CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 5-11-2008 04:43 PM | Show all posts

Reply #2411 haziq_97's post

Kenangan kat Arafah..
Berebut dok ambil orang sedekah susu & laban..
Kat sebelah tu ada Buahan siap dalam plastik..
Lepas tu..Dok pakat berebut ambil buah tu..
Tiba tiba ada orang menjerit..
Rupanya Orang yang menjual buah tu..
Buah tu bukan sedekah..untuk dijual..
Malunya..tapi bukan kita sorang..ramai lagi..
Tulah..apasal dia dok jual dekat dgn orang yang bersedekah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 5-11-2008 04:34 PM
Oh ye bila citer bab sedekah ni.. teringat masa kat Mina tu.. cuaca sejuk ada pak sheikh sponsor selimut...yg sedeh mak cik & pok cik berebut2 amek selimut mmg cantik selimut tu.. ada yg a ...



Tak leh nak salahkan pokcik mokcik ni. Pak Syeikh tak kata pun untuk pinjaman ingatkan dapat terus
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 5-11-2008 04:43 PM
Kenangan kat Arafah..
Berebut dok ambil orang sedekah susu & laban..
Kat sebelah tu ada Buahan siap dalam plastik..
Lepas tu..Dok pakat berebut ambil buah tu..
Tiba tiba ada orang menjerit..
...



Azie ada join sekali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:52 PM | Show all posts
isyyyy... kecurlah pulak... heheheee....
saya teringat kat madinah...
org jual kat luar pagar masjidnabawi...
bila pihak penguatkuasa datang... yg menjual ni lintang pukang lari... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 5-11-2008 04:52 PM



Azie ada join sekali ke?


Insyallah Kak Aily...
Boleh jumpa Kak Aily...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 5-11-2008 04:43 PM
Kenangan kat Arafah..
Berebut dok ambil orang sedekah susu & laban..
Kat sebelah tu ada Buahan siap dalam plastik..
Lepas tu..Dok pakat berebut ambil buah tu..
Tiba tiba ada orang menjerit..
...

itulah nasib penjaja buah2an ...dugaan wat mereka.. hee hee Jemaah kta pantang dengar free serbu aje..yg pelik tu.. yg serbu tu sume yg dah berumur...mana dispilin mereka ye.. masih dlm ihram tu..bila kenang2kan..mengapa jadi gitu????Pasal nafsu kot ye... kuang kuang kuang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2008 04:58 PM | Show all posts

Reply #2417 haziq_97's post

Bukan nak makan sangat...
Tapi seronok tengok makanan free..
Balik khemah beri kat kawan kawan..

Teringat masa pi Umrah..
Duduk kat Dar Taqwa Intercontinental Hotel..
Banyak diberi buah kat bilik..
Tak makan sangat buah..
Last last...masuk dalam plastik...turun pi Masjid sedekah kat orang...
Berebut...seronok rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 5-11-2008 04:51 PM



Tak leh nak salahkan pokcik mokcik ni. Pak Syeikh tak kata pun untuk pinjaman ingatkan dapat terus

Kak Ally pun amek ke selimut tu.. dan pack dlm beg masa nak balik ke Mekah ke???Kalau bawak balik kan ke haru.. sikit punya tebal woooo... baru macam santa clause pikul selimut hee hee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 5-11-2008 04:58 PM
Bukan nak makan sangat...
Tapi seronok tengok makanan free..
Balik khemah beri kat kawan kawan..

Teringat masa pi Umrah..
Duduk kat Dar Taqwa Intercontinental Hotel..
Banyak diberi buah ka ...


