CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lorra2411

(tvN - 2017) - Because This Is My First Life (Lee Min Ki, Jung So Min)

[Copy link]
Post time 30-11-2017 01:58 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 29-11-2017 05:41 PM
the best kiss scane episode 16..

auwwwwwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2017 04:20 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 3-12-2017 05:14 PM

Because This Is My First Life
Rating Keseluruhan Drama:  (9.0+8.5+8.0+2.5+4.5) =32.5/4=8.13)

Kritik Keseluruhan: "Sebuah naratif percintaan "Bilik 19" yang indah dan realistik serta harus difahami daripada konteks literalnya. Keabstrakannya tak terlalu merumitkan malah menjadikan plot ceritanya lebih menghiburkan kerana penuh dengan kemaknaan isinya dan dokongan pada isu-isu feminism dialami wanita. Tak sempurna tapi wajar untuk ditonton buat semua peminat Kdrama."

1. Cerita  (9.0/10)

Kehidupan rumah tangga tak selalunya indah belaka, ada didugai dengan berbagai ragam dan pancaroba. Ada yang berkahwin kerana cinta. Ada juga yang berkahwin kerana dijadikan sebagai teman hidup.

Drama tvN Because This My First Life membuka perspektif lebih terbuka tentang maksud perkahwinan yang seharusnya dimulai dengan cinta. Cinta mungkin berputik pertama kali sewaktu berkahwin, begitulah apa dapat dihayati melalui drama ini.

Nam Se Hee (Lee Min Ki) seorang  “nerd” yang eksentrik,  minat membela kucing, lebih mementingkan hal privasi diri, dan juga sukar untuk menunjukkan emosi  menjadikannya seorang yang agak anti-sosial di kalangan rakan-rakan sekerjanya. Satu hari, dia menjumpai seseorang yang begitu ngam dengan kehendak dan minatnya. Gadis yang periang dan berpendirian teguh itu dijadikan teman serumahnya sehinggalah dia mengambil keputusan untuk melamarnya menjadi isterinya. Ironinya, mereka tidak langsung mencintai antara satu sama lain walaupun duduk serumah. Malah, perkahwinan mereka dijadikan lampiran di atas satu kontrak seolah-olah mereka sekadar antara tuan rumah dan penyewa yang tinggal serumah bersama-sama. Bagaimana mereka akan melayari rumah tangga yang sememangnya perlu berdiri atas dasar cinta?

Se Hee berlari “menyelamatkan” Ji Ho daripada genggaman Bok Nam.

Di sinilah, drama tvN Because This My Life membawa kita menyedari bahawa kefahaman, toleransi dan kesungguhan membawa kepada cinta selepas berkahwin. Se Hee yang berpendirian tak mau hubungan mesra tapi sebagai teman serumah pada awalnya telah terbuka hati menerima “cinta” daripada isterinya, Yoon Ji Ho (Jung So Min) setelah beberapa kali usaha dilakukannya. Ji Ho mula meminati Se Hee kerana selalu muncul ketika dia dalam keadaan kesusahan dan harga diri yang rendah. Contohnya, sewaktu dia dikecewakan lelaki yang disukainya, Se Hee datang  menghiburkan hatinya dengan kata-kata pujangga. Sewaktu Ji Ho hampir-hampir diperkosa sehingga menyebabkannya hilang pekerjaan, Se Hee menawarkannya duduk serumah dengan ikatan perkahwinan. Sewaktu Ji Ho hampir diserang, Se Hee menerpa dan menyelamatkannya.Perlakuan Se Hee yang dikatakan bukan dilahirkan kerana cinta ini  telah membuatkan Ji Ho semakin lama semakin mencintai Se Hee dengan sepenuh hati.

Ji Ho memberitahu kawan-kawannya bahawa dia mencintai Se Hee, impian yang dia cari selama ini.

Se Hee gembira bukan kepalang apabila Ji Ho datang menemuinya.

