Celur merujuk kepada perbuatan merendam sesuatu benda di dalam air panas dengan tujuan untuk dimakan. Sesuatu makanan itu biasanya dicelur kerana tidak mahu ia layu, bertujuan untuk mengekalkan kesegarannya. Selain itu mencelur juga dikatakan dapat mengekalkan vitamin yang tidak tahan panas.
Biasanya sayur-sayuran dan ulam merupakan makanan yang selalu dicelur. Sayur dan ulam ini biasanya dimakan bersama pencicah seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan.
Mereneh
Mereneh bermaksud memasak makanan secara perlahan dalam cecair di bawah takat didih. Mereneh boleh bermaksud mereneh secara sangat perlahan di mana buih di permukaan hanya pecah setiap minit (cara paling baik untuk rebusan dan sup) dan mereneh secara lebih cepat di mana buih-buih kecil di permukaan sentiasa pecah, tetapi secara perlahan-lahan, tidak seperti mendidih.