Azie, akak masa Umrah baru baru ni dalam Masjidil Haram, dorangkan kasi air herba, konon konon nak rasalah, akak ambil satu, anak anak & adik pun ikut sekali. Akak minum dulu alamak rasa dia, rasa buah pelaga kelat sangat apalagi anak anak & adik terus sedekahkan air tu kat jemaah yang muka berlukis, dorang suka sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 5-11-2008 05:01 PM

Kak Ally pun amek ke selimut tu.. dan pack dlm beg masa nak balik ke Mekah ke???Kalau bawak balik kan ke haru.. sikit punya tebal woooo... baru macam santa clause pikul selimut hee hee


Tak adalah. Tak sempat sampai kat kami pun. Ada dengar pak syeikh kasi selimut tapi kitorang tak dapat pun. Kami tidur beralaskan karpet (bawah dia banyak batu timbul timbul boleh kutip buat melontar ) dan beg sebagai bantal dan tuala sebagai selimut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 5-11-2008 05:09 PM


Tak adalah. Tak sempat sampai kat kami pun. Ada dengar pak syeikh kasi selimut tapi kitorang tak dapat pun. Kami tidur beralaskan karpet (bawah dia banyak batu timbul timbul boleh kuti ...

Kak wat positif thinking aje.. andaikan  batu bawah karpet tu..sebagai massage body kita bila pusing kiri kanan...nikmat wooo mana nak cari tempat tu kat Msia ni...umpamakan macam kita pijak batu kat tapak kaki tu..macam urut kaki  org kata....dapat free aje.. he he he
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 05:24 PM | Show all posts
Masa g ziarah tu...kat Masjid terapong Jeddah driver bas ni.. masak air bawah tempat lugage tu.. g intai ape dia rang wat..sbb asap aje yg kuar..rupa2nya dia org tgh minum kopi dgn geng.. nampak sedap aje..masing hirup sambil pejam mata.. Dia rang offer minum x kecilkan ati cuba seteguk aduuuuiii berpinar biji mata.. masyaALLAH pahit sungguh kopi..tu tanpa gula...terkono juga aku ye.. dlm ati..patutlah depa pejam mata nak tahan pahitnya..supaya tahan ngatok katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 5-11-2008 05:17 PM

Kak wat positif thinking aje.. andaikan  batu bawah karpet tu..sebagai massage body kita bila pusing kiri kanan...nikmat wooo mana nak cari tempat tu kat Msia ni...umpamakan macam kita pijak ...




Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 5-11-2008 05:05 PM


Azie, akak masa Umrah baru baru ni dalam Masjidil Haram, dorangkan kasi air herba, konon konon nak rasalah, akak ambil satu, anak anak & adik pun ikut sekali. Akak minum dulu alamak rasa dia, ...



Pi Umrah Bulan Ramadan..
Time berbuka kadaang kadang dia orang offer juga Kopi Arab..
Pernah cuba sekali...pahitnya mak ooiii..
Sekali aje tu..
Lepas tu...Terima kasih aje...
Kawan pulak terkena sakit perut...
Pasal dia dok cuba makan laban di campur dgn Rempah...
Tengok stail orang Arab makan..
Orang offer masa berbuka di Masjid...
Dia tak terfikir perut kita tak macam perut dia orang ..orang Arab..
Apa lagi 2 ke 3 hari sakit perut...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 5-11-2008 04:52 PM
isyyyy... kecurlah pulak... heheheee....
saya teringat kat madinah...
org jual kat luar pagar masjidnabawi...
bila pihak penguatkuasa datang... yg menjual ni lintang pukang lari... hehehe


Bab ni...
Kira nasib...
Adik saya terkena..
Dia dah ambil barang tu dah beri duit..
Elok nak dapat bakinya...datang Penguatkuasa...
Lintang pukang lari Penjual..
Last last duit baki entah kemana...
Kira Halalllllll ajelah.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 06:31 PM | Show all posts
Suasana Masjidil Haram Terkini



Suasana Masjidil Haram pada malam hari yang diabadikan harian Arab News edisi Rabo,
5 November hari ini.

