CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anak_minang

Cerita Misteri Kawasan Kota Damansara

[Copy link]
Post time 31-5-2012 01:08 PM | Show all posts
cepatla cite. dah siang nie
ninjago Post at 31-5-2012 11:46



    ok2 jap.tgh type..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2012 01:08 PM | Show all posts
aku duduk kat sesyen 11,iaitu sebuah kawasan perumahan yg baru nak naik.ramai yg tak tau adanya kawasan perumahan ni sbb ianya jauh terletak kedalam.lebih2 lagi rumah apprmnt 3 tingkat yg aku duduk ni.orang tau sesyen 11 tu dikelilingi oleh rumah2 banglo,tapi org tak tau yg adanya apprmnt kat dalam tu sbb ianya dikelilingi oleh hutan yg kena masuk agak kedalam sikitla.dan point yg buat org lagi tak tau adanya apprmnt ni,sebelah luar tu ada satu perumahan banglo semi D  yg terbengkalai.dikelilingi hutan jugak.bila malam org yg tak familiar area ni,kompom akan seram sejuk..

kawasan apprmnt ni seluas 2 ekar mcm tula klu tak silap aku.ada lebih kurang 20 block mcm tu.tapi sumenya 3 tingkat tak termasuk block yg ada penthouse.aku suka sgt area ni sbb area ni dikelilingi hutan,sunyi,tenang,sejuk n damai je.lebih2 lagi block aku ni,sbb betul2 berhadapan dgn hutan.ok,so korang dah tau sikit sebanyak area apprmnt ni kan.bayangkan mcm mana suasana area ni pada waktu malam.mestila gelap,sunyi,n kadang2 kedengaran la suara binatang2 dari celah2 hutan tu.

ok,aku start duduk umah ni sejak tahun 2008 lagi,antara 5 buah rumah yg terawal.tapi,penghuninya sume dok berjauhan antara satu sama lain.block aku tu,aku org pertama yg duduk dulu.kiri kanan depan belakang sumenya kosong lagi.masing2 berjauhan la.utk org yg agak berani mcm aku ni ( ketika itu ) tak fikir pun benda2 mistik ke apa.aku duduk dgn laki aku,n seorang anak lelaki umur 3 tahun ketika itu.utk pengetahuan korang,umah aku ni floor yg atas sekali.yakni,tingkat 3.

masa malam pertamA kitorang pindah tu,aku terlebih ghairah nak mengemas barang2.sedar tak sedar jam dah pukul 2am.laki n anak aku dah tido.hanya aku sorang jela yg dok menonggeng2 kemas apa yg patut.hanya ditemani music dari laptop jela..tgh aku syok2 mengemas kat dapur tu,tetiba air tak semena2 tak de.check kat toilet pun tak de.adeh..aku pun kejutla laki aku suruh dia pegi kat guard buat komplain.pegila laki aku sorang2 naik keta sunyi2 tu pegi kat guard.lebih kurang 10min mcm tu,datangla 2 org guard yg aku amati dr percakapan dorang,sorang tu  jawa n sorang lagi tu asal kedah barangkali.aku pun pot pet pot petla sbb kenapa tgh2 malam mcm ni air tak de.tapi apa yg guard jawa tu cakap ianya perkara biasa terjadi.n memandangkan umah aku tingkat atas skali, dorang pun panjatla siling toilet aku utk naik ke tangki.tapi aku heran bila guard jawa tu suruh laki aku follow skali naik atas.guard yg kedah tu dari mula datang tak bersuara langsung..pas tu,naikla 3 org sekali kat atas siling tu.lebih kurang 10min mcm tu,masing2 turun.aku perasan dari raut muka mamat kedah tu dia mcm tak selesa dari tadi.lebih ketara bila dia turun dari siling tu.okla,aku pun sambungla balik dgn kerja2 aku.tanpa pikir n terasa sesuatu.dlm kol 4am mcm tu lepas mandi aku pun tido..

nanti sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 02:55 PM | Show all posts
sambung balik..

