|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
Originally posted by Guys at 11-1-2005 10:34 PM:
Yer ke halau?...yg tambah2 mcm langau ni korang bukan? Kenapa emosi sgt padahal jika nak ikutkan post2 korang yg hentam abuya tu bukan kategori mengundang emosi pengikut2 dan para simpati abuya ...
1.message boadr nih pada sesapa yg berdafta dia boleh pos, bukan ARQAM punya.
2.jadi apa2 yg abuya buat tak bleh dipersoalkan?...ermmm...
3. bila saya baca nih, terbukti anda fanatik |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
ASM semua,
memang sesiapapun boleh masuk ke mana-mana thread yg mereka suka..tetapi biarlah mengikut topik yg bersesuaian...sdr sniper dan yg lain-lain tu sudah membuka thread anda sendiri utk memberi soalan-soalan kepada org rufaqa'....jadi eloklah soalan-soalan tersebut diajukan di sana...
saya dan forumners lain memerlukan sedikit privasi di sini, hitspun dah masuk ribuan itu bermakna dah ramai yg masuk ke thread ini utk membaca tarbiah abuya....setiap 1 kuliah yg saya hantar bersamaan dengan 100 hits...alhamdulillah....itu semua menunjukkan terkesannya hati dengan kuliah abuya....
kalaupun sdr bebas utk masuk di mana-mana sahaja, tolonglah hormati perasaan org lain..nak marah kat saya atau org rufaqapun, marahlah kat thread lain..kesian forumners yg tak bersalah, yg akses thread ni....kita hidup ini bermasyarakat....biarlah kita menghormati antara satu sama lain....di alam siberpun kita hidup bermasyarakat juga sebab yg akses siber ini manusia semuanya...manusia seperti sdr yg ada perasaan....bukan kayu, batu dsbnya...
fikirkanlah saranan saya ini....dengan hati yg tenang dan jiwa yg penuh kasih dan sayang..... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
11. Di waktu mendapat nikmat, terasakah di hati ianya sebagai pemberian Allah lalu timbul rasa terima kasih (syukur) pada Allah S.W.T dan rasa takut kalau-kalau ianya tidak dapat digunakan kerana Allah dan berazam untuk menggunakan nikmat itu untuk Allah jua?
12. Kalau kita miskin dapatkah kita rasa bahagia dengan kemiskinan itu dan rasa lapang kerana tidak payah lagi mentadbir nikmat Allah hingga tidak mahu mengadu-ngadu dan meminta pada manusia kecuali pada Allah?
13. Kalau ada orang mencerca kita bolehkah hati kita merasa senang dan tenang lalu kita diamkan sahaja (tanpa sakit dan susah hati dan dendam) bahkan kita maafkan orang itu sambil doakan kebaikan untuknya sebab merasakan orang itu telah memberi pahala pada kita melalui cercaannya itu?
Puisi Imam Syafie bermaksud:
"Apabila seorang yang jahat mencerca aku bertambah tinggi lagi kehormatan aku. Tidak ada yang hina itu kecuali kalau aku yang mencercanya."
14. Begitu juga kalau orang menipu, menganiaya dan mencuri harta kita mampukah kita relakan sahaja atas dasar kita mendapat pahala menanggung kerugian itu?
15. Di waktu kita rasa kita bersalah dengan seseorang, datangkah rasa takutkan kemurkaan Allah pada kita dan sanggupkah kita minta maaf sambil mengaku kesalahan kita?
16. Selepas kita melakukan usaha dan ikhtiar atas kerja-kerja kita adakah dapat kita lupakan usaha kita itu kerana menyerahkan pada Allah atau kita rasa besar dan terpaut dengan usaha kita itu hingga kita rasa se tenang dengan usaha kita itu?
17. Kalau orang lain dapat kesenangan dan dapatkah kita rasa gembira dan turut bersyukur dan harapkan kekalnya nikmat itu bersamanya tanpa dengki dan sakit hati?
18. Setiap kali orang bersalah, lahirkah rasa kasihan padanya, di samping ingin membetulkannya tanpa menghinai dan mengumpatnya?
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi on 13-1-2005 at 10:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
19. Kalau ada orang memuji kita, adakah kita hati sebab itu boleh merosakkan amalan kita dan kita bendung hati dari rasa bangga dan sombong, I mengembalikan pujian pada Allah yang patut r pujian dan yang mengurniakan kemuliaan itu?
