CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 1-5-2008 10:25 AM | Show all posts
Apa itu haiwan yang dinamakan kibas?

Ia seperti kambing biri2, tapi ekornya panjang dan saiznya agak besar. Gambar ini diambil ketika lawatan ke Pasar Kambing. Di sana terdapat pelbagai jenis kambing, kibas dan unta. Yang peliknya, haiwan2 yang bakal dikorbankan ini tidak ditambat atau dikurung. Ia tidak lari seolah2 sudah redha untuk dikorbankan.

Ini jenis kibas yang berbadan hitam tapi berkepala dan berkaki putih.
       

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 10:27 AM | Show all posts
Ini adalah siri perbezaan Muasassah dan Pakej seperti ustaz sebutkan dulu.

MAKANAN

Jemaah yang mengikut Muasassah makan  makanan yang siap dibungkus pada waktu tengahari dan malam sahaja. Pada tahun lepas jemaah sangat beruntung kerana ketua tukang masak adalah Executive Chef Masakan Melayu dari Petaling Jaya Hilton. ustaz tak nafikan makanan harian walaupun simple, tapi sedap.

Pakej pula menikmati hidangan secara buffet pada waktu pagi, tengahari dan malam. Setiap hotel mempunyai tukang masak melayu khusus sendiri.

Dibawah adalah proses pembungkusan makanan oleh pekerja caterer.


[ Last edited by  ustaz at 1-5-2008 11:05 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:52 AM | Show all posts
Alhamdulillah, ustaz berkesempatan menumpang tidur beberapa malam di bilik saudara ustaz di tingkat 10 Dar Al Tawhid InterContinental Mekah. Hotel penginapan Dato' Siti & Datuk Seri Khalid. Masa tu Dato' & Datuk Seri belum sampai ke Mekah lagi. Hotel ini didominasi oleh jemaah Indonesia. Seronok mereka bila tahu Dato' & Datuk Seri menginap di situ.

Beginilah permandangan yang seperti Dato' & Datuk Seri nikmati.

Walaupun di tingkat 10, namun Ka'abah tidak kelihatan. Suasana di Ka'bah hanya boleh dilihat melalui CCTV yang boleh dilihat di TV dalam bilik.

Sebelum pejam mata nak tidur dan selepas celik mata apabila terjaga terpandang permandangan yang terindah


Permandangan malam


Permandangan siang


Di dataran hadapan Hilton
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:31 AM | Show all posts

Reply #2 ustaz's post

Ustaz, kalau boleh tolong share gambor kat Muzdalifah...

Indah betul pemandangan lautan manusia berpakaian serba putih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:28 PM | Show all posts

Reply #53 ustaz's post

agaknya berapa-kah sewa bilik di hotel tu?...teruja dengan pemandangannya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 01:02 PM | Show all posts

Reply #55 IDB's post

IDB,

Ustaz sempat berbual dengan jemaah Indonesia semasa makan pagi di hotel tersebut. Dia kata dia bayar USD5,000 cuma ustaz tak pasti untuk berapa malam.
Pakej Tabung Haji paling mahal menginap di sini dan harganya hampir RM90,000 utk satu pakej. Ustaz pun bersyukur sangat2 dapat menumpang di bilik saudara ustaz, dapatlah merasa apa orang kaya2 rasa. Jadinya pada haji tahun lepas ustaz dapat rasa yang paling mahal dan yang paling murah sekali. Syukur Alhamdulillah.

[ Last edited by  ustaz at 2-5-2008 10:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2008 01:05 PM | Show all posts
Jadree00,

Seperti di posting #36.

Keadaan Jemaah Malaysia di Muzdalifah di waktu malam selepas kutip batu dan menunggu bas.
Waktu ini belum ramai lagi, ia akan menjadi lebih padat apabila menjelang subuh.
Keadaan memang sejuk, elok juga kalau ada sleeping bag, tapi jangan zipkan sleeping bag tu pasal dalam ihram.

Bayangkan keadaan di Padang Mahsyar di mana semua berselimut dengan kain kafan sementara menunggu untuk dihisab.



[ Last edited by  ustaz at 1-5-2008 01:37 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 01:44 PM | Show all posts
Keadaan orang batuk2 memang biasa semasa musim haji. Apabila tidur beramai2 dalam khemah seolah2 seperti berlawan2 batuk. Kekadang tu sampai hilang suara. Batuk2 ini lazimnya akan mula bila sampai hingga kita balik.

