CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

     Close [Copy link]
Post time 28-10-2011 05:43 PM | Show all posts
Reply 201# sil-khannaz


    cter bling2 pasir atas umah ni slalu gak jadi kat umah gun, ingat mende la bunyi2 atas bumbung ni, yang dok syok sket bunyi pasir ni jadi pas kul 12 ke atas jer..

Gun sker tdo lwat, tgk tv, bler bnyi2 cmni kre da bese gk la. Ingt klawar dok cmpak buah2 y dorg mkn kt atas bumbung, skali ada satu hari tu, member sebelah umah yang baru balik dri melepak kata dye nmpak ad pompuan baju putih dok elok mencangkung kat atas bumbung..elok jer dkt bucu bumbung yg cam piramid tu..

Sjak dari tu, gun da jarang2 tdo lewat...seremm je rse ad pompuan kt atas bumbung, port tu plak elok jer dgn tmpat gun menonton..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2011 08:07 PM | Show all posts
Nak tau sebab apa  sekarang ni orang selalu sangat jumpa hantu, diganggu hantu pocong la, bunian la, sebabnya ayat-ayat al quran tidak lagi dibaca didalam rumah-rumah, kalau ada pun mlm Jumaat je, lepas tu senyap sunyi, cuma dengar dendangan muzik dan nyanyian yg tak henti-henti. Didalam jiwa pula kosong, tidak  ada zikir dan bacaan ayat quran menghiasi jiwa, jadi selesa la iblis dan syaitan berjalan keluar masuk meresap dalam jiwa dan darah kita.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 10:07 PM | Show all posts
Assalamualaikum...

Saya orang baru,berminat nak berkongsi pengalaman tentang penghuni tak diundang ni.
Kisah ni terjadi kira-kira 2 tahun yang lepas di kawasan pandan KUALA LUMPUR. Saya menyewa sebuah rumah kosong yang dah memang lama tak berpenghuni. Untuk pengetahuan pembaca,saya ada instinct ke 6. Jadi masa mula2 tuan rumah tunjuk rumah tu saya dah tau ada something yang tak kena. Tapi mengenangkan itu saja pilihan yang ada,sewa pun murah,saya bersetuju.
Seminggu selepas tengok rumah saya pun check in. Pindah barang semua makan masa 1 hari atas bantuan kawan-kawan. Saya ni kerja dihotel,jadi jarang balik kerumah. Saya menyewa sorang2 sebab kawan2 lain dah ramai yang berkahwin. Takpe la duduk sorang privasi sikit.
Seminggu pertama duduk rumah baru alhamdulillah takde apa2 yang dahsyat berlaku. Mungkin sebab saya biasa balik lewat malam. Balik umah tido pagi2 buta dah keluar semula. Lepas tu saya kene standby dihotel,on call 24jam. Hampir sebulan tak balik rumah. Bila balik makcik bawah rumah tegur,semalam kamu buat apa kat rumah berdentam dentum bunyinya. Tengah2 malam pulak tu. Makcik tu siap warning,Orang2 kat sini lain sikit,acik tak kesah. Saya pun iye kan je la. Malas nak cerita nanti makin panjang pulak kan. Saya pun naik rumah. Rumah saya tingkat 3. Masuk2 rumah mula2 ok. Tak sampai 5minit macam2 bau keluar. Saya buat donno je lagi. Amik tuala semua saya pun mandi. Lepas mandi ingat nak tido,tak jadi sebab ada something tengah lepak atas katil saya. Baik punya dia mencangkung. Saya pun biarkan je la. Lepak kat hall buka tv. Tengah2 sedap layan cerita yang atas katil tadi bantai menangis. Saya dah seram sejuk dah masa tu.
Sedang die menangis saya kuatkan tv takot orang lain dengar. Dah malam kan. Kang tak pasal orang cakap saya rogol anak orang. Orang2 flat tu bukan boleh pakai sangat. agak lama jugak la die menangis. Saya dah la mengantuk,penat. Hangin punya pasal saya sound,'ko nak duduk,duduk je la,tak payah nak buat2 bunyi. Aku tak halau ko pun dah cukup baik'. Terus die senyap. Baru nak lelap mata nampak dia tercegat duduk dekat pintu bilik saya. Berdiri membelakangkan saya masa tu. Dalam takut saya cube bertanya,'nape ko duk sini?',apa ko nak?',ko sape?'. Lama die diam. Pastu die jawab tuan die tinggalkan die kat rumah ni,die taknak apa2,cuma nak duduk je. Lepas tu die pun lesap.

