CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Gambar Fasha kiss-kiss Jejai ala2 Marion Caunter @ pg.78

 Close [Copy link]
Post time 16-1-2014 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
arira_arora posted on 16-1-2014 10:42 AM
i noe.. i pn pompuan... tp u pn kena gk tahu... first die kena cerai mase ND sndr tahu die mengand ...

13 JULY, 2008

Kisah Nora Danish Di Ceraikan Talak DUA Ketika Mengandung!

Bercerai Akhir nya!


DarIPADA kocak suaranya di corong telefon, saya mengerti Nora Danish Haniff hanya berpura-pura situasinya normal. Satu negara sudah mengetahui pelakon cantik berusia 26 tahun ini dicerai talak dua oleh suaminya, Rizal Ashram Ramli pada 17 Jun lalu.

Namun, lafaz cerai anak sulung kepada bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib ini disahkan di mahkamah pada 10 Julai lalu. Sementara Ogos depan, Nora dan Rizal akan kembali ke mahkamah bagi mengetahui keputusan permohonan lafaz cerai tersebut.

Saya tanya Nora beberapa soalan tentang cinta yang kecundang tiga hari sebelum ulang tahun kedua perkahwinan mereka - 20 Jun 2006.

Biar tidak menyatakan, daripada zahirnya Nora masih menyayangi lelaki yang pernah mengangkatnya ke awan, membawa kebahagiaan kepada seorang kaum hawa sepertinya.

P: Barangkali Nora boleh jelaskan lebih lanjut mengenai perceraian ini. Banyak cakap-cakap nakal, perceraian kamu berdua berpunca daripada gosip tidak sihat sebelum ini?

N: Saya minta maaf kerana sampai bila pun saya tidak akan memberitahu mengapa sebenarnya kami berpisah. Ini terlalu peribadi buat saya.

Saya juga mahu tegaskan, perceraian kami bukan 100 peratus disebabkan gosip yang melanda kami kebelakangan ini. Saya tak ambil hal kecil (gosip) sampai bercerai-berai.

Kenyataan yang saya beri sebelum ini benar dan saya ada bukti. Tapi tak apalah, saya pun tak tahu nak cakap apa. Gosip hanya sebahagian daripada itu. Selebihnya kerana kurang persefahaman antara kami berdua. Tapi saya senang menganggapnya sebagai tiada jodoh antara kami. Saya reda.

Bagaimana ia boleh berlaku? Adakah Nora merasakan ini penyelesaian terbaik?

Sebagai seorang wanita dan isteri, saya telah berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan rumah tangga kami. Saya juga faham dugaan itu adalah lumrah sebuah perkahwinan. Namun siapalah saya untuk mempertahankannya kalau talak itu terletak di tangan seorang lelaki.

Nora tertekan? Malu nak berhadapan dengan masyarakat?

Pada saat talak dilafazkan, saya akui saya malu dan tertekan untuk keluar bertemu orang. Sudahlah sebelum itu saya banyak mengeluarkan kenyataan kami bahagia, tiba-tiba bercerai. Sebab itu saya mendiamkan diri.

Saya minta maaf kepada media kerana tidak menjawab telefon dan mengelak untuk memberi kenyataan. Emosi saya betul-betul terganggu. Sehingga ke mahkamah, baru saya punya kekuatan untuk bertemu khalayak dan mengakui kebenaran ini.

Sekarang, soal tertekan saya buang jauh kerana duka dan malu tidak membawa saya ke mana. Saya perlu teruskan hidup seperti biasa.

Adakah Nora bersedia untuk hamil? Bila Nora sedar Nora hamil?

Saya sedar saya hamil selepas sebulan tidak datang haid. Tiga hari selepas diceraikan (20 Jun) saya ke klinik dan doktor sahkan saya hamil dua bulan. Saya beritahu berita gembira ini kepada Rizal melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Jujur, pada mulanya saya memang kurang yakin untuk hamil. Saya mahu hubungan kami stabil baru saya mahu hamil. Tapi inikan rezeki Tuhan, saya terima dengan hati yang terbuka.