Ustaz syorkan makan multi vitamin atau vitamin C 2 bulan sebelum berangkat menunaikan haji untuk menguatkan antibody. Pakai mask utk tutup mulut/hidung dari habuk. Bawak gula2 ubat batuk yg kuat utk melegakan tekak. TH ada menyediakan pek ubatan semasa daftar sebelum berangkat, namun ini tidak mencukupi. Kalau boleh bawak ubat batuk yang kuat. Stok ubat batuk yang dibawa oleh perubatan TH tidak mencukupi kerana hampir semua jemaah termasuk doktor2, nurse2, staff2 sekali yang batuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 04:06 PM | Show all posts

Reply #56 ustaz's post

terima kasih ustaz...memang untuk yang kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 07:03 PM | Show all posts

Reply #59 IDB's post

Saya berpeluang dgn cerita kawan yg mengikuti Pakej Haji RM 89,000.
Pakej dia orang cuma 20 hari.Di Madina mereka Menginap di Medina Oberoi manakal di Mekah mereka menginap di Dar Takwa Intercontinental.Pengangkutan mereka ke Arafah ,Mina ,Mekah menggunakan GMC.Khemah yg disediakan di Arafah n Mina siap ada taman n ada air con..
Pakej dia orang...selepas Wukuf di Arafah mereka akan bergerak ke Muzdalifah..
Di Muzdalifah sudah ada khemah khas..mereka sampai di sana sebelum pukul 12 mlm.
Mereka kutip batu n berzikir sementara pukul 12 mlm.
Masuk aje pukul 12 mlm ..ambil syarat Bermalam di Muzdalifah..Mereka terus bergerak ke Mekah dulu..Tidak ke Mina.
Sampai di Mekah...orang tidak ramai coz Jemaah ramai di Muzdalifah n sebahagian menuju Mina.
Di Mekah terus buat tawaf n Sai Rukun dlm keadaan yg lapang dan tak ramai orang.
Selesai tawaf n sai barulah mereka ke Mina .
Berpeluang mendengar cerita aje...
Dgn Pakej mcm tu..kita boleh bawa 5 orang lagi pegi Haji ikut Pake biasa.
Alhamdulillah berpeluang pi Haji Pakej Sederhana RM 13000 Pakej Batuta Travel n Pakej Utas Travel...Alhamdulillah selesa juga.
Dengar cerita Muasasah pun sekarang selesa jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:38 PM | Show all posts

Reply #190 Rosputih's post

so dapatla amik gambar? yang orang israel mkorek sepanjang masjid tu ada picnya x?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by wawin at 30-4-2008 04:34 PM
Pengalaman saya ketika di Masjid Nabawi ketika mengerjakan haji tahun lepas, ada beberapa cara utk bahawa hp berkamera ke dalam masjid ni.  Yelah... hp memang sgt berguna, takkan kerana hp kita k ...


Masa kat Masjidil Haram pernah sekali beg sandang (besar jugalah) yang akak bawa air, buku & quran kena tarik dengan kuat oleh penjaga pintu, sampai nak terjatuh akak, dorang ingat akak bawak kamera atau hp. Akak tunjuk kat mereka cuma air, buku & quran saja. Sejak tu kalau nampak penjaga pintu akak tunjukkan dulu beg akak. Senang cerita.

Akak nampak ramai orang bawa digital kamera buat video orang buat tawaf dari paras atas. Akak pun nak cuba juga jadi akak bawak kamera sorok dalam sejadah. Sejadah akak pegang. Masa penjaga pintu periksa, dorang periksa badan & beg saja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:36 AM | Show all posts

Reply #57 ustaz's post

Tk ustaz.

Saya sgt berterima kasih kpd LUTH yg telah anjurkan kursus perdana haji saban tahun. Selepas hadiri kursus perdana tuh, saya lebih mudah fahami cara2 menunaikan haji. Contohnya: saiz batu utk mlontar ialah sebesar saiz kacang@ diameter jari ******king. Sedangkan batu yg saya bawak semasa hadiri kursus tuh besar yg amat.

Semasa mengutip batu dimuzdalifah, ingat balik apa yg ustazah ajar. Rasa bersyukur sangat sbb negara kita ada LUTH yg berpengalaman.