Malam ke 2 nanti saya sambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 10:41 PM | Show all posts
adooi laa nie trend suka sambung2 daa....baru nak kyusyuk baca...ishh ishh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 11:27 PM | Show all posts
Malam ke 2

Malam tu sampai rumah lebih kurang kul 1pagi. Terlewat sikit sebab singgah minum dengan kawan. Buka pagar bagi salam masuk macam biasa la kan. Buka baju lending dulu kat sofa. Baru nak pejam kene sound rumah kotor. Saya faham la maksud ayat tu. Tak jadi pejam bangun kemas baju yang kotor2 masuk dalam plastik. Esok keluar bawak boleh anta dobi terus. Nak masuk bilik saya ketuk dulu,mana la tau kan kot2 yang ada dalam bilik tu baik punya tengah buat apa2 dalam tu kang terkejut kene heart attact terus lak kan. Masuk tengok takde apa2. Ok la kan,amik tuala nak gi mandi. Keluar je dari bilik saya perasan ada sesuatu yang tak kene. Saya rasakan ada sesuatu yang baru dalam rumah ni. Buat tak tau gi je mandi. Pas mandi semua lepak kat sofa tengok tv. Tengah baring2 pintu bilik kedua @ stor saya terbuka slow2. Saya diam je. Risau gak sebab yang sebelum ni dah tak muncul,die buat hal die je. Saya tanya sape. Tak semena2 keluar 3ekor toyol. Apa lagi melompat la saya ni terkejut. Aduyai dalam hati tny mana pulak datang benda2 alah ni semua.
Sebelum tu let's rewind masa saya mula2 masuk rumah ni. Dalam bilik yang saya jadikan stor ni ada 1 almari baju buruk. Tuan rumah tak cakap apa2 pun tentang almari tu. Mungkin berat kot so die tak buang. Tu pada hemat saya. Sambung balik masa tu saya belakang sofa tengok toyol2 tu dah tiada. Mana pulak diorang pegi.
Teringat almari tu terus gi tengok. Rupanya almari tu tempat lepak diorang. saya pulak yang tak tau ni simpan stok2 baju mahal saya dalam almari tu. Habis semua berlubang sebab toyol tu main api. Dalam takot2 tu saya maki jugak la kn. Baju mahal kot. Jahanam abis semua.
Pastu saya keluar duduk balik kat sofa. fikir punya fikir benda ni tak boleh jadi. Saya panggil toyol tu keluar. Sesi soal jawab bermula. Dorang kata tuan dorg buang,cari punya cari jumpa la port dalam umah ni. Saya pun ok je la as long diorang tak ganggu saya. saya pun biar je la.
Lepas pada tu rumah tu makin banyak pulak yang masuk singgah. Sebab saya jarang ada kat umah kan. Satu kepantangan dalam rumah tu tak boleh kotor. Kalau tak adik beradik toyol tu mengamuk dan akan gigit ibu jari kaki saya masa saya tidur. Bukan niat nak hisap darah,cuma itu cara diorang bagi warning. Last sebelum saya pindah dari rumah tu sebab nak kawin dorang pakat nak ikut. Saya bagitau elok2 saya ada kehidupan sendiri. Dunia kami tak sama. Cuma saya pesan jangan ganggu orang.