20. Bolehkah kita menunjukkan rasa kasih sayang dan ramah tamah dengan semua orang sekalipun orang bawah dari kita?
21. Selamatkah kita dari jahat sangka dan prasangka terhadap orang lain?
22. Kalau kita diturunkan dari jawatan atau kekal hilang, selamatkah kita dari rasa kecewa dan putus asa kerana merasakan pemberian jawatan dan penurunannya ialah kerja Allah? Sebab itu kita redha.
23. Sanggupkah kita bertolak ansur dengan orang waktu orang itu memerlukan apa yang kita juga perlukan. Adakah kita sentiasa puas dan cukup dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa yang tidak ada?
Untuk memberi jawapannya pada semua persoalan-persoalan di atas adalah susah kerana memang susah melakukan amalan-amalan batin, sulit dan rumit. Hingga kerana itu ramai orang yang tidak nampak dan tidak memperdulikannya. Namun bagi mereka yang betul-betul mahu mendekatkan dirinya pada Allah di sinilah perhatian dan minatnya tertuju.
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi on 13-1-2005 at 10:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hafizi at 2005-1-12 07:10 PM:
ASM semua,
memang sesiapapun boleh masuk ke mana-mana thread yg mereka suka..tetapi biarlah mengikut topik yg bersesuaian...sdr sniper dan yg lain-lain tu sudah membuka thread anda sendiri utk m ...
yup tersangatlah betulnya wahai dik hafizi, kat mana2 thread yg ada pasal abuya meskipun hanya kuliah aje...tak sudah2 mrk2 ini semuanya bersikap fanatik mencari kesalahan.
kesian kat adik ni yer, asyik kena ganggu jer dlm usaha nak berdakwah ni...moga2 Allah merahmatimu dik:tq::tq:.. |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan...
4 kategori umat Islam yang beramal dengan Islam ialah:
1. Secara umumnya umat Islam beragama mengikut suasana tempatan atau mengikut environment tempatan. Ertinya Islam secara ikut-ikutan.
Katalah kita berada di satu kampung atau taman yang mana ramai umat Islam di situ sembahyang dan puasa. Kita pun Islam. Kita fikir, "Aku orang Islam. Kalau tak sembahyang, tak kena gaya." Maka kita pun sembahyang tetapi cuma hasil tengok-tengok orang atau dengar-dengar sahaja.
Cuma tambah-tambah sikit bacaan sebab takut Islam kita tak sah. 80% dari hasil melihat-lihat orang. Orang begini beragama mengikut keadaan setempat. Agama semacam ini tidak berdasarkan ilmu. Bila tidak berdasarkan ilmu tentu tidak berdasarkan kefahaman. Bila tidak faham sudah tentu payah untuk dihayati. Kalau tidak dihayati, patutlah ibadah kita tak berbuah.
Dalam satu kampung pun tidak boleh bersatu, tidak boleh sabar, bertolak ansur. Bahkan saling berhasad dengki dan bergaduh kerana agama yang diamalkan berdasarkan keadaan tempatan atau suasana.
2. Golongan kedua beragama kerana warisan ibu ayahnya. Kita pun tak tahu sama ada mak ayahnya beragama itu hasil belajar atau tidak, hasil ikut kuliah atau pesantren. Atas dasar itu, anak-anak yang kerana taat mak ayahnya ikut sembahyang, ikut puasa dan dengar sedikit nasihat emak dan ayahnya. Yang ini rukun Islam yang 5, beres nampaknya. Ini lebih baik sedikit dari yang pertama tadi. Namun begitu, paling tidak 70% tidak berdasarkan ilmu dan kefahaman. Kalau begitu dia tidak boleh dihayati. Islam yang diamalkan tidak lahirkan akhlak mulia. Cara ini untuk lahirkan perpaduan, kasih sayang sesama keluarga pun tidak mampu. Cuma ia lebih baik sedikit dari yang pertama.
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan...
3. Golongan ini orang-orang yang mengamalkan Islam atas dasar dicorak, oleh tempat pengajian seperti di pesantren, sekolah agama, universiti Islam. Kita perlu faham, mengamalkan Islam cara ketiga ini lebih baik dari cara yang pertama dan kedua tetapi tidak cukup. Mengapa?
