CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 8-8-2017 05:45 PM | Show all posts
dammerung replied at 3-5-2017 03:50 PM
hi semua.

Sebab kenapa ending dia macam tu ialah lepas tu Rohani (bukan nama sebenar) dah mengaru ...

perghh... layan betul cerita2 mistik bro. olahan bahasa bro membuatkan pembaca2 berdebar-debar, ditambahkan pulak dengan klimaks untuk setiap bahagian. Horror Stories by Tunku Halim bagi aku biasa2 aje. Takde la seram sangat, takdelah rasa tak boleh tidur. At least lepas baca, aku bagi terus kat member aku masa kat Schlining tempohari...sambil lepak kat so called spooky graveyard ww1.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 11:41 AM | Show all posts
We want more! We want more!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 10:45 PM | Show all posts
emm..belum ada sambungan..
ok..jalan jalan bod lain dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2017 03:48 PM | Show all posts
dammerung replied at 7-1-2016 03:57 PM
tiga entry dalam 1 hari. Ini kira rekod bagi aku. Non-stop aku dengar mp3 cerita hantu. Muak dah.

...

Thank you...mmg best especially utk cerita pendek Bahau tu. kalau ada keluar buku, bgtau lah yeak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2017 04:11 PM | Show all posts
zennaya replied at 12-1-2016 10:00 PM
apa jenis makhluk mat sentul tu? cara dia bercakap mcm manusia normal,tapi bukan. selamba aje, tapi  ...

nasib baik baca masa hari terang
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2017 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya khatam juga baca cerita2 TT. Thanks TT untuk cerita2 yang sgt lahhhhhhh best! Keep on writing. Nanti kalau buku dah launch pls let us know ye. I salah sorang yang akan beli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2017 07:21 PM | Show all posts
yeaa.. tq damm.. xsabar tggu sambungan kes pak jali raba ank org
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita-cerita Damm memang berhantu.  Dah baca berkali-kali pun masih berdebar jantung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2017 05:02 PM | Show all posts
kesian kat Ali dan polis..
lama duk tunggu Pak Jali jemput masuk rumah
apa kesudahan cerita ni..
adakah spekuan ku itu betul
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm lawak la pulak Pak Jali ni.. aku bayangkan pelakon watak ni Jalil Hamid
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 07:09 PM | Show all posts
Bang damm saya menanti dari detik ke detik, please sambung . Terseksa menunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2017 01:58 PM | Show all posts
Pondok Tol Nombor 1 (Bahagian II)

"Tunggu sini" Kata pegawai polis kepada Ali yang turut nak menyibuk sama berdepan dengan Pak Jali.

Ali melihat anggota polis menaiki tangga batu rumah banglo baru Pak Jali. Tangan Ali di antara pegang dan lepas pembuka pintu kereta. Memang dah tak boleh tahan perasaan ingin tahunya. Entah macam mana, Ali buka pintu dan segera menyertai anggota polis di muka pintu rumah jirannya itu.

Terkejut polis itu melihat dia tiba-tiba terpacul di belakangnya.

"Kan aku cakap tunggu dalam kete!"

Ali tak menjawab. Pergi mampuslah, yang penting dia nak pastikan bahawa depan matanya sekarang adalah benar-benar Pak Jali.

"Pak Jali, kat tol ade-" Beria-ria Ali cuba terangkan kejadian di tempat kerja, macam anggota polis disebelah tak wujud dibuatnya.

"Iye aku tau. Tunggu sini kejap nak bersiap" Pak Jali memotong kata-kata Ali yang busybody tak tentu pasal dan kembali ke dalam rumah tanpa menjemput mereka masuk.

"Ko cakap tadi rumah dekat sini kan?" Tanya anggota polis yang jelas bengang dengan Ali.

"Ha'ah tuuu" Balas Ali sambil muncung bibirnya menunjuk kearah sebuah rumah bertentangan dengan rumah Pak Jali.

"Dah pergi balek"

Alaaah. Apasal pula kena balik. Ali tak puas hati. Dia nak menyaksikan situasi pelik ini sehingga selesai.

"Tapi encik, motor saye tinggal kat tol tu" Ali cuba memujuk.

"Aku cakap pergi balek. Besok pagi pergi ambil moto" Polis itu masih bertegas menyuruh Ali pulang ke rumah.

"Nanti supervisor saye marah encik. Dah la hari first saye keje" Ali masih tak putus asa. Sengaja dia bangkitkan isu kerja padahal kalau ikutkan bukan masalah besar pun. Cuma mungkin Salbiah agak kelam-kabut nak cover dua tol sementara Ali temankan polis ke rumah Pak Jali.

Polis mengeluh.

"Ha ok. Tapi lepas ni bile sampai kat tol tu balek, aku nak ko telepon boss suruh datang tol tu malam ni juga" Garang betul encik polis ni.

