|
besh lak tgk cite nih
w/pun tak faham n dah miss byk episode
cite nih ada brapa byk episode ..........
skrg dah episode ke brapa ek?????? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fly_in_d_sky at 19-4-2005 01:23 AM:
besh lak tgk cite nih
w/pun tak faham n dah miss byk episode
cite nih ada brapa byk episode ..........
skrg dah episode ke brapa ek??????
memang best pun, tambah2 lagi Bae Doo Na yg berlakon...tapi sayanglah waktu kerja, aku tak dapat nak nengok... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahlam_nabiha at 19-4-2005 12:59 AM:
ok jer sysnopsis tu kimmy..thanks!
betul tu! terima kasih miss kim.... |
|
|
|
|
|
|
|
luisa suker sangat scene EH buat Jjol-myeon tuh... ngan cap & uniform comel sangat... :clap::clap: |
|
|
|
|
|
|
|
nape ngan kakak EH tuh?
cam dengki semacam jer .......
pastu .....
EH ni anak kandung ke ape?
darah lain2 ....... darah EH darah B tp mak dia darah O
sama ngan darah kakak EH ......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fly_in_d_sky at 19-4-2005 05:52 PM:
nape ngan kakak EH tuh?
cam dengki semacam jer .......
pastu .....
EH ni anak kandung ke ape?
darah lain2 ....... darah EH darah B tp mak dia darah O
sama ngan darah ...
EH dan KH ni bukan adik beradik.....kebetulan mak EH dan Mak KH sakit bersalin pada waktu yg sama......Mak EH mati, dan dia dibela olih mak KH.
Selama ni EH tak tahu yg dia bukan anak kandung maknya......rasanya dulu bapak dia mungkin kahwin dgn maknya tanpa persetujuan ibu bapanya (kalau tak salahlah). Bila atuk pengerusinya datang cari cucunya, mak KH serahkan anak kandungnya, iaitu..... KH pada pengerusi, sebab kononya anak dia ni bijak pandai, waktu yg sama nak balas dendam kat EH, yg menyebabkan laki dia mati dlm kebakaran.
KH ni bila dah sedap duduk rumah orang kaya, lepas tu lak dia mungkin dijadikan pewaris pada harta atuk pengerusi tu.....tak naklah dia nak lepaskan begitu saja.......dah mak dia yg buat pertukaran, jadi dia nak mak dia tanggunglah semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by emiko at 06:01 PM:
weh baru jumpa citer ni kat clubbox.. tp fail kecik laa.. sekitar 100mb setiap eps.. no sub..tatau kualiti camne..baru stat dload hehe.. ni link dier --> [url]http://clubbox.co.kr/lollol101[/url ...
emiko..kiter pon donlod citer nie gak..
tau tak mana nak dpt subtitle dier...:tq::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adiela811 at 19-4-2005 06:30 PM:
emiko..kiter pon donlod citer nie gak..
tau tak mana nak dpt subtitle dier...:tq::tq:
cuba kau cari kat d-addict.....aku pun tak sure ada ke tak?... |
|
|
|
|
|
|
alpha_beetle This user has been deleted
|
ala....ari ni tak dpt tgk
kimmy tak wat sinopsis ke???
huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alpha_beetle at 19-4-2005 07:17 PM:
ala....ari ni tak dpt tgk
kimmy tak wat sinopsis ke???
huhu
aku tgh buatlah ni....tapi sambil tu tgk lak TV.:bgrin:...kalau tak kau baca besok pagi je...... |
|
|
|
|
|
|
|
aper tuan president tu asyik kena air kencing anak EH..cam dh jadi trademark lak..tapi tak sabar tgk esok bila ji hoon upa tau yg KH tu jahat sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat Rock kite dah mula cair dah......:bgrin::bgrin:
Macam mane agaknye esok die kat spital bila nampak EH ngan JH:hmm: mesti jealous dlm diam le tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kimmy at 19-4-2005 06:12 PM:
EH dan KH ni bukan adik beradik.....kebetulan mak EH dan Mak KH sakit bersalin pada waktu yg sama......Mak EH mati, dan dia dibela olih mak KH.