Mengamalkan Islam hasil pengajian sekolah, pondok itu, matlamatnya untuk timba ilmu. Lebih banyak menghafal. Kalau ada peperiksaan, ia lebih bermaksud untuk lulus periksa. Pendidikannya lemah. Kalau pendidikannya lemah, penghayatannya juga lemah. Sebab itu apakah hasil yang kita lihat?
Apakah boleh berkasih sayang? Satu pondok yang ada 20 ribu orang pelajar, apakah boleh bersatu, boleh berkasih sayang? Apakah terbangun ekonomi, kebudayaan dan kemasyarakatan di situ? Tidak.
Kadang-kadang ada pondok yang kita lihat, di pondok mengaji bab berniaga.Tetapi yang berniaga dekat pondok itu adalah Cina. Rupanya ilmu kita dapat tetapi hasilnya orang kafir dapat. Sebab ilmu kurang dihayati sebab kurang didikan. Hanya memperkatakan ilmu.
Orang yang buat Islam secara ketiga ini akan lahirkan dua puak iaitu kalau dia tak berjuang, dia jadi pasif. Makan minumnya disuap. Kalau dia berjuang, dia jadi militan. Ganas dan bunuh orang. Lagi sekali umat Islam tak dapat apa-apa hasil. Hasil pengajian, umat Islam tidak dapat apa-apa kekuatan, tidak dapat berkat, tidak dapat nikmatnya. Sekadar di pesantren itu pun tidak dapat. Buktinya ekonomi pun tidak dapat. Pengamalan kena jaga. Inilah kategori ketiga orang beragama.
Bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Sambungan....
4. Kategori keemapat, orang yang beragama perlu ada pemimpin. Pemimpin monitor selalu. Bila beragama kena berjemaah berdasarkan sabda Rasululllah, "Wajib kamu berada di dalam jemaah." Rasulullah kata wajib.
Bila berada dalam jemaah, dipimpin oleh pemimpinnya, maka Rasulullah kata, "Adanya jemaah itu rahmat, berpecah itu azab." Tuhan hendak datangkan rahmat atas dasar jemaah atau kelompok. Di pondok bukan jemaah. Sekadar bertemu. Kita kena faham bahawa umat Islam hanya diberkati Tuhan bila mana dia ada jemaah. Jemaahlah yang buat aktiviti ke dalam dan ke luar. Aktiviti ke dalam untuk membangunkan kekuatan ahlinya, aktiviti ke luar adalah seperti berdakwah, berjihad, buat perhubungan, mencetuskan berbagai-bagai keperluan umum dari kekuatan yang telah wujud dalam jemaah.
Golongan yang keempat ini sudah beratus tahun tidak ada. Secara umumnya tidak ada. Sebab itu rahmat Tuhan tidak dapat. Bila Tuhan tidak rahmati maka tidak ada kekuatan. Bila lemah, musuh catur kita. Kita tidak pernah diajar oleh ulama tentang peranan jemaah, peranan pemimpin dan ciri-ciri pemimpin. Padahal bila dapat pemimpin sebenar, kita dapat ayah,ibu, guru, pemimpin dan kawan setia. 5 ciri pada pemimpin sebenar. Tidak ada mak ayah pun tidak apa kalau dapat pemimpin. Tapi hari ini mana ada pemimpin yang ada 5 ciri ini. Bertemu pemimpin sebegini, rasa bahagia. Berpisah rasa rindu. Mana ada. Sebab kita tidak pernah diajarkan ciri-ciri pemimpin dan peranan pemimpin.
Sekarang kita boleh faham mengapa umat Islam hari ini terumbang-ambing. Walaupun dilaungkan 'bersatu', secara rela tidak ada orang buat. Buat kerana terpaksa. Diharapkan fikiran kita dah mula terbuka dan faham mengapa beragama tetapi hasilnya tiada. Beragama itu indah tetapi kita tidak rasa indah. Kita rasa terpaksa. Sebab kita tidak ambil agama itu secara logik, secara faham dan penghayatan.
