Post time 4-4-2019 09:52 AMFrom the mobile phone|Show all posts
umbut replied at 4-4-2019 08:54 AM
Nek.. citer ler yg lost city tu. Kota gelanngi. X sangka nek aktif panjat panjat gunung. Keja gome ...
Helooo ni tered orang hilang bukan kota hilang
Kang mak nora korang halau acik menceceh kat sini
Kota gelanggi ni sangat misteri geng utan (zaman acik la, geng utan zaman skang acik taktau maybe dah advance keberanian dorang) tak berani nak teroka sgt. Paling2 pun setakat area gunung ledang which is sipi2 kota je and area hutan simpan endau rompin. Now sebab tu lah endau rompin tu selain terkenal dgn sumatran rhino and malayan tiger (skali lagi ni zaman 90an, the latest is malayan tiger pun nak pupus dah tinggal average dlm 200 ekor je kat dlm utan tu), endau rompin sangat terkenal dgn Big foot. Foreign hikers pun ramai yg pegi situ sbb nak tgk big foot
OA kat situ dari kampung peta. Menurut dorang, Big foot ni memang malu nak tunjuk muka, kalau nampak pun sekilas je dah hilang. Tinggi dorang setinggi pokok yg tinggi kat utan tu. Tapak kaki memang besar manusia normal boleh melunjur kaki kalau kita duduk dlm lopak tapak kaki dorang
And big foot ni penampakan dorang lebih berupa seperti binatang.
Streams and rapids kat utan endau rompin ni ya Allah cantiknyaaaaaaaaa nak2 yg jauh2 ke dalam belantara tu.
Ada satu area kat sungai ni namanya tasik biru. Taktau nak ckp cantiknye mcmana. Dlm sebatang sungai yg separas lutut yg penuh dgn batu2 sungai yg tumpul sebagai lantai, tiba2 ada kolam besar yg airnye sangat jenih kaler biru muda. Kita boleh selam2 kat situ and org boleh nampak kita dgn jelas dari daratan. Bayang kan kejernihan air tasik biru. Kecik je tasik biru tu tak ler luas mcm tasik betul pun.
Acik ada gambo berenang2 kat situ tapi malas nak korek sbb gambo lama zaman gonjeng
Korang boleh Google je tasik biru endau rompin ni kot2 skang ni air dah tukar kaler ke apa acik taktau eh
OK endau rompin tu hanya ujong2 jiran kota gelanggi.
Acik tak paham kenapa kerajaan msia tutup mulut pasal kota gelanggi ni. Msian researcher yg gigih buat findings pasal kota gelanggi pun dok kat Australia sana and dia mcm frustrated sbb kerajaan taknak bagi kerja sama. Tak silap acik skang ni ada kampeni spore yg jaga hutan kota gelanggi ni. Misteri kan
Post time 4-4-2019 11:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
becir replied at 3-4-2019 11:05 PM
Mungkin juga..sebelum dia hilang tu, I Ada baca interview dia dlm satu magazine..dia ceta family d ...
Susah juga kalau x communicatw dgn each other...
Dahla karya dia sgt awesome..
Syg sgt hilang mcm tu je..
Tp itulah xda exact fact knp dia hilang n just tglkn kereta sbg tanda
mysterious disappearance ni ada di mana2.
since couple of years, aku suka study bab nih.
aku selalu dengar video David Paulides and George Knapp.
video ni contoh kes2 yang termasuk dalam buku Missing 411.
aku baru abis berdebat dengan orang kapir bodo di fesbuk.
bagi soalan provoke,
kenapa org melayu asyik tuduh jin sorok manosia hilang di hutan.
bukan main recist dia punya soalan.
dia tak tahu jin pun main sorok2 mat saleh di US nun.
dia sendiri yang ignorant bodoh sombong, banyak bunyi pulak.
kalau kes org hilang kat hutan benda aku selalu fikir mula2 sama ada sesat, jatuh n tak sedarkan diri. pastu baru fikir dari sudut mistik. tapi kalau udah hutan/bukit pun idok ler macam hutan simpan which is mustahil gila x jumpa kalau orang cari, memang yela tu benda lain simpan. benda2 ghaib kan wujud, bukannya mitos.
Post time 4-4-2019 01:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sbb tu masuk hutan, laut atau tempat kita tak familiar kne jaga tingkah laku..pernah kne marah sbb main torchlight dlm hutan time camping waktu sekolah dulu..ingat smpi sekarang..
rasanya ada baca reporter tulis, beberapa hari sebelum hilang si azimah ni ada tnya mcmana cara nk kawin ngan org arab ke gitu la.. x ingat detail la..
yg paling terkesan masa keypo bdk2 dlu kes song sheng yg hilang depan sekolah taman rashna.. sbb ms dlu xde sangat kes culik budak2..so yg tu memang dpt liputan la..siap MCA tolong apa semua.. tp smpi skg pun xjumpa.. kalau nk caba cite meh keypo tepek hasil gugel
Tin Song Sheng ialah seorang kanak-kanak Cina yang dilaporkan hilang pada Jumaat, 12 Januari 1996 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Taman Rasah di Shah Alam, Selangor. Beliau dilaporkan hilang semasa sedang menunggu bas di perkarangan sekolah utuk pulang ke rumahnya.