Antara perkara penting dalam sebuah perkahwinan ialah kefahaman dan toleransi. Se Hee dan Ji Ho sudah pun menyelami hati budi dan minat masing-masing sebelum mereka melangkah ke fasa perkahwinan.  Se Hee mahu Ji Ho menghormati kehendaknya selaku tuan rumah dan sebagai ganti, Ji Ho boleh menduduki rumah itu bersama sebagai isteri yang sah dari segi undang-undang. Ji Ho menyedari sifat eksentrik suaminya dengan kata-katanya kadang-kadang menyakitkan hati, tapi dia bersabar dan menerimanya seadanya. Pada mulanya, Se Hee meletakkan benteng untuk mengelakkan mereka bermesra tak lebih daripada teman serumah dengan menyatakan dia tak selesa. Ji Ho terpaksa menerimanya tapi dalam masa yang sama juga menunjukkan protesnya. Ji Ho  buat endah tak endah apabila diajukan tentang hubungannya dengan seorang lelaki. Sifat ingin tahu Se Hee tentang hubungan Ji Ho dan Bok Nam (Kim Min Kyu) telah membuatkannya mula berwaspada dan mengambil berat tentang hidup Ji Ho di luar. Se Hee berlari-lari “menyelamatkan” Ji Ho daripada diserang Bok Nam. Situasi yang tak terjangka daripada Se Hee ini telah menyebabkan Ji Ho jatuh cinta terhadap suaminya dan diakui sendiri kepada kawan-kawan rapatnya. Kali ini, mereka mula berlapang dada dan menceritakan tentang hal peribadi sendiri.

Se Hee dangn rakus memulakan langkah mengucupi Ji Ho.

Se Hee dan Ji Ho ber’dating’ buat pertama kali.

Tapi, ia belum cukup lagi kerana hanya Ji Ho saja mencintai suaminya. Seperti seorang pemain pertahanan (defender) , Ji Ho merasakan dia perlu jadi pemain penyerang (striker). Ji Ho memaksa Se Hee yang begitu takjub dengan peraturan hidup, melakukan jua apa dia telah buat selama ini tanpa kerelaan sendiri. Se Hee bersetuju dan pergi menemui ibubapa Ji Ho, membantu menyiapkan kimchi. Se Hee kekalutan kerana dia tak pernah melakukan kerja-kerja berat selama ini tapi dia gembira kerana dapat menyiapkan “tugasan” mesti ditunaikan. Lagi-lagi, kehadiran Ji Ho di saat-saat terakhir membuatkan Se Hee terus tersenyum kegirangan. Kali ini, Se Hee dulu memulakan langkah mengucupi Ji Ho. Ji Ho tersedar bahawa Se Hee juga sudah mula mencintai dirinya. Kesungguhan ini telah memikat hati suaminya yang membatu dan buat hal sendiri berubah kepada seorang yang mula bertimbang rasa dan memikirkan perasaan orang lain.

Se Hee mengajak Ji Ho tidur bersama untuk pertama kali.

tvN Because This is My Life tak henti daripada itu saja. Se Hee mula belajar macammana untuk “berdating” dan memikat surihatinya pula. Tambahan  mengejutkan apabila Se Hee yang selalu menguncikan pintu biliknya datang tiba-tiba ke bilik Ji Ho menawarkannya untuk tidur bersama.  

Drama ini tak perlu plot yang "straight-to-the-point" kerana ia sentiasa meninggalkan ruangan untuk penonton berfikir sejenak. Tapi dalam menyampaikan keabstrakannya, kadang-kadang boleh buat penonton tersingkap kerana pentingnya sesuatu mesej itu difahami secara literal. "Bilik 19" merupakan satu tema yang sangat kuat untuk penonton memikirkan: adakah hanya tinggal di bilik 19 sudah memadai, atau perlukah untuk melakukan perubahan keluar dari ruang keselesaan bilik tersebut? Berbagai intepretasi boleh dicapai menerusi maksud literal bilik 19 ini. Apapun, mesejnya jelas sesuatu perubahan perlu dilakukan untuk memastikan impian tercapai akhirnya.

