CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 16-5-2017 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cik.puan at 16-5-2017 02:26 PM
cmf_jy77 replied at 8-5-2017 03:27 PM
tak sempat tgk top posts pn lagi, dok scroll kat main page tu. tgh baca citer ni - Something's Rea ...


Thanks for the link..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
rindu pulak nak bce kisah baru damm.

so damn

nanti dah publish buku, roger2 org kt cni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 06:50 PM | Show all posts
tq so much bro...
aku kalo tgh sakit hati n kuciwa mmg carik cerita seram..
so...tq soo much...n gud luck for ur book
definitely kena beli
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 03:09 PM | Show all posts
Abang Damm, kalau buku da siap, roger2 dalam nie.
Nak beli jugakkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2017 03:59 PM | Show all posts
Teaser Novel Yurizawa
Since aku hiatus sekejap thread ni, aku bagi sedikit teaser novel Yurizawa sebagai pengubat rindu

Chapter ni tak ada dalam kisah Yurizawa asal tapi untuk format novel aku masukkan sebab nak capai requirement novel yang kena di antara 45000 ke 70000 patah perkataan. Tapi aku bagi sikit je la, nak full kena beli buku ngahaha...

SEKUMPULAN pelajaruniversiti berjalan di salah satu jalan utama Yurizawa, mengikuti nenek tuayang terbongkok-bongkok di depan. Mereka berhenti di hadapan sebuah rumahusang.

“Nampakrumah pintu biru itu?” Nenek itu menunjuk ke arah sebuah rumah selang empatunit di mana mereka berada.

“Ituke rumahnya Nek?” Tanya Lily.

“Tak.Itu rumah aku. Ini ha rumah Yumiko”

Loyarburuk pula nenek ini. Hempuk dengan bag baru tahu. Rozman tak ada mood nakbergurau. Semakin hampir dengan Yumiko, semakin membara kemarahannya.

“Janganlama sangat. Dah nak malam ni” Nenek itu berlalu pergi meninggalkan kumpulanYamazaki. Terbongkok-bongkok dia panjat tangga naik ke rumahnya.

Merekamemasuki pintu pagar bergerbang. Lalang setinggi pinggang memenuhi laman danpokok malar melingkari tiang-tiang rumah hingga ke bumbung. Dari keadaan rumah,mustahil ada orang tinggal disini.

“Gomenkudasaaiiii...” Yamazaki memberi ‘salam’.

Tiadajawapan. Mereka cuba meninjau-ninjau ke dalam ruang tamu dari pintu yangternganga.

“Ojamashimassu...” Yamazaki meminta kebenaran untuk masuk ke dalam. Yamazaki danSonoko membuka kasut sebelum melangkah ke lantai kayu yang memisahkan ruangdalam rumah dan luar.

“Biarbetul kau berdua ni” Sindir Rozman.

Teranglagi bersuluh rumah tiada orang. Apa kejadah nak tanggal kasut. Menyusahkandiri dan orang lain sahaja nanti.

“TapiRosh, ini kan ru-“

Rozmantidak memperdulikan kata-kata Yamazaki dan terus melangkah masuk tanpa menanggalkanbutnya. Corak tapak kasut meninggalkan jejak di debu lantai yang tebal. Melihatbagaimana berdebunya rumah, Yamazaki dan Sonoko mengetatkan tali kasut merekasemula.

Ruangtamu kosong. Sebuah meja empat segi rendah dikenali sebagai kotatsu terletak ditengah ruangan. Cadar yang tercantum di sekeliling meja kelihatan kepam danberbau hapak. Almari kaca yang rapat ke dinding menyimpan pinggan mangkuk danbertingkat-tingkat surat khabar lama.

“Rosh,kita periksa tingkat atas. Kamu bertiga periksa tingkat ini” Arah Yamazaki.

Sebelummenjejakkan kaki ke anak tangga, Rozman terkejut melihat permukaan tangga yangtak berhabuk, bukan sahaja bersih seperti di sapu malah di mop.

Yamazakidan Rozman berpandangan. Papan kayu berkeriut sebaik mereka mula menaikitangga.

Ditingkat atas, koridor pendek membahagikan tiga bilik. Bilik tidur utama disebelah kiri dan dua bilik tamu di sebelah kanan. Pintu gelongsor yang biasadidapati di rumah-rumah Jepun, sudah berlubang-lubang. Rozman memeriksa keduabilik tamu manakala Yamazaki ke bilik tidur utama.