esok malam tu,aku still lagi dgn rutin berkemas aku.aku tak leh wat keja kemas2 waktu siang sbb busy.malam jela yg aku dapat kemas pun.lepas uruskan laki n anak,aku pun start bkemas balik.sedar tak sedar dah lebih kol 1am.sbb hujan,laki n anak aku tido awal malam tu.tinggallah aku sengsorang buat aktiviti berkemas.tak semena2,air wat hal lagi mcm smalam.benggang betul aku,sbb aku memang tak suka klu nak cepat buat sesuatu tu jadi lambat dsbbkn hal2 remeh mcm ni.

aku pun  kejutla laki aku.mintak dia call guard smalam tu.tapi,guard tu syif siang pulak.sbb laki aku malas nak turun g guard,dia pun naikla kat atas siling tu sengsorang di temani lampu suluh.utk pengetahuan korang,laki aku ni seorang yg sangaaaat berani.sbb dia duduk asrama dari form 1 n duduk kat kampong ulu cheh perak.membesar dalam ladang getah n sawit..sbb tu dia jadi seorang yg sangat berani.kemudian,dia pun naikla kat atas tu sengsorang.dalam 10min mcm tu,aku dengar kat atas siling tu mcm ada benda berlari,aku bayangkn laki aku la.tapi dia still tak turun2 lagi.aku plk tunggu kat bawah dengan sabar,nak sambut laki aku nanti..

lepas tu,barula laki aku turun.tapi aku heran muka dia mcm cuak sikit.sbb aku tak penah tgk muka dia dlm keadaan takut,jadi aku tak tau nak explain mcm mana.muka dia seolah2 mcm muka benggang sambil napas turun naik.lepas cakap tq,aku pun sambung balik buat keja tapi laki aku tak sudah2 cakap stop bkemas dia suruh aku tido.lepas 2 jam mcm tu barula aku mandi n  trus tido.waktu tu still hujan lagi.lega sbb dapat rest n tido dlm keadaan sejuk nyaman mcm tu..

besok tu,aku borak2 la ngan laki aku tanya kenapa air asek tak de.tapi laki aku hanya jawab sepatah je,dia kata main paip kat atas tu berkunci.aku cuba nak pahamkan maksud tu tapi mcm malas je nak tanya leih lanjut.aku diamkan jela.malam tu,sebelom laki aku nak tido,dia warning kat aku suruh tido awal jgn sibuk2 nak berkemas lagi.nanti dia suruh bibik kawan dia dtg tolong kemas2 apa yg patut.tapi,aku berdegil.still nak berkemas jugak wlu laki aku dah bising2.

waktu tu,mcm agak awal jugakla tak silap aku.dlm kol 11 lebih aku start bkemas.laki n anak dah tido 2 jam yg lepas.aku masih lagi berkemas2 dok godek2 apa yg patut.yela,sbb berkemas pindah ni bukan makan masa sehari dua.aku plk selagi tak kemas cepat aku jadi serabut bila bangun pagi.jadi,aku gagahkan jugak badan nak bkemas wlu time tu aku rasa mcm tak berapa nak sihat.mungkin tak cukup rest.dsbbkan aku rasa cam tak berapa sihat,aku pendekkan  masa berkemas tu,waktu aku plan nak mandi tgk2 air tak de.adeeehhh..aku pun mengamuk la sengsorang.trus kejut laki aku n suruh naik atas siling.tapi tak semena2 laki aku tinggikan suara dia.aku agak tsentap jugakla,bertahun kami kawen,pestime dengar dia tinggikan suara dia.laki aku suruh aku mandi pakai air minum.dia tetap tak mo naik atas siling tu.

lepas aku mandi ngan air minum tu,aku cuba nak lelapkan mata.tapi pendengaran aku dengar dgn jelas,yg ada sesuatu dari atas siling tu.kejap2 bunyi seperti orang gemok berlari,kejap2 seperti bunyi rantai besi ditarik2,dan kejap2 bunyi mcm oang baling guli or batu mcm tula..bunyi tu memang jelas sampai laki aku terjaga trus peluk aku.yg paling aku tak tahan bila mcm ada benda berat yg dihempas dengan kuat.sampai anak aku pun terjaga.waktu tu,aku dah start ada perasaan takut.cuba nak ajak bersembang ngan laki aku,tapi laki aku suh diam suruh baca ayat kursi banyak2.

