CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tigas

senarai lagu yang disukai mahluk halus

[Copy link]
Post time 31-7-2016 05:28 PM | Show all posts
Semalam lebih kurang jam 1.45 pagi, aku psang youtube.
Dengar lagu Blackrose - Penantian

Sambil dengar, aku pun turut menyanyi.
Tak sure part mana, tetiba aku terdengar seolah2 suara budak kecik nyanyi sekali tapi sepatah je sebab aku cepat2 berhenti nyanyi.

Pstu terus search ruqyah..pasang kuat2. eeee first time kot ada suara budak mencelah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2016 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
if kt thread dam merung, lagu pakai baju kancing lah suasa.. smpi skang teringat2 cite tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 02:23 PM | Show all posts
dah donlod lagu tu semua, agak seram gak ar dgr.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 02:51 PM | Show all posts
Edited by BabeYSHa at 11-9-2016 03:00 PM
Mmm... kan sejak beberapa bulan lepas lagu "Sudahku Tahu" ngan "Hang Pi Mana" kemain meletop a.k.a berhantu gitu...


Baru-baru neh.. (bulan lepas).. ada kuar video Smule budak lelaki neh.. dia wat nyanyi video smule mode SOLO sambil drive, tapi dia tak tunjukla muka dia..tgah2 nyanyi ada suara join gak.. Perghh! haku memula mcm tkmo dengar jer.. sekali suara "lelaki" yang join.. nampak sgtla "benda" tue pun nak join sekaki.. betui ke idak tatau..  


Sebut pasal smule malam-malam.. senja or pagi buta.. haku nasihatkan takyahla yer.. Haku memang ada jugak maen menatang Smule neh duluuu...duluu la.. walau suara tak sesedap mana, tapi acah-acah retis gitu, ko peduli haper henpon haku kan.. huhu... penah suatu ketika, haku wat keja gila bersmule jam 2.30 pagi..(benda baru..memangla teruja lebih..tambah2 esok cuti+bosan).. Haaaa... amek kau.. dah haku rasa, ada jer dok perati haku melalak kat belakang... sekarang haku dah bersara smule.. mengarut je semua tue.. lagikan retis boleh berselingkuh sebab benda2 neh.. (dulu2 takleh private message..kira idup dunia sendiri je).. apa lagi dengan tarian lucahnya.. dulu2 henpon iphone ngan oppo je leh video smule.. sejak samsung n geng2 android seangkatan dengannya diberi ruang untuk boleh nyanyi sambil tayang lobang idung.. Perghh! lagi terukkk! Yang bagus, bagus la... Dengan mengaji sumer.. tapi haku nengok ayat-ayat suci yang dia bubuh pun...mmm.. sapo yang selalu mengaji Yassin tiap kali malam jumaat or pagi2 pas Subuh okla.. neh kalo sebulan sekali baru nak baca, nak ngaji kat Smule ngan "lirik" ayat-ayat kecik gitu rupanya.. alahai.. haha..  *jangan kecam Momod*
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 02:59 PM | Show all posts
Nah.. haku belanja citer beliau dari blog Babab.net


Video punya link haku copy jer... bai2...





Oleh Encik Hairul

Selama ini aku tak percaya sangat bab-bab hantu apa semua. Aku percaya mahkluk jin dan syaitan itu wujud, tetapi hantu, aku tidak percaya. Sebab aku tidak pernah nampak. Tetapi malam ini terjadi pada aku sendiri. Tak tahu sama ada ilusi atau sesuatu benda yang lain.



25 Ogos 2016, Khamis, 9:00 malam

Aku dalam perjalanan balik dari Kluang ke Segamat. Seperti biasa, aku takkan buka radio sebab aku suka layan Smule. Buat penemanlah orang kata. Layan punya layan, aku tergerak hati nak buat video tertapi menghadap ke jalan.

Aku pilih lagu Sudahku Tahu dari Projector Band. Aku tekan solo sebab nak menyanyi seorang. Sebelum menyanyi, seperti biasa check dulu sound muzik okay ke tidak, sebab ada banyak pilihan. Bila dah okay, aku tekanlah restart song.

Nak dijadikan cerita, aku lalu saja kawasan selekoh kubur Cina Chaah, aku dah rasa lain macam. Tetapi aku buat tak tahu saja sebab dah biasa lalu. Bila aku mula bernyanyi, aku dengar suara aku macam double, macam ada backup singer pula. Padahal aku nyanyi solo.

Dah check sound semua okay, aku tergerak hati nak diam seketika. Alangkah terkejutnya aku, ada suara orang bernyanyi dalam itu. Jilake! Nak join aku menyanyi.

Aku terpandang kelibat di cermin belakang, seperti ada sesuatu. Aku terus cabut earphone sepantas kilat!

Selepas aku cabut earphone, aku campak phone ke bawah. Aku turunkan tingkap kiri dan kanan, bongkokkan badan dan parking dagu baik punya atas stereng supaya aku tak gatal-gatal nak tengok cermin sisi dan belakang. Aku fokus saja pandang depan.

Aku istigfar, baca ayat-ayat yang patut dan terlintas di kepala hotak aku ini. Semasa aku melaungkan azan, aku dapat rasa ada orang membelai di belakang badan, seperti mencuit-cuit. Aku menjadi semakin gerun. Tetapi aku tetap cuba melaungkan azan. Satu kereta pun tak ada di kawasan itu. Aku pecut mencari lampu kereta.

