CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: telracs

Sembang Santai Episod 7 JIWA YANG MERDEKA

 Close [Copy link]
Post time 29-8-2025 02:51 PM | Show all posts
Edited by nafizzz at 29-8-2025 02:53 PM

Ini pula tentang Bunga Kebangsaan kita iaitu Bunga Raya




Bunga Kebangsaan

Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung.
Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit-unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.
Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh negara, dan yang paling penting ia bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.

Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2025 02:59 PM | Show all posts
SESUNGGUHNYA benarlah bahawa manusia diciptakan oleh Allah SWT sebagai sebaik-baik ciptaan. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (Surah at-Tin, ayat 4)
Allah SWT mencipta manusia dan mengiktiraf bahawa penciptaan manusia dibuat sebagai sebaik-baik ciptaan. Manusia dicipta dengan rupa paras yang indah serta dikurniakan akal fikiran yang dapat memandu mereka menjalani kehidupan di dunia. Ditambah pula dengan pelantikan nabi dan rasul untuk memimpin manusia menuju jalan yang diredai-Nya. Begitu juga dengan penurunan kitab suci daripada Allah SWT khususnya al-Quran untuk dijadikan panduan bagi kehidupan manusia.
Semua ini adalah bukti kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya bernama manusia. Allah SWT menganugerahkan manusia pelbagai jenis nikmat dan panduan untuk memastikan kehidupan manusia sentiasa berada dalam keadaan baik tanpa mencari 'petunjuk' selain daripada Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturan-Nya) dan Allah menimpakan azab atas orang yang tidak mahu memahami (setiap perintah-Nya)." (Surah Yunus, ayat 100)







Dengan segala kelengkapan dan keperluan manusia yang disediakan oleh Allah SWT sejak penciptaan manusia yang pertama atas muka bumi ini, maka apa ada lagi nikmat yang boleh didustakan atau dinafikan oleh manusia? Semuanya bergantung kepada diri sendiri sama ada untuk memilih jalan yang benar atau yang batil.

Tidak cukup dengan penciptaan manusia yang indah dari sudut zahir fizikalnya, manusia turut dititikberatkan mengenai keindahan budi pekerti yang menepati kehendak Allah SWT. Justeru, dalam banyak hadis dinyatakan perihal 'sebaik-baik manusia' sebagai panduan untuk mendidik diri dengan perilaku yang mulia.