Selama ni EH tak tahu yg dia bukan anak kand ...
wooo gitu rupanyer ....
thanks Kim ........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kimmy at 19-4-2005 18:35:
cuba kau cari kat d-addict.....aku pun tak sure ada ke tak?...
setakat ni mmg tak jumpa kat d-addicts sub dier.. sbb tatau guna tajuk ape.. banyak sgt tajuk dier org pakai.. tp rasanye mayb takde kot sub dier.. |
|
|
|
|
|
|
|
EPISOD 10 Selasa 19/4
JH sedang membuat senaman ringan dihospital.....bila dia terpandang EH datang bersama anaknya.......dgn segera JH berlari2 mendapatkan EH. EH yg berjalan menundukkan kepala dihalang perjalanannya olih seseorang. Tanpa mendongakkan muka, dia cuba kekiri, tetapi dihalang jua, cubanya kekanan, juga dihalang. Bila dia mendongakkan kepalanya dilihatnya JH. JH sedang kereta sorong kanak2 didepannya. EH bagaikan tidak percaya. JH meminta dia memberikan Eo-Jin padanya. Dgn perlahan EH membukakan ikatan dari badanya dan memberikan Eo-Jin pada JH. JH , kemudian meletakkan Eo-Jin didlm kereta sorong, dan menolak Eo-Jin kesana, kemari.
JH memberitahu EH supaya bersedia, kerana mereka akan menjalankan ujian keatasnya, untuk memastikan samada EH boleh membuat pemindahan hati untuk maknya. EH berkata, yg dia tidak mempunyai wang pendahuluan yg cukup untuk membayar pembedahan maknya. JH kemudian memberikan sejumlah wang untuk dibayar sebagai wang pendahuluan. EH hanya perlu menyediakan bakinya sebanyak 20,000 won. EH berterima kasih pada pertolongan JH, kerana dia begitu risau bila mengenangkan yg maknya mungkin mati tidak dapat menjalankan pembedahan. Dia tidak akan melupakan budi baik JH padanya sehingga seumur hidup. Menangis EH disisi JH, dan JH memeluknya ........adegan ni disaksikan olih KH yg kebetulan lalu disitu....diwaktu yg sama EH terpandangkan kakaknya......Dia berlari mendapatkan KH dan memberitahu KH, tiada apa2 yg berlaku antara dia dan JH, dia tidak mahu kakaknya salah faham........tapi KH yg dah mula membenci EH, terus saje dia menampar EH.....kedua2 EH dan JH terkejut dgn tindakan KH.
Dirumah IW, dia yg sedang sedap tidur dikejutkan olih bunyi locengnya. Dia bangun dan melihat adik kembar EH tidur bergelempangan atas katil, sorang mengadap utara, sorang lagi mengadap selatan. IW terus kebilik mandi, dilihatnya berus2 gigi yg terletak didalam gelas.......satu warna hijau, ditengah2nya dua berus gigi kecil dan disebelahnya satu lagi berus gigi warna pink......berus2 gigi tu bagaikan satu keluarga pula. Senyum je dia meamndang. Dia mengambil berus gignya yg berwarna hijau.... IW kemudian mahu turun kebawah....tapi dia berhenti tiba2.....bila dia teringatkan EH yg tidur dibawah. Dgn perlahan2 dia turun tangga sambil memandang kekatil EH yg ditepi tangga. Dilihatnya EH tidak ada disitu.
IW meneruskan aktivitinya dgn berjogging......sedang dia berlari dan bersenam ringan, dia terpandang EH sedang berjalan didepannya dgn lemah longlai sambil menjinjing bakul. Kalau setakat bawak je bakul tak gak apa, ni siap dihayun2kannya bakul tu,......sampaikan baju yg tersepit kat bakul tu boleh terjatuh. Heran IW......dia pun pergi dekat, tgknya apa benda yg jatuh tadi....ambiknya, tgknya bra, lepas tu ambik satu lagi.....panty lak....
Dengan dua jari dia pegang benda alah ni, sambil ikut EH dari belakang.
EH masuk kegereja, sambil diikuti olih IW......sebelum masuk, adalah satu paderi perempuan ni ternampak barang yg dia pegang......dgn cepat paderi ni pergi kat IW.......lepas tu mulut dia komat kamit berdoa pada Tuhan supaya menyelamatkan IW dan menunjukkan jalan yg benar kat dia......Berpusing2 mata IW pandang kat atas, bila dengar paderi ni berdoa untuk dia.
