|
Reply 239# pasarmalam
Mari kita melihat terjemahan Quran pula.
Surah Al-Imran 3:84
And if they deny thee, even so did they deny messengers who were before thee, who came with miracles and with the Psalms and with the Scripture giving light (Pickthall)
Then if they reject thee, so were rejected apostles before thee, who came with Clear Signs, Books of dark prophecies, and the Book of Enlightenment ( Yusuf Ali)
Then if they reject you, so were Messengers rejected before you, who camewith Al-Baiyinât (clear signs, proofs, evidences) and the Scripture and the Book of Enlightenment (Hilali/Khan)
Surah Al-Qasas 28:48
.. Do they not then reject (the Signs) which were formerly sent to Moses? They say: "Two kinds of sorcery, each assisting the other!" And they say: "For us, we reject all (such things) (Yusuf ali)
Did they not disbelieve in what was given to Moses in the past? They said, "Both (scriptures) are works of magic that copied one another." They also said, "We are disbelievers in both of them."(r. Khalifa)
Ini 2 contoh je...banyak lagi contoh lain. |
|
|
|
|
|
|
|
CMF_SHALOM MENULIS:

PASARMALAM MENULIS:
Shalom Encik Cmf_Shalom.
Saya sudah rujuk Surah Ali-Imran 3: 84 dalam Al-Quran yang dipakai oleh penganut agama Islam, tapi... saya tidak jumpa pula ayat-ayat yang anda lampirkan. Dalam Quran yang digunakan oleh umat Islam, terjemahan ayatnya berbunyi:
Say, "We have believed in Allah and in what was revealed to us and what was revealed to Abraham, Ishmael, Isaac, Jacob, and the Descendants, and in what was given to Moses and Jesus and to the prophets from their Lord. We make no distinction between any of them, and we are Muslims [submitting] to Him."
(*Sekiranya saya yang tersalah petik, harap diperbetulkan)
Jadi... anda sedang merujuk Surah Ali Imran 3: 84 dari kitab apa ye?
CMF_SHALOM MENULIS:
Surah Al-Qasas 28:48
.. Do they not then reject (the Signs) which were formerly sent to Moses? They say: "Two kinds of sorcery, each assisting the other!" And they say: "For us, we reject all (such things) (Yusuf ali)
Did they not disbelieve in what was given to Moses in the past? They said, "Both (scriptures) are works of magic that copied one another." They also said, "We are disbelievers in both of them."(r. Khalifa)
Ini 2 contoh je...banyak lagi contoh lain.
PASARMALAM MENULIS:
Kita rujuk kembali kepada SUMBER ASLINYA iaitu Al-Quran yang berbahasa Arab, kerana Quran dalam bahasa Arab itu ialah kalimah-kalimah sebenar sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. ITULAH AL-QURAN SEBENAR, yang selain itu hanyalah terjemahan/tafsiran Al-Quran (bukannya Al-Quran). Daripada Quran sebenar itulah baru kemudiannya diterjemahkan kepada pelbagai bahasa.
Dalam Al-Quran sebenar, perkataan yang berada di sana ialah “sihraani tazhaahara”, yang bermaksud “DUA SIHIRAN YANG SALING BANTU-MEMBANTU.” Jadi, Al-Quran yang sebenar tidak pernah ada sebarang masalah. Ia tetap seperti itu juga. Cuma tafsirannya (tafsiran Al-Quran tidak sama dengan Al-Quran) yang berbeza mengikut kajian para pentafsir.
Ada yang mentafsirkan ‘DUA SIHIRAN” itu antaranya sebagai:
1. Dua sihir
2. Dua jenis sihir
3. Dua kitab sihir
4. Dua ahli sihir
Semoga penjelasan ringkas ini membantu pemahaman kita. Terima kasih.
Shalom. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_shalom at 15-12-2010 20:23
ITULAH AL-QURAN SEBENAR, yang selain itu hanyalah terjemahan/tafsiran Al-Quran (bukannya Al-Quran). Daripada Quran sebenar itulah baru kemudiannya diterjemahkan kepada pelbagai bahasa.
pasarmalam Post at 14-12-2010 23:22
Sepatutnya Surah Al-Imran 3:184 dan bukannya 3:84
Aku sengaja timbulkan isu ni...sebab nk lihat jawapan org Islam...Ada Org Islam yg dtg ke sini.. suka memetik beberapa terjemahan yg berbeza mungkin dengan niat nk membuktikan tdpt banyak variasi dlm Bible.
Tetapi apabila dikemukakan bahawa dikalangagn versi terjemahan Quran pun berlaku masalah serupa...korg akan bkata...itu hanyalah terjemahan etc etc etc...
Org Kristian pun sama....kalau ada terjemahan yg bbeza..yg tbaik adalah rujuk semula Alkitab dlm bhasa asal iaitu Hebrew dan Greek... |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya Surah Al-Imran 3:184 dan bukannya 3:84
Aku sengaja timbulkan isu ni...sebab nk lih ...
cmf_shalom Post at 15-12-2010 20:21
mereka kata dah terselewengkan abang shalom tak kiralah yang Greek ke yang Hebrew pun, mereka kan pandai. kita ni cuma golongan sesat yang bodoh. kan dalam surah al-fatihah ada cakapkan sebab tu mereka jadi lebih pandai dari Tuhan hukumkan kita ni sesat dan bodoh, dan orang jewish pulak adalah dajjal yang dimurkai Tuhan :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 244# sky_ephemeris
Bila cuti xmas?Raya kat mana/nak datang open house ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_shalom at 15-12-2010 22:00
hehehe, sky beraya kat s'pore, abang rajin datang ar sky nak masak devil curry ...
sky_ephemeris Post at 15-12-2010 21:07
Bab makan aku no 1 hehehehhe....bila nk masak...hehehhe?
Yup cuti kejap je..asl srwk...ko lak?asal mana? |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe, sky masak hari special ler for nativity. sky orang selangor, tapi raya ni kitorang gi beraya ngan auntie lar. sian dia dok sorang2 sana nak datang sini dah tak larat. sky nak wat devil curry ni, abang mesti leh agak sky orang apa, |
|
|
|
|
|
|
|
CMF SHALOM MENULIS:
"Org Kristian pun sama....kalau ada terjemahan yg bbeza..yg tbaik adalah rujuk semula Alkitab dlm bhasa asal iaitu Hebrew dan Greek..."
PASARMALAM MENULIS:
Tuan Shalom, ada sesuatu yang perlu saya jelaskan di sini. Mungkin ada sedikit salah faham tentang penejlasan saya yang lepas.
