CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: THE BEAUTY OF SILENCE

 Close [Copy link]
Post time 5-11-2024 09:59 AM | Show all posts
Orang yang ikhlas selalu dicintai Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 09:59 AM | Show all posts
Keikhlasan adalah kunci kebahagiaan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:01 AM | Show all posts
Pergaduhan berpanjangan punca Diana failkan cerai - peguam Diana



Nama Diana (kanan) dan Farid kembali menjadi sebutan selepas Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian pada 28 Oktober lalu. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Peguam syarie mewakili pelakon Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan pihaknya sudah memfailkan permohonan rujuk dan cerai antara anak guamnya dan suaminya, Farid Kamil, pagi tadi.

Akberdin memaklumkan, sebutan pertama bakal berlangsung pada 20 November ini.

"Kami sudah failkan dua permohonan, satu untuk rujuk bagi cerai yang berlaku pada 10 Ogos tahun lalu. Mereka rujuk sebulan selepas bercerai, iaitu pada 9 September. Ia diikuti dengan permohonan bercerai.



Akberdin memaklumkan, tiada persefahaman dan pergaduhan berpanjangan menjadi punca Diana memfailkan perceraian. - NSTP/Rohanis Shukri

"Memang soal rujuk anak guam saya mengambil masa untuk memfailkan, tapi saya rasa tiada masalah sebab ia berlaku dalam tempoh edah.

"Dua-dua permohonan ini sudah ditetapkan pada tarikh 20 November ini. Kami kena serahkan kedua-dua permohonan kepada defendan (Farid) dan dia kena hadir ke mahkamah," katanya yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi tadi.

Mengulas alasan Diana memfailkan perceraian kali kedua, Akberdin berkata, tiada persefahaman dan pergaduhan berpanjangan.

"Saya diarahkan menyatakan mereka tidak boleh hidup bersama dan tiada persefahaman.

"Tiada keperluan untuk kami nyatakan secara terperinci, cuma kami boleh cakap tiada persefahaman dan shiqaq berpanjangan iaitu bergaduh yang tidak boleh dibaiki.

"Jadi, atas alasan ini Diana failkan perceraian," katanya.

Bagaimanapun, Diana enggan memberikan sebarang komen dan terus berlalu menaiki kereta yang menunggu di hadapan lobi mahkamah.

Nama Diana dan Farid kembali menjadi sebutan selepas Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian pada 28 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Farid masih mahu mempertahankan rumah tangga dan menyayangi Diana dan anak-anaknya.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana kemudiannya bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu. Namun, mereka rujuk sebulan kemudian.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.


https://www.bharian.com.my/hibur ... -cerai-peguam-diana
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:03 AM | Show all posts
Ernie tidur lena tiket konsert habis dalam masa 7 jam



Ernie menggalas tanggungjawab besar apabila peminat bersungguh-sungguh dan bertarung membeli tiket konsert. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Tiket konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert habis terjual dalam tempoh tujuh jam, sekali gus membuktikan berkemampuan penyanyi Ernie Zakri dalam memberikan persembahan terbaik.

Konsert bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 25 Januari depan itu dibawakan oleh SAH Entertainment milik penyanyi Sufi Rashid yang juga akan menjadi persembahan berskala besar pertama dibawakan syarikat berkenaan.

Tiket konsert mula dijual pada 27 September lalu mendapat sambutan luar biasa apabila peminat bertarung mendapatkan tiket bagi menyaksikan persembahan penyanyi lagu Masing Masing itu.

Mengulas kejayaan penjualan tiket, Ernie meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sokongan diberikan peminat.

"Masa bertemu SAH Entertainment, satu perkara yang saya sangat khuatir adalah penjualan tiket. Jadi, kami berbincang harga tiket paling disenangi dan tak sangka dapat sambutan baik.

"Saya bersyukur ada penganjur satu kepala. Sebab itulah, saya fikir panjang nak buat konsert solo sebelum ini.

"Bagi saya, kena ada perancangan baik dan kalau tiba-tiba buat konsert dan saya tak keluarkan apa-apa, tak seronok juga.

"Saya mengambil kesempatan atas lagu Masing Masing dan bila lagu ini diterima baik, barulah saya fikir untuk buat. Alhamdulillah, tiket 'sold out' dalam masa tujuh jam dan ia langsung tiada dalam jangkaan saya.

"Saya sasarkan sebulan kena selesaikan jualan tiket dan barulah saya boleh tidur lena.

"Ini adalah konsert pertama, jadi banyak perkara yang difikirkan. Alhamdulillah, saya bertemu dengan penganjur tepat, ini juga rezeki saya," katanya.



Ernie dan Sufi pada sidang media Aura: Ernie Zakri Live in Concert di sebuah hotel, di ibu negara, baru-baru ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Tambah Ernie, dia merasakan tanggungjawabnya lebih besar untuk memberikan yang terbaik untuk peminat yang bersungguh-sungguh dan bertarung membeli tiket.

"Saya tak pernah impikan untuk adakan konsert solo, semua ini rezeki Allah. Perjalanan sangat indah buat saya, tahun ini. Banyak benda yang saya nak capai dan sudah tentu saya lalui banyak perkara, tapi mungkin inilah hadiah yang mahu diberikan kepada saya.