Kat dalam EH berdoa...katanya ni kali pertama dia datang kegereja, mintanya Tuhan melindungi diri dia dan maknya, kerana dia akan menjalankan ujian keatas dirinya. dihospital......semua ini didengari olih IW yg sedang memerhatikan dari belakang. IW kemuidan berdehm.....dan EH menoleh kebelakang. Terkejut EH melihat IW disitu....tanyanya IW buat apa disitu...adakah IW ikut dia kesitu?......cepat je IW jawab....buat apa lak dia nak kut EH kat situ. Slow je dia tunjukkan seluar EH, yg kalernya kuning raja, ada bunga2 kaler purple....dan katanya..."ini awak punya?.....
Punyalah malu EH.....sampai dia tak mengaku tu dia punya panty...jawab IW, ..dia yg nampak benda alah tu jatuh dari bakul...suruhnya ambikgak. Mahu tak mahu, dgn malu EH ambik balik....lepas tu IW terlupa lak nak pulangkan satu benda dari poket dia......diambiknya dan dibagikan kat EH.....terkejut EH........tengoknya padded untuk bra dia.:lol
Dipejabat, KH sedang termenung, mengingatkan kata2 EH yg menganggap atuk pengerusi sebagai atuk dia sendiri. Dia kemudian berjumpa dgn atuk dan bertanya berapa lama atuk dia nak bertaruh dgn EH?...kata atuknya selama sebulan. Tanyanya lagi apakah atuknya nak menolong EH?...jawab atuknya, tengoklah macam mana sebulan kemudian. Tanya atuk lagi...."kenapa"... KH mahu atuknya tidak menolong EH, dan jgn berjumpa dgnnya. Mula2 dia nak sebut mak dia, kemudian dia tukar mak EH, katanya mak EH merayu padanya agar memberitahu atuk pengerusi, supaya atuk pengerusi jgn menolong EH.....kononya dia tidak mahu anak2nya terlalu bergantung pada orang lain....dia tak mahuanak2nya datang meminta bantuan KH , kerana mereka susah. Permintaan anaknya mungkin akan berganda setiap kali, mungkin meminta rumah dan kereta. Kononya lagi yg mak EH tidak mahu KH melawat dia lagi...dan suruh memberitahu atuk pengerusi perkara ni. ( minah ni kan.aku nak:ketuk::ketuk:...lepas tu kat dia). Atuk tua ni dengar lak cakap KH ni, mungkin katanya mak EH tidak mahu menerima ganjaran kerana membesarkan KH. Jawab lah betina ni, yg mak EH bersungguh meminta jgn menolongEH.
kat hospital, EH diambil darahnya untuk dibuat ujian. Beberapa ketika kemudian JH datang berlari2 beritahu EH yg dia tidak perlu menjalankan ujian lagi. Dia bertanya, bukankah darah EH jenis 'O'....jawab EH, darahnya jenis 'B'. JH juga memberitahu yg darah penderma dan penerima seharusnya sama. Darah mak EH jenis 'O', sedangkan darah EH sendiri jenis 'B', jadi pemindahan hati EH pada maknya tidak dapay dijalankan.
Mak EH yg sedang berbaring dikatil sambil menitiskan air mata.....begitu gembira bila dua kawan kembar EH membawa adik kembar EH melawat mak mereka. Mereka berpelukkkan dgn mak mereka dan memberitahu yg mak mereka selalu sakit, dan mereka rindu pada mak mereka, disekolah pun mreka sentiasa berfikr tentangmak mereka, malah sering bermimpikan mak mereka, tanya mereka lagi, bila mak mereka akan sihat.?.....