Pada 12 Januari 1996, Tin Song Sheng dilaporkan hilang ketika menunggu bas di perhentian bas di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumahnya. Beliau yang kali terakhir dilihat meninggalkan perkarangan sekolah bersama seorang wanita Cina pertengahan usia, ketika itu, Song Sheng dan kanak-kanak lain sebayanya baru sahaja memulakan minggu kedua persekolahan.
Terdapat dakwaan mengatakan beliau dilarikan sindiket lalu dijadikan pengemis di Thailand. Ibu bapa Song Sheng, Gan Kim Choo dan Tin Kuwi Diun telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian, dan telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Song Sheng, termasuk menggunakan khidmat 80 orang bomoh, namun semuanya hampa.
Pencarian dan publisiti seluruh negara dipelopori oleh Pengerusi MCA, Datuk Michael Chong, yang mendapat bantuan daripada media, pertubuhan bukan kerajaan, dan orang asli untuk mencari Tin di dalam hutan. Chong mendapat pihak berkuasa sempadan Thai untuk mencari kanak-kanak itu. Pos Malaysia mengedarkan ribuan poster Tin kepada orang ramai
kalau hizairi othman ni masih menulis, mesti karya dia hebat2 lagi skg.. sbb sbg penulis muda pun dah hebat orgnya.. ms dia hilang tu dia masih tgh buat phd kalau xsilap..
Madeleine Beth McCann disappeared on the evening of 3 May 2007 from her bed in a holiday apartment in Praia da Luz, a resort in the Algarve region of Portugal, sparking what one newspaper called "the most heavily reported missing-person case in modern history". Her whereabouts remain unknown
Mula dulu orang cari seantero area resort kat Portugal tu khen, pastu pulis suspect mungkin mak pak dia ada sembunyi sesuatu. Sampai sudah tak jumpa budaknya. Sesiapa/entiti apa pun yang melarikan/bunuh budak ni kira cekap la, hilang without a trace gituwh
Side discussion - iols suka gak bab2 otak criminals ni. Kalau guna acid, memang boleh hancur segala ke badan+tulang temulang manusia eh? Acid jenis apa? Kalau tengok muvie, acid ni bukan la benda yang ko pegi Giant and senang2 bayar kat cashier. Kalau beli tu kiranya boleh ditrace balik la ke pembelinya
Btw cite budak si Madeline ni ada kat Netflix rasanya sekarang. I jenis kena ada mood nak tengok cite2 camni. Sesiapa dah tengok sila comment
Natalee Ann Holloway was an American woman whose disappearance made international news after she vanished on May 30, 2005, while on a high school graduation trip to Aruba in the Caribbean. Holloway lived in Mountain Brook, Alabama, and graduated from Mountain Brook High School on May 24, 2005, shortly before the trip
High school graduation party rupanya, dunno why dalam otak dok ingat spring break. Ni pun satu pulau tu diaorang dok cari remaja ni. Asal kokesen + female + attractive memang demey put in extra effort la nak mencarinya. Sekali lagi sesiapa/entiti apa pun yang melarikan/bunuh remaja ni berjaya lenyapkan dia begitu sajork. Pulis ada tahan few juga suspects - locals pastu tak sure ada tak rakan si Natalee ni kena cekup gak
Ni bukan case missing person ke apa but saja add sebab mysterious angad
The body of Elisa Lam, also known by her Cantonese name, Lam Ho Yi, a Canadian student at the University of British Columbia in Vancouver, was recovered from a water tank atop the Cecil Hotel in Downtown Los Angeles on February 19, 2013. She had been reported missing at the beginning of the month
Terjumpa case ni dari article Buzzfeed. Case dia lebih kurang minah ni check in kat LA hotel yang memang ada sejarah angker. Kat lobby ngan lift hotel tu CCTV terakam macam minah ni kena sampuk. Either that or schizo kot. Last2 jumpa dalam tangki air sebab hotel guests yang lain report air nya rasa pelik bebeno Set demey kan minum air direct dari sink tak tapis2. Air bancuhan mayat gituwh. Yang extra pelik case ni adalah bila rakaman cctv tu last sesiapa nampak si mendiang, last2 jumpa dalam tangki tu tapi tangki tertutup elok. Tengah type tengahari buta ni pun meremang bulu dada bila pikir
Ni pulak modus operandi remaja bermasalah saikosis sangat bunuh parents sendiri
Jennifer Pan is a Vietnamese-Canadian woman of Chinese descent convicted of a 2010 kill-for-hire attack targeting both of her immigrant parents, in response to alleged severely abusive "tiger parenting" by her parents into her mid-20s
Ni je case yang I ingat untuk gali balik but before this pun memang ada 2, 3 case plotline lebih kurang je. Berlakon kena rompak/samun, last2 rupanya ko yang hire perompak penyamun tu semua.
kes anak2 org asli yg hilang tu kesian kan.. sbb takut kena marah, diorg lari dari sekolah..
Kisah sebenar tragedi kehilangan murid Orang Asli SK Tohoi
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi ke sungai berdekatan pada pukul 1 tengah hari dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.
Warden itu kemudiannya telah memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.
"Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," katanya ketika taklimat pada Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
Hadir sama Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kelantan (PENAWAR) Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata pada pukul 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos pula warden telah membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama telah melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari murid-murid berkenaan.
"Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).
MESTI BACA: Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang
Beliau berkata rancangan murid-murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah tersebut diketahui hasil temu bual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.