"Saya sangat berterima kasih atas sokongan luar biasa. Ia adalah impian saya untuk berkongsi muzik dan perjalanan kerjaya menerusi konsert ini. Saya tak sabar memberikan persembahan terbaik buat peminat yang sentiasa ada di sisi saya.

"Bagi saya, setiap tiket terjual bukan sekadar nombor, tetapi perlambangan kasih sayang dan kepercayaan peminat terhadap usaha serta dedikasi saya.

"Setiap detik dilalui bersama adalah kenangan tidak ternilai. Konsert ini bukan hanya mengenai muzik, tetapi juga pengalaman, kegembiraan dan emosi yang boleh nikmati bersama," katanya.

Ernie bakal menyampaikan lagu popularnya seperti Ku Bersuara, Gundah dan Boneka serta lagu daripada album Aura.

Dengan sokongan pemuzik profesional, konsert itu dijanjikan akan menjadi satu pengalaman tidak mampu dilupakan.

Memilih Dewan Plenari, KLCC sebagai lokasi di mana jumlah penontonnya agak terhad, isteri kepada penyanyi Syamel itu berkata, dia mahu bermula dengan skala kecil sebelum ke pentas lebih besar.

"Saya meletakkan diri bermula dengan Dewan Plenari, namun ia tidak akan berakhir di situ. Akan ada lebih banyak lokasi, mungkin Istana Budaya, Megastar Arena, Axiata dan sebagainya," katanya.

Selain itu, Ernie turut mengadakan konsert solo pertama di Singapura pada Jun tahun hadapan dan seterusnya, mengimpikan beraksi di Indonesia.


https://www.bharian.com.my/hibur ... is-dalam-masa-7-jam
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:04 AM | Show all posts
Tawadhu adalah sifat orang beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:04 AM | Show all posts
Jadilah orang yang rendah hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2024 10:04 AM | Show all posts
Tawadhu membuat derajat semakin tinggi di sisi Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:04 AM | Show all posts
Orang yang tawadhu selalu dicintai sesama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 10:04 AM | Show all posts
Tawadhu bukan berarti rendah diri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:04 AM | Show all posts
Jadikan tawadhu sebagai perhiasan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:04 AM | Show all posts
Tawadhu membuat hidup lebih berkah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:04 AM | Show all posts
Orang yang tawadhu jauh dari sifat sombong.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:05 AM | Show all posts
Tawadhu adalah cerminan kemuliaan akhlak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:05 AM | Show all posts
Jadilah orang yang tawadhu dalam segala hal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:07 AM | Show all posts
Budak 2 tahun maut dipercayai diserang anjing liar



Foto fail NSTP

SEMPORNA: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai diserang sekumpulan anjing liar berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Tohok, dekat sini, semalam.

Difahamkan dalam kejadian jam 8.41 pagi itu mangsa, Nazrin Sah Nasir, bersama sepupunya dikatakan pergi ke kedai yang terletak di hadapan rumahnya manakala bapanya sedang bersarapan dan tidak menyedari kejadian itu.

Sumber memberitahu, mangsa ditemukan oleh orang kampung dalam keadaan berlumuran darah disyaki diserang sekumpulan anjing liar berhampiran dewan berdekatan rumahnya kira-kira jam 9 pagi.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna namun dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan," katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Sungai Tuhok, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa saudara mangsa jam 10.33 pagi, hari yang sama.

Beliau berkata, susulan laporan itu pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit yang diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR).

"Sehubungan itu, polis menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan video berkenaan bagi menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

"Polis juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan operasi menangkap anjing liar bagi menjamin keselamatan masyarakat setempat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1319773/budak-2-tahun-maut-dipercayai-diserang-anjing-liar

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:10 AM | Show all posts
Jabatan Peguam Negara batal kutipan kenang jasa Peguam Negara



FB Jabatan Peguam Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini meminta hasrat jabatan itu untuk membuat kutipan bagi menghargai jasa Peguam Negara tidak diteruskan.

Kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi AGC menyatakan, ia tidak diteruskan meskipun tujuan kutipan oleh Timbalan Pendakwa Raya itu murni.

Sebuah portal hari ini melaporkan, terdapat satu mesej yang tersebar di WhatsApp meminta kutipan dilakukan untuk tujuan pembelian hadiah penghargaan kepada Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Bagaimanapun, ia mendapat kecaman netizen apabila kutipan itu ditetapkan jumlah tertentu mengikut pangkat pegawai kerajaan antaranya RM500 bagi pegawai bergred Turus, RM400 (Jusa A), RM300 (Jusa B), RM200 (Jusa C), RM30 (L44) dan RM20 (L41).

Menerusi tangkap layar atau 'screenshot' yang disiarkan oleh portal itu menunjukkan juga, kutipan dari setiap negeri itu juga akan diuruskan oleh seorang Pengarah Pendakwa Raya bergelar Datin dan tarikh akhir penyerahan sumbangan itu adalah pada esok.

Portal itu turut menyiarkan reaksi daripada netizen yang ratanya terkejut dengan kutipan terbabit.


https://www.bharian.com.my/berit ... -jasa-peguam-negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 10:10 AM | Show all posts
Istiqamahlah dalam kebaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:10 AM | Show all posts
Jadikan istiqamah sebagai prinsip hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:11 AM | Show all posts
Istiqamah membuat iman semakin kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:11 AM | Show all posts
Orang yang istiqamah selalu dalam pertolongan Allah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.221123 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list