EH begitu sedih dan bertanya pada JH apayg harus dia lakukan sekarang? Katanya, siapa yg sanggup untuk mendermakan hati mereka pada mak EH.....lagi pun itu bukan mak kandung mereka, jadi siapa yg sudi mendermakannya. Jawab JH,...KH boleh mendermakan hatintakerana darah KH sama jenisnya dgn darah mak EH....iaitu jenis 'O'......EH begitu gembira mendengarnya dan ingin berjumpa dgn KH secepat mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
EH pergi kepejabat KH ingin berjumpa dgnnya. KH begitu keberatan untuk berjumpa dgn EH. Layanan dia pada EH juga dingin, tidak semesra dulu. EH memberitahu perkara sebenar pada kH , yg maknya sekarang mengidap barah hati dan memerlukan pemindahan hati.......kata EH, hanya KH yg dapat menyelamatkan maknya, memandangkan darah KH sama dgn maknya. Darah diri dia sendiri tidak sesuai, kalau tak lama dah dia mendermakan hatinya. KH tidak memberikan sebarang jawapan, hanya air matanya saja yg mengalir, dia terus bangun, sambil berkata yg dia sambung kerja dia. Tercengang EH melihat kakaknya. KH masuk ke dalam tandas dan menangis sepuas2nya......)nangis pasal mak dia ke, ..nangis pasal dai bukan cucu atuk tu?).
KH kemudian pergi berjumpa dgn maknya. Tanyanya kenapa mak dia buat dia begitu?...maknya buat saperti tiada apa2 yg berlaku...maknya makan, tidur, berjumpa setiap hari, tinggal bersama dan merenung matanya setiap hari........bagaimana maknya sanggup melakukannya?....maknya fikir hanya dgn memejam mata, tiada sape yg tahu?....dengan menjadikan dia sebagai EH, maknya ingat sudah memadai dan melupakannya?...tanyanya lagi...sedarkah maknya , apa yg telah dia lakukan pada mereak berdua?.....
Sambil menangis, maknya bertanya samada keluarga atuk sudah mengetahui rahsia ini......jawab KH, nasib baik hanya dia seorang saja yg tahu, lagi pun kalau mereka tahu, mereka tidak akan membiarkan KH dan maknya saperti sekarang. Katanya KH lagi......semuanya akan terbongkar kalau maknya membuat pembedahan . Kata KH lagi....selepas mak dia menimbulkan semua masaalah ini, maknya mengidap barah pula....tergamak maknya membuat dia begitu......
Mak KH berkata....yg dia sering kali memberitahu dirinya, bahawa dia tidak sepatutnya menukarkan KH, tetapi perasaan bencinya pada EH begitu menebal. Dia amat membencikan EH yg menyebabkan suaminya mati dalam kebakaran. Dia benci EH memanggilnya 'mak', dia tidak dapat memaafkan EH. Perempuan sekor ni lak jawab......itu hanya kemalangan saja....tiada apa yg dapat dilakukan, EH pun tak dapat buat apa2....(sedapnya dia cakap..pada hal itu kerja dianf. Kata maknya lagi....bila atuk pengerusi datang dan merenung muka KH, timbul satu perasaan tamak yg dia sendiri tidak sedar.
Sebenarnya, mak KH ingin membalas dendam pada EH atas kematian bapa KH. Anaknya yg bijak pandai dilahirkan dalam keluarga miskin, dan mungkin akan hanya duduk dikampung sahaja....dari itu dia ingin memberikan kesenangan pada anak kandung dia sendiri, lagi pun dulu dia sekeluara yg menyelamatkan EH, sekarang sudah tiba masanya EH membalas jasa mereka, barulah adil.
Kata mak KH...dia sebenarnya bodoh, dan tak sedar, sebenarnya EH juga anak dia, dia yg membelanya dari kecil, dia bukannya orang lain, dia tetap anaknya juga. Jawab KH...adakah maknya nak mengubah kehidupan dia sekali lagi?, mengubah sesuka hatinya?...nak menukar dia dgn EH?...adakah itu yg maknya maksudkan, yg maknya nak beritahu?...jawab maknya, ..dia tidak tahu macam mana untuk menebus dosanya, dan sekarang dia dihukum Tuhan atas dosa2nya.
KH begitu marah mendengar kata2 maknya....dia menyuruh maknya menanggung sendiri segala hukuman yg diterima,sedangkan dia sendiri tidak melakukan sebarang dosa, dan tidak patut dihukum. Dia kemudian menyuruh maknya dengar betul2 katanya...."saya Kim Kum Hee...saya bukan Lee Kum Hee,....tapi... Kim Kum Hee."... Sambungnya lagi...maknya sendiri yg memberitahu bahawa dia bukan anak maknya.......maknya adalah mak pada EH, pada Hoon, pada Jin...tapi bukan pada dia (geramnya aku betina ni.......) Mak KH memberitahu dia yg tersilap sebenarnya. Naik darah KH, marahnya kat mak dia...jgn dekat kat dia, jgn panggil nama dia,jgn mengaku dia mak KH, mak dia dah mati semasa melahirkan dia......katanya maknya yg berdosa, jadi tanggunglah sendiri, terima sajalah hukuman ni, seolah2 maknya dah mati, jgn cuba nak heret dia sama. .. (kurang ajar tul dia....rasa nak tampar je!!!).