Sebenarnya, yang saya maksudkan ialah... sekiranya ada masalah dalam PELBAGAI VERSI TERJEMAHAN Al-Quran, kita kena rujuk kembali pada AL-QURAN YANG ASAL, iaitu yang dalam bahasa Arab. (*penekanan pada kata "YANG ASAL")
Hal ini berbeza dengan Bible/ Alkitab. Apabila ada masalah dalam pelbagai versi Bible/ Alkitab, kita tidak dapat merujuk kepada Bible/ Alkitab YANG ASAL. Jesus sendiri berbahasa Aramaic/ Syriac. Jadi, Bible/ Alkitab yang berbahasa Greek dan Hebrew yang ada hari ini itu pun adalah versi terjemahan juga, bukannya YANG ASAL.
"Tulisan-tulisan Kristian awal yang kekal terpelihara untuk kita HANYALAH surat-surat hawari Paul"
("Religions in Ancient History", oleh Prof. Brandon, m.s. 228)
"Tidak dapat dinafikan bahawa rahib-rahib Benedict dari St. Maur, adalah golongan yang berilmu dan berbakat dalam bahasa Latin dan Greek. Petikan berikut ditemui di dalam buku Cleland bertajuk '”Life of Lanfranc, Archibishop of Canterbury'”: 'Setelah Lanfranc, seorang rahib Benedict dan Ketua Biskop Canterbury, menemui kitab-kitab yang telah diubah suai oleh penyalin-penyalin yang korup, DIA CUBA MEMBETULKANNYA SENDIRI, beliau juga cuba membetulkan tulisan-tulisan bapa-bapa, MENURUT FAHAMAN ORTODOKS, secundum fidem orthodoxam'."
("History of Christianity in the Light of Modern Knowledge", Higgins, m.s. 318)
"Seorang penyalin kadang-kadang menyelitkan bukan apa yang ada di dalam teks, tetapi apa yang beliau fikirkan sepatutnya ada di dalam teks. Beliau mempercayai ingatan yang berubah-ubah, atau akan menjadikan teks tersebut selari dengan pandangan mazhab ikutannya. Di samping versi-versi dan petikan-petikan daripada Bapa-bapa Kristian, wujud hampir empat ribu Greek MSS of the Testament. Hasilnya, terdapat banyak kepelbagaian pembacaan."
("Commentary on the Holy Bible", m.s. 16, Prof. J.R. Drummelow)
"Dalam sebarang keadaan, tidak ada satu pun (manuskrip asal Bible) wujud hari ini. Apa yang ada hanyalah salinan-salinan yang telah dibuat dalam tempoh beberapa abad, atau lebih tepat lagi, SALINAN KEPADA SALINAN KEPADA SALINAN, yang berasal daripada zaman abad kedua sehingga abad ke enam belas, di mana sejumlah 5,366 daripadanya adalah di dalam bahasa Greek. Yang menarik adalah tiada dua salinan yang benar-benar sama butir-butirnya, kecuali sebahagian kecil. Tiada siapa yang tahu berapa banyak perbezaan, atau variasi bacaan, telah berlaku di kalangan manuskrip yang wujud, tetapi bilangannya adalah dalam lingkungan RATUSAN RIBU."
("The Orthodox Corruption of Scripture", Bart Ehman, m.s. 27)
Hanya salinan kepada salinan kepada salinan. Dan tak ada salinan-salinan yang sama butir-butirnya.
Terima kasih.
Shalom. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sky_ephemeris at 16-12-2010 15:31
Sebenarnya, yang saya maksudkan ialah... sekiranya ada masalah dalam PELBAGAI VERSI TERJEMAHAN Al-Quran, kita kena rujuk kembali pada AL-QURAN YANG ASAL, iaitu yang dalam bahasa Arab. (*penekanan pada kata "YANG ASAL")
Yang asal tu dari mulut Muhammad ke atau dari salinan resam uthmani?
Hal ini berbeza dengan Bible/ Alkitab. Apabila ada masalah dalam pelbagai versi Bible/ Alkitab, kita tidak dapat merujuk kepada Bible/ Alkitab YANG ASAL. Jesus sendiri berbahasa Aramaic/ Syriac. Jadi, Bible/ Alkitab yang berbahasa Greek dan Hebrew yang ada hari ini itu pun adalah versi terjemahan juga, bukannya YANG ASAL.
Memang semua orang termasuklah kami penganut Christian pun dah lama tahu Jesus berbahasa Aramaic. Tapi pada zaman Jesus hidup lagi, orang-orang Judea berada dalam jajahan Roman. Diulangi, dalam jajahan Roman. Jadi bahasa Greek dan bahasa Latin memang merupakan bahasa yang dituturkan oleh askar-askar Romawi dan orang Yahudi yang Hellenize.
Kalau awak semua sendiri tak jelas tentang nabi Musa dan nabi Yusuf mana yang datang dahulu. Macam mana awak nak peningkan kepala awak dengan pertindihan pemerintahan di Judea? Even di board Current Issue pun ramai je penganut Islam yang beriman dengan Quran "yang asal" tu menyelar orang Yahudi dengan upacara meniupkan shofar. Sedangkan mereka pun tak tahu shofar tu menandakan simbolik apa kepada penganut agama Yahudi. Sky sendiri terpaksa tanyakan seorang saudari Christian berbangsa Arab dan seorang lagi kawan beragama Islam dan berbangsa Arab makna dan rupa perkataan "sangkakala" dalam beberapa surah al-Quran bila seorang pondan Muslim mengatakan "sangkakala" menurut tafsiran akalnya adalah "angin ribut taufan."
Sky sangat pasti awak semua pun tentunya tak ambil kisah pun pasal pemberontakan Maccabean di Judea oleh golongan pemerintah Judea terhadap empayar Seleucid yang berbahasa Greek dan beribu kota di Syria. Macam mana pulak Jesus yang berbangsa Israel berbahasa Aramaic? Aramaic adalah bahasa orang Assyria, dari Iraq sampai ke Israel. Apakah yang menyebabkan orang Israel berbahasa vernacular Aramaic? Takkan mereka secara semulajadinya berbahasa Aramaic? Begitu juga dengan halnya orang Yahudi yang tinggal di kawasan Turki hari ini dan berbahasa Greek. Mereka yang beragama Yahudi itulah menterjemahkan kitab Septuagint ke bahasa Greek untuk tujuan keagamaan dan harus diingat dalam kitab Perjanjian Lama dan Baharu tak ada disebutkan tentang bahasa asal ke tak asal. Yang dipentingkan adalah sifat kitabnya. Bukan bahasa kitab.