Bila dah kawin pindah rumah baru kejadian baru,sehingga menghantui isteri saya.. Nanti saya ceritakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 12:13 AM | Show all posts
okey...smbung lg da...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2011 01:44 AM | Show all posts
cerita ni berlaku semasa saya dan isteri dalam perjalanan pulang ke kampung saya di pahang sebulan setelah kami berkahwin. Balik malam setelah kerja2 saya selesai. Saya ni memang jenis yang suka travel malam2,jalan sunyi dan tak banyak kenderaan.
Saya memandu agak slow sebab badan sedikit penat. Jam masa tu krang lebih 11 malam. Keluar tol gombak dah hampir 11.30malam. Layan radio sebab wife dah lena,penat agaknya. Selepas bukit jambatan timbang JPJ tepi h'way tu saya rasa macam ada yang tak kena. Saya diam dan memandu seperti biasa sampai la dekat kawasan selekoh tajam sebelum tempat parking lori yang ada jual lemang. Sape2 dari pantai timur pasti fasih dengan jalan2 ni. Sampai kat situ saya berhentikan kereta. Lepak jap hisap rokok. Wife masih tido.
Dah siap hisap rokok semua saya pun masuk kereta. Baru masuk gear saya terperasan ada penumpang di belakang. Saya toleh tak nampak. Tapi jelas dari pandangan cermin belakang. Saya tanya dia nak kemana. Senyap. Saya bagitau kalau nak tumpang jangan buat macam2 sebab isteri saya memang seorang yang penakut. Saya pun teruskan perjalanan tapi cermin pandang belakang saya lipat supaya tak nampak jelmaan tu. Semasa memandu macam2 yang saya alami. Seingat saya masa first daki genting sempah ada 2,3 jelmaan cuba menahan kereta saya. Tapi tak berhenti la sebab dah ada yang tumpangkan. Masa daki tu saya pakai gear d2 sebab berat. Punya menjerit kereta saya sampai wife saya terjaga. Die tanya kenapa saya bagitau ada yang tumpang. Duduk je diam2. Sepanjang daki tu kebiasaannya saya ambil masa paling lama pun 15minit. Tapi malam tu memang lama. Cuma saya tak pasti jam berapa masa tu. Meter pulak jangan cakap la bercelaru semuanya.
Dah puas daki bukit nampak la pintu terowong genting sempah. Bagi double signal nak berhenti kat tepi. Saya berdialog dengan penumpang tadi saya hanya boleh tumpangkan sehingga disini saje. Mula2 die berkeras taknak keluar. Tapi bila saya bacakan surah2 penunduk alhamdulillah die akur. Yang herannya wife saya masa tu langsung tak tersedar. Dan keadaan kat situ pulak sebiji kereta pun takde dari KL mahupun ke KL. Bila dah nampak die keluar saya pun masuk semula dan nak teruskan perjalanan. Masa tu la yang menumpang ni tadi berdiri betul2 dekat pintu terowong sambil melambai2 tangan. Agaknya die ucapkan terima kasih dan selamat jalan. Dalama terowong takde apa2 tapi di hujung pintu keluar lagi sekali die melambai2 pada saya. Agak takot pastu saya exit ke R&R genting sempah. Kejut wife,minum2 dulu pastu teruskan perjalanan. Saya rasakan masa perjalanan saya terlalu lama malam tu. Biasanya kalau balik pahang paling lama saya akan sampai sekitar 2jam perjalanan. Masa kat genting sempah tu jam dah pukul 2 lebih. Wife bagitau tidur dulu,risau terjadi apa2. Tapi saya taknak. Takut parents di kampung risau. Sebelum beredar saya bg wife minum air yg boleh tenangkan die. Masuk je kereta terus die tertidur.
