Originally posted by dianaris at 11-10-2007 03:41 AM
kul 9pg nanti kitorang sekeluarga nak bertolak pulang ke kampung..
sementara tu saya nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd geng2 telenovela Soap Opera..
maaf kalo ada typing2 saya bila ...
akak pon tak dapet tengok mlm nih.... bertolak lepas berbuka... nak ajer rasanya bertolak kul 11.30....
Originally posted by dianaris at 11-10-2007 03:36 AM
cian abg damian ku kena ikat..
semata2 magdalena berkeras nak bawak padre kawenkan jesus dgn trini..
hahhahha, mmg lawak laa tgk dia kena ikat masa tuh
Originally posted by dianaris at 11-10-2007 03:41 AM
kul 9pg nanti kitorang sekeluarga nak bertolak pulang ke kampung..
sementara tu saya nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd geng2 telenovela Soap Opera..
maaf kalo ada typing2 saya bila ...
Valentina sangat marah apabila nampak santos mengucup maria.Bagaimanapun jangkaan semua termasuk mee meleset kerana valentina sebenarnya fikir santos mencium maria secara paksa a.k.a santos cuba goda maria tapi maria x nak a.k.a maria + santos = tiada cinta a.k.a dia marah santos je la bukan maria.
Mak simon merancang untuk membunuh azalia sewaktu dia tidur supaya simon tidak tahu kisah silamnya.
Valentina x bg maria bela santos , santos telah mencium maria tanpa sukarela (valentina fikir cam tu la tapi sebenarnya maria + santos = cinta). Valentina fikir dia telah melakukan kesilapan krn terpikat ngan "penggoda wanita" dan meminta maaf kepada maria krn menuduh maria m'khianatinya dan lupa segala kebaikkan maria .Santos pula apabila valentina berfikiran begitu terus mengaku dialah sebenarnya yg cuba menggoda maria bagi menyembunyikan kisah cintanya dan maria.Santos meminta maaf tapi Valentina enggan memaafkan santos dan fikir santos hanya bersamanya krn anak yg dikandungnya saja.
enrique ada kat rumah.Enrique tuduh maria yg suruh santos memukulnya supaya dia tandatangan dokumen perjanjian perkahwinan mereka.Maria marahkan enrique tapi si putar belit enrique beri alasan yg dia sakit hati.Enrique buat maria rasa bersalah dengan menuduh maria memanipulasiakan dia +santos dan maria seorg yg pentingkan diri! Nangis la si maria dan beritahu enrique yg dia kesunyian.Enrique cakap dia sentiasa akan jadi kwan maria and then diorg peluk!
santos pegi rumah valentina."kau bohong, aku rasa macam kau menipu aku.buah hati kau maria teressa"
Santos mengaku bersalah.Santos cuba cover hubungan sebenarnya dengan maria dengan mengaku bersalah dan maria telah pun menolaknya.maria juga telah berkahwin dengan lelaki lain.Santos cakap lagi "sekarang perasaan aku tidak boleh membahagiakan mana mana wanita.minta maaf"
Mak simon masuk bilik azalia untuk menikamnya sewaktu tidor.Wlau bagaimanapun azalia bukan bodoh dan dia sedang menunggu mak simon.
Simon dan org suruhannya m'ceroboh rumah paderi.DIorg nak cari wasiat baru ayah maria.
Trinidad dan jesus singgah di sebuah pondok buruk bekas tempat kediaman mak maria teressa dan kekasihnya.Mak maria mati kat situ dgn penuh tragedi so rumahtu kiranya berhantulah(ikut cakap penduduk kat situ la).trinidad takut dan b'harap agar hubungannya dengan jesus x berakhir dengan tragedi.Jesus berjanji tiada siapa akan memisahkan mereka..
Mak jesus + mak solita curi2 pegi ke kedai bar delila untuk m'masukkan julap ke dalam air minuman supaya kedai tu gulung tikar.operasi ini dinamakan "OPERASI CIRIT BIRIT".
Virginia sedih teringatkan maknya yg x pernah ditemui.Kawan2nya m'cadangkan agar dia menukar nama lain krn nama virginia tidak sesuai.Maka nama baru virginia ialah Violetta.Virginia masih sedih dan terus meninggalkan kawan2.Delila suruh kawan2 virginia supaya membiarkan dia bersendirian.
[ Last edited by mee_maggie at 11-10-2007 03:32 PM ]
Azalia bukannya bodoh dan dia kenal benar mak simon.Mak simon minta azalia keluar dari rumah dan mendakwa dia dia telah berubah.Tapi azalia gelak kerana mak simon x pernah berubah.buktinya dia cuba bunuh kawannya yg sedang tidur.mAK SImon cuba menikam azalia tapi azalia telah bersedia lebih awal.Dah ada sepucuk pistol di tangan azalia.Azalia cakap dia boleh tembak kepala mak simon dan pura2 mak simon m'bunuh diri.Tentu semua orang akan percaya termasuk simon."kita berdua sama saja.Aku pun sanggup membunuh seperti kau.tolong keluar aku hendak tidur sekarang.Jangan bertindak apa2 demi anak kau".Mak simon dengan marah keluar dan azalia ketawa besar.
