Amira Othman Mohon Maaf Gimik MV ‘Bila Nak Kahwin’, Mengaku Tumpang Populariti Fattah Amin
Penyanyi Amira Othman memohon maaf sekiranya ada pihak kurang senang dengan gimik dilakukan untuk muzik video lagu terbaharunya, ‘Bila Nak Kahwin’ yang menampilkan aktor sensasi, Fattah Amin.
Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, berharap gimik yang dilakukan tidak mengecewakan hati peminat meskipun sebelum ini ada yang menyangka dia dan duda hot kesayangan ramai itu benar-benar bercinta.
Amira berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta tudung jenama Varisha dan pelancaran lagu ‘Bila Nak Kahwin’ yang berlangsung di Central I-City Mall, Shah Alam pada Sabtu.
Kerjasama dengan Fattah
Mengakui gembira dapat bekerjasama dengan Fattah, Amira memberitahu dia sudah pun bersedia dengan sebarang risiko apabila membuat keputusan untuk melakukan gimik berkenaan.
Sekadar info, lagu ‘Bila Nak Kahwin’ merupakan terbitan Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif bersama Emiera Othman Ventures. Lagu itu dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari manakala video muziknya mula ditayangkan sehari kemudian. Lagu bergenre pop ini adalah hasil ciptaan Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.
#rejekiAttahrejekiAca
#yangpentingrejekikepok2
|