“Rosh,sini kejap” Tak sempat Rozman nak menggeledah bilik tamu pertama, Yamazakisudah memanggil dari bilik tidur utama.

Tipikalbilik tidur utama, bukaannya lebih luas dari bilik lain dalam rumah tersebut.Berbanding dengan bilik lain yang bersepah dengan barangan yang ditinggalkan,bilik itu kosong. Tiada katil, almari hinggakan langsir pun tak ada. Kertaskanji yang sudah terkopek-kopek dilekatkan pada cermin-cermin tingkap.

Disalah satu sudut terdapat futon bergulung yang disandarkan pada dinding. Sebuahmeja plastik berlipat murah yang selalu digunakan untuk makan atas katilterbentang depan futon. Di atasnya terdapat beberapa kertas, alat tulis danbuku-buku nota. Rozman dan Yamazaki mendekati meja dan di celah dindingterlekat sekeping foto lama sepasang pengantin lengkap berpakaian tradisionalJepun.

Yamazakimengambil foto dan memutarnya. Tertera perkataan;

“1952Yurizawa”

Rozmandan Yamazaki membelek-belek kertas dan buku nota. Senarai nama yang panjangmemenuhi setiap muka surat. Ada nama-nama yang telah dipotong;

Edoya,Kurumaya, Shimizuya, Kurusawa, Yasue, Hanoko,...

“Akuperiksa bilik sebelah” Kata Rozman. Yamazaki mengangguk dan meneruskanpemeriksaan nota-nota atas meja.

Keadaanbilik tamu yang terletak bertentangan bilik tidur utama huru-hara dengankotak-kotak dan perabot bertindihan antara satu sama lain. Tindanan suratkhabar lama menjulang hingga ke siling.

Rozmanmemeriksa surat khabar lama. Menarik. Walaupun hanya surat khabar lama tetapikesemua surat khabar tersebut bertarikh seawal era 30an dan itu hanya apa yangdia nampak, di bahagian bawah mungkin lebih awal.

Rozmancuba menarik surat khabar terperosok di lantai, sentakan membuatkan tindananterbuai dan menghempas dinding seraya bunyi benda jatuh di bilik tamubersebelahan. Segera dia keluar untuk ke ruangan sebelah dan bertembung denganYamazaki yang juga mahu mencari punca bunyi tersebut.

Pintugelongsor dibuka. Di dalamnya ada almari, meja, tilam futon dan kelengkapanmemasak ringkas, seperti ada yang mendiami bilik tersebut baru-baru ini. Sebuahcerek keluli tahan karat bergolek-golek atas lantai. Mungkin sewaktu Rozmanmemeriksa surat khabar di kamar sebelah, secara tak sengaja terhentak dindingnipis hingga menjatuhkan cerek.

Sebuahbeg pakaian terdampar di sudut bilik. Yamazaki menyelongkar isi beg danmejinjing seutas bra.

“Yumiko?”Katanya sambil melihat Rozman.

Rozmantidak memberi perhatian kepada pakaian dalam wanita di tangan Yamazaki. Apayang mencurigakannya adalah buku lejer tebal di atas meja rendah.
Didalambuku terdapat banyak lagi nama tulisan tangan seperti yang didapati di biliktidur utama. Seperti nota dibaca sebelum ini, ada nama-nama di potong.
Bucukertas tersisip keluar dari tengah buku lejar ditarik keluar. Rozman membukakertas berlipat dan membentang atas meja.

Sisipankertas itu merupakan peta lama. Tajuk peta tertulis “Persempadanan Desa-DesaTenggara Kyushu”. Di hujung tertera tarikh “11 Mei 1957”.

Petamenunjukkan Yurizawa di tengah dan di kelilingi desa-desa lain bernama Honsu,Sijurou, Kaniguro dan lain-lain. Semua desa-desa tersebut telah dipangkah,kecuali Yurizawa.

Lakaranpensil seperti baru dibuat ditandakan pada hujung peta dan melalui sebahagiandesa-desa yang telah di pangkah. Sepanjang lakaran ada petak-petak kecil ditandakan seperti ‘stesyen minyak’, ‘rumah kedai’ dan lakaran empat segi terteraperkataan ‘untuk dibangunkan’.