"Tulisan-tulisan Kristian awal yang kekal terpelihara untuk kita HANYALAH surat-surat hawari Paul"
("Religions in Ancient History", oleh Prof. Brandon, m.s. 228)
Habis yang teks-teks masonic tu tulisan Paul jugak ke? Ada golongan Ebionim dan Essenes yang kitab-kitab catatan mereka tersimpan dalam guci ditemui oleh orang Arab Muslim kemudiannya dijualkan kepada profesor dari US untuk mendapatkan wang. Orang lain mementingkan ilmu pengetahuan walaupun dikatakan sebagai bodoh dan sesat oleh Muslim yang "pandai" sangat tu. Ebionim adalah golongan orang Yahudi miskin yang beriman kepada Jesus.
"Tidak dapat dinafikan bahawa rahib-rahib Benedict dari St. Maur, adalah golongan yang berilmu dan berbakat dalam bahasa Latin dan Greek. Petikan berikut ditemui di dalam buku Cleland bertajuk '”Life of Lanfranc, Archibishop of Canterbury'”: 'Setelah Lanfranc, seorang rahib Benedict dan Ketua Biskop Canterbury, menemui kitab-kitab yang telah diubah suai oleh penyalin-penyalin yang korup, DIA CUBA MEMBETULKANNYA SENDIRI, beliau juga cuba membetulkan tulisan-tulisan bapa-bapa, MENURUT FAHAMAN ORTODOKS, secundum fidem orthodoxam'."
("History of Christianity in the Light of Modern Knowledge", Higgins, m.s. 318)
Quran disalin oleh Zaid bin Tsabit dan sahabah. Tak ada kemungkinan ke mereka tu juga mengkorupkan ayat dan salinkan ayat dengan sesuka hati sendiri? katanya al-Quran bukan dalam bentuk kitab tulisan, sekarang macam mana jadi bentuk Resam Uthmani? Quran kan ada tujuh bacaan sebelum tu. Kami tahu Salman al-Farisi baca bacaan sembahyang dalam bahasa Farsi, maksudnya bacaan al-Quran dibaca dalam bahasa selain bahasa Arab.
"Seorang penyalin kadang-kadang menyelitkan bukan apa yang ada di dalam teks, tetapi apa yang beliau fikirkan sepatutnya ada di dalam teks. Beliau mempercayai ingatan yang berubah-ubah, atau akan menjadikan teks tersebut selari dengan pandangan mazhab ikutannya. Di samping versi-versi dan petikan-petikan daripada Bapa-bapa Kristian, wujud hampir empat ribu Greek MSS of the Testament. Hasilnya, terdapat banyak kepelbagaian pembacaan."
("Commentary on the Holy Bible", m.s. 16, Prof. J.R. Drummelow)
Quran dibaca dengan tujuh lahjah.
"Dalam sebarang keadaan, tidak ada satu pun (manuskrip asal Bible) wujud hari ini. Apa yang ada hanyalah salinan-salinan yang telah dibuat dalam tempoh beberapa abad, atau lebih tepat lagi, SALINAN KEPADA SALINAN KEPADA SALINAN, yang berasal daripada zaman abad kedua sehingga abad ke enam belas, di mana sejumlah 5,366 daripadanya adalah di dalam bahasa Greek. Yang menarik adalah tiada dua salinan yang benar-benar sama butir-butirnya, kecuali sebahagian kecil. Tiada siapa yang tahu berapa banyak perbezaan, atau variasi bacaan, telah berlaku di kalangan manuskrip yang wujud, tetapi bilangannya adalah dalam lingkungan RATUSAN RIBU."
("The Orthodox Corruption of Scripture", Bart Ehman, m.s. 27)
Hanya salinan kepada salinan kepada salinan. Dan tak ada salinan-salinan yang sama butir-butirnya.
Quran didapati dari salinan dari Aisyah. Dari salinan lain-lain, kemudian disalin masuk ke dalam Resam Uthmani. Salinan lain dihancurkan, period kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak :re: Sumber kajian orang2 Islam ni diambil pun dari ilmuan Barat yang liberal. Sendiri pun tak suka kalau jumpa orang Islam liberal dan dilabelkan sebagai urban. Tapi kepada orang Christian mereka boleh pula sifatkan sebagai semua sekali sama. Ada jumpaan kitab-kitab suci lama di gua oleh orang-orang Islam, mereka sendiri jualkan kepada orang lain. Kalau agama lama tak penting buat apa sibuk-sibuk nak buktikan orang lain salah? Muhasabah diri dah tak ada kut. |
|
|
|
|
|
|
|
SKY MENULIS:
Yang asal tu dari mulut Muhammad ke atau dari salinan resam uthmani?
PENJELASAN SAYA:
Sky yang dihormati......
Al-Quranang asal itu ialah dari mulut Nabi Muhammad, sebagaimana yang dihafal oleh jutaan umat Islam zaman berzaman. PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAHAJA sudah ada RIBUAN ORANG YANG MENGHAFAL KESELURUHAN AL-QURAN, tidak termasuk yang menghafaz 90 %, 50 %, 30 % dan sebagainya. Jika ada seorang sahaja yang cuba mengubah mana-mana ayat (malah satu perkataan pun) pada mana-mana zaman, orang itu itu tidak akan berjaya kerana ada jutaan penghafaz yang akan membuktikan orang itu bersalah. Jadi, salah satu kekuatan Al-Quran yang membuatkan ia kekal sebagai kitab SUCI ialah kerana IA DIHAFAZ KESELURUHANNYA ISINYA OLEH BEGITU RAMAI ORANG pada setiap zaman.
Maksudnya di sini, mustahil untuk berlaku sebarang kesalahan pada kitab suci Al-Quran sejak zaman Nabi Muhammad sehinggalah sekarang.
Kita ambil contoh. Anda menyampaikan sebuah ucapan. KESELURUHAN UCAPAN ANDA itu dihafal oleh 100 orang pendengar (tidak termasuk yang menghafal 80%, 50%, 25% dan sebagainya). Kemudian mereka ajarkan pula kepada orang lain sehingga ada 1,000 penghafal pada generasi pertama.
1,000 orang ini berjaya pula mengasuh 5,000 penghafal KESELURUHAN UCAPAN ANDA pada generasi anak anda.
5,000 orang itu pula berjaya mengasuh 10,000 penghafal pada generasi cucu anda. Begitulah seterusnya.
Jadi, tanpa Al-Quran yang bertulis pun sebenarnya, ia tetap asli 100% sebagaimana ketika ia diturunkan kepada Nabi Muhammad, kerana boleh disemak daripada hafazan jutaan penghafaznya.