Kota Mekah masih lengang karena sebagian besar jemaah haji masih di Madinah. (MH)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 06:34 PM | Show all posts


Wukuf Insya Allah Jatuh Hari Ahad

Jakarta (MCH).
Hari wukuf 9 Zulhijjah di Arafah diperkirakan akan jatuh pada hari Ahad, 7 Desember 2008.
Awal bulan Zulhijjah 1429 Hijriyah diperkirakan akan jatuh hari Sabtu, 29 November.
Demikian dijelaskan ahli hisab Departemen Agama RI, K.H. Benadji Aqil.

Bulan Zulkaidah ini, menurut kalender Ummul Qura, persis bareng dengan kalender kita.
Harian Al-Riyadh misalnya, pada hari ini, 5 November menunjuk tanggal 7 Zulkaidah, yang sama dengan kalender Indonesia.

Bulan Zulkaidah akan berjalan 30 hari.
Menurut Benadji Aqil, Arab Saudi tak mungkin mendahului kita dalam mengawali bulan Zulhijjah tahun 1429 Hijriyah ini.
"Sebab, hilal masih sangat di bawah ufuk," kata ahli hisab alumnus Pondok Pesantren Bahrul Ulum, Jombang,
Jawa Timur yang berusia 87 tahun ini. (Musthafa Helmy)
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 06:51 PM | Show all posts
Berita dari BERNAMA

04 November, 2008 10:17 AM           
Saf Di Masjid Al Nabawi Mulai Penuh, Musim Haji 1429 Bermula
Daripada Zulkefli Salleh

MADINAH, 4 Nov (Bernama) --
Saf (barisan) di Masjid Nabawi mulai hampir dipenuhi jemaah setiap kali solat fardhu lima waktu,
bas berduyun-duyun memasuki kota suci ini, dan hotel serta rumah penginapan di sekitarnya penuh -
ini tandanya musim haji 1429 Hijrah sudah bermula.

Mereka ke sini bukan sahaja untuk mendirikan solat dan berdoa di Masjid Nabawi,
masjid kedua termulia selepas Masjidil Haram di Mekah, tetapi juga kerana menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w di situ
serta makam tiga khalifah Islam -- Saidina Abu Bakar, Omar Al Khatab dan Uthman Ibnu Affan di sebelahnya.

Justeru itu Kota Suci Madinah, di mana juga terdapat Masjid Qubaa, masjid pertama didirikan pada zaman Rasullullah,
menjadi destinasi ziarah bagi sebahagian daripada berjuta-juta jemaah haji yang bakal bermukim di Tanah Suci Mekah
sebelum wukuf di Arafah pada awal Disember akan datang.

"Apabila anda melihat banyak orang Turki, Tanah Jawi dan dari benua India di Masjid Nabawi,
itu tandanya awal bulan Haji sahaja sudah datang," kata seorang rakyat Malaysia yang sudah lama menetap di Arab Saudi.

Jemaah haji terdiri daripada rakyat Malaysia sudah mulai banyak di Madinah sejak hujung minggu lalu antara
berpuluh ribu jemaah haji pelbagai bangsa dan budaya kelihatan berulang alik antara penginapan dan Masjid Nabi itu
lima kali sehari untuk melakukan solat fardhu.

Beribu-ribu lagi sedang memasuki kota kedamaian ini melalui jalan darat dan udara setiap detik dan beribu-ribu yang lain
yang sudah tinggal rata-rata lapan hari di sini dan melakukan solat 40 waktu (solat Arbain), keluar menuju Mekah.

Meskipun sebahagiannya sudah berusia lanjut dan fizikal mereka kelihatan lemah,
namun mereka sanggup berjalan berbatu-batu sehari kerana mahu mendirikan solat fardhu 40 waktu
yang dianjurkan oleh Islam bagi jemaah haji.

Tabung Haji Malaysia, menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Salleh Ab. Mubin,
yang juga Pengurus Besar Kanan Haji, Tabung Haji sedaya upaya menampung supaya sebahagian jemaah haji Malaysia
masuk ke Arab Saudi langsung ke Madinah untuk melakukan ziarah.