Penulis skrip ini pandai memperjuangkan isu-isu semasa feminism dalam kerangka penulisannya sendiri. Penulis menggerakkan "heroin" untuk memperjuangkan haknya sebagai isteri dan juga wanita daripada dikongkong sepenuhnya oleh lelaki. Contohnya, perkahwinannya dengan Se Hee asalnya tak berlandaskan atas cinta, tetapi persetujuan mereka kerana minat dan tujuan yang sama. Tak berkonsepkan patriaki yang mana keseluruhan keputusan hanya pada lelaki saja, Ji Ho berjaya membawa perkahwinannya dalam dasar dan toleransi bersama yang mana haknya sebagai isteri tetap terbela. Di akhir cerita, masalah utama yang membarah dalam kehidupan rumah tangga mereka, apabila Ji Ho tetap dengan pendiriannya mahu melihatkan Se Hee menunjukkan emosi di hadapannya. "Ugutan" manja yang dilakukannya berhasil apabila Se Hee secara terbuka meluahkan rasa rindu, kecewanya dan marahnya pada tindakan Ji Ho yang tegas menuntut penceraian sebelum ini.

Satu adegan yang saya rasa agak kuat sewaktu Se Hee yang terlalu rindukan Ji Ho, menyangka Ji Ho datang ke dalam mimpinya dan tidur bersebelahan dengannya. Se Hee meluahkan segala perasaan rindunya terhadap Ji Ho sambil air matanya mengalir pertama kali di hadapan isterinya. Adegan yang tak perlukan penjelasan lanjut,kerana dari sinilah, matlamat Ji Ho melihat Se Hee menangis akhirnya tercapai.

Drama ini tak memfokuskan cinta antara Se Hee dan Ji Ho saja, tetapi cinta antara kawan antara mereka. Mesejnya tetap lebih kurang sama, apabila bercinta, perlu lah atas dasar toleransi dan memahami antara satu sama lain. Jelas, mengawal perhubungan tidak menjamin kebahagiaan.

                                      
2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)

Perwatakan yang menarik tapi yang saya akan ulas hanya tiga aktor ini saja.

Yoon Ji Hoo - Jung So Min [Best Actress]
Ji Ho seorang yang tampak naif , 'introvert' dan suka menuruti kehendak / perintah orang lebih dominan daripadanya. Tapi pada suatu masa, beliau juga seorang yang tegas dalam memastikan hak dan impiannya tercapai. Jung So Min berjaya menampilkan "Yoon Ji Hoo" daripada olahannya tersendiri, sesuatu yang lain kebiasaannya untuk watak heroin yang agak "outspoken" dalam drama korea sebelum ini. Tidak perlu terpekik merajuk, hanya emosi secara "subtle" saja sudah mampu menggerakkan hati penonton tentang apa yang Ji Ho mahu laksanakan.


Lee Min Ki - Nam Se Hee [Best Actor]
Nam Se Hee (Lee Min Ki) seorang  “nerd” yang eksentrik,  minat membela kucing, lebih mementingkan hal privasi diri, dan juga sukar untuk menunjukkan emosi  menjadikannya seorang yang agak anti-sosial di kalangan rakan-rakan sekerjanya. Satu lakonan yang agak baik kerana tak perlu banyak bicara, sudah memadai untuk kita memahaminya!


Esom  - Soo Ji [Best Supporting Actress]
Esom bagi saya, lakonannya lebih kompleks dan menyerlah ketrampilannya berbanding Lee Min Ki dan Jung So Min. Soo Ji, seorang yang alami dilema kerana terpaksa menahan gangguan seksual dan cemuhan oleh rakan-rakan sekerja yang majoritinya lelaki. Bertemu dengan lelaki yang sangat kontra dengan dirinya dan juga lelaki dia biasa ketemui selama ini, Soo Ji terbuka hati menerima "cinta" yang semenangnya dianggapnya sebagai satu permainan saja sebelum ini. Soo Ji sudah mula melawan dan memperjuangkan haknya. Lakonan yang "independent" , tegas dan hebat menjadikan watak Soo Ji sesuatu watak yang agak sukar untuk dilupai!

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.0/10)
Perjalanan "slice-of-life" yang agak menarik dibantu teknik pengarahan mendalamkan lagi maksudnya seharusnya boleh dipuji keberkesanannya. Cuma, jika boleh dipelbagaikan penggunaan kamera dan suntingan untuk pemantapan plot cerita, akan menjadikan cerita ini lebih masyuk. Terlalu banyak "naik-turun" kadang-kadang boleh buatkan penonton terasa bosan.

4. Skor muzik (2.5/5)

Kebanyakan OSTnya tak terlalu catchy tetapi mendamaikan.
Lagu yang feveret dan sangat sesuai dengan team drama, lagu jazz di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=VmZ4APS9xfk

Melomance - I Want To Love




5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)
Wajar untuk ditonton.