Lakaranitu terhenti di Yurizawa.

Beberapasampul surat tersisip di muka surat terakhir buku lejer ditarik keluar. Didalamnya ada beberapa surat rasmi hasilan mesin taip elektrik.

PermintaanUntuk Projek Kerja Amal di Desa Yurizawa
Saya, NakataniYumiko, memohon...”

“Yumiko-san?”Kata Rozman pada Yamazaki.

Yamazakimemeriksa dua surat rasmi. Dahinya berkerut.

“Rosh,cuba baca nama penulis kat surat kau” Minta Yamazaki.

“NakataniYumiko”

“SuzumiyaYumiko” Kata Yamazaki sambil menunjukkan kertas di tangan kiri.

“KonoeYumiko” Katanya lagi kali ini menunjukkan surat lagi satu.

Rozmanmembuka sampul yang belum dibuka. Dibaca perenggan pertama.

“FunishikiYumiko”

Semuaisi surat adalah sama tetapi nama keluarga Yumiko berbeza. Di atas surattertera nama universiti-universiti di sekitar Jepun.

“Periksalagi, mesti ada maklumat mengenai semua ini” Arah Yamazaki. Semakin rancakpemeriksaan dilakukan ke atas buku lejer dan isi beg pakaian wanita.

“Hah!Macam mana kau berdua?”

Terperanjat.

Lily,Sonoko dan Yumi terpacul di muka pintu. Haram jadah betul perempuan-perempuanini. Kalau iya pun bagilah salam dulu. Lagi tengah berdebar-debar, boleh pulamain terjah macam itu sahaja.

“Kautiga orang ini tak boleh tanya kuat lagi ke?” Sindir Yamazaki sambil mengurutdada.

“Kauberdua pun senyap aja, ingatkan dah mati keras kat atas ni!” Balas Sonoko.

“Kamusemua kena lihat ni” Rozman meleraikan perang sindiran antara Sonoko danYamazaki.

Kelima-limapelajar berkumpul di meja kecil, melihat penemuan Yamazaki dan Rozman akan ‘hasilkerja’ Yumiko, itu pun kalau benar nama perempuan itu Yumiko.

“Kitakena keluar dari Yurizawa, sekarang ini juga. Right now” Kata Lily. Panik.

Ahlikumpulan lain masih ragu-ragu, soal Kentaro, Kitaura, Gunma dan Rika masihbelum terjawab.

“Akusetuju” Rozman berdiri menyatakan sokongan kepada cadangan Lily.

Perkarabegini di luar kemampuan mereka. Hanya pihak polis boleh uruskan. Bagi Rozmandia lebih rela berjalan berbelas kilometer turun dari bukit menuju ke pekanterdekat. Lagi cepat pihak berkuasa dimaklumkan, lebih awal usaha mencariKentaro dilakukan.

Yamazakimengangguk. Buku lejer, peta dan surat-surat rasmi di ambil sebagai bahanbukti.

“Itumama punya lah!” Suara kanak-kanak menyergah dari atas.

Terbuntangmata masing-masing. Nafas turun naik. Mulut terkunci.

“Nantimama marah!”

Rozmanmenarik nafas untuk mengawal debaran jantung. Perlahan dia mendongak.

Manusiabersaiz kanak-kanak bergayutan di palang siling. Tersenyum menayangkan gigiyang rongak. Rozman menggunakan terma ‘manusia bersaiz kanak-kanak’ bukannyakanak-kanak kerana wajah yang berkedut dan tubuh badan berbulu. Rambutnyapanjang tapi jarang-jarang seperti masalah keguguran. Matanya sepet dan terserlahlagi kesepetannya apabila tersengih.

“Janganlihat ke atas” Amaran Rozman dengan kepala masih terdongak.

Makhlukdi palang bumbung menunjuk Rozman dengan jari telunjuk kemudian menegakkannyajari kurus panjang lalu digoyangkan ke kiri dan kanan isyarat ‘jangan’.

“Si..si..siapama..mama?”

Kataorang-orang tua, nampak benda pelik jangan ditegur tapi ada juga yangmengatakan kalau terserempak, kena berani berdepan untuk menunjukkan kita inilebih berkuasa. Rozman masih ingat kata-kata ustaz mengajinya semasa waktukecil, manusia adalah makhluk terbaik ciptaan Tuhan dan oleh kerana Rozmanyakin bahawa makhluk yang bergayut di atasnya itu bukanlah manusia, seharusnyadia yang menakutkan makhluk itu, bukan sebaliknya.