waktu tu aku memang dah takut betul,sambil berdoa jgnla apa2 jadi.tapi dsbbkan laki aku ni agak berani,dia pun bangun g kat hall amek laptop.dia pun pasang beberapa surah yg ada kat laptop tu.bunyi kat atas tu makin rancak.aku dah berpeluh2 toksah cakapla,aku tak henti2 doa supaya jgnla anak aku terjaga nak susu or nak tukar lampin.sbb aku memang betul2 takut masa tu.sbb laki aku yg berani pun dia siap cakap,jap lagi nak solat subuh pakai je air minum yg ada.besok baru panggil guard naik.

sedar2,kol 6.30 mcm tu.laki aku bangun nak solat.aku miss solat ari tu sbb tak de air.aku masih takut lagi waktu tu.sampai nak kedapur pun tak berani

nanti sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 04:50 PM | Show all posts
adeh..rumah asik takde air yg leceh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 04:57 PM | Show all posts
Reply 223# daiman

sambung lg ye...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 05:11 PM | Show all posts
Reply 222# daiman


   rumah uols dekat dgn D'rimba ke ??
jln kenyalang 11/ berapa  ??

byk betul hantu  ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2012 06:13 PM | Show all posts
Reply  daiman


   rumah uols dekat dgn D'rimba ke ??
jln kenyalang 11/ berapa  ??

byk betul ...
MeeSai Post at 31-5-2012 17:11



    yup..kat drimba..ko dok drimba gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 06:50 PM | Show all posts
lepas kejadian umah aku yg ada benda bising2 kat siling tu,esk malam tu kitorang sefamily balik perak umah mertua.sbb laki aku nak outstation lusanya tu.disebabkan kawasan umah tu sunyi tak de org n ditambah plk kejadian pelik tu,perasaan berani aku agak luput sikitla.sampai je perak,aku trus citer kat MIL apa yg berlaku.dia tak leh nak imagine mcm mana area umah tu sbb sekalipun dia tak penah datang sini lagi.jadi,dia hanya kata nanti dia ikut balik nak pulihkan umah tu..

seminggu lebih aku kat perak,kitorang pun balikla kl balik.kebetulan sangat masa malam tu adalah malam jumaat.MIL aku kata,elok sangatla tu buat malam ni,sbb malam jumaat katanya.lagipun dia dah siap datang bawak barang2 nak pulihkan umah..untuk pengetahuan korang sume,MIL aku terlalu taksub dgn bomoh.apa2 sikit je bomoh.kalau sape yg rajin lepak FD korang mesti penah baca kisah aku yg MIL aku kaki mandrem.tapi thread tu dah masuk muzium..

ok,kitorang sampai umah ptg lepas asar.mertua aku plk sejak dari sampai lagi dok godek2 sediakan barang2 nak pulihkan umah.apa yg aku tgk,ada kemeyan,cili kering,bawang putih merah,kulit bawang,garam n colok india tu.aku dah start rasa semacam dah.kaedah apa yg MIL aku cuba nak buat ni.aku beranikan diri tanya kenapa mesti ada kulit bawang bla..bla..dia diam je.dia kata ni cara kampong..ok,lepas maghrib tu aku dah start rasa jadi takut sbb dok terbayang2 n tertanya2 apa pulak kejadian malam ni.kemudian bermulalah aksi mertua aku.dia suh aku n anak dok dlm bilik sbb dia nak start bakar2.masa dalam bilik tu aku dah start bau kemeyan,n bau pelik2 lagi.mungkin sbb dibakar cili kering pe jadah sume tu yg buat bau jadi semacam.lebih kurang sejam,lepas sume dah setel termasuk bilik aku,kitorng pun kuar dinner.tapi MIL aku tak mo ikut..