Masuk hway semula saya pecut sebab dah lambat sangat. Risau keadaan wife saya yang memang lemah semangat dan lemah imunisasi badan. Sepanjang kat h'way tu alhamdulillah takde apa2. Masuk LPT baru karak saya pecut lagi. Selepas exit lancang saya nampak sebiji moto ditunggang slow tepi h'way. Masa tu bawah fly over lancang tu. Nampak gaya penunggang masih muda. Saya terus pecut sehingga melalui jalan terus yang ada angin lintang. Sampai kat situ saya nampak sebiji lagi moto. Seakan2 sama so saya tinggikan lampu. Memang sama cuma bezanya kali ni TANPA KEPALA. Mencanak saya break kereta. Wife masih tak sedar. Kuat pulak surah yang saya baca pada air tadi. Bila saya tengok semula kedepan moto tu dah takde. Saya pun tekan la minyak lagi laju. Ini dah melampau. Nasib baik isteri saya takde apa2.
Drive je terus sampai kat umah. Bagi salam makayah pulak takde kat rumah sebab tunggu saya sampai lama sangat. Call2 rupanya  dorang amik keputusan untuk tunggu dekat tol, in case. Sebab call number saya dan wife langsung tak dapat2. Dorang dah cuak takot terjadi apa2.
Saya ni tadi malas lagi nak kejut wife,so masuk balik tunggu dalam kereta sampai parents saya tiba. Kejut wife buka pintu semua masuk la rumah. Ayah saya last sekali masuk sebab nak kunci pagar semua. Tiba2 ayah saya bersuara. Apesal tinggal soarng dalam keta tu andak?. Adik ipar kamu ke?. kejut la masuk tido dalam rumah.. Saya dan wife terus tersentak. Cepat2 saya keluar,suruh ayah saya masuk rumah tutup pintu tengok2kan wife saya. Saya start kereta sambil membebel marahkan jelmaan penumpang tu. Saya hantar semula kat tol LPT dan halau die keluar. Punya la dia mengilai sampai bergegar cermin kereta saya. Saya balik rumah mandi dan terus tertidur. Esoknya saya demam teruk. Wife pun demam sebab terkejut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 08:56 AM | Show all posts
seram gak baca cite chef  ni..boleh tau tak chef baca surah ape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2011 10:59 AM | Show all posts
Apsal krieysa rasa chefmizan ni terlebey berani.. kalau i mau pengsan berkali2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2011 11:21 AM | Show all posts
bro ko memang power bro...
aku tau dan pernah jumpa orang macam ko..berani..
so cite lagi bro...ko mesti pernah dan selalu nampak kan...sebab ko ada deria ke-6,