Kata orang, cahaya mata mungkin akan mengeratkan hubungan suami isteri. Tapi tidak buat saya. Tak apalah, saya terima, ini takdir saya. Pasti ada hikmahnya.

Bagaimana Nora melihat situasi ini - Nora hamil tetapi tetap diceraikan?

Saya kena terima. Lagipun sewaktu kami bercerai pada 17 Jun, Rizal tak tahu saya hamil. Mengikut mahkamah, perceraian tetap terjadi, hanya talak akan jatuh selepas saya melahirkan anak. Tak apalah, tunggu saja nanti. Pasti ada hikmah.

Berapa lama akan berehat daripada dunia hiburan?

Tak pasti. Sebab sekarang memang saya pentingkan kesihatan diri demi anak sulung ini. Saya harus menjaga diri dengan baik. Saya lemah sekarang ini kerana kerap muntah. Saya tak boleh bau makanan bergoreng.

Saya juga rasa nak muntah kalau muka disolek dan tak gemar keluar rumah. Insya-Allah, jika ada rezeki dan kesempatan, saya akan kembali berlakon. Saya tak berani nak meramal masa depan. Biar Tuhan tentukan.

Hubungan Nora dan Rizal bagaimana?

Memang kami tidak pernah bertemu selepas bercerai. Semasa di mahkamah baru kami bertemu. Kami ada berbual tanya khabar. Kami ingin mengekalkan hubungan yang baik demi anak kami.

Nora mahu anak lelaki atau perempuan?

Saya tak kisah, yang penting saya selamat melahirkan dengan sempurna. Sekarang, ibu menjaga saya dan saya ambil banyak petua daripada ibu. Saya tak mahu fikir lagi kedukaan akibat perceraian ini.

Masalah juga akan timbul kelak. Nora mungkin berdepan dengan isu perebutan anak?

Saya tak nak fikir hal itu. Saya doa, biar semuanya baik-baik sahaja. Insya-Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2014 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan .....
Suami kepada pelakon Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 26, mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya sebanyak dua kali menerusi telefon, satu daripadanya ketika wanita itu sedang hamil pada 17 Jun lalu.

Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38, ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, berkata dia melafazkan cerai kali pertama terhadap pelakon sitkom drama Puteri itu pada Februari dan keduanya, Jun lalu.

Menurutnya, sehari sebelum lafaz cerai kedua dibuat, dia ada berbincang dan memberitahu Nora dia sudah tawar hati dengannya.

“Saya ada beritahu dia (Nora)…saya sudah tawar hati tetapi dia hanya mendiamkan diri hingga keesokan hari. Saya menelefon Nora dan melafazkan ‘I cerai you’.

“Ketika itu, Nora ada bertanya ‘talak berapa?’ dan saya cakap talak dua,” katanya ketika menjawab soalan Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail.

Mengenai sebutan ‘talak dua’ dilafazkan terhadap Nora, anak bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu menjelaskan ia merujuk kepada talak kali kedua.

“Lafaz saya ketika itu bermaksud talak kali kedua Yang Arif dan bukannya talak dua. Ini berikutan saya pernah menceraikan Nora pada Februari lalu,” katanya.

Sementara itu, Nora yang hadir berbaju kurung putih berbunga turut memberi keterangan berhubung permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan suaminya.

Dia yang kelihatan tenang sepanjang prosiding memberitahu lafaz cerai daripada suaminya Jun lalu dibuat ketika dirinya sedang hamil.

AHMAD IRWAN: Adakah kamu setuju bahawa plaintif pernah melafazkan cerai?

NORA: Setuju. Tetapi saya tidak ingat bila kali pertama lafaz cerai dibuat.

AHMAD IRWAN: Kamu masih ingat bagaimana lafaz cerai pertama?

NORA: Seperti biasa, plaintif cakap ‘I ceraikan you’. Tapi kali pertama dia cakap ‘I ceraikan you talak satu’.

AHMAD IRWAN: Kamu tahu di mana suami kamu ketika dia melafazkan talak pertama?

NORA: Saya tidak pasti…mungkin dia di rumah keluarganya.

AHMAD IRWAN: Kamu ada rujuk selepas itu?

NORA: Ya. Plaintif ada melafazkan rujuk terhadap saya.