balik dari dinner tu dalam kol 11,aku tgk MIL aku duduk senyap sepi kat atas sofa baca magazine.dari raut wajah mcm marah kan sesuatu.mungkin marahkan kitorang sbb lama sangat g dinner.aku pun buat tak tau sbb dia ni ada satu peel yg kadang2 aku malas nak manjakan sangat perangai dia tu.dalam kol 1am lepas mandi tu,bila aku cuba nak lelapkan mata MIL aku ketuk pintu bilik.dia kata air tak de.laki aku pun call la guard jawa tu suruh dtg.tapi dia syif siang.nak tak nak pakai jela air tadahan apa yg ada.setel dah bab air,bila aku start terlelap tu MIL aku ketuk lagi pintu bilik dia mintak aku rotan.aku cakapla tak de rotan.dia mintak penyapu lidi plk.aku dah start bertambah seram sbb bunyi2 bunyian dari atas siling dah datang balik.kali ni aku dengar bunyi cakaran plk dari atas tu.aku dgn takutnya trus selubung atas katil tak hirau MIL aku buat apa ngan penyapu lidi tu.


sbb terlalu penat,aku rasa aku senang nak lelap malam tu.tapi sekejap2 aku terjaga oleh ketukan pintu bilik oleh MIL aku.kali ni,aku terjaga sbb laki aku kejut dia kata MIL aku nak ajak sembang sbb tak leh tido.aku dgn ngantuk n malasnya ikut jela teman MIL aku,sbb aku tak sampai ati biarkan laki aku tak cukup tido.masa tu jam pukul 3am.aku n MIL duduk kat sofa sembang2.kalau blh aku cuba tak mo dengar pape pasal citer2 yg buat aku jadi lagi takut.tapi MIL aku keluar cakap " garang rupanya benda tu ".aku dah start rasa tak best masa tu.ikutkan ati nak tido je.tapi terpaksa teman dia.jadi,aku asek tukar topik je setiap kali MIL aku nak cerita pasal seram2.sampaila beberapa minit pas tu tetiba mcm ada bunyi org baling batu kat tingkap.cuba korang imagine mcm mana bunyi batu kecik2 bila dibaling kat tingkap.ha..mcm tu la bunyinya.aku cuba nak alihkan perhatian aku kat bunyi2 tu tapi MIL aku ni dok layan2 becakap dgn benda tu.contohnya mil aku cakap mcm ni " tolong jgn kacau anak cucu aku,rumah ni dah ada penghuni ".dia dok tengking2 benda tu.aku dah makin takut trus masuk tido tapi tak tutup pintu.dari dalam bilik aku dengar MIL aku dok marah2 n sembang2 ngan benda tu..

nanti sambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2012 10:53 PM | Show all posts
Reply  sofiera

tak reti nak mengupload sini sebenarnya... lagipun laki aku tak gemor sgt so dia  ...
adnil Post at 30-5-2012 08:20



    Dalam kamera ker???Memory card upload fb dulu...n than copy n paste kat sini...adnil jgn lupa erk
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 08:47 AM | Show all posts
Reply 227# daiman


tak ..ada kwn tggl di sinun...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 09:17 AM | Show all posts
kota damansara mmg penuh dgn ke"anker"an..
anak2 kakak iols yg tinggal dkt d'shire villa pun selalu nampak bebudak bermain2 dkt bahagian dapur rumah dia.. dan yg paling sadisnya.. adik lelaki iols kene geletek waktu tengah tido..
skang ni walaupun kakak dah pindah dan sewakan umah tu dkt student arab dr segi college,
bebudak tu plakk terpaksa bermain chak chak dgn mende tu.. bila bebudak tu ada kat umah.. mende tu akan main tutup lampu la.. main air la...tp bebudak tu mmg xkisah ttg kehadiran mende tu.. sbb dh biasa dh ... katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 09:25 AM | Show all posts
fuhh... tak larat la aku nak stay kat tempat cam tu rasanya... tapi kalau dah rumah sendiri, nak tak nak kena gak fight kan?
tempat aku nih area sekeliling taman permainan esp ke arah skolah baru tu mmg tau ada je yg "meronda" sejak dulu lagi... tapi tak de lah menggangu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 11:48 AM | Show all posts
selepas MIL aku ubat umah aku tu,benda tu dah tak havoc sangat dah.tapi still ada dia main kacau2 kat siling umah.contoh klu malam2 dia main guli,lari2 manja mcm tu..tetapi selang beberapa bulan lepas tu dia datang wat hal balik.malah lagi mcm hampas dia ganggu kitorang sefamily..

