CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ekin_mache

[MERGE] All about menamakan bayi

 Close [Copy link]
Post time 16-8-2005 04:24 PM | Show all posts
hahahaha..biar betoi....makna nama qudus tuh yg aku tak tahan..miahahaha

tina..ko dah ade list nama ke utk baby ko???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2005 04:26 PM | Show all posts
dik tina cayang, nak nama yg pendek2 tue kak zue bley tolong carikkan tp nak start dgn hruf/alphabet apa? T ker? itu pon kalu ader...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 04:29 PM | Show all posts
dik tina cayang, nak nama yg pendek2 tue kak zue bley tolong carikkan tp nak start dgn hruf/alphabet apa? T ker? itu pon kalu ader...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 04:34 PM | Show all posts
tina, nie ader list nama baby girl yg start dgn huruf/alphabet T.....

Tasnim Amani (Air terjun dalam syurga/ketenanganku)
Air sejuk yang mengalir untuk menghilangkan dahaga, merupakan suatu kesyukuran di atas nikmat Allah. Begitu jugalah dengan kurnian anak yang baik dapat menghiburkan hati ibu bapa dalam menghadapi dugaaan yang pelbagai di dunia yang serba mencabar ini.

Tihani (Bahagia)
Nama yang menarik, dan sebutannya juga sedap didengar. Rumah tangga yang dibina akan lebih bahagia jika dimeriahkan dengan kehadiran anak. Itulah anak yang diwariskan untuk meneruskan generasi yang akan datang. Apa sahaja yang kita laku dan perjuangkan dalam hidup ini adalah untuk mencari kepuasan dan kebahagiaan. Moga-moga kebahagiaan dan keberkatan hidup akan bertambah dengan adanya anak yang dinamakan Tihani.

Tijan Tahsina (Mahkota/mencantikkan)
Anak yang diharapkan untuk memiliki sifat-sifat kepimpinan yang cukup cantik untuk ditonjolkan ke hadapan. Menjadi harapan untuk anak ini bila dewasanya kelak, menjadi pemimpin yang disukai oleh masyarakat.


p/s: tina, nama baby boy yg start dgn huruf T tak der arr....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 04:37 PM | Show all posts
thank you zue...

nashra dah buat conclusion utk namakan baby girl nih...alhamdulillah..selamat...

sekarang dah sebulan umur adibah nursarah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by blueharp at 16-8-2005 04:24 PM
hahahaha..biar betoi....makna nama qudus tuh yg aku tak tahan..miahahaha

tina..ko dah ade list nama ke utk baby ko???


setau aku...qudus tue maksod dier mcm 'suci'..asal pekataan arab..qa.da.sa....

dlm website tue kata kedai basikal pulak... :lol

blue...belom ada lagikla....tgh usha usha jek dulu...

lu dah ada ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2005 04:45 PM | Show all posts
kak zue.hehe....mentang2 nick kiter stat ngn urup "T" ek??

ermmm....nak urup aper ek?? (tgh berangan nie...) heheh...

hurup A, E dgn F...ada tak kak zue? :cak:

yg pendek2 ajek tau...nama bapak dier ajek dah 3 pekataan....kang berjele la nama anak kiter...hihihii
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 16-8-2005 04:38 PM


setau aku...qudus tue maksod dier mcm 'suci'..asal pekataan arab..qa.da.sa....

dlm website tue kata kedai basikal pulak... :lol

blue...belom ada lagikla....tgh usha usha jek dulu...

lu ...


miahahaha...
ekceli, aku dah la berangan nak letak nama kat baby just aku ngan isteri dok rilkes dulu la..ye la..dok plan nama utk baby girl..tetapi dapat lak baby boy...kan kena cari lagi nama..so..tgk la..mintak2 la baby aku sihat sampai la dia dilahirkan bulan mac tahun depan..insyaAllah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2005 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by blueharp at 16-8-2005 04:52 PM


miahahaha...
ekceli, aku dah la berangan nak letak nama kat baby just aku ngan isteri dok rilkes dulu la..ye la..dok plan nama utk baby girl..tetapi dapat lak baby boy...kan kena cari lagi n ...



hehe...dulu masa bercintan2 pakwe-makwe...kitorang dah siap ada nama anak utk diletak biler kitorang kawen nanti...hahaha (giler poyos)...:lol

tp...aku tak kawen ngn pakwe aku..aku kawen ngn 'jodoh' aku...so..cam geli nak guna nama berangan kitorang tue...ekekekek

betol..asalkan baby selamat lahir..itu lebe penting dan syukur alhamdulillah... :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2005 01:14 PM | Show all posts
nah... cuba tinjau2 kat sini lak, kut ade yg berkenan
http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/lelaki/index.html

nama2 larangan ni pon elok gak dijenguk.....
http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/terlarang.html
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2005 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by zue_af at 16-8-2005 01:39 PM



nasi, nama nie ker...

