Post time 8-8-2022 03:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sedikit perkongsian untuk yang baru nak bercucuk tanam..
Selalu saya dapat pertanyaan macam mana saya jaga & bela pokok-pokok subur menghijau di “mini jungle” saya walaupun dibawah porch rumah. Sebenarnya saya tak pernah percaya pun konsep tangan sejuk & panas. Sebabnya saya pun pernah buat pokok terbunuh ????
So ini saya just nak kongsikan sedikit tips selain dari guna medium yang poros, pembajaan dan cahaya yang cukup, kita kena selalu potong daun-daun yang dah nampak agak lemah dan takdak potensi nak kekal lama. Dulu saya pun sejenis manusia yang sayang nak potong daun tambah2 lagi kalau daun tu paling besar. Tapi sekarang ni pantang nampak burn sikit terus cantas… ????
Kebaikkannya kat sini, bila kita cantas daun yang tak berapa nak bermaya tu.. zat-zat akan pi kat daun yang lain dan pokok pun akan cepat bagi daun baru. And paling penting pokok pun akan sentiasa menghijau dan mata pun tak sakit????????
P/s : Dalam hidup pun kalau ada orang sekeliling yang negatif, cantas siap-siap. InsyaAllah hidup akan tenang. Sekian..