Yang perlu kita sama-sama renungkan...... ada berapa orang yang menghafal keseluruhan Bible/ Alkitab? .......
Ataupun sekurang-kurangnya menghafal keseluruhan Injil/ Gospel? .......
Berapa orang yang menghafal keseluruhannya sejak zaman Jesus? .......
Berapa ramai yang menghafaz keseluruhannya pada zaman sekarang?
.......................... ???
Tertulisnya Al-Quran The Last Testament dalam pelbagai dialek tulisan Arab tidaklah jadi masalah, kerana ia tidak melibatkan perbezaan makna.
Kita ambil contoh mudah. Contohnya katakanlah Nabi Muhammad sebutkan dalam bahasa Melayu : “Ular yang melingkar di atas pagar itu berbeza dengan ular sawa.”
Sebilangan orang Melayu menulis sebagaimana di atas.
Golongan kedua menulis : “Ulaq hat melingkaq kat ataih pagaq tu bebeza dengan ulaq sawa.”
Golongan ketiga menulis: “Ulor yang melingkor kat atas pagor tu bebeza dengan ulor sawo.”
Golongan keempat menulis: “Ulan nan melingko kek atah pago tu dok samo dengang ulo sawo.”
Yang berbeza hanya cara menulis dan sebutan, isinya tetap sama 100%.
Ditulis dalam bahasa Melayu yang mana pun, isinya tetap sama 100%. Tidak ada sebarang perubahan makna.
bersambung di bawah... |
|
|
|
|
|
|
|
SKY MENULIS:
Memang semua orang termasuklah kami penganut Christian pun dah lama tahu Jesus berbahasa Aramaic. Tapi pada zaman Jesus hidup lagi, orang-orang Judea berada dalam jajahan Roman. Diulangi, dalam jajahan Roman. Jadi bahasa Greek dan bahasa Latin memang merupakan bahasa yang dituturkan oleh askar-askar Romawi dan orang Yahudi yang Hellenize.
PENJELASAN SAYA:
Di sini juga ada satu petunjuk. Ajaran Jesus hidup dalam keadaan para penganutnya sedikit, terjajah, ditindas, dizalimi, melarikan diri, menyembunyikan diri, sukar untuk berkumpul dan berbincang, diperintah dan bukannya memerintah....
Berbanding dengan ajaran Nabi Muhammad. Ajarannya hidup dalam keadaan para sahabatnya puluhan ribu dan penganut agama Islam ratusan ribu, memerintah, punya negara, punya perlembagaan negara, hidup aman, saling bertemu untuk bertukar-tukar fikiran...
Antara kedua-dua ajaran ini, yang mana satu lebih mungkin terjaga keasliannya?
............................................
Tak mengapalah, itu perkara sampingan sahaja. Ia boleh anda renungkan pada masa-masa lapang.
Perkara pokoknya:
Jesus dan para sahabatnya berbahasa Aramaic atau Syriac. Oleh kerana mereka hanya berdakwah kepada orang-orang Yahudi, maka tentulah mereka tidak menggunakan bahasa Greek (Yunani) yang digunakan oleh pemerintah. Sungguhpun Jesus dan para hawarinya berbahasa Aramaic, tetapi keempat-empat Injil yang dinisbahkan kepada Matius (Matthew), Markus (Mark), Lukas (Luke) dan Yohanes (John) semuanya dalam bahasa Greek, iaitu bahasa yang digunakan oleh Gereja Paul dan pemerintah. Di sini saja kita sudah boleh merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ke mana perginya Injil terawal yang tentunya dalam bahasa pertuturan sehari-hari Jesus dan para hawari?
Perlu diingat juga bahawa keempat-empat Injil di atas datangnya 300 ke 400 tahun selepas zaman Jesus. Inil-Injil pada zaman Jesus dan zaman hawarinya entah ke mana. Nabi Jesus membawa satu Injil, sebagaimana Nabi Muhammad membawa satu Al-Quran, tetapi ia hilang lalu digantikan dengan pelbagai Injil yang saling tidak bersamaan.
"Tulisan-tulisan Kristian awal yang kekal terpelihara untuk kita hanyalah surat-surat hawari Paul"
("Religions in Ancient History", oleh Prof. Brandon, m.s. 228)
Sehingga ke hari ini, manuskrip-manuskrip ASAL dalam bahasa Greek tidak didedahkan kepada orang ramai. Umat Kristian sendiri tidak pernah melihat tulisan-tulisan awal NewTestament, yang mereka baca hari ini hanyalah terjemahannya sahaja dalam pelbagai bahasa. Semua manuskrip asal itu disimpan dalam muzium, disorokkan dalam gereja, disembunyikan di Vatican dan sebagainya. Tidak dibenarkan sesiapa untuk melihatnya, kecuali beberapa kerat orang besar agama Kristian.
Bahkan manuskrip-manuskrip asal tersebut pun hanya berusia 300-400 TAHUN SELEPAS JESUS pergi, iaitu pada ZAMAN GEREJA TRINITI BERKUASA. Manuskrip-manuskrip yang lebih tua daripada itu telah dimusnahkan atau dihilangkan oleh pemerintah dan gereja trinity, ataupun hilang sendiri. Maka manuskrip tertua Injil yang ada kini adalah manuskrip-manuskrip yang didokong oleh puak triniti.
"Kadang-kala terbukti bahawa teks tersebut telah diubahsuai dan tidak ada satu versi pun yang dapat memberikan pembetulan yang memuaskan. Di sini, kami hanya dapat mengikut penilaian terbaik para sarjana yang kompeten UNTUK MEMBINA SEMULA TEKS ASAL."
(Pengenalan "The New Revised Standard Version of the Bible" terbitan Oxford Press)
"Begitu pun, hakikatnya adalah setiap buku Perjanjian Baru, kecuali empat Surat oleh St. Paul, adalah perkara kontroversi pada masa ini, dan SISIPAN BERLAKU walaupun di dalam empat Surat tersebut."
("Encyclopedia Brittanica", Edisi ke-12, Jilid 3, m.s. 643)
Surat-surat Paul sendiri pun masih ada penyelewengan. Bagaimana dengan selain itu?
Sky... anda tidak akan menemukan sebarang sisipan pada kitab suci Perjanjian Terakhir – Al Quran.
"Banyak ayat-ayat [Perjanjian Baru] telah melalui PENGUBAHSUAIAN MAKNA YANG SERIUS sehinggakan amat sukar untuk kita memastikan apa yang sebenarnya telah ditulis oleh hawari-hawari"
("Secrets of Mount Sinai", James Bentley, m.s. 117)
Untuk memastikan apa yang ditulis oleh para hawari sajapun sudah sedemikian kacau. Bagaimana untuk memastikan apa yang sebenarnya diperkatakan oleh Jesus sendiri?