Ampun maaf..sekian dari Abuya sebagai bahan renungan. |
|
|
|
|
|
|
syafiq96 This user has been deleted
|
Originally posted by Mawar Merah at 13-1-2005 10:45 AM:
yup tersangatlah betulnya wahai dik hafizi, kat mana2 thread yg ada pasal abuya meskipun hanya kuliah aje...tak sudah2 mrk2 ini semuanya bersikap fanatik mencari kesalahan.
kesian kat adik n ...
memang benar kata mawar merah itu....saya harap anda bersabar...:ah:...teruskan paparan kuliah abuya anda.... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Dia akan berusaha tanpa jemu untuk melakukan amalan-amalan batin dan menyuburkannya sepanjang masa dan ketika dengan cara bermujahadah. Dia akan mendidik hatinya itu supaya biasa dan suka dengan amalan batin malah dia sanggup berkorban (mujahadah) untuk itu.
Para ulama berkata:
"Perjuangan itu 10 bahagian. Satu bahagian ialah perjuangan menentang musuh-musuh lahir (orang kafir, munafik, Yahudi dan Nasrani), di waktu-waktu yang tertentu sahaja (bukan sepanjang masa). Manakala sembilan bahagian lagi ialah perjuangan menentang musuh batin (nafsu dan syaitan) yakni sepanjang masa."
Amalan batin memang susah dibandingkan dengan amalan lahir. Tetapi ia pula lebih penting dari yang lain.
Sabda Rasulullah S.A.W:
Bahawasanya Allah tidak memandang akan rupa dan harta kamu, tetapi memandang hati dan amalan kamu."
(Riwayat Muslim)
Dan Allah berfirman:
"Allah tidak mengubah nasib kamu hingga kamu mengubah apa yang ada dalam diri kamu (hati kamu)." (Ar Raad:11)
Kalau hati kita jahat, Allah tidak akan bantu kita. Kalau hati kita busuk Allah langsung tidak pandang kita. Begitu keutamaan amalan batin. Tiap umat Islam wajib melakukannya. Kalau kita cuai ertinya sepanjang hidup kita ini, kita berada dalam dosa. Dosa-batin yang tidak kita sedari.
Marilah kita bersihkan dosa lahir dan batin kita. Mari bermujahadah untuk itu. Allah merestui kita:
"Barang siapa yang bermujahadah kepada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan Kami itu. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang berbuat baik."
(Al Ankabut: 69)
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi on 14-1-2005 at 08:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
BAB 4
CARA-CARA MENDAPATKAN AMALAN BATIN
Setelah kita tahu erti dan maksud amalan kerohanian marilah kita mempelajari cara-cara mendapat hakikat. Mudah-mudahan dengan mengetahuinya akan sama-sama beramal dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Untuk mendapatkan hakikat (amalan batin) kita melatih roh kita supaya taat pada Allah. Jasad batin (roh) semasa masih di alam roh lagi, yakni sebelum di masukkan| dalam sangkarnya (jasad lahir) memang sudah kenal dan taat pada-Nya. Ini diceritakan Allah dalam firman-Nya :
Maksudnya:
"Allah akan bertanya pada roh, bukankah Aku Tuhanmu. Roh menjawab:"Ya benar, Kamulah Tuhan kami.
(Al Araaf:172)
Roh-roh kita sebelum masuk ke badan kita sudah kenal Allah, malah sudah mempersaksikan ketuhanan Allah dan sudah mengaku kehambaan pada Allah. Tetapi bila dilahirkan ke dunia, roh dikurung dalam jasad lahir bersama-sama musuhnya nafsu dan syaitan. Tentang nafsu Allah berfirman:
"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan."
(Yusuf: 53)
Dan Nabi pula bersabda yang bermaksud:
"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau."
Manakala tentang syaitan Allah berfirman :
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang sangat nyata."
(Yusuf:5)
Berhadapan dengan dua musuh batin ini, roh kita jadi lemah (rosak atau hilang rasa kehambaan) walaupun dia sudah kenal Allah, tahu wujud dan Maha Perkasanya Allah, tetapi dia (roh) tidak boleh mentaati perintah Allah.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Bujukan dan tarikan syaitan dan nafsu lebih kuat dan berpengaruh. Roh kita sudah derhaka pada Tuhan, seakan-akan sudah tidak kenal Tuhan. Roh kita terbelenggu dalam jasad, dikongkong oleh nafsu dan syaitan itu. Roh kita sudah tidak takut dan tidak malu lagi pada Tuhan. Roh kita rindu dan tidak cinta lagi pada Tuhan, tidak merasa hina dan rendah diri tetapi menjadi bersifat ketuanan.