Ariq Anwar (Baik budi/amat bercahaya)
Nama yang mampu membina kekuatan peribadi seseorang. Peribadinya melahirkan cahaya ketenangan dan memiliki budi pekerti  ...


yup... :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2005 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 16-8-2005 04:45 PM
kak zue.hehe....mentang2 nick kiter stat ngn urup "T" ek??

ermmm....nak urup aper ek?? (tgh berangan nie...) heheh...

hurup A, E dgn F...ada tak kak zue? :cak:

yg pendek2 ajek t ...


list nama yg start dgn huruf A for baby boy...

Adabi Abadi (Kesopananku/yang kekal)  
Anak ini akan membesar dengan kesopanan yang tinggi. Sopan itu bukan dilakukan dengan berpura-pura atau ada udang di sebalik batu. Memang dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana kesopanan itu telah menjadi pakaian kepada dirinya.

Adib Anjab (Beradab/lebih utama dan bernilai)  
Orang yang berakhlak mulia boleh dan pandai membawa dirinya bersama kawan-kawan dan masyarakat setempat. Hidup dengan berakhlak lebih mulia daripada menjadi orang kaya yang sombong. Mendidik anak memiliki akhlak yang baik adalah salah satu tanggungjawab ibu bapa yang berat.

Ahmad Wirdas (Yang terpuji)  
Nama ini pernah dimiliki oleh seorang anak di zaman pemerintahan Amirul Mukminin iaitu Hisyam bin Abdul Malik. Wirdas merupakan seorang yang petah berhujah dan bijak mengeluarkan perkataan yang bernas ketika memberi pandangan. Berani menegur perbuatan yang salah secara berhikmah tanpa menyinggung mana-mana pihak. Selayaknya ia mendapat penghormatan di atas kebijaksaan dan keberaniannya itu.  

Adib Fahim (Pujangga/yang faham)  
Bila dewasanya anak menjadi seorang pujangga yang faham apa yang ingin diperjuangkan untuk kejayaan dan kepentingan bangsa, agama dan tanah airnya sendiri.

Aisy Hafiy (Kaya raya/yang memuliakan)  
Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang kadang-kadang menyebabkan ia sombong dan lupa diri. Jika ada anak-anak yang kaya, alangkah baiknya jika dia dapat membantu orang yang susah dan mudah memberi sesuai dengan kemuliaan sebagai orang yang kaya pada harta dan juga pada budi bahasanya.

Ahmad Adham (Gelaran nabi/yang cantik)  
Semoga anak membesar menjadi orang yang cantik pada wajah dan juga budi pekertinya. Anak yang cantik memang menyegarkan mata memandang, apa lagi jika akhlaknya juga menyejukkan hati. Cantik pada zahir dan batinnya.

Aisy Iskandar (Kaya-raya/nama seorang raja)  
Seorang anak yang diharapkan apabila dewasa akan menjadi seorang pemimpin. Pemimpin yang mampu menggerakkan jiwa rakyat ke arah kecemerlangan hidup yang maju dan berdaya saing menghadapi pembangunan negara. Kekayaan yang ada pada dirinya digunakan untuk menegakkan suatu perjuangan yang diredhai oleh Allah.  

Amirul Haziq (Ketua/cerdik, pandai )  
Dunia memerlukan anak-anak yang mempunyai kecerdikan akal yang tinggi, supaya dapat memimpin orang lain ke arah kebenaran. Sifat ini perlu ada kepada seseorang anak yang bakal menjadi pemimpin untuk menggantikan generasi yang akan pergi.

Al Khwarizmi (Pakar matematik/astronomi)  
Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Musa. Seorang yang mahir dalam bidang matematik, astronomi dan geografi. Penyusun risalah kecil di bidang arithmetik, yang dianggap sebagai yang pertama dalam bidang ini. Seorang yang berfikiran ke hadapan dalam bidang matematik dan algebra. Jasa beliau terhadap keilmuan Islam dan barat tidak dapat dinafikan. Mendapat gelaran sebagai ahli matematik terulung pada zaman tersebut.