Beranimacam mana pun, tetap menggeletar satu badan.

Makhlukitu tersengih dan tiba-tiba raut wajah yang berkedut beralun-alun. Kepalatertoleh-toleh, berputar-putar.

Sebaikperilaku aneh terhenti, terpampang wajah wanita persis Yumiko di muka makhlukitu tadi.

“Mama”Bibir kecil dari wajah Yumiko terbuka tertutup. Suara masih sepertikanak-kanak.

Mengeluhpanjang Rozman dibuatnya.

“Dahambil semua nota dan buku lejer?”

“Dah”Jawab Yamazaki pendek.

“Janganpandang atas, semua ikut aku keluar dari rumah ini dan jangan, aku ulang,jangan lari” Arah Rozman dengan mata masih melihat ‘Yumiko’ sambil mengundur kebelakang.

Makhlukitu tidak bergerak, hanya kepala mengikut pergerakan Rozman hingga ke luarbilik. Rozman menarik pintu bilik dan sebaik dirapatkan, lintang-pukang semualari menuruni tangga dan keluar dari rumah.

Kepekatanmalam menyambut mereka. Tak sedar betapa lamanya mereka di kediaman Yumiko.

Seperti enjin keretacuba dihidupkan, bunyi enjin terbatuk-batuk disusuli mesin berputar menarikrantai besi bergema dari gunung.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:10 PM | Show all posts
dammerung replied at 17-5-2017 03:59 PM
Teaser Novel Yurizawa
Since aku hiatus sekejap thread ni, aku bagi sedikit teaser novel Yurizawa se ...

Uishhh, gempak ar Bang Dammm. Tak sabar pulak rasa nak tunggu buku siap.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2017 04:26 PM | Show all posts
dammerung replied at 17-5-2017 03:59 PM
Teaser Novel Yurizawa
Since aku hiatus sekejap thread ni, aku bagi sedikit teaser novel Yurizawa se ...

oh my goddd damm!!
what a teaser!!

Jadi, Yumiko ni is a mysterious person kekdahnya

tak sabar nak tunggu buku
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 10:20 AM | Show all posts
i dah baca almost semua buku tunku halim, kecuali yg latest horror stories 2
buku yg paling i suka adalah  A Malaysian Restaurant in London
horror stories dia x brapa horror.. horror lg cerita dam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2017 11:38 AM | Show all posts
selama ni sr je.. tp memang follow thread ni.. my kids pun rajin baca cerita dlm ni but I kena tapis gak ada cerita yg x sesuai utk budak2 baca

mlm tadi baru sempat khatamkan cerita Rohani.. gelap gelita kat bilik cuma cahaya dr tv je.. fuh.. meremang bulu roma.. terus terimbas kembali zmn hostel.. my dorm yg mengadap ampaian & ada padang kosong (sib baik xde tangga batu ).. time prep.. beratur bwk tray kat dewan mkn.. bilik tv  kat tepi tangga.. toilet hujung bangunan.. terasa2  masuk sekali dlm cerita dok perhatikan Rohani .. memang terbaik semua story dlm ni.. tak sabar tunggu buku u keluar
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edmorita79 at 18-5-2017 07:23 PM
dammerung replied at 17-5-2017 03:59 PM
Teaser Novel Yurizawa
Since aku hiatus sekejap thread ni, aku bagi sedikit teaser novel Yurizawa se ...


Thanx Damm...       Pembaca Setia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 12:51 PM | Show all posts
aerolz replied at 21-4-2017 11:05 PM
Jarang aku nak comment kat rumah Damm ni. Selalu baca je. Tp kisah tangga batu sekolah ni buat aku t ...

aerolz tolong kasi cite pasal kayong..aku xpenah dengar pasal hantu tu lg..plzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:38 PM | Show all posts
berdebarnya baca teaser yurizawa
membuatkan i rasa tak sabar nak baca cerita full

semoga encik dam rajin rajin menulis dan cepat2 keluarkan novel yurizawa ye
komfem i beli
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhh tasabar nak beli buku yurizawaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 03:19 PM | Show all posts
damm.. kalau dah release info yer.. i nak p beli
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 04:05 PM | Show all posts
sila pm harga
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 17-5-2017 03:59 PM
Teaser Novel Yurizawa
Since aku hiatus sekejap thread ni, aku bagi sedikit teaser novel Yurizawa se ...