Terisak2 maknya menangis....padan muka, kena kat anak kandung sendiri, yg disayang, yg dimanja:clap::clap:.
JH ternampak KH berlari keluar, dipanggilnya. KH memeluk JH sambil menangis. JH ingatkan KH menangis pasal mak dia kena barah......dia tak tahu yg kawan ni baru sembur mak dia sendiri. Suruhnya KH bersedia membuat ujian untuk pemindahan hati kerana darahnya jenis yg sama dgn maknya. Siap bagi jaminan lagi maknya akan sembuh. Bengang je KH dengar, terus je dia lari keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat pejabat EH tengah duduk sambil melipat tisu dijadikan bentuk burung jenjang dan melihatnya dgn sedih. IW dibelakang memerhatikannya....tiba2 EH menerima panggilan dari JH. IW yg mendengar terkejut bila EH menyebut "oppa'. EH dgn perlahan dan rasa terkejut bertanya, apa yg JH cakapkan....dgn perlahan dia berkata dia akan kesana...dan dgn lemah meletakkan talipon....sedangkan airmatanya mengalir keluar. .....IW datang mendekati EH dan memanggil namanya, bila dia melihat air mata EH mengalir keluar. IW mengeluarkan sapu tangan untuk diberikan pada EH...bila tiba2 EH bangun dan berlari keluar. Tak jadilah bagi.
Dihospital mak EH dalam keadaan koma. EH datang dan bertanya pada JH apa yg telah terjadi pada maknya. Kata JH, mak EH mengalami pendarahan dalam perut dan muntah darah. EH terkejut, kenapa mak dia muntah darah, sedangkan sebelum ini dia nampak elok sahaja. Jawab JH, pesakit barah hati memang ada muntah darah, dan kemungkinan juga mak EH sedang mengalami tekanan jiwa mengejut. KH yg ada disebelah diam saja mendengarnya. EH risau maknya masih koma, dia takut maknya tidak akan sedarkan diri. JH mahu KH melakukan pemindahan hati dgn secepat mungkin....secepatnya2 minggu depan...
IW yg sedang tidur, dikejutkan dgn tangisan anak EH. Cubanya ditutup mukanya dgn bantal....tapi anak EH tak henti2 menangis. Bangun dia....dilihatnya adik kembar EH sedang memujuk anak buah mereka supaya berhenti menangis. Bila budak berdua ni nampak IW, secepat kilat dia orang bangun dan berdiri.....(macam askar lak:lol)..... IW bertanya, kakak mereka belum talipon mereka lagi ke?.....jawab adik EH.....EH sudah pun menalipun tadi, dan meminta IW supaya tolong menjaga anaknya....meradang IW...dia lak yg kena jaga anak EH. IW pergi tgk Eo-Jin....adik kembar EH kata,..Eo-Jin dah buang air besar, kena tukar lampin dia......berkerut dahi IW.....bila kata tukar lampin.:lol
Dia pun cuba nak hidu...betul ke budak ni dah melepas......dia kemudian bertanya pada genius yg dua orang ni ....macam mana nak tukar lampin.?
Chikgu kecik pun ajarlah dia.....mula2 tanggalkan seluar, lepas tu buka lampinya dan bersihkan dia dgn tisu basah......bila dengar kena bersih dgn tisu basah.... terkejut IW. Bila dibuka lampin....bau harum semerbak menusuk kelubang hidung dia....sampai terpaksa lak tutup hidung dia. Mintanya tisu kat sikembar, lepas tu teragak2 lak nak bersihkan...sampaikan kena tegur dek sikembar supaya cepat bersih, kalau tak habis kaki Eo-Jin kena taik.
Meradang IW, katanya...."kamu nak buat ke?".... ..memang pun taik tu dah mula melekat kat kaki Eo-Jin. Sikembar pula bukan main lagi ....suruh lap betul2, sampai bersih semunya, ambikkan tisu, suruhnya IW beranikan diri.
