kalau tengok prk sungai besar dan prk kuala kangsar
undi popular PAS di kedua dua PRK lebih banyak dari Pakatan Harapan yang ada Amanah, PKR , DAP dan disokong oleh mahathir masa tu
Ketika pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PKR memilih untuk berpihak pada calon Amanah yang didokong Pakatan Harapan (PH). Meskipun, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dibawa berkempen untuk calon-calon Amanah, Pakatan Harapan tewas teruk kepada Barisan Nasional (BN). Bukan itu sahaja, PAS juga mengatasi PH daripada sudut undi popular iaitu 12,492 berbanding 12,586. Keputusan PRK Sungai Besar:
BN (Umno): Budiman Mohd Zohdi, 16,800
Amanah: Azhar Abdul Shukur, 7,609
PAS: Dr Abd Rani Osman, 6,902 Keputusan PRK Kuala Kangsar:
BN: Datin Mastura Yazid, 12,653
PAS: Dr Najihatussalehah Ahmad, 5,684
Amanah: Dr Ahmad Termizi Ramli, 4,883
Bebas: Izat Bukhary Ismail Bukhary, 54 Satu kesimpulan matematik telah dibuat ketika itu di alam maya berdasarkan keputusan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Pakatan Rakyat = (DAP + PKR, 50%) + (PAS, 50%)
Pakatan Harapan (PKR + DAP + Amanah) + Tun Dr Mahathir = PAS Apa yang terbukti ketika itu ialah Amanah tidak membawa apa-apa nilai tambahan seperti yang diharapkan, malah ia membawa nilai negatif. Apa yang diperolehi PAS di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar boleh dikira sebagai undi bersih kekuatan PAS. Apa yang membezakan situasi ketika itu dengan situasi hari ini ialah, PPBM masih belum ditubuhkan. Andaikan PPBM ada, mampukah PPBM dapat membawa kemenangan kepada PH di Sungai Besar dan Kuala Kangsar? Jika Dr Mahathir yang turun berkempen untuk calon Amanah tidak dapat melakukannya, apakah adanya PPBM akan membawa apa-apa perbezaan? Untuk mengatasi BN, PPBM perlu membawa 4,596 undi di Sungai Besar dan 3,886 undi di Kuala Kangsar lari daripada Umno-BN barulah PH boleh memperolehi kemenangan dalam pertandingan 3 penjuru. Sejumlah 4,596 undi dan 3,886 undi melambangkan peralihan undi melebihi 10% daripada jumlah pungundi di Sungai Besar (42,837 pengundi) dan Kuala Kangsar (33,540). Ini 1 jumlah yang amat besar. Matematiknya mudah! Jika PPBM tidak dapat membawa undi yang diharapkan, maka calon-calonnya bersama Amanah dan PKR akan berkubur jika bertembung 3 penjuru dengan PAS dan Umno. Siapa di dalam PH yang yakin PPBM ada kemampuan itu? Sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan, Penasihat DAP Lim Kit Siang meramalkan Umno susah mempertahankan Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana kedua-dua kerusi yang dimenangi Umno dengan majoriti tipis di PRU13.
“Ini bermakna Amanah atau calon Pakatan Harapan mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut,” kata Kit Siang. Perang psikologi Kit Siang ketika itu mungkin bertujuan meningkatkan semangat para penyokong PH terhadap Amanah. Apapun, ia terbukti gagal. Malah ramalannya tersasar jauh apabila Umno berjaya meningkatkan majoritinya dengan mendadak.
|