bestnya dam..

terbayang aku kat JP..

confirm aku bli buku ko. jgn lupa bgtau k bila release nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 11:31 AM | Show all posts
fuhhh...terbaik teaser...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 04:53 PM | Show all posts
kattzz replied at 25-5-2017 12:51 PM
aerolz tolong kasi cite pasal kayong..aku xpenah dengar pasal hantu tu lg..plzzzzz

Sebenarnya aku pun tak tahu sangat history hantu kayong ni.tapi aku search jugak dalam forum ni. ada jumpa satu thread pasal hantu kayong/hantu bangkit ni..

https://wanita.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=654261

Cuba baca thread tu... tapi rasa nya tak banyak cerita. dan kisah ni macam mitos je. cuma agak femes la kalau kat Sarawak. Femes mungkin sebab bukan sekadar khabar angin. tapi masih terjadi dan ramai saksi. Macam cerita yang aku tulis tu.. cerita tu berlaku dalam tahun 2006 mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 05:39 PM | Show all posts
Edited by aerolz at 26-5-2017 05:43 PM
kattzz replied at 25-5-2017 12:51 PM
aerolz tolong kasi cite pasal kayong..aku xpenah dengar pasal hantu tu lg..plzzzzz

Sorry ye bro Damm.. Menumpang jap ni..

kattzz, ni ada satu lagi article pasal hantu kayong ni..