AHMAD IRWAN: Setuju bahawa plaintif ada melafazkan cerai pada 17 Jun lalu?

NORA: Setuju Yang Arif. Plaintif ada menyebut ‘I cerai you’ sebelum saya bertanya ‘talak berapa?’ dan dijawab dengan ‘talak dua’.

AHMAD IRWAN: Apa yang berlaku antara kamu?

NORA: Saya pasti Yang Arif, kami sudah tidak sefahaman lagi dan selalu bertingkah pendapat. Bagi saya, ini adalah jalan terbaik untuk kami berdua.

AHMAD IRWAN: Adakah benar dakwaan plaintif kamu berdua tidak pernah bertemu lagi (sejak 17 Jun) sehingga pagi ini (semalam)?

NORA: Benar.

AHMAD IRWAN: Adakah kamu dalam keadaan suci pada 17 Jun lalu?

NORA: Benar dan saya kini mengandung tiga bulan Yang Arif.

Di luar mahkamah, Nora dan Rizal Ashram, masing-masing enggan memberi sebarang komen berhubung kes terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 02:18 PM | Show all posts
adelea posted on 16-1-2014 02:03 PM
tu la sapal....

bukan nyer tak leh nak ziarah besan...

alaahaiiii kesiannya nko

Puan Sally diambil oleh wakil Puan Sri eks??? kerana kasihnya PS pada ND

bkn mereka saja2 nk menempel
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
apatah posted on 16-1-2014 02:18 PM
alaahaiiii kesiannya nko

Puan Sally diambil oleh wakil Puan Sri eks??? kerana kasihnya PS pada  ...

kesian kat aku buat apa..... ??
kesian kan org yg suka menempel.. diorg patut syukur raja noora masih anggap diorg maxam family ...

eleh bukan aku x biasa jumpa raja noora ni... dia selalu je mai sekolah aku dulu..... bekas pelajar ... cuma bila dia pindah KL jer baru adik dia raja rabiatun tu plak ganti... dua2 lemah lembut ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 03:01 PM | Show all posts
fuzzyfuzzy posted on 16-1-2014 11:14 AM
conclusion yg aku boleh buat...fasha mmg kuat semangat..tak penah putus asa amik hati mak mertua yg  ...
fuzzyfuzzy posted on 16-1-2014 11:14 AM

    kot ye pon cucu kot disayangi oleh family PS...ko takyah la nak nempel sgt...sedar la diri skit ko tu EX ajer......
tiada istilah EX-Menantu or EX-Mertua..
mereka tetap kekal sebagai menantu dan mertua..
tak batal wuduk kalau nora bersentuhan dgn Tan Sri..
tapi dgn jejai, mmg di iktiraf bekas suami..

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 03:03 PM | Show all posts
adelea posted on 16-1-2014 02:03 PM
tu la sapal....

bukan nyer tak leh nak ziarah besan...

mungkin PS jemput drg dtg bermlam sana kut...., mungkin dah mnjadi kebiasaan PS sanak saudara dtg beramai2 mlm raya, so since ND adalah ibu kpd cucu sulung, otomatik mnjadi ahli keluarga dan dijemput semua....  Kita kena berfikiran positif....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2014 03:14 PM | Show all posts
yeahhhh.... dah page 99... sikit lagi leh katup.... malas nak campur rumahtangga org .... rumahtangga sendiri pun tak leh jamin....


nak tgk gambar fasha + jejai + rayfal + rayqal jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
januarybaby posted on 16-1-2014 03:03 PM
mungkin PS jemput drg dtg bermlam sana kut...., mungkin dah mnjadi kebiasaan PS sanak saudara dtg  ...

memang la jemput tapi hard up betul family nora ...  

anyway .. there are lots of way to kept the relationship strong... bukan dgn menyakitkan hati org ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2014 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Blues posted on 16-1-2014 08:51 AM
Sorry ler I tak nampak pun jalan hidup fasah berliku2  masa bf aka jejai kawin ngan Nora, dia ...

setuju33333
kata cinta hagung, tapi bersilih ganti boyfriend...
tak dapat kerabat, akhirnys menempel kat jejai

so, tak payahlah nak buruk2 nd, fasha tak baik mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 03:26 PM | Show all posts
miss_bear posted on 16-1-2014 02:01 PM
mohon bertanya kat mana nak tengok gamba marion cium laki dia yang gigih korang dok sebut2 tu
ka ...

