|
best giler vokal siti utk lagu bisikan hati. .. .. best giler. ... |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm great singer...:2cool: |
|
|
|
|
|
|
|
plg suke album terbaru ct.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya.....touching....
CT taknak wat kat MALAYSIA kerrrr???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #201 wizardLy_boy's post
Waaahh..harap sangat CT pepom Ku Mahu akustik utk ABP kang..tp lebih intimate ngan musicians die..biar seme musicians yg CT bawak duduk keliling/tepi CT..tanak ah belakang sangat..pas tuh arrangement kasik ketat skit..gitar solo kasik lebey skit..heheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #230 badai's post
Comey plak CT berseloroh cemtuh..lawok pun lawok..hehee..tp memang puaslaa denga CT nyanyi Bisikan Hati tuh..even sound kureng tp perfect pade aku..dh laa lame x denga CT nyanyi Bisikan Hati live..gile balik aku ngan lagu nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #248 ruffly_sya's post
masa nak bgn tu siti bt lawak, tp aku x bape dengar sgt la, ape yg siti ckp eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Enggan lagi tertekan
Oleh MOHD YUSMAN AWANG
--------------------------------------------------------------------------------
"SEBENARNYA Siti pun tidak tahu nak cakap macam mana, sebab semuanya dibuat pada saat-saat akhir. Perbincangan mengenainya pun dibuat dalam tempoh yang agak singkat.
"Justeru, Siti memohon maaf kepada kesemua media tempatan."
Begitu luah Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengenai 'rahsia' terbarunya. Jika sebelum ini Siti banyak dikaitkan dengan istilah rahsia, kali ini rahsia yang dimaksudkan ialah apabila ramai yang tidak sedar tentang konsert terbarunya di Singapura yang telah pun berlangsung tanggal 21 Mac lepas.
Konsert yang berlangsung di pentas bertaraf dunia, Esplanade Theatre on the Bay di kota Singa itu seolah-olah 'dirahsiakan' daripada pengetahuan umum.
Apatah lagi media Malaysia juga tidak dijemput untuk membuat liputan mengenai konsert terbaru Siti di kota metropolitan itu selepas kali terakhir membuat konsert di Stadium Tertutup Singapura pada tahun 2005.
"Sebenarnya soal jemputan untuk media Malaysia bagi membuat liputan konsert Siti di Espalande adalah di luar bidang kuasa Siti.
"Mungkin pihak penganjur (Esplanade Singapura) tidak sempat membuat urusan jemputan kerana urusan mengenai konsert ini dilakukan dalam tempoh yang agak singkat," katanya lagi.
Boleh tidur lena
Menyentuh mengenai sambutan terhadap konsert julung-julung kali di Esplanade itu beritahu Siti, "Siti bersyukur sangat, biarpun promosi mengenainya tidak lama, sambutan yang diterima begitu memberangsangkan. Daripada jumlah keseluruhan 1,800 tempat duduk di Espalanade, antara 1,600 hingga 1,700 tempat duduk diisi dengan penonton."
"Sebenarnya Siti memberi persetujuan untuk mengadakan konsert ini bukanlah lima atau enam bulan lepas, tetapi sebulan yang lepas.
"Memikirkan ia konsert yang berkonsepkan santai, lebih mendekati peminat dan secara akustik serta dalam tempoh sehari pula, Siti terus bersetuju dengan tarikh konsert yang diberi pihak penganjur," jelasnya yang mengayakan dua persalinan rekaan Michael Ong khusus untuk konsert tersebut.
MENERUSKAN perjalanan hidup dengan penuh positif tanpa digugat pemikiran negatif.
--------------------------------------------------------------------------------
Siti mengakui merasa tercabar kerana perlu membuat persembahan selama 1 jam 30 minit buat pertama kalinya di pentas yang gah itu.
"Cuma yang membuat Siti sedikit lega ialah konsert ini konsepnya santai, justeru Siti lebih banyak membuat pendekatan bercerita mengenai kisah hidup dan pengalaman Siti untuk mengimbas kembali nostalgia Siti buat peminat di Singapura - kena dengan judul konsert itu iaitu Diari Hati Siti Nurhaliza," tuturnya.
Membandingkan antara konsert di Esplanade Singapura dan konsert di Royal Albert Hall London, menurut Siti, dia merasakan konsert di Esplanade lebih ringkas dengan hanya membabitkan enam pemuzik dan tanpa penari latar.
"Sedangkan konsert di Royal Albert Hall melibatkan ramai penari latar dan pemuzik," katanya yang mendendangkan 15 buah lagu serta medley pada Konsert Diari Hari Siti Nurhaliza itu yang termasuklah Biarlah Rahsia, Ku Mahu, Menawan Kesepian, Cindai, Wulan Merindu, Siti Situ Sana Sini, Destinasi Cinta dan Flaws and All.
Mengenai impak konsert terbarunya itu, ujar Siti, "Siti merasa puas dapat membuat persembahan dan menyaksikan betapa peminat-peminat Siti terhibur. Cukup gembira. Memang puas hati betul, tidur pun lena."
Bakal buat persembahan khas
Seusai sudah konsert di negara jiran, bagaimana pula dengan konsert di negara sendiri? "Memang Siti rasa Siti perlu mengadakan konsert buat peminat Siti di negara ini, apatah lagi Siti pun dah ada album baru iaitu Hadiah Daripada Hati.
"Tapi kalau tidak mengadakan konsert pun, Siti akan membuat satu persembahan khas dalam tahun ini juga, tengoklah nanti mungkin pada bulan Mei atau Jun nanti," jelas Siti.