Lebih kurang 10 minit, Pak Jali keluar ditemani isterinya. Bagi salam lebih kurang pada isteri Pak Jali di muka pintu, ketiga-tiga mereka kembali ke komplek tol tersebut. Sepanjang perjalanan, Pak Jali tak bersuara langsung. Walaupun hubungan mereka selama ini mesra, keseriusan wajah Pak Jali ketika itu membuatkan Ali tak berani nak menegur.

Tiba di tol, Ali tengok dah ramai pula orang. Kebanyakkannya mat-mat motor kampung yang baru pulang dari merempit di highway baru.

Keluar dari perut kereta, Ali dah terdengar sayup-sayup jeritan "Aku nakkk balekkk"

Pak Jali mengikut polis dari belakang sebelum disambut oleh seorang lagi anggota polis yang tunggu di tol sementara rakan setugas menjemput Pak Jali di rumah.

"Pakcik buang barang tak betul, tengok ape dah jadi!" Marah polis yang standby di tol tanpa sebarang salam atau pembuka kata.

Ali tengok Pak Jali mengangguk-angguk aja, kemudian terus ke pondok tol nombor 1. Ali mengekor dari belakang tapi ditahan oleh polis.

"Aku cakap ape tadi?"

"Errr.."

"Ko pergi tepon supervisor sekarang!"

Bengang. Terpaksalah Ali meninggalkan tapak kejadian yang tengah hangat tersebut dan menuju ke pejabat. Keadaan di tol semakin meriah dengan jeritan penonton-penonton "haa dia nak terbang dah wei, woi woi dia nak keluar woi".

Dah lah nak tunggu supervisor angkat telefon punyalah seksa, dah angkat kena maki pula kerana telefon tengah-tengah malam buta. Supervisor pun satu hal, pemalas nak mampos. Sepatutnya supervisor kena lah ada tapi malas punya pasal pergi 'outsourced' kerja dia ke jurutol bertugas. Lagipun ingat suka-suka ke telefon malam-malam buta?

"Polis suruh Bang Usop datang ofis sekarang ni jugak"

"Polis? Apesal plak polis?"

"Bang Usop datang je lah, saye dah kena panggil polis ni" Ali malas nak terang panjang-panjang, terus letak telefon dan bergegas ke pondok tol.

Kawasan sekitar tol terang-benderang. Beberapa lori yang mahu guna jalan kampung Ali turut serta menyaksikan drama yang sedang berlangsung di komplek tol sambil menyalakan lampu-lampu kenderaan masing-masing.

Beberapa mat rempit dilihat mengepung pondok tol. Salah seorang dari mereka bergegas ke motor berdekatan Ali berdiri lalu mencapai helmet.

"Bismillahirahmanirrahim...fuh fuh fuh" Tapak tangan dihembus tiga kali oleh pemuda tersebut kemudian di tepuk-tepuk pada helmet yang siap tersarung di kepala. Mat rempit itu menyertai rakan-rakan lain mengepung pondok tol.

"Ape citer plak neeh" Kata Ali sendirian.

Tubuh Pak Jali rapat ke dinding pondok tol. Dari posisi Pak Jali seperti cuba menggapai sesuatu dalam pondok tol melalui lubang tiket. Apa pun yang Pak Jali cuba lakukan jelas tak berjaya kerana riak hampa di wajah sewaktu mengeluarkan tangannya dari lubang. Jiran Ali itu kemudiannya berbincang sesuatu dengan kedua anggota polis.

"Dah! dah! tak payah kepung, tak payah kepung woi!!" Jerit anggota-anggota polis menyuraikan mat-mat rempit yang dah siap berpelukan bahu keliling pondok tol.

"Korang kepung lagi bende tu tak nak keluar!" Kata anggota polis itu lagi.

Semua berundur dan berkumpul di bahu jalan. Bau rokok menyengat keras di hidung walaupun di kawasan terbuka. Semua di sana menyaksikan dengan penuh minat dengan rokok terkepit di jari, menantikan kesudahan, apa yang boleh dikatakan kejadian paling menarik pernah terjadi dalam sejarah kampung Ali.

Pak Jali berkata-kata dengan makhluk dalam pondok tol. Ali tak dengar butirnya kerana jauh. Polis dengan bantuan pengawal keselamatan, Ebon dan Spend membuat perimeter sekeliling pondok tol.


Sebagai seorang kakitangan tol, Ali dibenarkan berada di dalam perimeter, lebih dekat dengan pondok tol nombor 1. Dia melihat dengan jelas bagaimana Pak Jali menarik keluar dengan perlahan kain telekung putih keluar dari lubang tiket. Sebaik kain tersebut berjaya dikeluarkan, apa yang pada mulanya hanyalah kain telekung milik Salbiah, mula mengembang dan terbentuk seperti orang memakai telekung dalam posisi merangkak. Tangan berbalut kain putih memegang pergelangan tangan Pak Jali.


