CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Dua Beradik Terkejut Tanah RM7 Juta Berpindah Milik Tanpa Pengetahuan-Siapa Tang

[Copy link]
Post time 9-9-2021 07:35 AM | Show all posts
Tanah Lot RM7 juta: Pembelian dilakukan secara 'suci hati' - Syarikat RMS
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Pembeli bagi sebuah lot tanah di Bukit Tunku, Syarikat RMS mendakwa membeli tanah berkenaan mengikut peraturan dan lunas undang-undang yang ditetapkan.

Peguam mewakili Syarikat RMS Muhammad Nor Izzat Nordin berkata, RMS ditawarkan hartanah terbabit oleh ejen hartanah dan seterusnya syarikat melantik peguam pada waktu itu untuk mewakili syarikat bagi berurusan dengan pihak peguam dilantik penjual.

"Susulan laporan akhbar yang dikeluarkan, pihak syarikat terpanggil untuk memberi penjelasan yang benar berkaitan pembelian tanah berkenaan.

"RMS ketika dalam proses berkenaan ditawarkan penjualan dari ejen hartanah pada September 2020 dan kemudian melantik 'serveyor' untuk membuat semakan carian di Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

"Pihak syarikat kemudian melantik peguam untuk urusan jual beli dan kemudian membuat permohonan pinjaman bank, anggaran nilai tanah berkenaan yang dinilai bank adalah RM4.4 juta katanya ketika ditemui, hari ini.

"Pada awal September lalu, pihak RMS juga sudah melawat tapak tanah berkenaan dan menghantar surat minat membeli (LOL) kepada penjual dan seterusnya melantik surveyor (juruukur).

"Peguam yang dilantik oleh pihak syarikat semasa pembelian tanah itu juga membuat carian dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan mendapati semua teratur.

"Sehingga kini bayaran berhubung pembelian tanah berkenaan juga sudah habis dibayar oleh pihak syarikat," katanya.

Katanya, susulan itu, wakil daripada syarikat RMS membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 6 September lalu kerana mengesyaki laporan polis yang dibuat penjual adalah palsu.

"Laporan polis itu memohon polis menyiasat kandungan laporan polis yang dibuat penjual yang disyaki kandungan berkenaan adalah palsu dan segala keterangan yang diberikan oleh pengadu mahupun wakil pengadu adalah palsu bagi tujuan menganiaya pihak syarikat.

"Siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan termasuk terhadap pengadu mengikut Kanun Keseksaan berdasarkan peruntukan yang sedia ada," katanya.

Pada 5 September lalu, akhbar ini melaporkan polis menahan lima individu termasuk peguam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dalam pindah milik tanah.

Ia susulan laporan polis yang dibuat dua beradik yang mendakwa tidak tahu dan tidak pernah berurusan untuk pertukaran hak milik tanah yang dianggarkan bernilai RM7 juta itu.

Bagaimanapun, kelima-limanya sudah dibebaskan selepas permohonan tambahan reman polis ditolak mahkamah.

Disiarkan pada: September 8, 2021 @ 7:25pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 07:40 AM | Show all posts
Tanah lot RM7 juta: Prosedur tukar hak milik ikut undang-undang
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Tiada sebarang kesalahan berkaitan prosedur pertukaran hak milik lot tanah dua beradik wanita di tengah ibu kota sebaliknya mereka sudah menandatangani borang untuk perserahan pindah milik.

Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Yassir Yahya berkata, hasil semakan yang dibuat mendapati hak milik tanah yang dimaksudkan sudah dibuat urusan pindah milik dari dua individu kepada sebuah syarikat pada awal Julai lalu.

"Tatacara dan prosedur urusan perserahan pindah milik berkenaan mematuhi semua peraturan dan perundangan tanah seperti yang ditetapkan di dalam Akta 828 Kanun Tanah Negara.

"Instrumen dan semua dokumen sokongan bagi urusan berkenaan sudah disemak dan didapati teratur serta memenuhi keperluan di bawah Division IV Kanun Tanah Negara (KTN)," katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas laporan Harian Metro yang mendedahkan lot tanah berharga lebih RM7 juta dipindah milik tanpa pengetahuan pemiliknya.

Mengulas lanjut, Muhammad Yassir berkata, borang 14A KTN bagi permohonan pindah milik juga didapati disempurnakan iaitu ditandatangani pemilik bersama dan disaksikan peguam selaras dengan keperluan Seksyen 211 KTN dan jadual kelima KTN.

"Selain itu, dokumen sokongan seperti salinan hak milik asal (geran asal), salinan kad pengenalan pemilik asal, salinan sijil pendaftaran syarikat dan sijil bayaran duti setem turut dikemukakan.

"Semakan pengesahan oleh Pendaftar di PTGKL melalui sistem eTanah yang diintegrasikan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati semua maklumat berkenaan adalah sah.

"Justeru, Pendaftar di PTGKL mendaftarkan pindah milik tanah berkenaan selepas berpuas hati ia 'fit-for-registration' selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 297 Kanun Tanah Negara," katanya.

Menurutnya, selepas terdapat aduan penipuan yang dibuat pemilik tanah berkenaan, PTGKL mendaftarkan 'Kaveat Pendaftar' mengikut Seksyen 320(1)(a) KTN bagi menghentikan sebarang permohonan urusan lanjut berkaitan tanah berkenaan.