chefmizan...kedatangan dialu-alukan....{:4_182:}
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 02:13 PM | Show all posts
walaupun aku ni penakot tp aku suka baca cite2 TT ni...
tt...i want mooooreeeeeeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 02:46 PM | Show all posts
Reply 247# chefmizan


    Dasyatlah....selalu gak balik pahang malam2 alhamdulilah takder apa2....mmg byk sense lah....waa respek laa
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 07:01 PM | Show all posts
Saya ni pun takut jugak sebenarnya. Tapi mungkin sebab dah biasa dari kecil so dah tak heran sangat. Cuma saya tak boleh blah kalau entiti2 tu main bum bum chak dengan saya. Confirm saya akan melompat jugak. Itu memang tak dinafikan.

Saya nak cerita tentang pengalaman pertama melihat IBLIS. Berlaku semasa saya ditingkatan 4 ketika menguruskan mandi jenazah arwah sahabat saya. Arwah meninggal kerana lemas bersama seorang lagi sahabat. Ketika kejadian saya menyertai 1 program anjuran sekolah2 agama negeri pahang di kuantan. Dapat panggilan kami bergegas tinggalkan program dan pulang semula ke asrama. Sampai di sekolah,tunggu bas penuh dan bergegas semula ke rumah keluarga arwah. Sampai disana arwah baru tiba dari hospital. Seorang lagi sahabat langsung tak sempat melihat kerana ketika sampai disekolah jenazah telah selamat dikebumikan. So kami fokus pada arwah ini. Dah usung jenazah kedalam rumah kawan2 sibuk aturkan tempat untuk mandi. Saya pula ambil kesempatan untuk melihar arwah. Sedang memerhati arwah buat kali terakhir saya disapa ustaz yang juga warden asrama kami. Saya dibawa ketepi untuk membincangkan satu perkara. Untuk pengetahuan korang,ustaz ni banyak membantu saya dalam hal2 yang berkaitan hijab ni. Banyak ilmu yang dia ajarkan pada saya buat bimbingan. Pernah juga dia cuba tutup hijab mata saya,tapi tak berhasil. Tak pasti pula kenapa cuma ustaz bagitau tunggu sehingga saya mendapat zuriat. So tunggu je la kan......

Berbalik kepada perbincangan kami tadi. Ustaz bagitau ada something yang ikut arwah balik dari sungai,tempat arwah lemas. So saya diamanahkan untuk menjaga keharmonian semua orang yang berada dikawasan rumah arwah. Ustaz bagi saya tongkat buluh kuning yang memang sentiasa berada bersama dia. Arahan dia senang. Duduk bawah rumah berdekatan tempat air mandian arwah jatuh. Saya pun tanpa banyak soal turun ke bawah rumah dan mencari port yang sesuai. Untuk pengetahuan korang,rumah orang2 kampung sekitar daerah ni kebanyakkannya mempunyai polong. Jarak antara lantai rumah dan tanah agak tinggi seorang lelaki dewasa berdiri. Saya cari kerusi untuk buat duduk.

Sedang mengelamun teringatkan arwah,saya dikejutkan dengan curahan air. Arwah dah mula dimandikan. Dalam hati berdoa semoga semuanya berjalan lancar. Sedang memerhati keadaan sekeliling,saya terpandang ada sesuatu sedang bergerak mengarah ke curahan air mandian jenazah tadi. Saya bangun untuk pastikan benda tu tapi keadaan tak mengizinkan. Keadaan sedikit gelap sebab cuaca sangat2lah tidak elok. Gelap seperti senja sedangkan jam baru mengingjak ke pukul 4. Dengan tongkat ditangan saya pukul tanah 3kali dengan bacaan didalam hati. Denagn tak semena2 jelas kelihatan makhluk yang tak pernah saya lihat. Tersentak jugak la masa tu. Kepala tanpa rambut,badan kemerahan seperti daging hidup dibakar,bertelinga runcing keatas melebihi kepala,dan berekor segitiga dihujung. IBLIS. 4ekor kesemuanya. Terdetik dalam hati ini rupanya iblis laknatullah. Tongkat saya genggam kemas. Dalam lirikan mata iblis pandang saya seolah2 memberi amaran. Seriuse memang saya menggigil masa tu. Hanya TUHAN yang tahu macam mana perasaan saya. Saya kuatkan semangat dengan niat nak jaga semua orang.

Dalam hati saya berinteraksi dengan iblis2 tadi. Jangan sekali2 cuba mengganggu kami. Jangan sekali2 memesongkan arwah sahabat aku. Mungkin mencabar salah seekor dari iblis tadi cuba membuat aksi seolah2 mahu minum air mandian jenazah. Tanpa berfikir panjang saya libaskan tongkat kuning pemberian ustaz. Terpesong. Sambil berlari bagi mendapatkan semula tongkat yang melayang agak jauh,saya lihat iblis2 tadi dah start berdiri dibawah curahan air. Dalam menangis,saya kuatkan semangat cuba menghalau iblis2 tadi. Pasti sesuatu yang buruk akan berlaku pada arwah. Itu yang saya fikirkan. Dengan semangat yang ada saya baca surah2 supaya iblis2 tadi pergi. Dalam pada tu ustaz tadi turun dan beritahu semua dah siap. Jenazah sedia dikafankan. Saya basuh kaki dan naik kerumah sebab nak siap sedia untuk sembahyang jenazah.