"Dalam sebarang keadaan, TIDAK ADA SATU PUN (manuskrip asal Gospel) wujud hari ini. Apa yang ada hanyalah salinan-salinan yang telah dibuat dalam tempoh beberapa abad, atau lebih tepat lagi, SALINAN KEPADA SALINAN KEPADA SALINAN, yang berasal daripada zaman abad kedua sehingga abad ke enam belas, di mana sejumlah 5,366 daripadanya adalah di dalam bahasa Greek. Yang menarik adalah tiada dua salinan yang benar-benar sama butir-butirnya, kecuali sebahagian kecil. Tiada siapa yang tahu berapa banyak perbezaan, atau variasi bacaan, telah berlaku di kalangan manuskrip yang wujud, tetapi bilangannya adalah dalam lingkungan RATUSAN RIBU."
("The Orthodox Corruption of Scripture", Bart Ehman, m.s. 27)
Hanya salinan kepada salinan kepada salinan. Dan tak ada salinan-salinan yang sama butir-butirnya.
Jadi... dari mana datangnya kitab Bible (terutamanya New Testament) yang diimani oleh penganut agama Kristian hari ini? Padahal sudah diberi peringatan:
“Yang terutama mesti kamu ketahui ialah bahawa perkhabaran-perkhabaran dalam kitab suci TIDAK BOLEH DITAFSIRKAN MENGIKUT KEHENDAK SENDIRI.”
(Surat Petrus Kedua 1: 20-21)
"Bagaimanakah kamu berani berkata: “Kami bijaksana, dan kami mempunyai Taurat Tuhan?” Sesungguhnya pena palsu pengarang sudah membuatnya jadi bohong?"
(Jeremiah 8:8 RSV)
Kemudian, pada zaman Jesus lagi memang sudah ada kitab suci Injil yang bertulis. Dan tentunya kitab ini ditulis dalam bahasa yang dipertuturkan oleh Jesus dan kaumnya, kerana Jesus diutuskan hanya kepada kaumnya, bukan kepada orang-orang Rom dan selainnya. Saya punya banyak sandaran dalam hal ini, namun tidaklah saya panjangkan di sini, kecuali jika keadaan memerlukan.
Kita fikir begini saja...
Wahyu yang turun kepada Jesus dalam bahasa apa?
Ketika Jesus menuturkan wahyu-wahyu itu kepada para hawarinya, dalam bahasa apa? Apakah Jesus menggunakan bahasa Greek dengan para hawarinya?
Jika para hawarinya menyalin semula perkataan-perkataan Jesus, agaknya dalam bahasa apa? Apakah Jesus berbicara dalam bahasa mereka tetapi hawarinya menyalin dalam bahasa Greek? Tak mungkin. Kerana itu sudah jadi terjemahan, bukannya kitab suci.
SKY MENULIS:
Kalau awak semua sendiri tak jelas tentang nabi Musa dan nabi Yusuf mana yang datang dahulu. Macam mana awak nak peningkan kepala awak dengan pertindihan pemerintahan di Judea? Even di board Current Issue pun ramai je penganut Islam yang beriman dengan Quran "yang asal" tu menyelar orang Yahudi dengan upacara meniupkan shofar. Sedangkan mereka pun tak tahu shofar tu menandakan simbolik apa kepada penganut agama Yahudi. Sky sendiri terpaksa tanyakan seorang saudari Christian berbangsa Arab dan seorang lagi kawan beragama Islam dan berbangsa Arab makna dan rupa perkataan "sangkakala" dalam beberapa surah al-Quran bila seorang pondan Muslim mengatakan "sangkakala" menurut tafsiran akalnya adalah "angin ribut taufan."
PENJELASAN SAYA:
Saya berasa hairan juga, mengapa anda masukkan di sini hal-hal yang tidak berkaitan dengan apa yangs edang kita bincangkan? Anda sudah menarik isu-isu lain masuk ke isu ini. Mengapa tidak diselesaikan isu ini lebih dahulu dan kemudiannya baru kita pergi ke isu-isu yang lain. Harap anda bertenang dan kita tukar-tukar fikiran satu-persatu. Yang dahulu didahulukan, jangan dicampur-campur, nanti perkongsian kita akan jadi kacau. Sudah tentu tak seronok/selesa untuk kita berukar-tukar fikiran secara ilmiah.
Pendirian saya sangat jelas dalam hal Musa dan Yusuf itu. Seolah-olah soalan anda berbunyi: “Siapa yang datang dahulu? Abraham Lincoln ataupun George Bush?” Masalah netters Muslim lain, biarlah di tempat mereka berforum. Tidak perlu dikaitkan dengan tulisan-tulisan saya, kerana saya tidak menyentuh persoalan yang mereka sentuh. Jika anda mahu memberi maklumbalas akan tulisan saya, anda sentuh apa yang saya sentuh sahaja. Begitu.
bersambung di bawah... |
|
|
|
|
|
|
|
SKY MENULIS:
Sky sangat pasti awak semua pun tentunya tak ambil kisah pun pasal pemberontakan Maccabean di Judea oleh golongan pemerintah Judea terhadap empayar Seleucid yang berbahasa Greek dan beribu kota di Syria. Macam mana pulak Jesus yang berbangsa Israel berbahasa Aramaic? Aramaic adalah bahasa orang Assyria, dari Iraq sampai ke Israel. Apakah yang menyebabkan orang Israel berbahasa vernacular Aramaic? Takkan mereka secara semulajadinya berbahasa Aramaic? Begitu juga dengan halnya orang Yahudi yang tinggal di kawasan Turki hari ini dan berbahasa Greek. Mereka yang beragama Yahudi itulah menterjemahkan kitab Septuagint ke bahasa Greek untuk tujuan keagamaan dan harus diingat dalam kitab Perjanjian Lama dan Baharu tak ada disebutkan tentang bahasa asal ke tak asal. Yang dipentingkan adalah sifat kitabnya. Bukan bahasa kitab.
PENJELASAN SAYA:
Septuagint ialah sekadar terjemahan, ia bukan wahyu yang asli. Dalam terjemahan boleh berlaku pelbagai kesilapan dan kesukaran menentukan maksud sebenar sesuatu perkataan. Lihat pelbagai terjemahan Bible dalam pelbagai bahasa hari ini, banyak yang saling bercanggahan maksudnya. Lihat ‘posting’ saya yang lalu tentang kekeliruan terjemahan ayat Bible. Kekeliruan itu berlaku antara sesama Bible berbahasa Indonesia. Jika antara Bible pelbagai bahasa di dunia ini...?