Roh kita sudah sombong, degil, hasad, tamak, men-dendam, bakhil, gila dunia, kuat makan, kaki tidur dan lain-lain seumpamanya yang merupai kehendak nafsu yang terkutuk itu. Roh kita sudah dikuasai oleh jasad lahir yang beku ini (bersifat seperti tanah kerana dicipta dari tanah) hingga roh tidak bebas untuk membawa jasadnya keluar dari sangkarnya.
Umpama burung, roh terkurung dalam sangkar kerana sangkar itu kuat maka burung terpaksa berkurung di dalamnya sempit dan menyeksakan. Sebaliknya kalau burung lebih kuat dari sangkar, burung akan pecahkan sangkar dan dapat terbang bebas ke seluruh alam.
Demikian kalau roh kita lebih kuat dari nafsu dan syaitan, roh dapat menundukkan nafsu dan syaitan . Waktu itu bukan jasad lahir lagi yang menguasai roh tetapi roh yang menguasai jasad lahir.
Roh akan bebas melakukan kehendaknya mentaati perintah Allah SWT. Roh akan terbang bebas ke mana-mana dan dapat mengesan perkara-perkara ghaib. Inilah yang berlaku pada roh para nabi, rasul dan wali-wali Allah. Roh mereka tidak lagi dibelenggu dalam jasad lahir oleh nafsu dan syaitan tetapi sudah bebas, sudah dapat menundukkan nafsu dan syaitan di bawah kehendaknya, sudah melihat alam rohani, malakut dan alam jin. Jasad lahir tidak bererti apa-apa lagi kerana sudah diperalatkan oleh roh untuk menyembah Allah sepanjang masa.
Berbeza dengan jasad lahir, roh bukan dibuat daripada tanah tetapi dari nur (cahaya) yang berupa |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Untuk meningkat ke darjat yang mulia itu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh berjuang dan berkorban. Siapa sahaja boleh berjaya kalau dia dapat memenuhi syarat dan cara yang telah ditetapkan iaitu dengan mendidik roh kita kembali mengenal dan menyintai Allah SWT. Caranya ialah mujahadah (berperang) dengan nafsu dan syaitan. Allah berfirman:
"Wahai orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu dalam barisan perjuangan dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan."
(Ali Imran: 200)
Antara nafsu yang mesti diperangi ialah sifat mementingkan diri sendiri, tamak, gila dunia, kedudukan dan kehormatan diri. Itu semua ialah penghalang yang cukup kuat untuk kita mendapat hakikat (amalan batin) juga sebagai hijab yang menghalang kita dari mendapat sifat kerohanian sebab ia merasakan diri sebagai tuan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Supaya diyakini, saya petik di sini satu kisah benar pengalaman seorang wali bernama Yazid Bustami:
Suatu hari datang pada Yazid Bustami seorang temannya untuk mengadu:
"Saya telah berpuasa setiap hari dan bersembahyang setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperolehi keringanan batin seperti yang engkau ceritakan."
Yazid Bustami pun memintas,"Kalaupun engkau bersembahyang dan berpuasa selama 300 tahun, engkau pasti tidak dapat menemukan itu."
"Kenapa?"Tanya temannya. Jawab Yazid,"Sifatmu yang mementingkan diri sendiri dan tamak menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah." Teman itu lantas bertanya |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Begitulah pentingnya mujahadatunnatsi kepada siapa sahaja yang ingin meningkatkan kerohaniannya sebab selagi nafsu itu tidak dipatahkan selama itu roh tidak akan suci dan bersih. Dan kalau roh tidak bersih, Allah tidak akan memasukkan taufik ke dalam hati yang kotor. Sĕbab itu benda yang berharga Allah akan letak di tempat yang mulia.
Roh umpama wadah. Kalau ia kotor taufik tidak akan masuk. Kalau tiada taufik, roh kita akan terhijab dan kita tidak akan dapat meningkatkan kerohanian (amalan batin) ke taraf kerohanian yang tinggi dan tanpa kerohanian, hati (roh) tidak akan selamat dari penyakit-penyakit mazmumah.
