11-2012 01:56 PM
Dah lama jadi silent reader tapi olh krn cerita ni sgt menarik dan suspend kena komen jugak. Ceptlah ...

bukan perempuan melayu je..semua bangsa sama je...
cuma yang saya cerita ni berlaku depan mata
malah saya turut sama membantu dia selesaikan masalahnya..
pasal masak dan buat kopi tu memang kebiasaan saya macam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:02 PM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 16-11-2012 12:03 AM
i.m quite crious how u choose ur hubby @ omputih to be a partner of ur life..
i thought perkara p ...

adakah u tanya soalan ini kepada TT jugak bagaimana kawan dia pilih biawak omputih itu
sebagai teman hidup kerana perkara utama ialah agama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 10:03 PM | Show all posts
Gegancu posted on 15-11-2012 09:55 PM
erk dah baca habis lah..
sekurangnya saya x bangga kalo ada bini mek saleh..

well baik harus puji, keji masukkan aje cita dalam forum cari
bagi ramai baca buat panduan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:07 PM | Show all posts
mayakaren posted on 16-11-2012 01:11 AM
Manjaredd.. I really adore you. You are such a nice person and it's not easy to find a friend like y ...

langit memang tidak cerah selalu, dan ianya berlaku dalam banyak benda bukan
sahaja somi menjadi biawak hidup atau curang,
me rasa ramai aje forummer lama lama yang kenal me
tau yang 2 minggu lepas me pindah sini, laki me jatuh sakit dan kena makan
ubat 10 bijik sehari seumur hidup, see ini jenis langit yang me dapat...

so apa jenis langit u dapat dengan pasangan u...

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:14 PM | Show all posts
manjaredd posted on 16-11-2012 10:00 PM
bukan perempuan melayu je..semua bangsa sama je...
cuma yang saya cerita ni berlaku depan mata:lo ...

Tapi kan TT klu bangsa lain mesti dengar masalah camni duit laki bini yang control , tapi klu Melayu mesti masalah mcm ni  duit bini , suami duk perabih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:36 PM | Show all posts
tgh sedap2 baca ada lalat.. haih.. nyampah..

go ahead TT.. mana lagi sambungannya.. lamanya dinner..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:38 PM | Show all posts
manjaredd posted on 16-11-2012 08:12 AM
Saya dan suami ke rumah keluarga teman saya keesokkan hari.. adik-adiknya baru sampai rumah dari t ...

ayah si teman @ guard + ibu si teman @ tukang msak = si teman @ architecture @ anak sulung i guess..

si teman + omputih @ biawak idup = syahada @ cute girl..

johan @ engneer maybe -->> si teman @ xmow divorce coz sygkan sgt sya comey tiut fanatik happy meal !! haha..LOL


i try summarize ur story in tree map..tp xde tree map apps plak laa @ ala korean drama !! haha


# honestly ur story 45% different than mostly korean drama..
  maybe different dekat background si teman tue..
  dia nmpk strong girl dr bck ground yg sdrhana till got better career..
  


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:40 PM | Show all posts
Saya nak baca cerita TT,kalau ada yg nak cerita kisah diri sendiri,sila buka tread lain.
Sekian,terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 10:47 PM | Show all posts
saya sambung lagi smentara menunggu suami saya pulang..

Masuk pejabat pagi itu, saya terus hubungi Joe. Tak angkat pulak, sah dia tidur lagi.
Saya telefon pula teman saya, dia sedang memandu. Dengan rasa tidak sabar saya tetap kena tunggu.

Teman saya hubungi saya ketika waktu makan tengahari. Katanya dia hantar wang kepada suaminya tanpa ada apa-apa masalah. Dia minta teman saya masuk ke dalam rumah tetapi teman saya beri alasan dia sudah lambat dan hendak ke tempay lain bersama Joe. Dia langsung tidak bertanyakan anaknya. Menurut teman saya lagi dia sejak malam tadi sehingga sekarang suaminya asyik menghubungi dan menghantar sms dengan kata yang kesat kepadanya. Satu pun tidak dijawab. Bagus. ada perubahan, teman saya semakin dapat dirinya semula. I know you can do it my friend. saya sangat gembira.

Hari ini hari jadi Sya, teman saya membawa Sya pulang untuk bertemu atoknya. Saya sekeluarga datang dengan membawa kek dan makanan lain untuk makan bersama-sama. Teman saya tidak langsung singgah di rumahnya, kerana suaminya sedang tidur memandangkan tingkap dan pintu bertutup rapat dan kipas terpasang.  Mendengar rumah sebelah riuh dengan suara budak-budak dan ornag bercakap-cakap, suami teman saya keluar dan menjenguk ke rumah sebelah. Dia tidak nampak isteri dan anaknya ada di situ kerana kereta berada terlindung di luar pagar. Dia datang dan kelihatan gembira
is there something i don't know going on?'
engan ramah dia menyapa kami..tanpa di ajak dia mengambil pinggan dan minuman...ketika itu isteri dan anaknya di bilik air.
di bawa makanan ke luar rumah dan makan tanpa segan silu.. suami saya keluar dan menemaninya. Keluarlah si kecil dan bersuara ..