Trinidad dan jesus tengah tidur.TIba2 dengar bunyi org datang.mereka takut krn sangkakan mak bernada tetapi rupa2nya kakak jesus dan padre datang.
Subuh2 lagi valentina dtg rumah maria dan kejutkannya dari tidur.Valentina minta maaf kepada maria krn rasa bersalah dengan pengakuan santos yg maria telah menolak santos sebaliknya santos terus memaksa. Mereka saling minta maaf. Valentina juga minta pertolongan maria untuk mencari bernada dan trinidad yg tidak pulang2.
Trinidad dan jesus merayu kepada padre supaya mengahwinkan mereka.Padre mahu berbincang dengan bernada tetapi mereka tak setuju kerana masalahnya bernada bermusuh dengan ayah jesus. Padre dengan tangan berikat(magda ikat sebab memula paderi tak nak ikut ke tempat trinidad) bersetuju.Padre cakap dia tak bawa kitab injil utk kahwinkan mereka tetapi magda telahpun sediakan kesemua keperluan untuk kahwin.
Santos mengadu ngan delila bahawa dia telah kehilangan maria dan valentina.sANtos anggap dirinya seorang yg "dasyat" tetapi delila memujuknya dengan memberitahu dia hanya dilamun cinta.x salah.Santos cakap dia takkan tinggalkan valentina walaupun dia fikir valentina harus bersama dengan org yg menghormati dan mencintainya.bukannya santos krn santos hanya cintakan maria.
Maria arahkan org utk cari bernada dan trinidad.valentina + maria tunggu di rumah. Mereka menantikan kalau2 santos datang. Maria kemudiannya menyuruh pembantu rumahnya informed santos ttg kehilangan ibu dan adik valentina sekiranya mereka terjumpa santos.Valentina pula berterima kasih dengan maria krn ikhlas dgn persahabatan mereka.Valentina juga menganggp maria enggan beritahu perbuatan santos "menggodanya" demi menjaga hati valentina.Valentina juga memutuskan untuk memaafkan santos demi
kandungannya.Kandungannya perlukan seorang ayah.
Simon report kat emaknya yg dia tidak berjaya mencari wasiat baru ayah maria.kemudian keluar azalia sambil perli yg dia alami "malam yg sangat indah" semalam.Apa lagi , menggatal la perempuan tu ngan simon.Mak simon yg menyampah terus pergi.
Nany mengamuk sbb rumah x de org (diorg keluar cari bernada + trinidad).Isabela lak wat perangai nak air panas untuk mandi.Mengada2 betul.Tiba2 terdengar jeritan isabela.kelam kabut maria + nany pergi kepada isabela yg sedang berada di bilik air.Rupa2 ada labah2 di atas kepala isabela.Labah2 tu sebenarnya TITO, labah2 kepunyaan pembantu rumahnya.Maria dengan nakalnya mengusik isabela.Maria pura2 takut dan beritahu isabela bahawa dia dalam bahaya krn labah labah tu berbisa.Tiada penawar untuk racunnya.Apa lagi panic gile la si isabela.kelako lak.Scene ke 3 kelakor lepas episod santos naik lift dan santos makan sushi.
Bilalah nasi lemak + roti canai nak keluar dalam telenovela kan??
Pembantu rumah yg mee dah lupa namanya beritahu maria yg dia dah berubah.Maria dengan bersemangat cakap mulai skrg dia bukan lagi CIK, tapi PATRON (boss) di sini."Ada perkara yg aku perlu perbetulkan" ujar maria dan berlalu pergi.Nanny cakap kat pada pembantu rumah tu,, "aku kenal maria dan perkara dasyat
akan berlaku...."
Santos tengah minum kat bar delila.Tiba2 maria muncul dengan senapangnya dan berkata "aku datang untuk bawa kau kahwin dengan valentina..... "
sambung.
[ Last edited by mee_maggie at 11-10-2007 03:51 PM ]
yun pun nak minta maaf zahir & batin pd semua jika ada perkataan2 yang tak sedap dibaca semasa kita berforum.
selamat hari raya pada semua. hati2 dijalan raya.
seronoknya korang balik kampung
Originally posted by blankie at 12-10-2007 05:20 AM
maria teresa ganazzz betul smalam...
cipriano camacho cuak giler bila bernarda bagitau trini anak dia.. jesus nino anak sape plak??