Khas untuk cik beruang



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea posted on 16-1-2014 03:24 PM
memang la jemput tapi hard up betul family nora ...  

anyway .. there are lots of way to kept t ...

kalau PS dah anggap family ND seperti family dia, ND tu pun memang menantu dia...apa hal nak sakit hati?

PS dah kenal hatibudi nd n family, itu hak dia lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 03:32 PM | Show all posts
fuzzyfuzzy posted on 16-1-2014 01:16 PM
kalau aku tak hadapnyer derrr nak ambik gambar tepi tangga gitu...
seolah2 mcm tak der rumah tang ...

Pendapat aku...

KADANG-KADANG org tua ni lebih tahu mana baik mana buruk..tindak tanduk seseorang tu dia dah boleh rasa orang tu jnis mcam mana. so thats y la dia lebihkan ND. maybe die nampak FS adad yg kurang ok ke..biasa la, org tua punya impression bukan macam anak muda. tap sekrang dah ok kan dia.. dah terima menantu tu dah sgt bagus.. hati orang ni kita tak boleh nak paksa..suka A ke suka B ke.. sedangkan mak pon ada anak pilihan diorang, inikan pula menantu pilihan..(walaupun ND tu hanya ex jije) maybe  la..he he

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 03:37 PM | Show all posts
adelea posted on 16-1-2014 03:24 PM
memang la jemput tapi hard up betul family nora ...  

anyway .. there are lots of way to kept t ...

Kalau ikut perangai manusia biasa ( bukan maksum)
Kita akan jaga hati orang yg baik dgn kita... PS baik dengan keluarga ND, tak kan nak tolak jemputan dia
FS pernah sakitkan hati ahli keluarga kita, perlukah nak tolak jemputan orang yang baik dgn kita utk  "menghappykan" orang yang pernah buat kita miserable?
Try putting yourself in their shoes

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 04:04 PM | Show all posts
PPRT sungguh korg ni eh...ish...ish...ish,....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 04:12 PM | Show all posts
Tulah korang dh kena tuduh PPRT. ish ish ish. Tapi klu jadi PPRT mcm Darsita seronok jugak. Shopping memanjang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 04:21 PM | Show all posts
cikgu_murni posted on 16-1-2014 02:16 PM
Sambungan .....
Suami kepada pelakon Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 26, mengaku melafazka ...

nora kaver tak ingat hehehe masa ni fasah dengarnya happy sesangat. maklum la impian sudah jadi kenyataan. harap fasah boleh jadi idola kepada mana2 pompuan perampas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2014 04:22 PM | Show all posts
fuzzyfuzzy posted on 16-1-2014 01:16 PM
kalau aku tak hadapnyer derrr nak ambik gambar tepi tangga gitu...
seolah2 mcm tak der rumah tang ...

sebab hadap tangga tu la JTM tak boleh move on dan meroyan tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 04:29 PM | Show all posts
fuzzyfuzzy posted on 16-1-2014 11:14 AM
conclusion yg aku boleh buat...fasha mmg kuat semangat..tak penah putus asa amik hati mak mertua yg  ...

sian lagi kat fasah noks perangai tak sudah2 dendam kesumat maklumla dia dari keturunan bangsa ibunya aka JTM yang perangai sangat longkang dan bangsa ayah pula yang jenis tak bertangga jawab. perangai ibu boleh tgk dok sindir,  laser dan lahar org tanpa rasa malu, manakala perangai ayah pula fasah sendiri canang. so aku tgk apa yg buroks tu adala kat diri dia ni cuma apa yg dia buat tak terang lagi bersuluh cam JTM. malas nak citer pesal bangsa2 ni #dahdipetikikutjela
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 04:29 PM | Show all posts
kejapnya dah 100 pages
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 04:31 PM | Show all posts
100 page dah
@teky silap tutup thread achik ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.067014 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list