|
Soklan seterusnya :
Aku amik soklan ni dari Blog someone yg aku rasa mcm intresting jer....crdt kat blogger tu......
Katanya soklan jiwang
1.Ia adalah sesuatu yang subjektif kerana ia adalah perasaan...
Ya... ia memerlukan komitmen, perngorbanan dan kepercayaan...
Ia adalah satu rasa yang majmuk... sukar nak diungkap, namun ada yang mencuba dengan bermadah, mengurai benda yang entah dia fahami atau tidak.
Ia adalah risiko, dan selalu di salah anggap dengan mengatakan ianya untuk suka-suka, bahkan ada yang tidak sedar... mereka melaluinya hanya kerana 'suka'.
Dan yang terakhir... mungkin kamu sedang mengalaminya... namun pasti kamu berkata tidak, menafikannya yang dia adalah kepunyaanmu...
Apakah dia...?
2.Ianya menjadi kebencian bila jauh, tetapi bila dekat... takde siapa dapat memisahkan.
Ianya juga adalah bukti sesuatu peringatan kepada kamu...
Ianya juga mampu menjadikan kamu haru biru dan membuatkan masa menjadi terlalu panjang...
Menjadikan kamu menjadi tidak penyabar...
Dan apabila kamu menghapuskannya, maka kamulah adalah diri kamu...
Apakah dia...?
3. Hati kamu pasti terluka, walau hanya dengan pandangan mata...
Bila pulang, hati mulai tidak tenteram, mahu saja kamu mengawal dia...
Ia mampu melenyapkan kepercayaan, dan sedarnya ia juga pemusnah keadaan...
Bagi si angkuh, ianya beban paling besar kerana sukar untuk diluahkan...
Oleh itu, janganlah butakan hati, rasionallah... dan percayalah kepada dia... kerana apa yang kamu alami sekarang adalah bisikan syaitan di hati...
Apakah dia...?
J
4. Apabila ia menyerang, syaitan bergelak ketawa...
Ya, dan jika ia merasuk kamu, kamu mulai kehilangan diri, malahan orang disekeliling kamu...
Dan jika kamu mengawalnya, maka kamu lebih hebat dari letusan gunung...
Tahukah kamu kepanasannya boleh dicegah dengan air...
Dan ingatlah, sesungguhnya kekuatan kamu diuji dari cara kamu mengawalnya...
Apakah dia...?
5. Kamu dibelengu, digari, dan dikecam olehnya...
Namun kamu tidak menentang, malah kebanyakkan dari kamu melarikan diri...
Tidakkah kamu tahu ianya adalah permainan mindamu...
Dan bukakanlah mindamu, kuatkanlah hatimu dan hadapilah ia... dan lihat, ia tidak akan berada di situ lagi...
Kerana perasaan itu, hanya berhak untuk kamu miliki atas sebab keranaNya...
Apakah ia...?
Mcm tadi yer semua jawapan hanya utk satu posting sahaja
|
|