Terdapat banyak sifat mulia yang perlu diterapkan dalam diri manusia seperti sabar, ikhlas, merendah diri, mementingkan keperluan orang lain, menghormati sesama insan dan sebagainya. Semua sifat ini jika ada dalam diri manusia, maka ia termasuk dalam kalangan orang yang baik. Namun, terdapat beberapa amalan yang jika ia dilakukan akan mencerminkan seseorang individu Muslim itu sebagai sebaik-baik manusia. Ini bermaksud ada perkara baik yang menjadi keutamaan supaya dilakukan untuk melayakkan diri menjadi insan yang lebih baik daripada orang lain.
Antara perkara terbabitmerujuk kepada orang yang mudah membayar hutang. Ini seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang." (Muttafaq 'alaih). Justeru, membayar hutang adalah perkara penting dalam kehidupan di dunia dan tidak boleh diambil mudah. Ini kerana ia adalah perkara yang dapat menjaga hubungan baik sesama insan. Maka sebaik-baik insan ialah apabila ia tidak ingkar dalam melunaskan hutangnya. Mana mungkin insan yang berhati mulia kerana memberikan hutang akhirnya dizalimi oleh yang berhutang. Islam amat mementingkan soal keadilan dalam kehidupan.
Selain itu, sebaik-baik manusia juga merujuk kepada orang yang belajar al-Quran dan mengajar ilmu al-Quran kepada orang lain. Al-Quran adalah kitab panduan bagi umat Islam. Mankala ilmu sangat penting dalam memahami isi kandungan al-Quran. Justeru, orang yang berusaha mendalami ilmu al-Quran dan berusaha mengajarkannya kepada orang lain adalah sebaik-baik manusia kerana golongan ini cintakan Kalamullah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari). Selayaknya golongan ahli al-Quran mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah SWT.
Orang yang berbuat baik kepada ahli keluarganya juga termasuk dalam kalangan sebaik-baik manusia. Insan yang sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarganya adalah sebaik-baik manusia yang dipandang mulia oleh Allah SWT. Malang bagi insan yang dipertanggungjawabkan menjadi ketua keluarga, namun mengabaikan tanggungjawab terbabit. Rasulullah SAW mengingatkan ketua keluarga mengenai tanggungjawab mereka untuk berbuat baik kepada ahli keluarga dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku (Rasulullah) adalah yang paling baik terhadap keluargaku." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Golongan seterusnya yang termasuk dalam kalangan sebaik-baik manusia ialah orang yang baik akhlaknya dan menuntut ilmu. Insan yang memiliki akhlak yang baik serta berada pada jalan ilmu juga termasuk dalam kalangan sebaik-baik manusia. Ini golongan yang mewarisi peribadi dan tugas nabi dan rasul. Sememangnya akhlak yang baik bermula dengan ilmu baik yang diperolehnya. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Sebaik-baik kalian berkaitan Islamnya adalah yang paling baik akhlak jika mereka menuntut ilmu."(Hadis Riwayat Ahmad)
Ini antara perkara yang turut diberi penekanan dalam dakwah Rasulullah SAW. Sesungguhnya baginda diperlihatkan dengan akhlak yang mulia supaya menjadi ikon terbaik bagi umat manusia. Allah SWT mengiktiraf keluhuran budi pekerti Rasulullah SAW menerusi firman-Nya bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia." (Surah al-Qalam, ayat 4)
Seterusnya, orang yang memberi makanan kepada orang lain juga termasuk dalam kalangan sebaik-baik manusia. Perbuatan ini adalah satu amalan yang mulia di sisi Islam. Rasulullah SAW menjelaskan hal ini dalam sabdanya bermaksud: "Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makanan." (Hadis Riwayat Ahmad). Perbuatan memberi makanan kepada orang lain menjadi bukti wujudnya kasih sayang sesama insan dalam diri. Makanan yang dinikmati diri sendiri turut dikongsikan kepada orang lain supaya dapat menikmati rezeki kurniaan Ilahi. Justeru, perbuatan baik ini wajar dijadikan amalan sebagai tanda kuatnya ikatan kasih sayang sesama insan termasuk kepada golongan bukan Islam.
Orang yang memberi manfaat kepada orang lain disebut juga sebagai antara golongan sebaik-baik manusia. Setiap Muslim perlu menanam keazaman dalam diri supaya sentiasa berusaha memberi manfaat kepada orang lain. Hulurkan apa juga bantuan berdasarkan kemampuan diri sendiri supaya bantuan terbabit dapat memberi manfaat kepada orang lain. Islam adalah agama yang menitikberatkan perihal kebersamaan dalam kebaikan. Islam menolak perbuatan memberi kemudaratan kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia (lain)." (Hadis Riwayat at-Tabrani)
Enam perkara yang dijelaskan sebagai petunjuk untuk tergolong dalam kalangan sebaik-baik manusia perlu diusahakan supaya kita dapat menjadi sebahagian daripada kelompok manusia terbabit. Kita adalah makhluk istimewa yang dicipta oleh Allah SWT, maka ayuh berusaha menjadi insan terbaik seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Penulis Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 03:01 PM | Show all posts
Edited by nafizzz at 29-8-2025 03:12 PM

Jalur Gemilang - Sejarah Bendera Malaysia


Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.

Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.

Sejarah Bendera Malaysia
Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan pada Mei 1948 tersebut, seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian dan telah melalui proses pemilihan serta pertimbangan.


Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang. Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.


Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada 26 Mei 1950.


Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum.


Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Bendera ini dikenali sebagai bendera Malaysia. Penambahan jalur ini adalah bagi mewakili tiga negeri tersebut.


Walaupun Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada Ogos 1965, jumlah jalur pada bendera Malaysia masih kekal termasuk ciri-ciri yang ada padanya. Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang.

Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 68 tahun everyone.. Semangat patriotik yg tinggi membawa kedamaian kepada Malaysia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
CnP Public Health Malaysia

Bayangkan…
Sedang duduk menonton TV bersama keluarga, tiba-tiba rumah mula bergegar. Barang di rak jatuh, lampu bergoyang, anak-anak menjerit ketakutan. Dalam beberapa saat saja, semuanya jadi kelam kabut.

Apa yang sempat anda capai ketika itu? Telefon? Duit? Atau dokumen penting?