kalau nak citer kisah umah aku ni,tak larat weh nak type.itu baru umah aku,tak termasuk umah jiran belakang,kiri kanan lagi...

tapi now mcm dah tak berapa nak seram sgt sbb penghuni pun dah penuh.tapi adala 2 or 3 buah rumah yg asek kosong je.bila ada penyewa kejap dah pindah balik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 11:52 AM | Show all posts
Reply 228# daiman


hi..neighbour..
fuh...dasatnya ko kena...nasib aku xkena cmtu gak..
walopun rasanya kita pndah sama time...seingat aku lam tiga buah umah je kot bpenghuni time aku masuk..
blok aku tu..aku yg 1st masuk...
n kedudukan blok kita samala ngadap forest gump tu...
so far alhamdulillah....ngan sejuk2..hijau2 viewnya...suka sgt2..and harapnya bpanjanganla keamanan & keindahan home sweet home daku..amin3x
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 12:01 PM | Show all posts
epas MIL aku ubat umah aku tu,aku amek masa beberapa bulan jugakla utk beranikan diri.aku dah start blh duduk umah sorang kalau laki aku balik lambat.tapi sehinggalah satu hari tu dia wat hal balik..kisahnya mcm ni...


aku masih ingat lagi,laki aku kena g jepun,tinggallah aku berdua ngan anak.sehari sebelum tu,aku nyakat laki aku jgn lupa bawak surah yassin klu nak ke jepun tu.takut nanti hantu jepun kuar bawak senapang pakai baju cekelat.kitorang pun gelak2 la,sampai laki aku pun tokok tambah pasal hantu jepun.keesokkan harinya tu,aku ngan anak balik ngam2 waktu maghrib.utk pengetahuan, parking aku betul2 berhadapan dgn hutan.ada sebatang pokok yg memang scary.tetiba anak aku jadi takut tgk pokok tu.

bila dah naik umah,anak aku g dapur nak antar baju kotor.tetiba dia lari dgn lajunya sambil nangis meraung.aku tanyala kenapa,dia cakap taaaakuuuuttt sambil buat muka n tarik mata kebawah.seolah2 makhluk tu muka mcm yg dia buat tula.aku trus meremang bulu tengkuk sambil beranikan diri cakap tak de apa2.sambil tu aku cuba pujuk anak aku tarik tangan dia kedapur,tapi anak aku siap tunjuk2 lagi kat tingkap dapur.aku baca la surah qursy n tiup kat tingkap tu tapi anak aku nangis2.masa tu memang betul dengar mcm ada org usik tingkap tu.time ni aku memang dah totally takut sampai dah tak leh pikir lain.

trus malam tu aku tido hotel rm 90.sbb takut punya pasal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 12:18 PM | Show all posts

Cerita Misteri Kawasan Kota Damansara

Reply 235# daiman

seram siot .. yg atas syiling rmh tu sebenarnye apa u ada tnye hubby u tk..
smbg lg ye klu ade cete


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2012 12:49 PM | Show all posts
kalu aka dah ca alip but..gie umah mak...tepon
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 12:50 PM | Show all posts
fuhh... tak larat la aku nak stay kat tempat cam tu rasanya... tapi kalau dah rumah sendiri, nak tak ...
adnil Post at 1-6-2012 09:25



    adnil, si daiman tue dok belah mana pulak yer....kat area2 rumah hang ker???nak pergie terjah nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 02:19 PM | Show all posts
ok,lepas kes anak aku nampak benda kat dapur tu,trus dia jadi seorang yg penakut mcm aku jugak.skang dah bertambah 2 org si penakut dalam satu umah..stress laki aku,sampai tak leh balik lambat langsung..

laki aku g jepun seminggu,dan dalam masa seminggu tu jugakla aku tak de umah.balik hanya nak amek kain baju je.kejap2 kitorang 2 beranak tido hotel,kejap2 tido umah kawan,umah kakak.memang seminggu tak berani tido umah.