Sekadar ingin berkongsi, laluan bas muzdalifah-Mina bagi pakej Mina khas(tambah RM1k+) bagi musim haji yg lepas adalah ikut laluan express sama spt laluan muasasah dan bas berhenti di luar terowong Mina, jadi perlu berjalan kaki utk ke khemah di Jamrah. Saya difahamkan musim2 haji sebelum ini, pakej Mina khas ini ikut laluan kenderaan awam yg lain yg sgt jem.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:11 AM | Show all posts
Tiada salahnya berbelanja besar kepada yang berkemampuan.
Sesungguhnya berbelanja untuk umrah dan haji ini seolah2 berbelanja untuk peperangan atau fisabilillah. Besar ganjarannya. Oleh yang demikian, untuk umrah dan haji ni, jangan kedekut, anggap ia seperti bekalan/tabungan kita untuk akhirat kelak. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:23 AM | Show all posts
jadree00,

Alhamdulillah jadfree00 telah mengikuti kursus dulu. Menimba ilmu dengan menghadiri kursus adalah sangat penting.
Melalui LTH ada 3 peringkat kursus: Kursus mingguan 16 minggu, kursus intensif 2 hari & kursus perdana(praktikal). Ustaz berharap sangat agar bakal2 dapat menghadiri semua kursus2 tersebut.

Untuk bakal2 yang akan melakukan umrah & haji. Timbalah ilmu betul2 dan jangan ambil sikap mudah "alahh.. tak susah, ikut orang je...". Ingat, umrah dan haji adalah ibadah dan bukan pergi melancong. Ustaz perhatikan seolah2 umrah & haji ini dah menjadi suatu 'trend'. Perlu ingat, kita menjadi tetamu Allah di rumah Allah.

Oleh itu, marilah kita berkongsi ilmu dan pengalaman di sini agar masing2 dapat ilmu dan gambaran yang lebih jelas.

[ Last edited by  ustaz at 2-5-2008 11:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 01:33 PM | Show all posts

Reply #60 aziefa's post

Tak boleh bayangkan kemewahan dari pakej mewah tersebut....siapa mampu bertuahlah badan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 02:53 PM | Show all posts

Reply #64 IDB's post

IDB,

Mewahnya hanya terasa semasa di hotel sahaja. Apabila kita jejak kaki di luar hotel, semua adalah setaraf, tiada kaya atau miskin. Semua adalah hamba Allah yang sujud kepadaNya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 03:02 PM | Show all posts
MINA

Ini siri kedua perbezaan Pakej & Muasassah.

Pakej, dalam khemah ada tilam, Muasassah ada carpet sahaja.
Pakej, beratur di toilet tak panjang, Muasassah panjang sikit barisan dia.
Sekarang samada pakej RM25,000 atau Muasassah RM9,000 jarak khemah di Mina sama sahaja. Semua kena melalui terowong muassim dan jarak untuk melontar pergi balik adalah hampir 7km.

Beginilah keadaan di dalam terowong, panjangnya dalam 1.5km lebih kurang


Begini keadaan selepas terowong, dalam 2km lagi ke jamrah, tengok banyak debu, mcm snow...


Inilah jamrah, walaupun tadi kita lihat ramai orang, sampai jamrah ada banyak ruang untuk kita melontar betul2 depan jamrah.
Kompleks jamrah ini dibangunkan oleh Syarikat Malaysia.


[ Last edited by  ustaz at 2-5-2008 03:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 03:18 PM | Show all posts
Kompleks jamrah dilihat dari jauh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 11:26 PM | Show all posts

Reply #66 ustaz's post

Izinkan saya tambah sedikit.

Bagi musim haji yg baru lepas-1428H, Masih ada lagi pakej Mina khas(bayar extra RM1K+) yg tinggal kat Mina Jamrah iaitu drp khemah ke Jamrah tanpa melalui terowong. Tapi bas yg bawa jemaah drp Muzdalifah ke Mina mmg stop kat luar terowong Muassin. Lepas turun bas, jemaah kena lalui terowong   ke khemah di Mina jamrah. Nak gi melontar drp khemah Mina jamrah tak perlu masuk terowong lagi.

Kalau tak silap saya, Antara  beberapa travel agent yg offer kpd jemaah pakej  Mina khas nih ialah UTAS dan Cantumas kat group camp no. 85S (Maktab 101). Camp 85 S  musim 1428H  berkongsi toilet ngan jemaah Indonesia. Memang menguji kesabaran semasa di toilet terutamanya time nak berwudhuk bila masuk waktu solat. Seeloknya elakkan mandi semasa time dah dekat masuk waktu solat spy dpt bagi laluan jemaah utk berwudhuk. Semasa kursus haji, ustazah akan ajar cara ambil wudhuk guna spray air. Time kritikal mcm nih mmg sesuai ambil wudhuk guna spray air kat dalam khemah jer else kena beratur utk ambil wudhuk. Makan mmg buffet, jadi time makan pun kena beratur gak. Cuaca mmg sejuk...jadi kena kuatkan semangat utk bangun malam utk qiamulail dsbnya.

Sekadar ingin berkongsi info setakat yg saya mampu ingat. tk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.241087 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list