Kata anda Tuan Sky:
“Yang dipentingkan adalah sifat kitabnya. Bukan bahasa kitab.”
Di sinilah antara perbezaan besar antara The Last Testament dengan Bible. Jika berlaku sebarang perbezaan dalam terjemahan-terjemahan Al-Quran dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia, kita boleh rujuk sumber asalnya, untuk dipastikan apakah perkataan yang digunakan.
Tapi kalau terjemahan-terjemahan Bible dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia mengalami masalah yang sama... di mana hendak dirujuk?
Sebenarnya bahasa asal kitab suci itulah yang menentukan maksud sebenar sesuatu perkataan yang telah diterjemah ke bahasa lain.
SKY MENULIS:
(*Memetik tulisan saya yang berbunyi) "Tulisan-tulisan Kristian awal yang kekal terpelihara untuk kita HANYALAH surat-surat hawari Paul"
("Religions in Ancient History", oleh Prof. Brandon, m.s. 228) (Tamat petikan)
Habis yang teks-teks masonic tu tulisan Paul jugak ke? Ada golongan Ebionim dan Essenes yang kitab-kitab catatan mereka tersimpan dalam guci ditemui oleh orang Arab Muslim kemudiannya dijualkan kepada profesor dari US untuk mendapatkan wang. Orang lain mementingkan ilmu pengetahuan walaupun dikatakan sebagai bodoh dan sesat oleh Muslim yang "pandai" sangat tu. Ebionim adalah golongan orang Yahudi miskin yang beriman kepada Jesus.
PENJELASAN SAYA:
Itu kata-kata penulis buku tersebut. Yang dimaksudkannya ialah tulisan-tulisan yang dijadikan Perjanjian Baru. Kata-kata itu ada sokongannya daripada maklumat di bawah:
"Begitu pun, hakikatnya adalah SETIAP BUKU PERJANJIAN BARU, kecuali empat Surat oleh St. Paul, adalah perkara kontroversi pada masa ini, dan SISIPAN BERLAKU walaupun di dalam empat Surat tersebut."
("Encyclopedia Brittanica", Edisi ke-12, Jilid 3, m.s. 643)
Surat-surat Paul sendiri pun sudah tidak suci lagi. Jadi bagaimana kita hendak mengimaninya?
SKY MENULIS:
Quran disalin oleh Zaid bin Tsabit dan sahabah. Tak ada kemungkinan ke mereka tu juga mengkorupkan ayat dan salinkan ayat dengan sesuka hati sendiri? katanya al-Quran bukan dalam bentuk kitab tulisan, sekarang macam mana jadi bentuk Resam Uthmani? Quran kan ada tujuh bacaan sebelum tu. Kami tahu Salman al-Farisi baca bacaan sembahyang dalam bahasa Farsi, maksudnya bacaan al-Quran dibaca dalam bahasa selain bahasa Arab.
PENJELASAN SAYA:
Mustahil untuk mereka berbuat begitu kerana penghafal Al-Quran sangat ramai. Puluhan ribu sahabat pada zaman itu pun tidak pernah mempertikaikan Quran yang dikumpulkan oleh Zaid. Cerita tentang ketahanan Quran The Last Testament ini sudah saya terangkan secara panjang lebar di atas tadi. Tuan boleh rujuk semula untuk kepastian.
Tentang Salman al-Farisi sembahyang dalam bahasa Parsi, saya tidak ada maklumat tentangnya. Jika ada, sila kongsikan untuk saya selidiki kedudukan sebenarnya.
SKY MENULIS:
Quran dibaca dengan tujuh lahjah.
PENJELASAN SAYA:
Dibaca dengan 7 lahjah, tetapi maksudnya tetap sama. Tidak ada apa-apa yang berubah. Sudah saya beri contoh panjang di atas tadi.
SKY MENULIS:
Quran didapati dari salinan dari Aisyah. Dari salinan lain-lain, kemudian disalin masuk ke dalam Resam Uthmani. Salinan lain dihancurkan, period kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak Sumber kajian orang2 Islam ni diambil pun dari ilmuan Barat yang liberal. Sendiri pun tak suka kalau jumpa orang Islam liberal dan dilabelkan sebagai urban. Tapi kepada orang Christian mereka boleh pula sifatkan sebagai semua sekali sama. Ada jumpaan kitab-kitab suci lama di gua oleh orang-orang Islam, mereka sendiri jualkan kepada orang lain. Kalau agama lama tak penting buat apa sibuk-sibuk nak buktikan orang lain salah? Muhasabah diri dah tak ada kut.
PENJELASAN SAYA:
Begitulah cara terbaik untuk mengelakkan kitab Al-Quran daripada rosak sebagaimana kitab-kitab terdahulu, termasuklah Taurat, Zabur dan Injil. Jika hal yang sama dilakukan oleh para hawari Jesus ... mereka berkumpul beramai-ramai di suatu tempat bersama puluhan ribu umat Nasrani lain, kemudian bincang penulisan terbaik untuk kitab suci Injil mengikut bahasa asal Jesus dan para hawari, hapuskan mana-mana kitab Injil yang gaya penulisannya tidak menepati loghat asal bahasa Jesus dan para hawari... mungkin kitab suci Injil dapat dihidangkan kepada seluruh dunia hari ini.
Jika ada mana-mana terjemahan atau versi Injil yang didapati ada masalah atau bercanggahan maklumat, terus kita boleh rujuk kitab suci Injil yang asal itu.
Malangnya ... usaha-usaha di atas tidak berlaku. Usaha-usaha itu berlaku ke atas kitab Perjanjian Terakhir iaitu Al-Quran. Sebab itulah sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat dan membaca Firman-Firman Suci Tuahn di dalamnya, sebagaimana ketika ia diturunkan dahulu.
Sekian. Salam hormat.
Shalom. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_shalom at 17-12-2010 14:05
Reply 259# putput
Setuju...Yesus tak pernah berkata..hafal lah kitab....Yesus berkata pergi sebarkan...
Umat kristian bertebaran mewartakan Alkitab kepada org Yahudi...kepada orang Rome..kepada barat..kepada asia...
Para Rasul tidak duduk dalam church menghafal Bible sambil mengharapkan pahala...tetapi mereka pergi berdepan dengan alim ulama Yahudi...ahli2 Taurat ..pergi ke tanah asing mengistiharkan KERAJAAN SURGA TELAH TIBA.
Baik yahudi...baik bukan yahudi...semuanya menyaksikan bagaimana Para Rasul menghidupkan ajaran Yesus....