Dalam pada itu, pasti ramai yang kecewa apabila mendapat tahu Siti tidak akan kembali terbabit dengan pementasan musim kedua P.Ramlee The Musical...The Life, The Loves & The Inspiration yang bakal dipentaskan kembali di Istana Budaya bermula 28 Mei depan dan sebelumnya iaitu pada 17 Mei di Esplanade Singapura.
"Memang bagi Siti, pengalaman berlakon teater begitu menyeronokkan. Dan Siti telah cuba melakukannya sekali dalam hidup.
ANGGUN dalam persalinan biru cair rekaan Michael Ong.
--------------------------------------------------------------------------------
Tapi untuk mengulanginya Siti rasa untuk kali ini, Siti belum mampu lagi kerana terikat dengan pelbagai komitmen lain.
"Lagipun teater ini turut dipentaskan di Singapura, jadi Siti tidak mempunyai peluang untuk turut melibatkan diri lagi biarpun watak Siti tidak banyak, tetapi berlakon teater memakan masa berhari-hari, justeru ia memerlukan komitmen yang cukup tinggi," jelasnya.
Komen tentang Kaer
Sebagai bintang bertaraf senior, Siti turut memberikan pandangannya mengenai industri muzik tempatan.
Merujuk kepada perkembangan terbaru bekas bintang program realiti TV, Akademi Fantasia, Kaer atau nama penuhnya, Wan Mohammad Khair Wan Azami Hamzah yang mahu menetap di Indonesia bagi melakar namanya sebagai penyanyi, ia seolah-olah menunjukkan industri muzik di Malaysia sudah tiada harapan lagi.
"Kalau nak kata industri muzik kita tidak bernyawa lagi tidak boleh juga. Ini kerana kita boleh lihat muncul ramai penyanyi baru. Album baru pun banyak yang diterbitkan."
"Cuma industri muzik kita hari ini mengandungi risiko yang tinggi, sama ada album boleh jual atau tidak," tegasnya.
Menurut Siti lagi, dalam keadaan sekarang industri muzik tempatan mengalami lambakan penyanyi khususnya yang lahir daripada program-program realiti TV. Persaingannya cukup hebat, justeru penyanyi yang ingin menyerlah perlu mencipta kelainan.
Mengenai Kaer, Siti berkata, "Soal Kaer ingin mencipta nama dalam industri muzik di Indonesia, Siti rasa ia berkait dengan ciri kelainan yang ada pada seseorang penyanyi untuk menyerlah berbanding penyanyi lain.
"Dengan gaya dan vokal Kaer yang lain daripada lain di Indonesia, Kaer mampu mencipta nama di Indonesia kerana apa yang khalayak mahu pada seseorang penyanyi ialah kelainan."
Tidak mahu berahsia
Tidak lengkap kalau tidak bertanya soalan mengenai anak buat Siti. Ini kerana umum telah lama menunggu ingin melihat Siti melahirkan buah cintanya bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
KONSERT DIARI HATI SITI NURHALIZA di Singapura yang berlangsung secara santai dan menjadi medan buat Siti untuk mendekati peminat-peminat setianya.
--------------------------------------------------------------------------------
Ditebak dengan persoalan itu dalam ketawa kecil tapi tulus Siti menjawab, "Tunggulah. Siti berserah kepada Allah. Kalau ada rezeki, insya-Allah."
"Dan Siti tidak akan merahsiakannya. Sampai masa Siti akan beritahu kepada semua. Apa yang penting masa belum ada anak inilah Siti berpeluang melakukan apa sahaja, pergi ke mana jua. Siti tak mahu lagi merasa tertekan dengan persoalan ini."
sumber: KOSMO 27/3 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hati Siti tersentuh di Singapura
KONSERT Diari Hati Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama Siti selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada Ogos 2006.
--------------------------------------------------------------------------------
DALAM banyak-banyak konsert atau persembahan yang pernah dijayakan oleh penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, persembahan di Esplanade Theatre Singapura minggu lalu barangkali paling menyentuh hatinya.
Masakan tidak, di celah-celah hampir 1,800 penonton yang menyaksikan Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza, terselit seorang peminat yang cukup istimewa buat penghibur itu.
Sifatnya tidak sesempurna jutaan peminat Siti yang lain. Matanya buta, namun dek kerana cinta dan kasihnya pada penghibur kesayangan ramai itu, Zarina tidak mempedulikan kekurangan dirinya untuk hadir memberi sokongan pada Siti.
揗ulanya Siti tidak sedar kehadirannya, hanya selepas menyampaikan tiga buah lagu, Siti nampak kelibatnya yang sedang leka menghayati lagu yang Siti nyanyikan.
揗enyedari itu Zarina, Siti lantas mengundangnya ke pentas, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siti kata akan buat persembahan khas di Malaysia..maybe Mei maybe JUn |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 27-3-2008 08:56 AM
siti kata akan buat persembahan khas di Malaysia..maybe Mei maybe JUn
:pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
fuh... dr smlm lagik aku arap sngt2 ade org ltak lagu sutramaya dlm utube.. Alhamdulillah!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun dah dgr.. best giler |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #253 eddysheddy's post
Hopefully konsep akustik gak laa..pliisss CT..aku dh lame ngidam konsert akustik CT lepas dari studio satu tuh..best sangat..one of my fav show from CT..lagipun sesuai sbg promosi utk album HDH nih..album HDH nih pun very the santai..so konsert pun santai jugaklaa..cume line-up lagu biarlaa best skit dr kat Esplanade tuh..pemilihan lagu ari tuh mcm utk show biase..aku igt ade lagu lame especially dr album PS.. kecewa gak ah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|