Auzaie Rusydi (Nama ulama/kecerdikanku)  
Auzaie merupakan nama imam mujtahid mutlak. Ia merupakan seorang ulama yang mampu memahami, mentafsir dan mengeluarkan terus hukum-hakam dari al-Quran dan Hadis. Hanya anak yang cerdik dan pintar otaknya sahaja yang mampu mendalami ilmu-ilmu al-Quran.

Azka Azfar (Semakin maju/yang berjaya)  
Memang harapan ibu bapa ingin melihat anak mereka sentiasa berjaya dalam membina kehidupan mereka.

Azmi Azhar (Cita-citaku/yang gemilang)  
Manusia yang mempunyai matlamat hidup, akan mudah menentukan arah ke mana hendak dituju. Begitu juga seseorang yang mempunyai cita-cita, akan mengejarnya hingga berjaya dan gemilang.

Abrisam Abbasy (Tampan/rajin berusaha)  
Anak bukan sahaja berwajah tampan, malahan seorang yang rajin berusaha. Rajin mencuba dalam meningkatkan prestasi dirinya dari hari ke hari.

Azman Hammam (Ketetapan/yang mempunyai kemahuan kuat)  
Seorang yang mempunyai kemahuan yang kuat selalunya akan berjaya dalam lapangan hidupnya. Kejituan dan kemantapan hati seseorang menjadikan dia seorang yang tetap berpendirian. Tidak mudah goyah atau terpengaruh dan dipengaruhi oleh orang lain. Anak beginilah yang diharapkan sebagi bakal pemimpin pada masa akan datang.

Ariq Ulwan (Baik budi/tinggi)  
Nama yang dimiliki, memberi peluang kepadanya untuk mencapai ketinggian budi pekerti. Jika ibu bapa berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik akhlak yang mulia kepada anak, insya-Allah ianya akan menghasilkan sesuatu yang memberangsangkan.  

Afham Sadiq (Yang pandai/yang benar)  
Menempuh zaman yang serba mencabar ini, anak-anak perlu dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Ilmu merupakan kuasa yang sangat berpengaruh dalam diri seseorang. Ilmu yang benar akan memimpin seseorang ke jalan yang kebenaran dan juga kejayaan hidup.  

Adwai Saadi (Cahaya/kebahagiaanku)  
Anak merupakan cahaya mata yang sangat diidamkan. Jika kita dikurniakan dengan anak-anak, akan menambahkan lagi kebahagiaan mahligai rumah tangga. Justeru jagalah amanah dari Allah ini dengan sebaik-baiknya.  

Arfan Sulaiman (Mengetahui)  
Seorang yang bijak dalam membuat pilihan. Sangat mementingkan ilmu pengetahuan dari harta benda, menjadikannya seorang yang berpengetahuan luas. Sangat berhemah dalam memberi pandangan atau pendapatnya.

Ahmad Qayyum (Terpuji/Terus menerus mengurus)  
Seorang anak lelaki yang berjaya dalam hal-hal pentadbiran. Berwibawa untuk terus mengurus dalam bidang-bidang yang diminatinya. Namanya terpuji dengan kecekapan yang mampu dilakukan dalam hal ehwal pengurusan yang di bawah pentadbirannya. Suatu nama yang sedap didengar dan suka disebut orang.

Azim (Yang bercita-cita)  
Anak yang dididik dengan mempunyai cita-cita yang tinggi sejak kecil lagi, akan membesar dengan cergas dan tangkas. Ini kerana dia tahu ke mana arah yang hendak dituju. Dan apa yang akan dicapai dalam kehidupannya. Adanya cita-cita menyebabkan seseorang mudah untuk merebut peluang dan kejayaan dalam hidupnya.

Adam Hazlam (Nama Nabi/ketangkasan)  
Adam adalah nama nabi yang sudah termasyhur di seluruh dunia. Dikenali sebagai seorang yang penyayang dan selalu memohon keampunan kepada Tuhan. Selain seorang yang mempunyai ketangkasan dalam menguruskan kehidupannya.

Ahmad Azam (Terpuji/kebulatan tekad)  
Ahmad ialah alah satu nama gelaran bagi Rasulullah s.a.w. Terpuji dengan segala perlakuan yang baik. Di samping mempunyai kebulatan tekad untuk mencapai apa jua kejayaan dalam hidupnya.

Abu Bakar (Sahabat Rasulullah s.a.w)  
Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat setia. Seorang yang jujur dan hebat dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Selalunya orang yang memiliki nama ini, seorang yang tegas pendiriannya.

