|
Reply #2419 greyrose's post
meriah sempena deepavali kut
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2420 ally123's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2421 greyrose's post
esok pagi makcik satu family datang breakfast sempena hari raya...nie pun baru lepas masak, buat nasi dagang.
grey buat apa esok? |
|
|
|
|
|
|
|
ok la sahabat2 semua.....
kak yang dah nak balik.....
jumpa lagi....
assalamualaikum..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2422 kazz's post
yang baju merah pun grey dah buat avatar
cuma tak masuk sini je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2421 ally123's post
belum ada plan
mgkn last minute tukar
cadang nak lepak kat rumah je
wow ally masak nasi dagang |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi jadi rebutan dua perempuan!
Oleh: Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 7 NOV 2007: Tidak cukup dengan cerita sensasi bersama bekas tunangnya, Ina Naim, diikuti gosip pancing ikan bersama Diana Rafar serta hubungan rapat dengan pelakon Ikin, penyanyi terkenal Mawi kembali menjadi perhatian pihak media.
Terbaru, Mawi `terjebak' pula dengan konflik menjadi rebutan antara dua perempuan yang hanya dikenali sebagai Aida dan Zulaikha. Kejadian berlaku selepas Mawi pulang dari Kaherah, Mesir.
Menjelaskan perkara itu Mawi berkata: "Mawi sebenarnya keliru. Mawi lebih sukakan Aida dan hanya menganggap Zulaikha macam adik angkat. Dari segi sikap dan personaliti, kedua-dua gadis itu memang berbeza."
Tentunya pengakuan Mawi itu membuatkan ramai peminatnya tersentak. Siapa sebenarnya Aida dan siapa pula Zulaikha? Kenapa tiba-tiba nama mereka tiba-tiba muncul dalam hidup Mawi?
Sebenarnya, kenyataan Mawi itu adalah sebagai mengulas kandungan novel Mawi: Kian karya Meor Shariman dan Khairul Aswad Ramly yang baru dilancarkan di Wisma KRU, Jalan Jelatek, petang tadi.
Mawi: Kian sudah berada di pasaran sejak 26 Ogos lalu bersempena tarikh lahir penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Kota Tinggi, Johor itu.
Mawi akui dia terlebih dulu diberikan sinopsis novel berkenaan sebelum menyatakan sebarang persetujuan.
"Memang nama Mawi sengaja dipakai dalam cerita novel ini tapi ia tidak ada kaitan langsung dengan kisah hidup saya. Saya akui tersentuh apabila membaca ceritanya. Mawi: Kian adalah berkaitan dengan cinta, pengorbanan kepada orang tersayang," katanya pada majlis itu.
Novel Mawi: Kian berharga RM15.90 seunit, setakat ini sudah berjaya dijual sebanyak 5,000 unit sejak ia mula dipasarkan, Ogos lalu. Ia juga sudah sudah disalin cetak untuk 3,000 unit lagi.
Sementara itu, Ketua Penerbitan KRU Media, Hazel Jasni, berkata empat lagi sambungan novel berkenaan akan menyusul sehingga tahun depan.
"Keempat-empat novel itu nanti adalah kesinambungan daripada edisi yang pertama ini dan insyaAllah, kalau ada rezeki, novel ini mungkin akan difilemkan pula.
"Sebenarnya, penglibatan Mawi dalam penghasilan siri novel ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada beliau mengenai cabang perniagaan selain menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat kita," jelas Hazel
-murai.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
drpd murai.com.my
komen aku: <awat tajuk artikel2 murai ni mcm tahap2 bacaria jer huh?>
Mawi diculik orang bunian?
Oleh: Murai Batu
KETIKA ini, ramai umat Islam di Malaysia masih sibuk memenuhi undangan rumah terbuka bersama sanak saudara dan sahabat handai. Begitu juga Murai Batu yang dah berjalan merata tempat hingga sudah kehabisan baju raya untuk dipakai, walhal tahun ini saja Murai Batu bersedia dengan tujuh pasang baju.
Dalam keseronokan kunjung mengunjung itu, Murai Batu berjumpa seorang kawan lama. Tiba-tiba terdengar pula cerita baru yang mengejutkan. Kebetulan dia ni adalah peminat setia penyanyi lagu Kian, siapa lagi kalau bukan Si Mawi tu.
Katanya dalam mata terbeliak, Mawi kena culik, baru-baru ini! Tapi cerita itu tidak tersebar luas. Apa... kena culik? Siapa yang culik Mawi? Berapa pampasannya?
Selepas bercerita lebih lanjut, barulah Murai Batu menarik nafas lega. Rasa nak bagi satu penampar kat pipi gebu kawan Murai Batu pun ada sebab cerita Mawi kena culik itu sebenarnya berlaku dalam filem pertamanya, Aduh Saliha arahan M Nasir! Memang pekena betul...
Kata kawan Murai Batu itu lagi, dalam Aduh Saliha, Mawi diculik oleh makhluk halus atau lebih tepat lagi disebut orang bunian. Lucunya, orang bunian yang menculik Mawi itu sebenarnya keliru kerana wajah Mawi menyerupai seseorang. Hai, banyak pula klon Mawi, sesuai benarlah masuk pertandingan M-Klon yang kawan-kawan Murai Batu tengah anjurkan di laman web ini sekarang!
Alkisahnya, ketika insiden inilah Mawi jatuh cinta dengan seorang gadis jelita kampung berkenaan. Saliha lah tu!
Amboi, dramatiknya... Jadi sama-samalah kita tunggu filem Aduh Saliha apabila ia siap nanti. Sama ada meletup atau tidak, terserahlah kepada anda penonton semua.
Murai Batu: Baru aje lepas tengok filem P Ramlee, Sumpah Orang Minyak, juga pasal orang bunian.
---------------------------------------------------------------------------
[ Last edited by mendonan at 8-11-2007 06:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2426 mendonan's post
tajukkkk.... dahsat
thanks mendonan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2431 vinaena86's post
ena........... |
|
|
|
|
|
|
|
gadis manis yg menghiburkan |
|
|
|
|
|
|
|
ya niy
i'm here |
|
|
|
|
|
|
|
Pua tgh bz main bowling pokok kelapak |
|
|
|
|
|
|
| |
|