|
MEMANAH WARISAN / SUNNAH MEMANAH / MEMANAH TRADISIONAL (MALAY ARCHERY)
[Copy link]
|
|
Festival Memanah Tradisional Antarabangsa, Malaysia 2018
|
|
|
|
|
|
|
|
Festival Memanah Tradisional Antarabangsa, Malaysia 2018
Berikut adalah senarai nama pemanah yang akan mewakil Malaysia dalam Kejuaraan Antara Negara Format Statik yang akan berlangsung sejurus selesainya Kejohanan Memanah Tradisional Antarabangsa Malaysia 2018.
Pertandingan dijangkakan akan bermula jam 3.00 petang pada hari Sabtu (27 Januari 2018). Jarak panahan adalah 60 meter dan sebanyak 3 end akan dipertandingkan dengan menggunakan 7 batang anak panah untuk setiap end.
Lapang sasar akan dibuka khas untuk pasukan Malaysia menjalani latihan bermula pada 22hb Januari 2018 (Isnin).
Diharapkan agar para pemanah dapat terus istiqomah dalam latihan agar dapat memberikan yang terbaik dalam kejohanan ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Festival Memanah Tradisional Antarabangsa, Malaysia 2018
|
|
|
|
|
|
|
|
PERTAMA
Old Logo
New Logo
|
|
|
|
|
|
|
|
1st International Horseback Archery Indonesia 2018
Date : 10 - 11 November 2018
|
|
|
|
|
|
|
|
The 14th World Horseback Archery Championship, Sokcho South Korea (4/10/2018 - 8/10/2018)
http://www.whaf.net
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMANAH tradisional, Ahmad Alrafaie Ali. - NSTP / Nur Adibah Ahmad Izam
Alrafaie pecah monopoli pemanah Hungary
Oleh Suhaila Ali
[email protected]
• Siapa sangka seorang anak Melayu dari Malaysia mampu memecah monopoli pemanah Hungary yang sekian lama mengungguli kejohanan HDH-IAA World Historical Traditional Archery, yang dikuasai negara itu sejak dua dekad lalu.
• Kejayaan Ahmad Alrafaie Ali, 40, bukan sekadar mengatasi pemanah hebat dari 30 negara dalam kejohanan itu untuk dinobat juara, malah lebih manis menyandang kedudukan enam terbaik dunia yang selama ini hanya dipegang pemanah Hungary.
• Hungary kuasai 20 tahun penganjuran sukan itu
• Atasi lebih 500 pemanah dari 30 negara
• Dianugerah juara dunia pemanah bertauliah oleh Hungary
• Latihan harian membabitkan 200 hingga 500 anak panah
ALRAFAIE satu-satunya wakil Asia yang merebut gelaran juara di peringkat antarabangsa di Hungary. - NSTP / Nur Adibah Ahmad Izam
ALRAFAIE (tengah) bersama rakan ketika mewakili Malaysia dalam pertandingan HDH-IAA World Historical Traditional Archery di Gyula, Hungary pada Ogos lalu. - Ihsan Facebook Rafaie Gaharu
KUALA LUMPUR: Bermula dengan ajakan rakan, Ahmad Alrafaie Ali, 40, tidak menyangka akhirnya jatuh cinta pada sukan memanah tradisional sehingga melakar kejayaan membanggakan atas nama Malaysia.
Pertama kali menyertai pertandingan memanah tradisional di Kluang, Johor yang membabitkan penyertaan 500 peserta termasuk dari Singapura dan Thailand, minat Alrafaie semakin mendalam terhadap sukan itu.
Melalui penyertaan dalam beberapa kelab memanah serta pertandingan yang dianjurkan, bakat dan kebolehan Alrafaie mula diperhatikan sehinggalah beliau terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan HDH-IAA World Historical Traditional Archery di Gyula, Hungary pada Ogos lalu.
Alrafaie mengakui status selaku satu-satunya wakil Asia yang merebut gelaran juara di peringkat antarabangsa di Hungary adalah suatu yang tidak pernah dijangka.
"Dalam pertandingan ini saya melepasi beberapa saringan untuk sampai ke peringkat suku akhir, di mana saya bersaing dengan pemanah hebat daripada negara lain termasuk Itali, Hungary dan Amerika Syarikat.
“Mungkin rezeki milik saya apabila dinobat juara dalam pertandingan itu. Lebih membanggakan saya satu-satunya rakyat Aasia yang berjaya sampai ke tahap untuk merebut gelaran juara itu, kerana selama ini ia dimonopoli rakyat Hungry,” katanya.
ALRAFAIE menyandang kedudukan enam terbaik dunia yang selama ini hanya dipegang pemanah Hungary. -
- Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Demi minat, buat sendiri anak panah
Oleh Alzahrin Alias
[email protected]
MENGUMPUL dan bermain panah tradisional memberi kepuasan peribadi kepada Aswat. - Foto Adi Safri
WALAUPUN publisiti kurang meluas, namun sukan memanah tradisional semakin menarik minat golongan muda untuk menjadikan ia sebagai amalan gaya hidup sihat.