Di saat genting begini, Beg Kecemasan bukan lagi pilihan ia adalah penyelamat. Satu beg yang siap berisi lampu suluh, air, makanan tin, dokumen penting, ubat, pakaian, power bank, serta kit kebersihan. Semua sudah sedia untuk terus dibawa keluar.

Gempa bumi tidak pernah memberi amaran awal. Tetapi kita boleh kurangkan panik dengan persediaan awal.

Ingat: 1 Rumah, 1 Kit. Demi keselamatan keluarga.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
CnP Astronomi & Sains

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia, Tapi Ramai Tak Tahu Kenapa

Ramai orang pandang ringan peranan otot betis, sedangkan dalam dunia perubatan, ia digelar sebagai jantung kedua manusia. Bila kita berjalan, menaiki tangga atau sekadar meregang kaki, otot betis akan mengecut dan menolak darah daripada kaki untuk kembali ke jantung. Tanpa kerja senyap dari otot ini, peredaran darah boleh terganggu dan mula bawa masalah kesihatan yang besar.

Darah dari kaki melawan graviti untuk naik semula ke jantung. Tapi otot betis bantu tolak darah itu dengan setiap pergerakan kecil. Sebab itu kalau duduk terlalu lama, atau berdiri berjam-jam tanpa bergerak, risiko darah beku, bengkak kaki dan urat simpul akan meningkat. Apa yang nampak remeh pada luar sebenarnya sedang selamatkan nyawa dalam diam.

Kajian dari Persatuan Angiologi dan Pembedahan Vaskular Brazil membuktikan betapa pentingnya peranan otot ini dalam mencegah masalah saluran darah. Dengan hanya memastikan kaki bergerak secara berkala, kita dah bantu sistem tubuh kekal lancar dan elak komplikasi serius. Satu langkah kecil tapi kesannya besar pada kesihatan.

Ramai orang kejar gaya hidup aktif untuk jantung di dada, tapi lupa tentang jantung kedua di kaki. Bila otot betis terabai, tekanan dalam salur darah boleh meningkat, menyebabkan bendalir berkumpul di kaki dan muncullah gejala-gejala yang menyakitkan. Jadi kalau kerja banyak duduk atau berdiri, pastikan ambil masa untuk bergerak, walau seminit dua pun dah cukup.

Tak perlu tunggu sakit baru nak peduli. Kadang-kadang, punca kepada rasa berat kaki, cepat lenguh atau kejang waktu malam datang daripada peredaran darah yang perlahan sebab betis jarang digunakan. Bila kita mula gerakkan kaki dengan lebih konsisten, bukan saja rasa ringan malah tenaga dalam badan pun makin stabil.

Mungkin kita tak nampak otot ini bekerja, tapi kehadirannya sangat penting. Otot betis adalah enjin kecil yang tak berbunyi, tapi tanpa dia, sistem darah boleh lumpuh. Seperti jantung utama, otot ini juga perlukan rangsangan dan senaman agar kekal berfungsi pada tahap optimum setiap hari.

Jadi kalau rasa letih, cuba berdiri dan gerakkan kaki perlahan-lahan. Mungkin tubuh anda sedang minta bantuan dari jantung kedua yang anda selalu abaikan. Jangan tunggu sampai kaki bengkak atau varises timbul baru nak bertindak. Perubahan awal jauh lebih mudah daripada merawat sesuatu yang sudah parah.

Waktu anda berjalan dari bilik ke bilik, atau menaiki tangga untuk ke pejabat, anggap itu sebagai hadiah untuk kesihatan jangka panjang. Dalam dunia yang makin banyak menuntut kerja duduk berjam-jam, otot betis semakin perlukan perhatian kita.

Kesimpulannya, walau otot ini tak terlihat hebat dari luar, dalam diam ia menjaga aliran hidup anda setiap saat. Ia jantung kedua yang tak pernah minta pujian, cuma harap anda terus bergerak. Jadi, hormati otot betis seperti mana anda jaga jantung. Kedua-duanya bekerja seiring demi satu misi: memastikan anda terus hidup sihat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2025 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 04:21 PM | Show all posts
Salam Asar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2025 04:43 PM | Show all posts
Selamat petang. Apa menu minum petang hari ini? I nak pi kukus lekor mkn. Minum dgn kopis panas2.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 06:58 PM | Show all posts
Salam Senja

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 06:37 PM GMT+8 , Processed in 2.028050 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list