  'why you eat my food?? dont you know its my birthday and you should give me present before you eat my food???'

lantang dia bertanya dengan muka yang garang. terdiam kami semua. teman saya hanya tersenyum melihat si kecil.
mungkin nak cover rasa malu anaknya bertanya begitu depan orang, dia bersuara

' your ummi teach you that??'

saya cuba redakan keadaan.. tetapi si kecil lebih dulu menjawab

' no! you did. thats why ummi dont do any goodies for my friends anymore'

suami saya tenangkan dia..sya tak tahu apa yang dia cakap. dengan ketawa mengejek dia menyalahkan teman saya mendidik anaknya begitu. teman saya ketika itu sedang menonton tv saya tahu dia berpura-pura tidak mendengar apa yang berlaku. suaminya masih terus makan dan minum tanpa henti.. si kecil nampaknya betul-betul tidak puas hati. dia mula datang dekat daddy nya dan bertanya

' are you trying to finish all the food?? that is malay food, u said its not good and we will die faster'

hmm.. daddynya memandang tepat dan tidak siapa menyangka, air minuman di tangannya di simbah tepat ke muka Sya! apa lagi meraunglah budak tu bila air masuk hidung. berlari teman saya keluar mendapatkan anaknya. suami saya menahan dia daripada menyerang teman saya yang sedang mendukung anaknya sambil mengelap kesan simbah air tadi. saya agak tergamam melihat situasi ini.

dalam kekecohan itu terdengar bunyi kereta berhenti betul-betul depan pagar. Johan dah sampai, dia membawa bungkusan hadiah..moga terubat tangis dan sedih si kecil.. berlari si kecil mendapatkan Johan. Dengan wajah yang mengejek dia memberitahu bahawa itulah teman lelaki isterinya mereka tinggal bersama. saya dan suami tidak dapat menahan senyum. Si kecil mengadu kepada Joe apa yang berlaku..dengan tenang Joe datang menghampiri daddynya dan menghulur tangan untuk bersalam.. malangnya tidak di sambut malah dia berkata

'so u're the one slep with my wife lately?'

teman saya menarik nafas..merah mukanya. sambil tersnyum Joe menjawab,

'not yet, but am still trying' dia berlalu dari situ dan pergi kepada si kecil.

Mat salleh itu cuba untuk mengikut Johan, tetapi dihalang suami saya...
alamak.. janganlah berlaku adegan boxing..malu pula jiran tgk nanti... risau saya..

suami saya dah pulang..nanti saya sambung lagi...







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 10:52 PM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 16-11-2012 02:38 PM
ayah si teman @ guard + ibu si teman @ tukang msak = si teman @ architecture @ anak sulung i guess ...

hakikatnya ini kisah nyata.. drama dalam kehidupan realiti.
teman saya dan syahada (bukan nama sebenar) masih ada di malaysia.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 10:59 PM | Show all posts
faraway1 posted on 16-11-2012 10:02 PM
adakah u tanya soalan ini kepada TT jugak bagaimana kawan dia pilih biawak omputih itu
sebagai te ...

haha..
i absolutely know why si teman TT choose omputih sbgai hubby dia...
si teman terlalu syangkan sgt pada sya tue..anak yg dijaga dr kecik till now ..
TT da cakap da yg si teman tue seniri xde nafsu kat omputih tue kan..

why she accepted omputih tue even xde nafsu pada biawak tue??
i,m sure u r a woman n know de answer !!
coz she a human like us & ade kasih sayang pada si kecil TOMEY !!

#how bout u???
  i didnt know u..datz why i ask u.. =)

i,m jus saw some mistake yg si teman tue buat bile accept omputih tue..
he should cut his !@#$% @ sunat first before marry her.. hahah.. !!!
maybe she tlalu sygkan SYA  sampe tlepas pndang perkara penting camtue !!

Last edited by R.A.M.A_mirror on 16-11-2012 11:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 11:05 PM | Show all posts
saya tak nak komen apa-apa sbb nak concentrate, TQ
seronok baca, real, mmg kisah real, kehidupan masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 11:06 PM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 16-11-2012 08:59 AM
haha..
i absolutely know why si teman TT choose omputih sbgai hubby dia...
si teman terlalu sya ...


me suka laki me sebab dia suka travel
sebab me memang nak ada pasangan suka mengembara cam me,
alhamdulilah apa me nak, allah swt memang kasi....

so itu antara sebab paling hebat dan besar kenapa me pilih laki me
buat laki.

then kemudian laki me ada budi bahasa yang baik, suka menolong orang,
semua malaysia yang datang sini tanyalah bagaimana hormatnya
laki me layan dorang sebagai tetamu buat dorang selesa...
baik dan hormat dengan my parent, anak yang baik ya amat dengan ibu bapa dia,
my laki yang jaga parent dia sampai meninggal dunia, ada laki korang
boleh tukarkan lampin dan cebok bapak korang, laki me sudah buat...

so me memang buat pilihan baik pilih mamat ini buat laki..





Last edited by faraway1 on 16-11-2012 09:08 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 11:08 PM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 16-11-2012 02:59 PM
haha..
i absolutely know why si teman TT choose omputih sbgai hubby dia...
si teman terlalu sya ...

YESS. sampai sekarang SYA ibarat nyawa padanya.
dia menjaga amanah yang ditakdirkan untuknya..
apa berlaku kepada SYA kalau tidak dipelihara dari kecil oleh teman saya..?
maknanya takkan wujud thread ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.213063 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list