Ariq Anwar (Baik budi/amat bercahaya)  
Nama yang mampu membina kekuatan peribadi seseorang. Peribadinya melahirkan cahaya ketenangan dan memiliki budi pekerti yang menawan hati.

Arifin (Yang banyak mengetahui)  
Seorang yang cintakan ilmu pengetahuan. Menyebabkan dia seorang yang arif iaitu banyak mengetahui.

Adib Arham (Beradab/yang mesra)  
Seorang yang sangat menjaga kehalusan budi pekerti. Pandai berkomunikasi sesama insan, mesra dan jauh dari bersikap sombong diri.

Aniq Anma (Yang kacak/yang maju)  
Nama yang lain daripada yang lain, tetapi masih mengekalkan makna-makna yang baik. Seorang yang kacak, mudah menawan hati orang lain. Di samping memiliki sifat sentiasa ingin maju dalam dirinya.

Azman (Kemahuan kuat, ketetapan)  
Seseorang yang mempunyai kemahuan yang kuat dalam dirinya, akan menjadikannya seorang yang tabah dalam kehidupannya. Orang yang memiliki nama ini, selalunya mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjadi manusia yang lebih berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2005 05:17 PM | Show all posts
sambungan

List nama yg start dgn huruf F for baby boy....

Fakhir Fahmi (Yang baik/pemahaman)  
Anak yang suka kepada kebaikan. Malahan membuat kebaikan dengan kefahaman ilmu pengetahuan yang luas yang terdapat di dalam mindanya. Kebaikan yang ada pada dirinya dapat dimanfaat oleh masyarakat setempat.

Farid Asraaf (Yang istimewa/tiada bandingan/mulia)  
Sesiapa yang memiliki nama ini memang mempunyai banyak keistimewaannya. Antaranya memiliki tubuh badan yang sihat, cantik dan mudah didekati dalam komunikasi sesama masyarakat. Dengan memiliki hati yang mulia, ia mudah diterima oleh sesiapa yang berurusan dengannya.

Firas Faiq (Kecerdikan/yang unggul)  
Anak cerdik sangat diperlukan pada zaman yang sangat sengit kepada persaingan diri ini. Malahan bukan sahaja cerdik tetapi menjadi unggul dalam memenangi persaingan hidup dari segala segi.

Fakhriy Fasyin (Keagungan/yang tersiar)  
Semua ibu bapa memang mengharapkan anak yang berjaya dalam hidup. Begitu jugalah dengan nama ini. Apa yang diharapkan anak menjadi seorang yang berjaya dan membawa kecemerlangan dalam hidupnya. Apa-apa kejayaan yang dimiliki akan tersebar pula untuk dicontohi oleh manusia lainnya.

Faid (Yang tetap, yang berhasil)  
Bukan mudah untuk mendidik anak menjadi seorang yang tabah untuk berusaha sesuatu hingga berjaya. Tidak mudah untuk berhenti berusaha selagi tidak mendapat hasil sesuatu perkara. Anak ini mempunyai hati yang teguh dan komitmen yang bersungguh-sungguh untuk membuahkan sesuatu yang diusahakannya.  

Fadhlan Fakhri (Kurnia/ kebangaan)  
Gabungan nama yang cukup mantap untuk melambangkan keindahan nama sebagai seorang anak lelaki. Anak sebagai kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya. Apa lagi jika ibu bapa dapat mendidiknya menjadi anak yang baik di segala segi. Akhlak yang menawan dan ada sifat-sifat kepimpinan. Satu pakej yang dikira dapat membanggakan hati ke dua ibu bapa bila anak dewasa kelak.

Farihin (Orang-orang yang gembira)  
Ternyata anak yang diberikan nama Farihin ini, kebiasaannya berwajah ceria. Berakhlak mulia dan mudah mendekati dan disenangi oleh masyarakat sekeliling. Wataknya menyenangkan.

Fuad (Jantung hati)  
Anak yang menjadi jantung hati kepada kedua ibu bapa. Tetapi hendaklah diingatkan kepada ibu bapa, sayang kepada anak, jangan sampai merosakkan diri mereka. Tetaplah bertegas pada tempatnya, agar anak yang dikasihi menjadi orang yang berguna.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2005 05:29 PM | Show all posts
tina, nama yg start dgn huruf A & F for baby girl rasanyer kak zue paste kat page 1 tue cuma kak zue nak tambah beberapa jer...

List nama yg start dgn huruf A for baby girl...