"PTGKL akan menunggu hasil siasatan polis bagi menentukan pemilik tanah berkenaan.

"Semua dokumen dan instrumen berkaitan pindah milik sudah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan," katanya.

Berdasarkan carian di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mendapati pemilik asal tanah berkenaan juga sudah membayar duti setem kira-kira RM250,000 untuk tujuan pindah milik tanah berkenaan.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan polis menahan lima individu termasuk peguam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dalam pindah milik tanah.

Ia susulan laporan polis yang dibuat dua beradik di IPD Dang Wangi yang mendakwa tidak tahu dan tidak pernah berurusan untuk pertukaran hak milik tanah yang dianggarkan bernilai RM7 juta itu.

Bagaimanapun, kelima-limanya sudah dibebaskan selepas permohonan tambahan reman polis ditolak mahkamah.


Disiarkan pada: September 7, 2021 @ 4:23pm
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling banyak rasuah pejabat tanah negeri. Bila nak buat siasatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 07:54 AM | Show all posts
nuryakmal replied at 6-9-2021 03:52 PM
amboi. sapa sign MOT tu. pakai cap jari sapa

tgn ghaib tak yah cop cop jarii
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 08:10 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-9-2021 04:24 PM
tak logik org pejabat tanah tak kenal fraud dokumen apa, mesti ada kerja orang dalam ni juga ...

Kalau dah lawyer tu yg dah terer bab dokumen. Nak palsukan dokumen pun apa ssh nya sis. Perserahan kami sehari lebih 500 pindahmilik. Ckup geran ori sama, pelan dokumen duti setem semua kami teruskan je lah. kdg2 siap ada kebenaran kerajaan negeri lagi. takkan kami kene siasat setiap urusan pmt tu. kerja kami sebagai pendaftar bukan detect dokumen palsu atau tak. Yg lain I tak tahu kerja mcmne. But so far for me Alhamdullillah mintak dijauhkan benda2 mcmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 08:13 AM | Show all posts
annehuda replied at 7-9-2021 07:57 PM
I setuju dgn uols. My best friend ado bahagian hasil and daftar kt satu pjbt tanah ni. Mmg bukan s ...

yea. itu yg sbenarnya. Bila dah makan tahun tak bayar cukai. Nak mulakan notis semua baru kelam kabut time tu. Padahal apa yg kita buat semua ikot ktn. Tapi yg salah org pejabat tanah jugak. I tak ckp semua org ptg kerja ok. Tp jgn pukul rata.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2021 08:13 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 7-9-2021 11:37 PM
Ko DO ka?

Tak korup tak DO namanya.

Hahaha. Mungkin lah. Kerani kecik je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 9-9-2021 07:40 AM
Tanah lot RM7 juta: Prosedur tukar hak milik ikut undang-undang
Hafidzul Hilmi Mohd Noor



Merangkak padang masar la sape yg

ngutuk2 pejabat tanah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi edisi makan popcorn sambil tunggu the next scene ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
heywana replied at 9-9-2021 08:13 AM
yea. itu yg sbenarnya. Bila dah makan tahun tak bayar cukai. Nak mulakan notis semua baru kelam ka ...

Begitu lah rakyat biasa yang denial dan pemalas nak ambik cakna procedure dan KTN... padahal semua maklumat di hujung jari je.. semua boleh google or tanya direct kat PTG...

malu bertanya sesat jalan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 9-9-2021 10:40 AM
Dah jadi edisi makan popcorn sambil tunggu the next scene ni


Kheunssss.. takkanlah dua2 beradik amnesia dementia, frontal brain kecut dek dementia secara serentak.... kalo sorang yg sign pindah milik tu logik le  nak blame early penuaan

Ke diorg tak puas hati jual at market value rm4.4 mil, sbb nak claim rm 7 mil?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 04:54 PM | Show all posts
green~tea replied at 8-9-2021 09:27 PM
Dalam myasnb ada link utk register online.. so isi apa2 yang patut... then pre-register... then u  ...

nice! thanks yachhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 05:35 PM | Show all posts
Mengulas lanjut, Muhammad Yassir berkata, borang 14A KTN bagi permohonan pindah milik juga didapati disempurnakan iaitu ditandatangani pemilik bersama dan disaksikan peguam selaras dengan keperluan Seksyen 211 KTN dan jadual kelima KTN.

sahlah bukan kecuaian pjbt tanah, dah borg tu sign dpn lawyer. sape ke cakap yg owner tu duduk kt oversea? cer cek lawyer tu jadi saksi utk sape sbnrnye
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 05:47 PM | Show all posts
kwn aku kannn
ada cerita adik dia
masa tu baru masuk kerja pejabat tanah
sekali ada org offer RM200k
untuk tukar nama geran tanah
syukur lah kecut perut adik dia
tak buat pun
tapi tanah arwah atuk nenek aku kat kampung
ada 2 org claim kata ada geran ori
dgn nama2 asal yg dh tukar dgn nama2 diorg
sapa yg betul ntah
pelik aku pikir
wlu pun bukan hal aku

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
PTG ni kerja dia cuma semak dokumen teratur ikut prosedur, semua cukup dia potong nama owner lama masuk nama baru, klau la betul ada fraud macit2 ni pi la jumpa lawyer tu, kdg2 lawyer pun kaki kelentong. Klau lawyer tu xmo jumpa pi la ngadu kt bar council report ada hanky panky
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.678167 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list