Ahli-ahli Taurat lagi hebat penghafalan mereka.....tetapi MALANGNYA kitab yang mereka hafal hanya terpaku dalam otak |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by erusi at 23-12-2010 01:51
bokan nas, surah segala dalam Quran pun banyak bercanggah ka saudara pembuka thread? hadith pun banyak tak betul katanya sebab menurut penjelasan moderator ibnur kat thread seblah sang penulis hadith pun tak pasti benda tu betul ka tak dia main catat ja hapa yang orang cerita kat dia. kalau dalam konteks sekarang, hadith setaraf dengan thread gossip tempatan jah.
chazey Post at 3-12-2010 05:28
Surah dalam Al-Quran banyak bercanggah? Mana percangghannya? Apa sebab pula bagi kamu sesuatu ayat dalam Al-Quran itu bercanggah dengan ayat yang lain? Sila nyatakan.
Jika hanya mengulang tanya soalan-soalan basi dalam http://www.answering-islam.org, makanya semua soalan tersebut telah dijawab dalam http://www.answering-christianity.com/ac.htm. Sila rujuk. lagi satu: daripada ko persoalkan kenapa kitab Injil (yang dikata pelsu sekarang) kunun banyak kesalahan penulisan, baik ko persoalkan hukum Allah yang kata zina itu harom tapi seks dengan tawanan perang (wanita) yang sudah berkahwin dibenarkan pula.
chazey Post at 3-12-2010 05:28
Lagi satu soalan basi. Allah itu adalah Tuhan semester alam. Justeru jika Dia telah menetapkan sebagai zina dan berdosa jika bersetubuh dengan wanita merdeka tanpa ikatan perkahwinan, dan seterusnya Dia menetapkan dibolehkan bersetubuh dengan wanita tawanan perang (iaitu wanita yang tidak merdeka), maka siapa kita yang hanya berstatus makhluk ciptaanNya untuk mempersoalkan ketetapan Nya itu? Apakah itu percanggahan? Amat jelas tidak, sebab status wanita yang diperkatakan itu adalah saling berbeza iaitu satu wanita yang merdeka manakala satu lagi adalah wanita yang berstatus tidak merdeka. Justeru ayat Al-Quran itu memberi ketetapan ke atas dua kelompok yang berbeza. Inilah yang saya lihat bahawa kelompok kristian ini tidak berkemampuan untuk mencari kesalahan dalam Al-Quran. Contohnya persoalan yang dikemukakan oleh si chazey ni. Dia menganggapnya sebagai bercanggah kerana dalam masa yang sama dia tidak meneliti ayat Al-Quran itu dari sudut hukum-hukum Islam. kalau la orang Islam tak emo kuat mengamuk sana sini, aku rasa dah lama para ilmuwan barat dan orang Islam sekular tak takut mati akan mengkaji dan mempersoalkan percanggahan penulisan hadith dan surah yang terkandung di dalam Quran secara terang-terangan. silap2 buat dokumentari kat disocvery cenel lagik untuk membincangan kesohihan peristiwa2 yang tercatat di dalam Quran.
but try doing this and the Moslems all over the world will spell "OUTRAGE!". chazey Post at 3-12-2010 05:28
Beranggapan kosong nampaknya. Adakah itu saja yang mampu dilakukan? Sememangnya mengkaji Al-Quran sentiasa dilakukan oleh kelompok Islam. Namun tiada ditemui percanggahannya. Dan sebab mengkaji Al-Quran dengan ikhlas dan jujurlah menyebabkan kita lihat individu kristian tertentu dan lain-lainnya akhirnya beriman dalam Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingin saya ingatkan, persoalan yang saya kemukakan iaitu kesalahan catatan dalam silsilah Jesus ini kelihatannya masih belum berpenghujung. Penyelesaian berkenaannya masih belum ditemui oleh kelompok-kelompok kristian itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya yang kata bible itu telah diubah melalui persoalan yang saya kemukakan. Kamu tidak bersetuju? Jika demikian sila buktikan bahawa dakwaan saya melalui persaoalan saya itu adalah tidak benar. Kamu mengemukakan link, so sila quotekan bahagian mana dalam tulisan pada link tersebut yang menanggani persoalan saya itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 264# putput
Tulisan ini telah saya baca dahulu dan saya dapati ianya adalah hasil tulisan yang berlandaskan pemahaman yang cetek. Saya perjelaskan. Islam adalah satu agama yang mementingkan dialog, perbincangan, perbahasan dan seumpamanya. Namun semua itu haruslah berlandaskan pada sesuatu yang pasti, sahih dan tulen. Sbab itulah jika kita lihat dalam pengumpulan hadist, di mana sebarang kecurigaan dan kemuskilan ke atas perawi-perawinya menyebabkan hadis tersebut tertolak. Justeru lihat tulisan di bawah,
Pada bulan Februari 1976,seramai 1,200 para rombongan daripada enam puluh buah negaramengambil bahagian di dalam satu Seminar 'Dialog Islam-Kristian'.Para Kristian disitu telah memohon peserta-peserta Muslim supayamengenal dan mengkaji Perjanjian Baru secara lebih terbuka danmendalam dan untuk menjatuhkan tuduhan 'pemalsuan' terhadapmereka. Untuk berdialog memerlukan kedua-dua pihak menerimakesahihan Kitab-kitab suci mereka masing-masing.
Justeru untuk berdialog, makanya kelompok kristian itu harus membuktikan terlebih dahulu bahawa bible mereka masih sahih, tulen dan bagi membolehkan kelompok Islam mengugurkan dakwaan mereka berkenaan dengan bible. Harus difahami bahawa kelompok Islam tidak pernah membuat dakwaan tanpa menyertakannya bersama-sama dengan pembuktian. Mereka mendakwa dan mereka memberikan bukti. Justeru jika bukti itu tidak dapat dinafikan oleh kelompok kristian, maka atas dasar apa kelompok kristian ini meminta kelompok Islam mengugurkan dakwaan mereka itu? Apakah Islam harus berbuat sedemikian tanpa sebab-sebab yang munasabah?
Kamu lihatlah dalam mana-mana perbicaraan, apakah pendakwaan terhadap tertuduh harus digugurkan terlebih dahulu sebelum berdialog untuk mencari kebenaran? Sila nyatakan kepada saya perbicaraan mana yang berbuat sedemikian?
Seharusnya perkara ini dilihat berpunca daripada kegagalan kelompok kristian untuk membuktikan kesahihan dan ketulenan bible mereka kepada kelompok Islam. Kerana jika mereka mampu berbuat sedemikian, makanya tiada sebab untuk kelompok Islam tidak mengugurkan dakwaan mereka.