kredit: KENYALANGLEGACY.COM

[size=16.875px]MISTERI LELUHUR HANTU BANGKIT DI DALAM KOMUNITI MELAYU SARAWAK

[size=16.875px]ORIGINAL DARI : Borneo Oracle
[size=16.875px]VIRAL di dalam dunia maya mengenai cerita hantu bangkit atau pocong “kembali” menyelubungi penghidupan perkampungan Melayu di kawasan seberang Sungai Sarawak dalam beberapa hari ini. Terlalu banyak desas-desus cerita mengenainya sehingga menyebabkan perkampungan Melayu seperti Kampung Bintawa, Kampung Surabaya, Kampung Semarang, Kampung Boyan, Kampung Panglima Seman dikatakan menjadi sunyi sepi di sebelah malamnya.
[size=16.875px]Setakat ini tidaklah diketahui samada ianya benar atau tidak namun dari cerita orang-orang kampung seperti ramai yang terserempak dengan “hantu bangkit” tersebut. Sejajar dengan era zaman moden juga viral video yang dikatakan “hantu bangkit” tersebut di dunia maya. Cuma agak terkesima kerana apabila menyaksikan video itu seperti ada sesuatu yang tidak kena. Lagak “hantu bangkit” itu tidaklah seperti yang sering kita ketahui dengan berkain kapan, terlompat2 dan sebagainya Cuma mungkin zaman moden “hantu bangkit” sudah mampu mencari seluar pendek untuk dipakaikan.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Hakikatnya dunia mistik ini sebenarnya melangkaui batas waktu dan cerita hantu bangkit ini bukan sahaja berada di dalam komuniti Melayu Sarawak sebaliknya hampir semua wilayah nusantara itu berkongsi cerita yang sama. Membentang dari Indonesia, Malaysia, Singapura sehingga ke Filipina juga ada cerita mengenai hantu bangkit dan kerana itu ianya bukan hanya hakmilik “urban legend” bagi orang dari Tanah Kayong sahaja.
[size=16.875px]Cuma mungkin untuk konteks “hantu bangkit” di perkampungan Melayu seberang Sungai Sarawak sekarang mungkin ada kena mengena dengan masyarakat yang membuka perkampungan ini iaitu Orang Kayong mahupun Orang Boyan dan signifikasinya nama-nama perkampungan yang ala-ala berada di wilayah Indonesia juga membenarkan ceritanya.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Dan diceritakan sejak dari dahulu lagi, masyarakat Melayu Sarawak begitu cerewet apabila berbicara memilih menantu dan kebiasaannya satu proses yang panjang akan diperlukan bagi menghindari masyarakat Kayong menjadi keluarga mereka kerana atas kepercayaan “hantu bangkit” ini akan menjadi legasi keturunan mereka. Dikhabarkan oleh kerana adanya tanggapan sedemikian menyebabkan masyarakat kayong berkahwin sesama diri mereka bagi mengelak kecelaruan antara masyarakat Melayu pada masa itu.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Apabila berkata perkahwinan sesama masyarakat Kayong menyebabkan penularan legasi “hantu bangkit” semakin menjadi kerana dari ceritanya dikatakan legasi keturunan itu akan berpanjangan. Dari nasab keturunan yang sama baik sebelah ibu dan ayah menyebabkan legasi “hantu bangkit” yang asli bukan hanya terhenti pada 7 keturunan sebaliknya berpanjangan sehingga ke hari ini.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Bagi memperjelaskan mengenai cerita mistik ini, akan diketengahkan beberapa cerita mengenai leluhur “hantu bangkit” di kalangan komuniti Melayu Sarawak. Ini berdasarkan kepada cerita ceriti nenek moyang kita mengenai keberadaan misterinya hantu bangkit ini di kalangan masyarakat Sarawak sejak dari dahulu sehingga sekarang.
[size=16.875px]
[size=16.875px]1. Sumpahan 7 Penebang Pohon Kedondong Dari Tanah Kayong, Kalimantan
[size=16.875px]Yang dinamakan dengan Tanah Kayong adalah sempadan negerinya bermula daripada Tanjung Datu hingga ke Banjarmasin seperti Kerajaan Lama Sukadana, Tanjungpura, Simpang Matan dan kerajaan Kayong itu sendiri. Kesemua kerajaan-kerajaan ini adalah kerajaan Melayu yang berkait rapat dengan kewujudan Kerajaan Kesultanan Brunei pada suatu waktu dahulu. Ramai rakyat berbangsa Melayu dari kerajaan-kerajaan lama ini telah berhijrah dan membentuk masyarakat Melayu Sarawak yang kita dapati di Sarawak sekarang. Salah satu daripada mereka yang berhijrah ini adalah Orang Kayong.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Cerita masyarakat Kayong dengan mitos mistik Hantu Bangkit ini bermula di sebuah kampung di Tanah Kayong, Diceritakan pada suatu waktu dahulu terdapat sebuah kampung yang sentiasa di dalam keadaan yang tidak terang malah amat sukar untuk ditembusi cahaya matahari kerana dikatakan terletak di bawah sepohon kayu yang amat besar sehingga dahan-dahannya telah menutup ruang untuk mendapat cahaya matahari. Hal ini amat membingungkan penduduk kampung maka bermesyuaratlah mereka apakah jalan yang sebaiknya agar mereka dapat menerima cahaya matahari. Setelah itu maka mereka pun bersetuju satu-satunya jalan adalah dengan menebang pokok tersebut.