Firman Allah:
"Hari kiamat ialah hari di mana anak dan harta tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati selamat sejahtera."
(Asy Syuaraa : 88-89)
Amalan lahir seperti sembahyang, puasa walaupun dilakukan sepanjang hari dan setiap malam sembahyang tahajud (seperti cerita di atas), berjihad, berkorban, belajar, menutup aurat dan lain-lain tidak menjamin selamatnya hati.
bersambung |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Apa yang menjamin selamatnya hati ialah "mujahadatunnafsi". Ini ialah amalan batin yang wajib kita lakukan.
Satu hari di dalam kuliahnya, seorang ulama' sufi, Bisyulhafi bercerita kepada muridnya bahawa, "Beristeri ramai itu tidak menafikan zuhud."
Salah seorang muridnya yang mengetahui bahawa gurunya tidak pernah berkahwin, lalu bertanya:
"Tuan, kalau begitu kenapa tuan tidak kahwin? Bukankah menyalahi sunnah?"
Bisyulhati pun menjawab, "Aku tidak sempat melakukan sunnah itu kerana sibuk. Sibuk melakukan perkara yang lebih fardhu yang belum selesai iaitu mujahadatunnafsi."
Begitu pandangan ahli sufi tentang pentingnya mujahadatunnafsi. Mereka tidak pernah rehat memerhatikan perjalanan nafsu dan syaitan, supaya nafsu dan syaitan itu sentiasa dapat diperangi dan dikalahkan untuk menghambakan diri pada Allah SWT.
Dan kita, kalau mahu berjumpa Allah dengan selamat, itulah juga jalannya. Tanpa jalan ini, kita dapat juga berjumpa Allah (kerana kita semua akan mati) tetapi dalam keadaan susah payah dan hina dina (waliyazubillah).
Jalan keselamatan itu ialah melakukan mujahadatunnafsi. Kita mesti bermujahadah atas semua mazmumah (Penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Penyakit hati ini ialah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin yang saya bahagikan pada dua iaitu:
1Penyakit hati terhadap Allah.
2.Penyakit hati terhadap manusia.
Antara penyakit hati kepada Allah:
|
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Manakala penyakit hati (mazmumah) terhadap manusia:
|
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Topik: BAGAIMANA MEMBANGUNKAN BANGSA DENGAN ISLAM
Basmalah
Tuhan dengan ajaran Nya, terkenal dengan ajaran Islam, bukan sahaja mengenal hukum hakam, bukan saja mengajar fardhu ain, bukan sahaja Tuhan ajar bagaimana kita hendak beribadah dan menyembah Nya, bahkan Tuhan juga ajar umat Islam bagaimana hendak jadi satu bangsa yang kuat dan berdaulat. Bukan sahaja berdaulat tetapi boleh mencatur dunia dengan ajaran Tuhan hingga bukan sahaja umat Islam dapat manfaat tetapi orang bukan Islam pun dapat manfaat di dunia ini. Kaiau begitu ajaran Islam itu sangat indah dan hebat, selamat dan menyelamatkan.
Selama ini kita banyak belajar tentang Islam berkait dengan ibadah, fadha抜lul amal, fardu ain dan sedikit fardhu kifayah. Tapi jarang diajarkan bagaimana hendak bangunkan satu bangsa yang berkasih sayang yang bersatu padu, yang boleh rasa bersama, bekerjasama. boleb berdaulat dan menjadi empayar. Amat jarang. Hari ini, tajuk inilah yang Abuya hendak ulas.
Ada janji Tuhan, Islam akan jadi kuasa dunia sekali lagi bemula dari Timur. Sebenarnya sejak umat Islam dijajah, tidak kira apa bangsanya, samada Arab, Melayu, Pakistan atau Turki, selepas merdeka, mereka ingin kuat dan jadi satu bangsa yang berdaulat. Kalau tidak boleh catur dunia pun, setidak-tidaknya boleh berdiri sendiri. Tetapi kaedah dan formulanya tidak nierujuk pada Tuhan atau pada ajaran Islam, Mereka merujuk kepada ajaran Barat sedangkan mereka adalah Islam. Rasulullah saw adalah contoh segala hal.
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
| |
|