CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamirra

Pengalaman-pengalaman Seram di Kuarters Kerajaan/Swasta Update post 885#

[Copy link]
Post time 5-8-2008 01:47 PM | Show all posts
akakbosan..cite la pengalaman2 lain..selain dari tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 07:47 PM | Show all posts

Cerita Itu Ini

Akak takdela banyak bebenor citer pasal umah tu yang nak dihapdetkan... ada la citer pendek2 itu dan ini, nanti akak gi interbiu adik2 akak yang memang nampak benda2 kat umah tu dengan mata kepala diaorang sendiri.  Yang akak citerkan sebelum ni, pengalaman akak sendiri aje.

Macam akak citerkan dulu, Abah akak kerja gomen. Sokmo ke luar negara, kalau dalam satu bulan tu adalah seminggu paling tinggi dia ada kat umah. Tapi yang peliknya, pembantu rumah dan orang2 lain dalam rumah tu (sedara mara dia yang dari kampung datang duduk dgn kitaorang) masih boleh nampak dia di rumah walaupun dia jauhhhh nun obersi.  Kadang2 diaorang nampak dia duduk atas kerusi favourite dia.  Kadang2 nampak dia tengah panjat tangga menghala ke bilik tidur dia.  

Hairan bin Ajaib... tapi memang sokmolah citer ni akak dengar. Sampai orang pun naik lali agaknya.  Entahlah apa 'benda' yang menyerupai Abah tu. Qarin dia kah?  Abah orangnya MEMANGGGG tak percaya bebenda tahyul, dia sokmo nak cari scientific explanation to everything.  So bila kita citer kat dia pasal kita boleh nampak dia kat umah walaupun dia tak ada, dia gelak2 aje. Takde pun takut.

Tapi ada satu peristiwa yang sampai hari ni dia sebut2... sebab dia tak dapat explain APA benda yang berlaku tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 08:17 PM | Show all posts
apakah citernya itu, akakbosan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 08:57 PM | Show all posts

Reply #222 akakbosan's post

x-files la ni yer akakbosan.. takder sceintific explanation..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 09:08 PM | Show all posts
Akak ni kalau citer tak reti nak pendek2... senang kalau citer background sekali, senang paham nanti... ya dak? And since 'peristiwa' ni berlaku di umah tu jugak, tak lari topiklah kan...

Dulu2, family akak kalau verchotti.. takdelah jauh, gi PD aje. Itu pun kira dah gedebas sesangat dah. Kalau gi, sohehh gi duduk kat Chalet Persekutuan kat Batu 9.5, khas utk kakitangan kerajaan tu.  Dan memang dah jadik 'resmi' Abah, mesti bawak speedboat/motorboat dia.  Dia suka la bawak bot tu kulu-kilir bawak kitaorang turun naik the coast, tapi taklah jauh... boleh nampak pantai lagi.  Disebabkan kat Batu 9.5 tu jalan nak turun ke pantai tu curam, turun tangga... Abah selalu suruh orang turunkan bot tu kat Batu 1, sebelah Si-Rusa Inn/PD Yacht Club tu, pastu bawak bot melalui laut ke Batu 9.5 dan park kat tepi pantai kat situ.

Cuti sekolah waktu tu, kami sekeluarga diikuti sepupu-sepapat Abah. Ada seorang lagi abang ni, yang memang kawan baik family akak pun ikut.  Selalu lepak2 kat umah akak dengan sepupu2 Abah yang lebih kurang sebaya dengan dia.  (Kan akak dah citer, disebabkan umah lama tu besar, ramailah kaum sedara Abah dari kampung yang tinggal dengan kita.)

Kitaorang sampai ke chalet dulu, keta yang tarik bot tu sampai lambat sket, dah dekat2 ngan Maghrib. Kitaorang hampa gak la tak dapek main bot petang tu.  Mak dah suruh naik dah toksah tunggu bot sebab hari dah nak gelap.  (Yang dtg bawak bot tu, sepupu Abah dua orang, abang yang akak citer tadi dengan sorang lagi kawan dia.)

Sampai malam kitaorang tunggu tibanya bot tu tapi tak sampai2, padahal tadi time diaorang sampai PD dah telephone dah kata dah sampai kat Yacht Club.  Kekadang akak macam terdengar2 suara sepupu Abah tu panggil akak dari luar chalet tu. (Memang akak rapat ngan dia) Tapi bila kuar tengok, takde pulak.  Sampai pukul 12 malam kitaorang tunggu.

