|
Lapor Siar Anugerah Juara Lagu 21 - Video AJL, Interview MHI & WHI @ pg. 41
[Copy link]
|
|
asal lelaki sekrang suke pakai baju macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #221 sayang_mulut's post
sapa ?
baju yg dipakai ally ker si awal ?? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #221 sayang_mulut's post
Cis... apa ni bergambar dekat-dekat Cheryl & Fara
Awal & Ally
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #223 houdini's post
tak salah . |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #224 adik_nazgul's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #225 houdini's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #226 adik_nazgul's post
Nanti tak nampak pulak Fara & Cheryl :love:
Awal tu mesti suka tangan Ally kat bahu dia :lol
Harap2 tak mengarut la pakaian diorang nanti
Tahun lepas macam mengarut je
Awal tu, boleh ke mengacara secara live ?
Setakat ni nampak macam gagal jer :kant:
:lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 20-1-2007 08:38 PM
Awal tu, boleh ke mengacara secara live ?
Setakat ni nampak macam gagal jer
TAU X PE ..
BUKAN BEST PUN ...
DIE TOP PUN PSL DIE TU HENSEM ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #227 houdini's post
:lol ...
awal tu masih confused . . .
dia nak keras kan diri dia tak boleh ,
asik kelembikan gak dia nak tonjolkan. ..
mana tak asik fail jer mengacara. ..
sore tak yah cakap aa , sah sah. .. ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #228 Ustaz_SUFI's post
Mesti dia gabra masa live tu nanti
Pastu mulalah ayat dia merapu-rapu
:lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #230 houdini's post
Awal aww aww kerr???
MLM ni nak gi stadium .. boleh balik buat review... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #231 tsumawee's post
Awal tu boleh geng dengan Faizal :lol
Rajinnya ko pegi stadium.... nanti review kat kitaorang yer :clap:
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergi sebab tiket Free..
Lagipun Pejal tak ada, amannya dunia..
Inilah tiket yg sepatutnya diberi pd Pejal.. tapi dah disabotaj..
Feng kelak mesti marah...
sorry terbesar lak..
[ Last edited by tsumawee at 21-1-2007 12:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 senario menang besar esok....:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke senario menang besar...mcm ye je hehehe...org dalam TV3 lah yg menang ye....tak leh pakai lah cam ni....lagu ni takde ciri ciri juara pun...tapi dah org dlm kasik lah menang...ha hangkut lah semua org dlm kasi menang....
aku harap keputusan tulus....dgr citer kali ni pensyarah muzik yg judge....kalau bukan2 yg menang...pensyarah pun sama je lah....takpe nanti org TV3 backing....:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Off topic:
Tak sabar nk tgk ELLA perform mlm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
melampau pulak baju cheryl pak samad tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #228 Ustaz_SUFI's post
plus dia kan cleo's most eligible bachelor tahun lepas...
tak tau la camner leh terpilih... |
|
|
|
|
|
|
|
Prediction Surat Kabo...
Mingguan Malaysia ~ 21 Jan
AJL 21 milik Azlan atau M. Nasir?
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
Milik siapakah trofi Juara Lagu 21? Apakah benar bagai diteka bahawa malam ini bakal menjadi milik komposer muda Azlan Abu Hassan? Itu desas-desusnya, tetapi sama ada ramalan itu benar atau tidak, jawapannya hanya akan kita ketahui menjelang detik-detik Anugerah Juara Lagu 21 (AJL 21) malam ini.
Lagu Terlalu Istimewa ciptaan komposer itu yang akan didendang oleh Adibah Nor dikatakan mempunyai peluang cerah untuk diangkat sebagai juara pada pertandingan yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil ini.
Rata-rata karyawan seni menganggap jika tidak diangkat sebagai lagu yang paling hebat sekalipun, Terlalu Istimewa dipercayai mampu menawan juri untuk diangkat sebagai juara kategori Balada kerana kelainan melodinya.
Lagu berlirik mudah itu memberi kesan yang cukup besar kepada pencipta, penyanyi dan pendengar kerana ia adalah dedikasi khas kepada kanak-kanak mangsa rogol yang meninggal dunia, Nurul Huda Abdul Ghani pada Januari 2004.
Malah ia juga dikatakan sebagai sebuah lagu yang menepati tema yang diangkat oleh penganjur iaitu Rentak Kita Rentak Dunia.
Azlan akan bersaing dengan komposer lain seperti Zulkifli Mahat pencipta lagu Secebis Harapan yang dinyanyikan oleh Nora, Mungkir Bahagia ciptaan dan nyanyian Hazami manakala Ajai mempertaruhkan lagu Ku Seru dendangan Misha Omar.