Tersenyum puas IW bila dia dah bersihkan Eo-Jin(anak EH lelaki:bgrin. Lepas tu sikembarkan bagi lak lampin. Tengah ia2 seronok nak pakaikan lampin budak ni....tiba2 Eo-Jin pancutkan air dia kat muka IW.....:lol adik kembar EH ketawa je tgk.
EH menunggu maknya dihospital......dgn sedih dia meminta maknya bangun, sedangkan KH hanya memandang dari pintu....apa yg dia mahu supaya maknya tak bangun lagi...dia sekali2 tidak akan membenarkan hatinya diberi pada maknya...lebih baik maknya jgn bangun langsung.
Sedang KH duduk dibilik, termenung, atuknya masuk bertanyakan apakah penyakit yg dihidapi olih mak EH?....KH tidak memberitahu atuk apa penyakit mak EH. Atuk pengerusi mahu KH memberitahu mak EH, yg dia ingin berbincang mengenai EH. Dia ingin memberi peluang pada EH dan dia ingin menepati janjinya dalam pertaruhan dgn EH, lagipun EH bukan orangnya yg meminta ganjaran EH juga adik KH dan atuk juga mahu syarikat IW berjaya. IW begitu malang dalam kehidupan keluarganya, tetapi bertuah mempunyai pekerja saperti EH.
Es datang melawat IW dgn membawa sebakul buah2an. Pengurus kilang sedang mendukung Eo-Jin sementara IW membuatkan susu. Bila pengurus cuba memberikan pada Eo-Jin, dia tak mahu minun....IW pula mengambil Eo-Jin dan berkata pada pengurus...sudah ada 3 orang anak pun tak reti nak menyusukan budak?...Bagi susu kat budak sambil didukung....macam mana budak tu nak menyusu?...Pengurus lak kata,...mungkin Eo-Jin tak lapar...boleh jadi dia memgantuk......jawab IW.. tadi Eo-jin dah tidur. Pengurus suruh IW tidurkan Eo-Jin....cubalah IW nak tidurkan...tak betul lak pada padangan pengurus...katanya,..kalau gaya macam tu macam mana budak tu nak tidur?.....puaslah IW nak pujuk Eo-Jin...kata IW....lebih senang jdfi buruh binaan dari jadi camni....
Kat luar minah ES ni, terhegeh2 nak keluarkan bakul buah yg berat entah berapa kilo. Adik kembar EH yg sedang berlari bergurau senda, terlanggarlah minah ni. Marahnya ES, tanyanya sapa mereka berdua. Tanya nya lagi, kenapa mereka ada disitu?....jawab sikembar,..mereka tinggal disitu. Terkejut sakan dia ...... Masuk dia kedalam...dilihatnya 'mak Eo-Jin yg baru siap pakai kain cam EH tengah gendongkan Eo-Jin kat belakang, sambil nyanyikan lagu 3 ekor beruang. Melopong mulut ES, nasib baik tak masuk lalat....dipanggilnya IW.."Oppa!".......perlahan je IW berpaling....tgknya ES tengah tgk dia macam tak percaya apa yg dia lihat. |
|
|
|
|
|
|
|
kimmy nak tanya..baby yg EH jaga tu anak EH ngan saper..? byk missla citer ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
xde siapa tau siapa bapak anak dier.. sbb tunjuk2 dah EH bersalin smbil nyumpah2 bf dier sbb lari dgn pelayan restoran.. siap leh mintak doktor tolong cabutkan cincin tanda cinta dier ngan ex-bf tu lagi time tgh sakit2 nak bersalin tu..dier kata cincin tu bawak sial hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tupai_tupai at 19-4-2005 11:23 PM:
kimmy nak tanya..baby yg EH jaga tu anak EH ngan saper..? byk missla citer ni..
EH buat project dgn budak kampung dia:lol.......janji nak kahwin, tapi tak kahwin.......budak tu cabut lari dgn makwe pelayan yg cun dari dialol
Sebenarnya scene ni memang takde......EH sendiri beritahu doktor masa dia tengah sakit terlolong nak beranak....sempat lagilah suruh doktor tu tanggalkan cincin dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|