Abah pun dah telefon polis. Telefon Coast Guard. (Kita pun ada Coast Guard.. jangan tak tiau )  Abah dgn Mak bergegas bersiap nak kuar gi balai kat Telok Kemang.  Bila ditanya2 orang kat Yacht Club tu, diaorang bagitau.. memang ada 4 orang jejaka (waa 'jejaka' la sangat! ) menepati description yang  Abah kasi dengan speedboat berjalur merah yang turun bawak bot kat Yacht Club tu... tapi time tu dah Maghrib.  Diaorang dah bagi nasihat, baik2.. toksah lah turun time Maghrib.. nak2 lagi laut bergelora sikit time tu.  Tapi sepupu2 Abah ni buat tak pedulik aje, start motorboat dan melungsur laju meninggalkan Yacht Club. (Ini later la kita diberitahu)

Puas jugakla carik diaorang tetengah malam tu... last2nya jumpa seorang tersadai kat satu 'pulau kecik' tetengah laut tu, kulit kat perut habis terbakar sebab dia terpaksa guna tangki minyak sebagai pelampung.  Beberapa jam lepas tu, 2 orang lagi ditemui di tepi jalan Batu berapa-entah, keadaan basah kuyup, sorang pengsan (dua2 sepupu abah).  Yang seorang lagi, kawan baik keluarga kitaorang tu... tak jumpa.

Panjangnyer lah plakkkk.... rehat dulu jap eh?


[ Last edited by  akakbosan at 5-8-2008 09:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 09:13 PM | Show all posts

Reply #225 akakbosan's post

waaaaa...lagiiiiii...

bestnyaaaaaaaaa...

sian akkbosan..ok rehat la kejap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2008 09:30 PM | Show all posts

Citer Motobot: Pt II

Kitaorang budak2 lagi time tu, so pagi esoknya baru tau citer.  Abah masih tak balik.  Dia ikut Coast Guard gi carik abang yang sorang lagi tu, yang masih belum ditemui tu.  Sepupu Abah citer la... yang sebaik aje diaorang bertolak dari Yacht Club time2 dekat Maghrib tu, diaorang nampak macam lembaga hitam besar kat air tu, lalu betul2 dekat dgn motobot diaorang.  (Kalau tak salah akak, kawasan tu dekat dengan lighthouse tu kan? Ada 'pusaran air' (whirlpool) kan kat situ?)

Pastu... adalah di antara diaorang yang mulut TERbacul gi tegur 'benda' tu. Kira2 macam, "Eh... apa benda besar tu?"

Sepupu Abah yang paling tua di antara mamat2 berempat dalam bot tu suruh yang lain dok diam2 aje, toksah tegur2 lagi kalau nampak apa2.  Dia citer la, laut memang bergelora time tu. Bot2 lain semua dah naik, bot diaorang je yang masih kat air. (Memang carik pasal kan... Dahlah bot tu sebenarnya boleh muat 3 orang aje, dah terlebih muatan dah tu, 4 orang!)

Diaorang citer, tak lama lepas tu... tetiba enjin motobot padam and lepas tu tetiba bot tu menegak, bayangkan kemudi bot masuk dalam air dulu, bahagian depan bot terjungkit naik menegak. Dahlah tak cukup life jacket. Semua terjatuh dalam air.  Sorang berpaut pada tangki minyak yang masih panas dan dibawa arus semakin jauh dari motobot.  Sepupu Abah yang paling tua tu sorang je yang boleh berenang. Dia nasihatkan yang dua lagi tu suruh dok sama2 jangan berpisah, kalau boleh.  Nanti kalau orang cari, senang nak jumpa.  Lagipun yang lagi dua orang tu tak reti berenang.  Diaorang guna kusyen kerusi motobot tu sebagai pelampung.

Akan TETAPI... Abang yang sorang ni (kawan baik family tu.. let's call him Abang Mat) lama2 takmo dok kat situ. Dia kata dia nak berenang balik ke pantai, guna kusyen tu sebagai pelampung.  Sepupu Abah dah larang dah, kata toksah. Dia tetap berkeras.  So.. kali terakhir he was seen alive, dia tengah kelepeh kelepeh kelepeh tepuk air kekononnya nak berenang ke pantai.

(Akak nak terkucil sebentar... jap lagi sambung)


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 09:45 PM | Show all posts
Owwwhhh mendappppp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 09:46 PM | Show all posts
alamak suspennya.................... sambung2
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 09:49 PM | Show all posts
laaaaaaaaaa mendap la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 10:13 PM | Show all posts
Ingatkan nak sambung lagi.. tapi Pt II yang dah susah2 ditaip tak timbul2 gak.. akak malaihh lah

Nanti2lah abihkan citer.. ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 10:26 PM | Show all posts
page mendap keeeeeeeeeeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 11:49 PM | Show all posts

Reply #225 akakbosan's post

ish... suspense nye kak... tak sabar ni nak tau kesudahannye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 01:12 AM | Show all posts
wah..msiterinya..pastu pe jadi kak?

sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 10:32 AM | Show all posts
ala... baru tgh syok baca.. to be continued la pulok.... sabor... sabor.... kasi bunga kat akakbosan supayax bosan bercerita.. :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 10:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2008 11:03 AM | Show all posts
akakbosan...sambung lagi please
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 11:25 AM | Show all posts
Jap eh... akak sambung lepas lunch ni nanti.. . Sabor eh...

Sori semalam nak sambung tapi page mendap... ilang mood nak abihkan citer.   Sori ya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 11:56 AM | Show all posts
:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: sambung la akak bosan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 01:01 PM | Show all posts
alamak suspen je ha ha...bg laluan pd iklan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.451414 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list