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat maka tibalah hari yang dijanjikan iaitu hari untuk menebang pokok tersebut. Keseluruhan orang lelaki Kampung tersebut telah siap siaga dengan alatan untuk menebang pokok seperti gergaji, parang dan sebagainya. Setelah diperkenankan oleh ketua kampung tersebut maka 7 pemuda yang gagah perkasa telah bertindak untuk menebang pokok tersebut secara berganti-ganti dengan kapak mereka. Namun apa yang menghairankan mereka biar apa cara sekalipun untuk menebang pokok tersebut tetap tidak menampak kesan kepada pokok tersebut malah tidak tercarik sedikit pun.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Di kala mereka semua pasrah dengan apa yang berlaku itu tiba-tiba terdengar suara yang datang dari pokok tersebut. Penduduk kampung amat kaget kerana pokok tersebut telah memberi amaran bahawa barang sesiapa yang menebang pokok tersebut maka mereka akan disumpah bangkit dari mati selama 7 hari dan ianya disumpah selama 7 keturunan. Pemuda-pemuda gagah perkasa yang seramai 7 orang itu rasa tercabar dengan amaran pokok tersebut malah mereka dengan marah telah bertindak menebang pokok tersebut tanpa memperdulikan kata-kata nasihat daripada penduduk kampung tersebut. Setelah berhempas pulas akhirnya pokok tersebut pun menyembah bumi. 7 penduduk lelaki perkasa itu puas dengan apa yang terjadi kerana bagi mereka pokok tersebut hanya mengada-adakan cerita.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Setelah seketika, tiba-tiba pemuda ke 7 yang menebang pokok tersebut telah mati mengejut dan mereka dikuburkan seperti biasa malah penduduk kampung juga sudah melupai sumpahan pokok tersebut. Apabila malamnya tiba-tiba kedengaran hiruk pikuk di rumah pemuda ke 7 kerana ahli keluarganya serta beberapa orang penduduk kampung telah menjumpai si pemuda ke 7 pulang ke rumah walaupun baru sahaja dikuburkan pada petang itu.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Maka bermulalah malam-malam seterusnya yang mana setiap malam akan ada sahaja penduduk kampung melihat kelibat si mati pemuda ke-7 merayau-rayau menuju ke rumahnya ataupun menjenguk rumah saudara maranya. Hal ini berlaku selama 7 malam berturut-turut dan dikatakan setiap kali dia sudah menziarahi rumah keluarganya pada keesokan harinya akan terdapatlah bekas tanda tanah-tanah kubur terlekat di lantai dan tangga rumah.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Berbalik kepada cerita 6 pemuda yang bersama-sama dengan pemuda ke-7 menebang pokok tersebut maka timbullah ketakutan di dalam diri mereka akan nasib yang menimpa saudara pemuda ke-7. Bertindak daripada peristiwa itu dikatakan 6 pemuda ini telah berpindah daripada kampung mereka mengembara membawa diri sehinggalah membentuk sebuah masyarakat Melayu di Sarawak antaranya. Tujuannya adalah untuk menghindarkan diri daripada sumpahan tersebut.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Mereka menyesali apa yang sudah mereka lakukan kerana amat degil tidak mendengar nasihat orang tua-tua kampung namun nasi sudahpun menjadi bubur dan sumpahan itu tetap akan berada pada mereka dan juga kepada keseluruhan 7 keturunan mereka tidak mengira tempat betapa jauhnya mereka daripada Tanah Kayong itu sendiri.
[size=16.875px]
[size=16.875px]2. Sumpahan Memakan “Ikan Sebelah” di Kalangan Melanau Matu-Daro
[size=16.875px]Untuk hantu bangkit di kalangan masyarakat Melanau pula banyak bercerita tentang perkaitan mereka dengan satu sumpahan memakan sejenis ikan iaitu yang dikenali ikan sebelah atau di dalam bahasa standardnya Ikan Sisa Nabi. Menurut cerita orang tua-tua di kalangan masyarakat Melanau walaupun mereka merupakan pelayar dan nelayan yang disegani tetapi mereka dilarang sama-sekali memakan jenis ikan seperti ini.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Dan ada di kalangan Melanau Matu-Daro suatu waktu dahulu degil tidak memperdulikan larangan mahupun pantang larang nenek moyang mereka. Kerana dikatakan sudah memakan jenis ikan tersebut maka golongan ini dikatakan menjadi “hantu bangkit” selepas mereka dikebumikan. Sumpahan itu juga terpalit pada setiap 7 keturunan mereka sejak dahulu lagi.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Dari konteks perkampungan di seberang Sungai Sarawak pula jangan pernah kita lupa mengenai penghijrahan Melanau Matu-Daru ke perkampungan seperti Kampung Bintawa Hilir dan sekitarnya. Malah sehingga sekarang perkaitan orang Melanau Matu Daro dapat dibuktikan apabila adanya kewujudan SK Matu Daro di kawasan tersebut.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Dikala penghijrahan inilah dikatakan legasi keturunan Melanau Matu Daro yang terkena sumpahan itu turut sama-sama membuka perkampungan tersebut dan akhirnya adanya legasi hantu bangkit di kalangan mereka di kawasan Kuching yang kita ketahui hebat ceritanya sejak di tahun 1950an dan berakhir pada sekitar tahun 1990an.
