Originally posted by makteh at 24-10-2008 09:45 PM
Lidi diraut dibiarkan bersepah
namun disimpan anak Mak Eton
sejak bila forum ni berubah wajah?
dari "melamar" ke pesta pantun?
bunga telur berwarna merah
hendak diberi kepada tetamu
forum ini tidak berubah
hanya menunggu keputusan menantu
Originally posted by makteh at 24-10-2008 09:46 PM
Ramainya orang dari Seberang
menangguk anak si ikan keli
mengapa merajuk berpatah arang
tidak kutahu apa terjadi?????
nasi minyak sudah terhidang
bersama lauk dan juga paceri
manakan tidak berpatah arang
menantu masih mendiamkan diri
Originally posted by makteh at 24-10-2008 09:47 PM
Kain sarung dibuat baju
baju ditenun dari Bangkulu
jangan digusarkan perasaan Nanieku...
cubalah jelaskan wahai menantu........
daging dilapah oleh pak busu
dibantu oleh jiran tetangga
usah dipaksa kepada menantu
nanie redha segala jawabnya
Originally posted by makteh at 24-10-2008 10:24 PM
Kuserahkan nasib dan hanya pasrah
Kumohon doa pada yang Esa
Apalah keluh apalah kisah
menantu membisu seribu bahasa..............
khemah pengantin berwarna jingga
dihias cantik si anak mak dara
diiring juga bunga manggarnya
menantu membisu seribu bahasa
bagai ku ku tahu sudah jawabnya
terpaksa ku cari penawar jiwa
Teringin sungguh buah bidara
mahu yang sedap manis rasanya
harap yang bagus tiada tandingnya
Akan kucuba carikan penawarnya
biar terubat kecewa yang ada
biar ceria kembali melanda........