|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Reply #2411 haziq_97's post
Haa, kira betul jugak le ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita dari BERNAMA
Hujan Lebat, Cuaca Dingin Di Madinah
Daripada Zulkefli Salleh
MADINAH, 6 Nov (Bernama) --
Bandar ini, di mana puluhan ribu jemaah haji sedang berkumpul, dicurahi hujan lebat selama 30 minit lewat Selasa petang,
disambut gembira penduduk tempatan setelah lebih setahun tidak menikmati hujan.
Suhu di bandar bersejarah di mana terdapat Tanah Haram yang menempatkan Masjid Nabi, jatuh ke paras di bawah 20 selsius
terutama pada waktu malam dan subuh apabila cuaca berangin.
"Sudah tentu kami gembira kerana sudah setahun lebih tidak melihat hujan. Ini rahmat Allah," kata seorang peniaga
di kompleks sebuah hotel di sini yang menempatkan jemaah haji dari Malaysia.
"Suhu begini tentulah nyaman untuk jemaah haji beribadah sambil menziarahi makam Rasullulah," katannya
sambil menunjukkan alat pengukur suhu pada dinding kedainya mencatatkan 19 darjah selsius.
Walaupun cuaca mendung dan berawan sejak hujung minggu, suasana di sekeliling Masjid Nabawi
yang menempatkan hotel dan rumah penginapan serta kompleks komersil untuk keperluan jemaah haji,
cuaca itu dialu-alukan kerana udaranya nyaman dan suasana amat ceria bagi jemaah bersiar-siar,
makan minum di antara waktu-waktu solat fardhu.
Cuaca hari Rabu terus mendung dan berawan dan pada sebelah petang, hujan turun lagi tetapi tidak selebat hari Selasa.
Jemaah haji Malaysia nampaknya membuat persediaan untuk cuaca sejuk dengan memakai pakaian panas
seperti dinasihatkan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia Haji Mohd Salleh Mubin sebelum ini.
Orang Islam yang melakukan rukun kelima Islam itu digalakkan menziarah makam Nabi Muhammad s.a.w dan
mengerjakan solat fardhu sekurang-kurangnya 40 waktu di Masjid Nabawi, yang menurut para ulama menjadi medan
persediaan rohani dan jasmani untuk mengerjakan haji di Tanah Suci.
Puluhan ribu jemaah haji termasuk dari Malaysia mulai membanjiri bandar ini sejak hujung minggu lalu
di samping melakukan ibadat di Masjid Nabawi, menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w, perkuburan Bakek
di mana bersemadi para sahabat Nabi termasuk tiga Khulafa Al Rashidin dalam Islam iaitu Saidiina Abu Bakar,
Saiidina Omar Al Khatab dan Uthman Ibnu Affan.
Kesemua jemaah haji dari Malaysia yang tiba dengan penerbangan awal sejak Khamis lalu,
masuk menerusi bandar ini berkesempatan tinggal selama sembilan hari di sini bagi melakukan ibadat serta
menziarahi tempat-tempat suci termasuk Masjid Qubaa, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh serta Bukit Uhud
yang pernah menjadi medan peperangan antara pengikut Rasulullah dan orang kafir.
Menurut jurucakap Tabung Haji Malaysia, Jemaah haji Malaysia yang tiba awal, bermula dengan penerbangan KT01
pada Khamis lalu dijadual berangkat sebagai kumpulan jemaah Malaysia pertama masuk ke Kota Suci Mekah hujung minggu ini.
Mereka akan melakukan ibadat umrah sementara menunggu untuk mengerjakan rukun-rukun haji termasuk
tawaf sekeliling Kaabah di Masjidil Haram, melakukan sai di antara bukit Safa dan Marwah dan
wukuf di Padang Arafah pada awal bulan depan.
Menurutnya, jemaah haji Malaysia yang berada di sini berada dalam keadaan baik dan sihat
dan giat melakukan ibadah di Masjid Nabawi.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2409 aziefa's post
huhuhuhuu.. terliur tgk gambar mee bandung ni... kak zie.
ustaz.. jom la join gathering ni.. Kalo ustaz xde, sapa nk baca doa buakak majlis?? |
|
|
|
|
|
|
|
Haji tamatuk kita g wat umrah dulu pas2 baru wat ibadah haji..dan dikenakan dam...haji ifrad plk umrah dan haji d wat berasingan iaitu umrah d wat d luar bln haji (1 syawal -10 zulhijah) selalunya bakal jemaah haji yg dijadualkan ikut penerbangan akhir memasuki Mekah pd masa hampir memasuki waktu wukuf. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2430 aziefa's post
sedihnya........ Al fatihah pada arwah Kotimah Rostam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2433 haziq_97's post
Diarang berihram masa di Kompleks le ye, bukan dari rumah kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2440 haziq_97's post
Bagi you, mana yang lebih sesuai? Ihram dari rumah/hotel atau di Kompleks? |
|
|
|
|
|
|
|
Masa akak pergi Umrah, Ustaz ada beri satu pesanan, pada akak berguna jugalah pesanan ni. Kata Ustaz seelok eloknya tiap kali kita mandi terutamanya di Madinah & Makkah, kita niat sekali bersuci hadas besar. Kata dia terutama kepada jemaah lelaki (malu pulak akak nak tulis )
[ Last edited by aily at 6-11-2008 02:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2443 haziq_97's post
I pun terfikir macam tu jugak. Jemaah lelaki better pakai semasa berada dikompleks. Nak cari tempat mungkin berebut agaknya nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2440 haziq_97's post
huhuhuuuuu.. menggigil x dlm flight 8 jam ke Tanah Suci??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2445 haziq_97's post
Kena pakai extra belt la kalau camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pulak suasa dingin di madinah dulu...
masa zohor pun sejuk dalam 10c...
cuba bayangkan macamana keadaan kita pergi solat subuh...
sampai berasap mulut bila bernafas... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 5-11-2008 07:52 PM
Lambaian Kaabah 1429H: Terkilan hasrat isteri tak tercapai
Oleh Nik Sukry Ramli
[email protected]
Pasangan hidap barah payu dara meninggal Mac lalu
KELANA JAYA:
Kematian ister ...
Sebenarnya berita ini benar benar mengingatkan saya pada kawan baik saya semasa bekerja dulu.
Memang jodoh pertemuan tezeki maut di tangan Allah swt.
Saya tak berapa ingat bila...tapi 3 atau 4 bulan nak menghampiri tarikh pergi Haji..
Ibu kawan saya meninggal....sakit asthma.
Jadi Bapa dia terpaksa pergi Haji seorang diri...
Yang menyedihkan lagi...
Semasa dia menghantar Bapanya itu ..
Dia tidak tahu itu adalah merupakan yang terakhir buat dia.
Bapanya meninggal di Madinah...
Sempat Buat Rukun Haji..
Saya tak ingat Bapanya meninggal kerana apa...
Dia cuma menerima Beg Allayarham Bapanya yang dibawa balik Pehak Tabung Haji..
Sedih pun ada...gembira pun ada...
Gembira kerana Bapanya meninggalkan dia di Tempat Suci dan selesai Rukun Haji..
Dia ada bercakap kepada saya bahawa dia rindu sangat nak pergi buat Umrah...
Dia cakap Bapa dia ada kata sana...
Perasaan dia ketika itu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|