Seterusnya,
Sesungguhnya kebanyakan tokoh dan pemikir-pemikir Islam yangagung telah menerima kesahihan teks Injil dan Perjanjian Baru.Untuk menghuraikan nama-nama mereka disini merupakan penutup yangsesuai bagi karangan ini. Kesaksian mereka membuktikan bahawadialog di antara para Muslim dan Kristian tidak usah dibelengguioleh tuduhan yang telah dipelopori oleh Ibn-Khazem. Dua ahlisejarah Islam yang agung, Al-Mas'udi (meninggal 956 T.M.) danIbn-Khaldun (meninggal 1406 T.M.) telah memegang kepada kesahihanteks Al-Injil. Empat orang ahli ulamak yang terkenal pun telahmenyetujui hakikat ini: Ali at-Tabari (meninggal 855 T.M.), Qasimal-Khasani (meninggal 860 T.M.), 'Amr al-Ghakhiz (869 T.M.) dantokoh yang terutama, imam Al-Ghazzali (1111 T.M.).14Pandangan ini pula disokong oleh Abu Ali Husain Ibn Sina, lebihdikenali di Barat sebagai 'Avicenna' (m. 1037 T.M.). Al-Bukhari(m.870 T.M.) yang terkenal kerana mengumpulkan hadith-hadith yangterawal, telah memetik daripada Al-Qur'an sendiri (SurahAli-Imran 3 ay.72,78) bagi membuktikan bahawa teks Al-KitabAl-Mukaddis tidak pernah dipalsukan.15
Akhir kata, seorang tokoh Muslim terkemuka di zaman moden,Muhammad Abduh Sayyid Ahmad Khan, seorang 'ulamak Islam moden'yang telah menerajui pembaharuan sosial pada era moden ini, telahmenerima keputusan-keputusan sains moden. Beliau telah berkata:"Bersabit dengan teks Al-Kitab (Bible), ia tidak mengalami apa-apa perubahan. Juga tiada sesiapa yang dapat mengemukakan sesuatu teks (alternatif) yang berbeza sebagai teks yang sahih".16
Saya pasti tulisan ini adalah daripada seorang individu yang beragama kristian. Apa yang saya ingin sentuh adalah kecetekan pengetahuan dan pemahaman si penulis berkenaan dengan pegangan seorang yang mengakui dirinya sebagai Islam. Apa yang beliau tidak fahami adalah rukun iman dalam Islam. Untuk benar-benar menjadi seorang muslim, seseorang individu itu harus memenuhi kesemua 6 rukun iman tersebut yang mana salah satunya adalah Percaya kepada Kitab, iaitu yang dimaksudkan adalah Al-Quran. Sila tanyakan kepada mana-mana umat Islam, apakah mereka mempercayai bahawa kitab-kitab terdahulu itu telah diseleweng tanpa sebarang pegangan atau dasar? Tidak, mereka mempercayainya kerana Allah memaklumkan dalam Al-Quran. Dan sesetengah individu muslim membuktikan perkara ini.
Justeru apakah tokoh dan pemikir-pemikir Islam tersebut sudah tidak berpegang pada rukun Iman iaitu "Percaya pada Kitab" ini? Saya tidak mempercayai sedemikian. Mereka adalah tokoh Islam, makanya mereka pastinya individu-individu yang berpegang teguh dengan Al-Quran, yang mana di dalam Al-Quran telah disebutkan kitab-kitab terdahulu telah dicemari iaitu diubah oleh tangan-tangan manusia.
Justeru bagaimana dengan tulisan oleh si penulis tersebut? Pada pendapat saya hanya berlandaskan kepada dua perkara. Pertamanya menggunakan nama tokoh dan pemikir Islam dengan cara yang salah, dengan memalsukan apa yang diperkatakan oleh mereka.
Keduanya adalah si penulis itu sendiri tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh tokoh dan pemikir-pemikir Islam itu. Saya perjelaskan. Umat Islam beranggapan bahawa bible itu SECARA TOTAL nya adalah sudah terseleweng. Namun pihak Islam masih mempercayai terdapatnya ayat-ayat tertentu SECARA INDIVIDU nya adalah masih benar. Saya berikan satu contoh iaitu ayat yang menyebut "Tuhan itu Allah kamu dan Tuhan itu esa". Saya sendiripun masih mempercayai bahawa ayat tersebut adalah benar kerana itu jugalah yang ditekankan oleh Al-Quran. Justeru inilah yang dimaksudkan oleh tokoh dan pemikir Islam berkenaan jika mereka mengatakan bahawa ayat bible itu masih sahih, ini kerana mereka mempertimbangkan ayat-ayatnya secara individu, dan bukannya mempertimbangkan kitab itu secara totalnya. Namun malangnya si penulis ini tidak memahami maksud sebenar tokoh dan pemikir Islam tersebut menyababkan dia melakukan anggapan yang salah apabila mendakwa tokoh dan pemikir Islam itu menyakini bible secara totalnya.
Semoga memahami. |
|
|
|
|
|
|
|
Sky memang menyampah dengan tipikal orang Melayu yang kata kita menyembah sambil sujud dekat patung Nossa Madre de Oihiera, Maria. Hal yang sama jugak dikatakan Salib sebagai Tuhan kita. So silly!
Sky tak pernah anggap Maria as a God. She is not God. Dia bukan Tuhan! Beliau cuma Theotokos. Kalau nak pakai istilah dalam massal orang Nestorian Catholic pun boleh. Beliau adalah Christotokos the mother of Christ. Tapi kami yakin akan divinity Jesus due to His angelic soul so, Maria kami sebutkan sebagai Theotokos.
Kita yang Catholic memang mintak syafaat kepada Maria. Bukan sembah beliau. Orang2 alim memang lah boleh beri syafaat. Sky ingat orang Islam tak wat macam tu. Lepas tu pergi jumpa Harun Din wat apa minta air jampi? Tak syirik ke?
Betul tu, kita memang tahu Tuhan tak pernah beranakkan manusia atau diperanakkan macam manusia biasa. Sky dah lama berasa pelik, asyik2 ulang surah al-Iklas macam lah sky tak tahu nak bacakan balik sebab2 hari2 dengar sampai boleh ingat.
Mereka ingat kita fahamkan Tuhan lahir ke dunia ni macam manusia lahir ke? Ada hubungan suami isteri antara God dengan Maria? Bila masa? Yang disebutkan adalah mengenai Theophany. Dorang tak faham pun makna Theophany tapi main taram je! :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|