Semasa memecut dan melaungkan azan, aku teringat orang kata, baca itu kena yakin dan tahu maksudnya. Terlintas di kepala aku gambaran orang azan di televisyen siap dengan substitle bahasa Melayu. Hahaha! Badan aku jadi kaku, kebas habis. Aku mengharapkan sinar cahaya dari tiang lampu jalan.

Aku fikir nak berhentikan kereta di bawah tiang lampu, buka pintu dan lari 50 meter dari kereta dan nak pandang apa yang ada di dalam kereta aku. Sekali tak jadi sebab aku nampak aku lampu merah kereta. Aku terus cucuk rapat dengan memotong garisan agar orang belakang boleh menyuluh kereta aku. Manalah tahu kalau dia boleh nampak ke.

Selepas saja melaungkan azan, tiada lagi yang membelai di belakang badan aku. Aku baca surah-surah yang patut untuk menenangkan diri. Sampai saja Labis, rasa seperti tak ada apa-apa lagi di dalam kereta. Lampu isyarat Balai Polis Labis pun bertukar merah, aku berhentikan kereta. Aku lihat semula phone aku, tertera perkataan Finish, menandakan lagu itu sudah habis. Aku malas nak dengar semula. Aku tekan continue dan save. Di rumah nanti baru dengar.

Apabila aku tengok semula video ini, ngam-ngam saja selepas aku habis azan video ini dah end duration. Padahal lagu ini lebih dari dua minit, tetapi seminit lebih saja yang dirakam. Aku masih ingat lagi sebab apabila kita naikkan volume, earphone aku ini walaupun tak pakai di telinga, masih boleh dengar lagu itu sampai habis.



Itu saja video yang aku dapat dari apps Smule. Mungkin illusi, mungkin kebetulan atau apps itu ada masalah. Tetapi kalau korang pergi profile Smula aku, korang tengok aku menyanyi solo lagi ini. Kalau korang tekan Sing di atas kanan itu, korang pilih solo. Korang tengok, ada tak suara seperti apa yang aku dengar malam itu.


Aku saja nak kongsikan pengalaman aku. Tak suruh korang percaya tetapi itulah yang aku hadap selama 3 minit. Badan aku kaku, kaki hanya pijak paddle minyak, fikiran seperti diganggu. Kalau korang menghadapi situasi seperti ini, apa yang korang perlu buat?

Mungkin salah aku juga sebab memekak-mekak dalam kereta bila lalu tempat sunyi/hutan. Bila dah terkena, kira pengajaranlah bagi aku. Selepas ini, tak nak menyanyi malam-malam. Nyanyi di waktu pagi sahaja, bukan pagi buta. Dulu sanggup stay dalam kereta sampai jam 3 pagi, padahal dah sampai rumah. Smule punya pasal. -



Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
smule tu, suara hantu tu cam suara aku je sumbang sumbang. aku x caye haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2016 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ini kisah aku yang x berapa seram n macam bodoh sikit, masa ni aku berumur 9 tahun, bdk2 yg x tau pape kn, waktu ni aku dgn family ddk di kampung. aku bersama kawan aku bernama iran (da arwah jatuh dr pencawang waktu bekerja) pergi ke hutan berdekatan utk bermain & melastik burung. lupa nak bgtau kawasan tu berdekatan dgn sungai, so kwsan ni antara favorite bdk2 kampung utk bermain.

satu hari kami berdua pergi melastik burung, time ni kami di permainkan oleh benda tu, kami nampak burung, kami lastik n 'pukkk' kena sekor, bila cari x jumpa padahal jatuh pun depan kami je, kami layan melastik sehingga ke senja, seekor burung pun x dpt.

masa ni kami kena, jalan keluar dari hutan ni berdekatan dengan kubur, nak xnk terpaksa ikut jugak sbbnya mmg ada satu jalan je untuk balik ke rumah, masa keluar tu kami nampak akak berselendang putih, dukung baby. ala mcm ibu bwk anak yg br lahir tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kami bdk2 kn x tau pape, kami mnx izin. "tumpang lalu makcik" sbb nk cepat kami x lah pandang muka dia, lepastu bila kami sampai kat simpang, kami nmpk akak tu da kat depan, dalam hati aku "akak ni nk berlumba balik ke" nampak bodonya aku kat situ kan. haha.

masa tu br nampak muka akak tu putih sgt n ayu je. x la lawo, biase2 je. kwn aku pun g tegur " laju nye jalan makcik" pastu kami tinggalkan kat belakang, sekali lagi terjadi benda yg sama bila akak tu ada kat depan, sbnrnya aku n kwn aku x perasaan kami berpusing kat tempat yg sama, berderau darah bila aku bila akak tu tunjuk muka dia yg lagi sebelah, bayangkan muka dia sebelh ayu yg x lawo sgt. sebelah lagi mata merah besar tersembul, pipi jatuh mengelebeh berulat pandang kami dgn senyuman alahai, senyuman yg korg xnk tgk lah..ngeri..

kwn aku g tegur buruknya muka, kuat2 lah tu mcm menjerit. pastu masing2 pengsan, n org kampung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 03:28 PM | Show all posts
Mggu lps ..ni kwn aku cerita..masuk paper cina..budak skolah buat rehersal ulik mayang..tp sekerat jalan pastu balik..pastu ramai yg kena rasuk..smpai skolah tutup bbrapa hari..budak cina hindu malay semua ada..pakat  semayang la depan skolah..tp aku xsure sapa ..sami ka ustaz..x pasti lak sapa yg derang panggil utk setel..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.539354 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list