Anis Zarifah (Comel/indah)  
Anak yang comel dan menjadi kemanjaan kepada ibu bapa. Perilakunya menawan hati dan jauh dari sifat-sifat yang buruk.

Aisyah Mariah (Kehidupan/yang indah)  
Selain nama isteri Rasulullah s.a.w, dia juga merupakan seorang yang matang dalam mengharungi kehidupannya. Mampu membina kehidupan yang indah lagi diredhai Tuhan.

Anbar (Wangi-wangian)  
Anak yang diberikan nama dengan kewangian, agar tersebarlah kewangian yang merangkumi kehidupan. Moga-moga apa sahaja yang berkaitan dengan peribadinya, semuanya adalah kebaikan dan terhindari dari apa sahaja yang berbau kejahatan.


List nama yg start dgn huruf F for baby girl...

Fakhira (Agung, termasyhur)  
Bila dewasanya nanti, berkemungkinan anak akan menjadi termasyhur, kerana sesuatu kebolehan yang dimilikinya. Apa yang diharapkan tidaklah dia menjadi seorang yang sombong, bila telah dikenali ramai.


p/s: nama yg start dgn huruf E for baby boy & girl mintak maap sbb tiada dlm rekod...hehehehe...sowi arr dik tina cayang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 11:52 AM | Show all posts
heheh...utk urup E tadek ek..?

takperlah..kak zue dah copy paste nie pon dah buat kiter terharu dah...

tima kasih byk byk kak zue...caaaaaaaaaayang kak zue and baby dina too :love::love::love:
Reply

Use magic Report

muskil This user has been deleted
Post time 20-10-2005 03:48 PM | Show all posts
Kepada kekawan yang boleh tolong saya....

Adakah makna nama MAISARA sama maksud dengan MAISARAH (kesenangan)....Tolong saya dah buntu saya ni nak buh nama anak MAISARA

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


isaura This user has been deleted
Post time 20-10-2005 09:49 PM | Show all posts
Ramai orang yang berkenan nama irdina ni.

My niece  nama irdina juga.

Kat tadika dia ada tiga orang nama yang sama..cuma hujung dan pangkal lain2.

It's a sweet name...budaknya sweet juga
Reply

Use magic Report

isaura This user has been deleted
Post time 20-10-2005 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by muskil at 20-10-2005 03:48 PM
Kepada kekawan yang boleh tolong saya....

Adakah makna nama MAISARA sama maksud dengan MAISARAH (kesenangan)....Tolong saya dah buntu saya ni nak buh nama anak MAISARA

tq


Mai me tolong...

Bagi nama MAISARAH, huruf H dihujung dalam ejaan bahasa melayu refer kepada ta' marbutoh dalam bahasa arab.

Ta' marbutoh usually merujuk kepada nama seorang perempuan.

So kalau tak salah me, mengikut ejaan bahasa melayu, MAISARAH adalah ejaan yang paling tepat
bagi mengekalkan maksud asal dalam bahasa arab iaitu kesenangan.

Seperti juga nama SARAH, KHADIJAH, ZAHRAH etc.Sume nama ni mengekalkan bunyi ta' marbutoh dalam bahasa arab
dgn huruf H jika ditulis dalam bahasa melayu.

However, selalunya nama2 arab ni bila "dirumikan" oleh orang2 Islam/Arab esp yg duduk kt negara2 omputih like UK,
depa akan buang or hazaf huruf H kat ujung tu so jadi la maisara or sara or khadija or zahra etc..
bunyinya pun ala2 moden sikit :cak:

Contoh lain ialah perkataan AL-FAISOL- selalunya arab bila tulih balik kot rumi dia akan tulis EL-FAISOL
Nampak cam moden gitu..me tak tahu ada kaedah tertentu ke tak. ni berdasarkan pemerhatian me secara umum.

So its up to u utk memilih MAISARA or MAISARAH.

Cuma MAISARAH adalah sebutan/ejaan BM yang paling tepat yg akan membawa maksud asal perkataan
tersebut dalam BA.

Harap sedikit sebanyak membantu.Wallau a'alam.
Reply

Use magic Report

muskil This user has been deleted
Post time 24-10-2005 12:26 PM | Show all posts
tq geng atas keterangan lanjut...bermakna MAISARA tak membawa apa2 maksud la ya.....:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2005 02:27 PM | Show all posts
Kalau nama anak ada gak unsur kebaratan tapi maksudnya elok masih ok lagi kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.063160 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list