Tabung Haji mengatur program ziarah ke makam Rasulullah dan sahabat serta tempat lain bagi jemaah haji Malaysia, katanya.

"Kita berharap kehadiran mereka sembilan hari di Kota Suci ini memberi mereka kesempatan untuk menghayati suasana dan
cara hidup orang Islam di sini, lebih-lebih lagi para sahabat Rasulullah yang menjalani kehidupan baik," katanya.

"Apabila mereka kembali ke tanah air, kita berharap mereka dapat menyebarkan cara hidup Islam kepada masyarakat," katanya.

Mohd Salleh berkata cuaca di Madinah tahun ini kini agak sejuk dan dijangka bertambah sejuk terutama
di waktu subuh dan malam dan beliau menasihatkan para jemaah Malaysia membawa pakaian yang sesuai.

Madinah yang jarang menikmati hujan, hujung minggu mengalami hujan tetapi cuaca hari ini cerah namun suhu dilaporkan
sekitar 20 darjah celcius dan berangin.

Katanya untuk menjaga tahap kesihatan jemaah haji Tabung Haji menitikberat mutu makanan yang disajikan dengan
mengikat kontrak katering dengan hotel-hotel di mana mereka ditempatkan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 07:52 PM | Show all posts
Lambaian Kaabah 1429H: Terkilan hasrat isteri tak tercapai
Oleh Nik Sukry Ramli
[email protected]


Pasangan hidap barah payu dara meninggal Mac lalu


KELANA JAYA:
Kematian isterinya Mac lalu akibat barah payu dara tidak melunturkan semangat Anbiah Hashim, 56
untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini.

Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor berlepas ke Tanah Suci semalam agak terkilan
apabila hasratnya untuk bersama-sama isterinya, Kotimah Rostam menjadi tetamu Allah tidak kesampaian.

“Jika nak dikira, kami membuat persiapan bersama sejak 2004 lagi.
Kami sudah menjalani kursus asas haji bersama dan arwah isteri saya memang dikesan menghidap penyakit itu.

“Namun penyakit berkenaan berada pada tahap terkawal dan tidak membimbangkan.
Arwah isteri saya juga bersemangat melawan penyakit itu termasuk menjalani rawatan kimoterapi,”
katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini semalam.

Anbiah berkata, kesihatan arwah isterinya itu dikesan bertambah serius ketika menjalani
ujian saringan kesihatan hujung tahun lalu yang dijalankan pihak Tabung Haji.

Katanya, hasil pemeriksaan mengesahkan penyakit barah payu dara dihidapi arwah isterinya kritikal sehingga
terpaksa dimasukkan ke hospital bagi rawatan susulan.

“Arwah isteri saya menjalani rawatan susulan sehinggalah menghembuskan nafas terakhir Mac lalu.

“Sedih tu memanglah sedih, tapi saya menerima ketentuan ini dan dengan izin-Nya.
Saya harap dapat menunaikan ibadat ini dengan sempurna sebagai hadiah istimewa kepada arwah,” katanya.
Beliau sempat melawat pusara arwah isterinya di Sabak Bernam sebelum bertolak ke kompleks itu semalam.


Anbiah yang ditemani dua saudaranya adalah antara 444 jemaah dari Kumpulan 17 bagi
menjalani ibadat haji Musim 1429 Hijrah/2008 Masihi.

[ Last edited by  aziefa at 5-11-2008 07:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 07:35 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 5-11-2008 07:52 PM
Lambaian Kaabah 1429H: Terkilan hasrat isteri tak tercapai
Oleh Nik Sukry Ramli
[email protected]


Pasangan hidap barah payu dara meninggal Mac lalu


KELANA JAYA:
Kematian ister ...

X sume yng kita rancang dimakbulkanoleh ALLAH...gitulah yg terjadi pada pasangan tu.. dia merancang ALLAH yng menentukan....Al-fatehah wat arwah isterinya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.206687 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list