Seperti diperkatakan, untuk Terlalu Istimewa memenangi kategori Balada bukanlah sesuatu yang sukar kerana keindahan yang ada di dalam pembikinan lagu berkenaan berbanding dengan saingannya.
Bagaimanapun untuk yakin bahawa lagu berkenaan meraih tempat utama seterusnya diiktiraf sebagai juara AJL 21 masih boleh diragukan.
Ini kerana saingan yang lebih sengit menanti Azlan terutamanya melalui hasil ciptaan komposer dari kategori Pop Rock. Kategori berkenaan mempertaruhkan dua lagu ciptaan M. Nasir iaitu Juwita Citra Terindah dan Lagu Jiwa Lagu Cinta yang dinyanyikan secara duet oleh M. Nasir dan Mawi.
Selain itu kategori yang sama turut mempertandingkan lagu Diari Seorang Lelaki nyanyian Pretty Ugly dan Tak Tercapai Akalmu oleh Aidit Alfian.
M. Nasir dilihat mempunyai banyak peluang untuk membolot anugerah dalam kategori ini melalui lagu Juwita Citra Terindah seterusnya mengungguli juara AJL 21. Begitu juga dengan melodi Lagu Jiwa Lagu Cinta yang juga dikatakan mempunyai peluang yang sama rata dengan Juwita untuk meraih kemenangan.
Apatah lagi M. Nasir dan Juara Lagu dilihat cukup sinonim setelah beliau mengungguli anugerah berkenaan selama beberapa tahun sebelum ini.
M. Nasir pernah mengungguli Juara Lagu melalui Isabella (1989), Tanya Sama Itu Hud-Hud (1994), Ghazal Untuk Rabiah (1997) dan Andalusia (1999).
Pun begitu saingannya tetap ada terutamanya melalui Tak Tercapai Akalmu nyanyian artis remaja, Elyana. Komposer lagu berkenaan, Aidit Alfian yang sememangnya terkenal dengan idea baru dilihat antara calon yang agak istimewa untuk mengungguli kategori berkenaan.
Ini menjadikan cabaran untuk kategori pop Rock dilihat lebih mendahulu kategori lain bagi mewarnai Juara Lagu 21. Bagaimanapun segalanya masih belum pasti. Lain orang lain seleranya dan kami pasti setiap juri yang diberi tanggungjawab memilih pemenang juga mempunyai cita rasa yang berbeza dengan apa yang diramalkan.
Bagi kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif pula persaingan dilihat lebih ketara antara lagu Warkah Buat Laila ciptaan Ayob Ibrahim dan juga Hantaran Hati ciptaan Nik Nizam.
Dua lagi lagu yang bertanding dalam kategori berkenaan ialah Zapin Cinta SMS ciptaan Anuar Dahlan dan Candak ciptaan Suhaimi Mohd. Zain.
Dengan tema Rentak Kita, Rentak Dunia, Anugerah Juara Lagu yang bakal berlangsung malam ini bukan sekadar satu anugerah atas dasar kelangsungan semata-mata.
Sebaliknya ia adalah manifestasi kerja keras dan kecekapan idea karyawan seni di negara ini untuk sepanjang tahun 2006 yang lalu. Rentak Kita, Rentak Dunia telah dipilih sebagai tema Anugerah Juara Lagu ke-21 demi menggalak penciptaan lagu yang selari dengan aliran muzik dunia walaupun masih mengekalkan ciri-ciri identiti tempatan.
Sehingga kini pencipta dan penggubah tempatan telah menampilkan kreativiti mereka ke arah ini melalui karya berbentuk fusion yang menggabungkan pelbagai irama, rentak atau gubahan muzik.
揔reativiti ini amat perlu dan harus digalakkan untuk mengangkat industri muzik kita ke satu tahap yang lebih dinamik dan dapat diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa,拻 kata Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan.
Orang ramai bukan saja berpeluang menyaksikan acara ni di stadium melalui pembelian tiket, malah penonton rumah juga dapat menghayati persembahan tersebut menerusi siaran secara langsung di TV3 mulai pukul 8.30 malam.
Artis seperti Mawi, M. Nasir, Misha Omar, Zahid, Nora, Pretty Ugly, Elyana, Adibah Noor, Hazami, Senario, Siti Nordiana, Bob dan Aspalela Abdullah akan mempersembahkan lagu-lagu yang dipertandingkan.
Untuk anugerah Juara Lagu pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi. Manakala untuk juara setiap kategori bakal menerima RM12,000 beserta trofi. Selain itu Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik masing-masing akan menerima RM10,000. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai penyanyi komplen sebab monitoring dia org tak boleh dengar semasa menyanyi masa fulldress rehearsal.. dengar khabar.. monitoring speakers untuk penyanyi digantung atas ceiling.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|