[size=16.875px]
[size=16.875px]3. Tiada “Alur Hidung” Di Kalangan Melayu Perabangan Saribas
[size=16.875px]Melayu perabangan adalah simbol kepada keturunan legasi kepimpinan Melayu Sarawak yang gah namanya sejak dari zaman Kesultanan Brunei sehinggalah sekarang. Dan mereka juga turut terpalit dengan cerita ceriti mengenai legasi keturunan hantu bangkit ini.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Cuma perlulah diketahui bahawa Melayu Perabangan yang dimaksudkan ini BUKANLAH secara keseluruhannya sebaliknya lebih mengkhusus kepada Melayu Perabangan di sebelah bahagian Saribas, Kalaka, Lingga iaitu keturunan daripada legasi “Awang damit-damit” dari Kerajaan Negeri Kalaka, Kerajaan Negeri Saribas yang mana merupakan antara kerajaan Melayu kuno yang hilang di Sarawak.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Keturunan “awang damit-damit” ini merupakan anugerah yang diberikan oleh Sultan Brunei kepada keturunan Dato Abang Godam dari Riau. Melalui keturunan mereka maka timbul pula Melayu Perabangan yang menggunakan marga nama keluarga “Abang” dan “Dayang” di dalam komuniti Melayu Saribas suatu waktu dahulu. Cerita legenda Dayang Isah dari Tandang Sari ataupun Pusa sekarang mewarnai asal usul keturunan Melayu Perabangan dari kawasan tersebut.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Dan leluhur “hantu bangkit” di kalangan Melayu Perabangan Saribas ini hanya terpalit pada mereka yang dikatakan tidak mempunyai alur hidung. Maksudnya jika dilihat pada wajah mereka akan terserlah bahawa di bahagian hidung mereka tidak mempunyai alur seperti wajah-wajah manusia yang lain. Hendak dijadikan cerita kerana dilahirkan tanpa alur hidung ini menyebabkan suatu waktu dahulu, ada di kalangan mereka sedaya upaya mungkin cuba untuk mengukir alur itu diwajah mereka bagi mengelakkan pandangan skeptikal masyarakat suatu waktu dahulu.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Mungkin ramai pernah mendengar tentang keberadaan Pulau Burung di daerah Sebuyau sekarang yang masih lagi menjadi antara tinggalan warisan pemakaman lama-lama Melayu dahulukala. Dan sebenarnya menurut cerita orang tua-tua bahawa Pulau Burung dipilih untuk menjadi tapak perkuburan adalah kerana adanya legasi “hantu bangkit” di kalangan Melayu Perabangan di Saribas suatu waktu dahulu.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Jika diikutkan bahawa larangan atau pantang kepada “hantu bangkit” adalah menyeberang lautan dan ini bermakna apabila ada legasi “hantu bangkit” dikuburkan di kawasan seperti Pulau Burung maka tidaklah ia mampu menyeberang sehingga ke daratan kerana terletak di tengah-tengah laut. Dan diceritakan saudara mara yang mengubur jasad keluarga mereka di Pulau Burung akan segera menguburnya sebelum matahari terbenam dan usai pengebumian akan cepat-cepat berkayuh perahu pulang ke kampung masing-masing.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Itu caranya orang dahulukala cuba menghindarkan diri daripada diselubungi ketakutan bagi mengelak roh-roh “hantu bangkit” kembali menjengah ke pintu rumah sanak saudara mereka di daratan.  Selain daripada itu dikatakan masyarakat Melayu dulu-dulu apabila ada sahaja yang meninggal dunia dan sudah dikenalpasti siapa mereka sememangnya sudah bersedia segalanya. Daun-daun “neruju” misalnya akan digantung di tingkap dan pintu rumah selain daripada adanya nibong tajam yang disandarkan pada daun pintu. Segala dibuat bagi memastikan bahawa “hantu bangkit” tidak boleh masuk ke rumah mereka. Allahualam.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Artikel ini ditulis berdasarkan kepada cerita oral yang dihimpun daripada cerita orang tua-tua di dalam komuniti Melayu Sarawak dahulukala. Setakat ini tiada kajian saintifik yang dapat membenarkan segala kenyataannya. Samada benar atau tidak itu terpulang kepada pemahaman masing-masing dan tujuan hanya satu iaitu untuk berkongsi pandangan dan cerita orang tua kita dahulu kala.
[size=16.875px]
[size=16.875px]Walau apa jua pandangan kita mengenai betapa misteri dan mistiknya “hantu bangkit” di kalangan komuniti kita janganlah kita sesekali lupa bahawa segala yang berlaku adalah kerana kehendak Allah SWT iaitu yang maha Agung dan maha Esa. Janganlah kerana kepercayaan sebegini membuat kita taksub sehingga menjadikan kita hidup di dalam kesyirikan.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 10:26 PM | Show all posts
Nak beli buku damm jugakk  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.218136 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list