Penonton mula tak senang duduk dan kudrat 4 orang yang mengawal keadaan tidak berjaya menahan mat-mat rempit dan pemandu serta kelindan lori-lori mendekati Pak Jali untuk pandangan lebih jelas.


"Tepi!, tepi!, tolong bagi ruang! Jangan pegang!" Jerit Pak Jali berkali-kali kepada orang ramai yang mula mengerumuninya. Cubaan menepis tangan-tangan gatal yang cuba memegang makhluk bertelekung itu juga gagal.


Agaknya berang dipegang-pegang, makhluk telekung itu melompat dan hinggap di puncak tiang lampu.


"AKU DAH KATE JANGAN PEGANG!! BANGANG BETUL LAH KORANG NI!!" Jerkah Pak Jali pada orang disekelilingnya.


Tanpa dihiraukan, orang ramai mengerumuni pula tiang lampu dimana makhluk itu sedang bertenggek. Ada beberapa mat rempit membaling-baling batu ke arah makhluk milik Pak Jali.


"Buyongg...turun ye" Suara Pak Jali dalam tona memujuk sambil kepala terdongak ke atas melihat lingkaran telekung putih di atas tiang lampu.


"Gile weeiiii hantu tu name dia Buyong ahahahahha" Hilai tawa memenuhi kompleks tol. Kata Ali, dia pun turut serta ketawa, masakan tidak, benda alah itu ada nama! Buyong pula tu!


"Nanti aku bagi telur ayam banyak mane Buyong nak ye"


Buyong menggelongsor turun separuh tiang.


"Ade botol kace? Ha botol kace? Aku nak botol kace!" Pak Ali meminta-minta dengan terlilau kiri kanan. Mana nak cari botol kaca malam-malam buta?


"Botol Tiger boleh tak?" Kata salah seorang dari mat rempit.


"Botol Tiger?"


Mat rempit itu mempamer botol kaca hitam tertera perkataan Tiger Beer.Hasil dari membaca majalah-majalah Mastika milik kakaknya, Ali tahu tujuan botol kaca tapi tak pasti pula boleh pakai botol bir ke tak.


"Lantaklah janji botol kace"


Mat rempit itu meneguk titisan terakhir bir dan menghulurkan pada Pak Jali. Di julangnya botol tersebut ke atas dan sepantas kilat Buyong melompat masuk ke dalam corong botol kaca. Iya, Ali kata dia lihat sendiri bagaimana Buyong 'mengecil' ikut saiz mulut botol, seperti visual efek filem Hollywood.


Sebaik masuk kedalam, sehelai kain kuning dikeluarkan dari poket dan diletakkan atas mulut botol sebelum di ikat dengan getah. Kain merah di sarung atas kain kuning dan diikat lagi menggunakan getah.


Semua di sana bertepuk tangan sebaik Buyong selamat di kurung dalam botol. Bunyi rempitan motor membingitkan kawasan kompleks tol dan mat-mat motor kampung mula beredar. Ali kembali ke pondok tol nombor 4 dan menguruskan pemberian tol-tol kepada lori-lori yang semaking panjang bersusun.


Dari ruang pondok, Ali lihat anggota-anggota polis dan Pak Jali kembali ke kereta peronda setelah berbincang dengan Ebon dan Spend.


Tiga puluh minit berlalu dan hari semakin terang.


"Tuk, Tuk" Ketukan di pintu pondok mengejutkan Ali.


Supervisornya, Bang Usop terpacul di luar.


"Ha apa citer?"


"Bang Usop lambat sangat sampai!"


Tamat.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 02:31 PM | Show all posts
dammerung replied at 21-8-2017 01:58 PM
Pondok Tol Nombor 1 (Bahagian II)

"Tunggu sini" Kata pegawai polis kepada Ali yang tu ...

wahh ada sambungan. terbaikk
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 03:43 PM | Show all posts
tq abam tt  
best
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 03:44 PM | Show all posts
Tq Dam. rasa nk terjun bangunan hari ni sbb kebosanan yg melampau. Nasib Dam update cite
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 04:14 PM | Show all posts
tq tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 04:31 PM | Show all posts
ada citer lg tak dam?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 07:42 PM | Show all posts
Edited by pinkypetal at 21-8-2017 12:30 PM
dammerung replied at 21-8-2017 05:58 AM
Pondok Tol Nombor 1 (Bahagian II)

"Tunggu sini" Kata pegawai polis kepada Ali yang tu ...

Macam pet la pulak. Siap ada nama.

Pak jali punya belaan tu hantu jenis apa? Hantu raya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 11:55 AM | Show all posts
Buyong masuk dalam botol....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.275207 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list