Selepas sembahyang dan segala urusan dirumah selesai,arwah diusung ke tanah perkuburan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya dapat lihat ketika kafan yang menutup wajah arwah diselak sebelum kebumi,arwah tersenyum. Tanah ditambus dan diakhiri dengan talkin. Alhamdulillah amanah Allah selamat diuruskan.

Dalam perjalanan balik ke asrama saya bagitau dan ceritakan apa yang berlaku dibawah rumah kepada ustaz. Risau juga sesuatu yang tak elok akan berlaku. Ustaz bagitau air yang iblis main tu sebenarnya air basuhan lantai je. Arwah dah siap ketika saya sedang berinteraksi masa mula2 iblis tu sampai. Ustaz bagitau mandi ala kadar je sebab pihak hospital dah mandikan sebelum hantar balik tadi. Lega rasanya hati bila semua yang dirancang berjalan lancar. Perjalanan ke asrama cukup hening dan pilu masa tu. Saya sendiri dalam tak sedar mengalir air mata. Pemergian arwah dua bersahabat ni amat mengejutkan kami.

Sampai diasrama baru la kawan2 semua tanya mana saya pergi sepanjang urusan ketika dalam rumah. Saya katakan saya punya tugas lain di tanah perkuburan. Tipu sunat ustaz cakap hehe.. Untuk makluman juga sehingga tamat tingkatan 5 tiada seorang pun kawan2 saya yang tahu akan hijab yang saya miliki kecuali arwah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 11:21 PM | Show all posts
Dari petang sampai ke malam mentelaah benang ni
seremmm seh....
Cerita2 begini saya hanya berani baca di rumah sambil tengok tv...
klau di tpt kerja tak berani sbb kerja sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 01:05 AM | Show all posts
Reply 248# najwanajmi


    Untuk elakkan gangguan disamping kita baca doa menaiki kenderaan,elok juga dibaca SURAH AS-SAFFAT ayat 1-7. Ayat ni memang saya selalu amalkan bila nak kemana2 terutamanya menempuh perjalanan jauh.
    Surah AL AHQAAF ayat 29-32 untuk halau jin atau apa saje gangguan terhadap kita. InsyaALLAH lepas baca surah ni gangguan tu akan hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 01:09 AM | Show all posts
Reply 249# krieysa


    Saya pun takut jugak sebenarnya. Tapi kuatkn jugak la semangat. Memikirkan wife ada. Kalau saya pun takot apatah lagi dia huhuhu. Macam saya bagitau awal2 cerita saya ada deria ke 6 dari kecil,so dah biasa. Tapi perasan takut tu boleh tahan jugak la hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2011 01:13 AM | Show all posts
Reply 250# KAULAT


    tq bro huhuhu. Wa pun cuak jugak beb.Tapi beranikan jugak la. Kalau tak rasanya wa dah korek biji mata ni. Seksa jugak kadang2 bila ada kelebihan macam ni. Sesetengah orang tak faham beban yang ditanggung. Wa pun ada masanya tak nampak. Cuma bila keadaan tak nampak tu macam2 pulak wa dengar dan bau. Tu lagi meremang segala bulu beb. Wa lebih rela nampak dari dengar hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 01:14 AM | Show all posts
Reply 254# umisha


    benang?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 10:14 AM | Show all posts
Reply 258# chefmizan

thread...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 08:54 PM | Show all posts
Reply 253# chefmizan


    Agak2 kenapa yer sampai boleh dapat 6sense eeh....mesti awk org3 yg sangat terpilih....mcm tue seram selalu yer....sian kwn awk. BFF forever .  mati lemas di area triang ker???kan kawasan area sungai banyak kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.100170 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list