masa malam pertama laki aku balik dari jepun tu,opkosla aku tido kat umah kan.sbb laki dah balik.selalunya anak aku akan tido ngan kitorang dulu bila dah nyenyak barula kitorang angkat dia masuk tido bilik dia.utk pengetahuan,bilik anak aku tak de katil.aku just buat bilik dia mcm playroom,ada tibi n khemah.ala..khemah yg style mcm kat IKEA tu je.anak aku plk dia suka tido kat dalam khemah tu sambil tgk tibi.so,klu aku nak humban anak aku tido pun,aku letak dia dlm khemah tu jela..

masa tu aku masih ingat lagi,jam pukul 3.17 min pagi.aku bangun g toilet,kndian bila dah lelap tu dalam beberapa minit pas tu aku terkejut sbb ada org ketuk pintu yg kuat teramat kuat.masa tu aku rasa mcm aku mimpi tapi dalam masa yg sama aku dengar laki aku dengkur.lebih kurang mcm tula.nak kata aku mimpi tapi kenapa aku dengar dengkuran laki aku..?? so,elokla aku kata aku tak mimpi masa tu.pas tu,aku pun kejutla laki aku dengan rakusnya sbb ingat kan anak aku yg ketuk.tapi bila pikir2 balik tak kanla anak aku umurnya baru 3 tahun tapi ketukan pintu tu tadi mcm org yg ada sepasang tangan yg besar..punyala kuat ketukan tu tadi sampai jantung aku berdebar2..apa perasaan korang bila tgh tido,tetiba ada org terpekik kat telinga korang atau kejut korang dalam keadaan yg menyakitkan hati.mcm tula perasaan aku masa tu.jantung aku dup dap dup dap...

aku kejut laki aku suh bukak pintu,tapi dia tak mo dia kata pintu tak lock.so aku terpikir kejap,anak aku kalau dia bangun pun dia tak pnah akan nangis,tau2 dia tido sebelah kitorang.memang tak banyak hal anak aku.tapi tengah aku menung tu,tetiba pintu tu diketuk lagi..bunyinya dum..dum..dum..bukan tok,.,tok..tok..mcm org tengah marah punya ketukan pintu.laki aku pun tgh mamai2 tu dia lagi mau tanya sapa yg ketuk pintu tu.kitorang senyap kejap,dlm 3 minit mcm tu,aku dengar anak aku meraung2 dari bilik sebelah.menangis punyala kuat.trus laki aku bangun g bilik anak aku.waktu tu kesian sangat aku tgk keadaan anak aku sbb dia menangis sambil baring dgn muka n badan basah berpeluh.

waktu tu aku dah start rasa lain mcm sbb anak aku tak penah mcm tu.tak kan dalam beberapa saat kitorang nak g tgk dia dalam bilik dia dah sampai nangis lenjun mcm tu.aku peluk dia sambil tenangkan dia.dalam dakapan tu,aku terasa napas n jantung anak aku turun naik.dari raut wajah anak aku,memang aku nampak dia tgh dalam keadaan takut yg teramat sangat sbb dia tak nak lepaskan aku langsung.so,aku pun bawakla dia masuk tido ngan aku..sambil pujuk2 tu,aku cuba tanya dia kenapa nangis tadi.dengan mamai2 anak aku cuma cakap " saya takut mama..saya takut...".aku yang penakut ni dengar dia cakap mcm tu aku pun sama jadinya 2x5 penakut....

nanti sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 02:23 PM | Show all posts
Reply  daiman

seram siot .. yg atas syiling rmh tu sebenarnye apa u ada tnye hubby u tk..
smbg  ...
intan_smsb Post at 1-6-2012 12:18


sampai ari ni laki aku tak mo bitau apa yg ada kat atas siling tu.sbb dia tau aku klu dah penakut akan sampai tahap dewa.tapi apa yg aku menjuyah ngan jiran block lain,dia kata kat atas siling umah dia ada satu makhluk yg badan besar kaler itam...

mungkin makhluk yg sama mcm kat siling umah aku ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054171 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list