Ia sudah menjadi satu kebiasaan kini kerana ramai yang menjadikan sukan ini sebagai koleksi pada dinding rumah, selain ada yang sanggup membina lapang sasar di kawasan bukit sekitar rumah sendiri.
Tidak kurang juga yang mengumpul busur, anak panah, mata panah selain aksesori memanah yang lain hanya kerana minat yang mendalam dalam sukan memanah tradisional ini.
Salah seorang anak muda yang terpanah hatinya jatuh cinta dengan sukan ini adalah Mohd Aswat Kidam, 31, yang bukan saja minat sehingga menjadi pemanah tradisional negara tetapi turut memiliki koleksi memanah yang unik.
Aswat yang mula berkenalan secara serius dengan aktiviti ini sejak tahun 2011, berkata memanah dan berkuda adalah impiannya sedari zaman sekolah lagi namun terdapat kekangan untuknya aktif dalam sukan ini.
ANTARA busur panah yang dimiliki oleh Mohd Aswat Kidam. - Foto Adi Safri
JENIS mata anak panah. - Foto Adi Safri
"Sukan memanah ini memerlukan belanja agak besar jadi zaman belajar dulu mana ada cukup duit nak beli dan bermain. Bila mula bekerja tahun 2010, saya tanam niat untuk buat perkara yang idamkan ketika kecil.
"Saya mula belajar berkuda sehinggalah bertemu dengan seorang guru dalam sukan memanah tradisional, Sheikh Fuad yang mula mengajar mengenai memanah dan berkuda.
"Sejak itu saya tidak menoleh lagi ke belakang, walaupun ramai yang cakap kos main dua sukan ini mahal tapi saya sanggup harungi kepuasan," katanya.
Kumpul ikut kemampuan
Setelah yakin dengan minatnya ini, Aswat mula membeli beberapa keperluan memanah seperti busur dan alatan lain.
Ketika itu dia banyak membeli barangan yang biasa sesuai dengan kemampuan dan statusnya sebagai 'orang baru' dalam sukan ini.
ANTARA mata panah yang dimiliki oleh Mohd Aswat Kidam. - Foto Adi Safri
ASWAT mula berkenalan secara serius dengan aktiviti ini sejak tahun 2011. - Foto Adi Safri
Namun kerana minat dan tekad, Aswat mampu mengatasi kebanyakan pemanah lain sehinggalah dia memenangi beberapa pertandingan dalam dan luar negara.
"Memanah tradisional sebenarnya bukan saja dekat negara kita, tapi seluruh dunia. Itu menyebabkan saya terasa nak dapatkan semua jenis busur dan anak panah dari negara luar.
"Sejak menyertai pertandingan di Turki pada tahun 2012, saya mengumpul pelbagai jenis busur dan anak panah. Selepas itu kumpul pula aksesori memanah yang lain seperti cincin dan mata anak panah.
"Memang tidak dapat dinafikan harga barangan ini sangat tinggi tambahan pula hampir 90 peratus barangan ini datang dari luar negara," katanya.
Buat sendiri jimat kos
Disebabkan kekangan kos, Aswat terfikir untuk membuat sendiri koleksi memanah seperti anak panah, mata anak panah dan cincin.
Latar belakangnya sebagai graduan seni reka halus, menyebabkan dia sentiasa kreatif dalam menghasilkan koleksi yang diminatinya.
ANTARA aksesori memanah oleh Mohd Aswat Kidam. - Foto Adi Safri
"Kos pun dapat dijimatkan. Saya buat sendiri rekaan sebelum pinjam bengkel rakan-rakan yang aktif dalam seni untuk menghasilkan pelbagai jenis koleksi berkaitan panah.
"Kalau mata anak panah ini banyak dibuat daripada besi tetapi bagi cincin pula daripada tanduk atau kayu yang tahan lama. Kena rajin dan gigih buat benda ini baru menjadi.
"Awal-awal dulu banyak kali buat tapi tak menjadi. Saya jadikan itu sebagai pengalaman dan apa yang salah kita perbaiki hingga mampu menghasilkan produk yang terbaik," katanya.
Siapa sangka dari hanya minat mengumpul dan membuat sendiri koleksi memanah ini turut memberikan pendapatan sampingan kepada Aswat apabila mula mendapat permintaan daripada peminat sukan memanah yang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari http://pemanah.net/
ASWAT mendapat bimbingan Sheikh Fuad, seorang guru dalam sukan memanah tradisional. - Foto Adi Safri
INFO Mohd Aswat Kidam
Umur: 31 tahun
# Busur termahal pernah dibeli olehnya berharga lebih RM5,000
# Mata anak panah buatannya mampu dijual dengan harga ribuan ringgit
# Mahir dalam menunggang kuda sambil memanah
# Menjadi antara pemanah tradisional profesional negara dan banyak memenangi pertandingan memanah tradisional tempatan
# Pertama kali memasuki pertandingan antarabangsa di Kejohanan Memanah Tradisional di Amasya, Turki dan mendapat tempat ketiga
- Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
The 15th World Horseback Archery Championship, Sokcho South Korea (27/8/2019 - 1/9/2019)
http://www.whaf.net
|
|
|
|
|
|
|
| |
|