|
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5018706&extra=
Tak Puas Hati, 'Ketua Juri' Program Hiburan Kena Hentam Teruk Dengan Penonton
Kuala Lumpur: "Astro GV (Gegar Vaganza) tu bukan apak (bapa) saya punya. Ada empat juri yang bagi markah. Kena hormat nombor-nombor itu, majoriti mutlak. Ketua juri tak boleh tukar markah juri lain."
Itu tulis juri tetap program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS di ruangan komen Instagram bagi menjawab soalan peminat kenapa Niki Palikat tidak menjadi juara.
Pengguna laman sosial terbabit, @yanaothman_offcial bertanya, 'Tok Ram (Ramli MS) why (kenapa) Nikki (Nikki Palikat) tak juara, sampai hati'.
Ramli berkata, keputusan peringkat akhir GV8 yang berlangsung kelmarin itu adalah majoriti mutlak.
Dalam masa sama, seorang lagi pengguna lain secara berseloroh meninggalkan komen supaya tidak bertanya soalan berkenaan kerana bimbang Ramli marah dan mengamuk.
"@yanaothman_official jangan tanya nanti Tok mengamuk," tulis pengguna itu.
Malah, komen itu dibalas Ramli yang menyifatkan masih ramai tidak faham mengenai penjurian.
"Takda makna nak ngamuk (mengamuk). Benda nyata, kadang orang tak faham. GV tidak menjuri apa pemberian Tuhan, 'such' warna suara, tingginya, 'ranges' suara, muka cantik dan suara kuat.
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... saya-punya-ramli-ms
"Dalam suara ada seni dan teknikal. Kena guna data yang ada di minda tu. Kalau tak Aweera yang suara kuat, tinggi atau Nikki menang tanpa bertanding," jawabnya dengan meletakkan emoji ketawa.
Pada peringkat akhir itu, penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz dinobatkan juara GV8 yang membawa pulang RM100,000.
Tempat kedua menjadi milik Nikki Palikat, ketiga Suki Low, keempat Adibah Noor, kelima Azan Scan dan keenam Aweera.
Selain Ramli, dua juri tetap lain ialah Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat serta juri jemputan Joe Flizzow.
|
|