Rating Keseluruhan Drama:  (9.0+8.5+8.0+2.5+4.5) =32.5/4=8.13)
Nomination: Eosom, Lee Min Ki, Jung So Min

@ismaha @eddlisa_uyuk    @isabel tacang

Jemput baca:
@masdiana-ana @wima @atira @Aja @qis13 @santubung @idakamaruddin @pauliza
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 04:23 PM | Show all posts

lama kau tak anto rebiu
anto ler utk drama ni plak
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 05:08 PM | Show all posts
dauswq replied at 3-12-2017 04:20 PM
Because This Is My First Life
Rating Keseluruhan Drama:  (9.0+8.5+8.0+2.5+4.5) =32.5/4=8.13)

satu review yg mantap daus...aku nk htr review aku juga tapi tunggu review ko dulu...byk ko ulas pasal room 19...

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 05:16 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 3-12-2017 05:08 PM
satu review yg mantap daus...aku nk htr review aku juga tapi tunggu review ko dulu...byk ko ulas p ...

terlampau rajin lak wat rebiu panjang lebar gini
sat lagi nak wat witch court plak, tp pendek jek la kot
sekadar utk nominasi lead actress saje..

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 05:19 PM | Show all posts
dauswq replied at 3-12-2017 05:16 PM
terlampau rajin lak wat rebiu panjang lebar gini  
sat lagi nak wat witch court plak, tp p ...

ok...nanti aku baca yg witch court plk.. yg drama cina bukit tue ko tak nk buat review ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
masdiana-ana replied at 3-12-2017 05:19 PM
ok...nanti aku baca yg witch court plk.. yg drama cina bukit tue ko tak nk buat review ke...
...

Aku tak tgk smpi abis, terhenti episod 8(16) lagi jadi tak eligible. yg tu aku serahkan pd @runaway_dida
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 03:26 PM | Show all posts
cite ni lawak sbb hero dia muka keras

tp hero nye x hensem hahahah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 04:02 PM | Show all posts
dauswq replied at 3-12-2017 04:20 PM
Because This Is My First Life
Rating Keseluruhan Drama:  (9.0+8.5+8.0+2.5+4.5) =32.5/4=8.13)

amboii review mcm dh lama kawen kahkahkahkah


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 05:21 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 6-12-2017 04:02 PM
amboii review mcm dh lama kawen kahkahkahkah

mane kau tau begitu yakin igt aku bujang? entah2 dah kahwin kah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 05:22 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 6-12-2017 03:26 PM
cite ni lawak sbb hero dia muka keras

tp hero nye x hensem hahahah

badan pun rangka je kan, rasenye klu tolak pun leh jatuh ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 3-12-2017 04:20 PM
Because This Is My First Life
Rating Keseluruhan Drama:  (9.0+8.5+8.0+2.5+4.5) =32.5/4=8.13)


terbaik uols. berbunga2 hati membacanye
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
X leh move on lg dgn citer ni. X tau la nape suka sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 09:55 AM | Show all posts
dauswq replied at 6-12-2017 05:22 PM
badan pun rangka je kan, rasenye klu tolak pun leh jatuh ni

lawak gila kt ep 9 yg se hee buat lawak masa ckp kt ji ho kucing dia balik sendiri naik taxi

byk scene lawak melibatkan ekspresi muka se hee..tak larat aku gelak mengekek2

scene dia main kiub pastu muka dia puas dpt settle kan kiub tu pastu scene ma sang goo bgtau bok nam x salah muka se hee berubah tu lawak nye laaa

scene dia elak x nk langgar motor bok nam smpai berguling2 tu pn lawak ya ampunnnn


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 04:33 PM | Show all posts
Edited by masdiana-ana at 8-12-2017 06:35 PM

BECAUSE THIS IS MY FIRST LIFE

Rating Keseluruhan Drama: (9.6+10+8.7+4+5) =37.3

Kritikan Keseluruhan:DRAMA BERGENREKAN ROM-COM YGMENGHIBURKAN DENGAN AKSI DAN KAREKTER BERSAHAJA WATAK HERO DAN HEROIN DISAMPINGDISULAMI DGN KISAH2 KEHIDUPAN 3 SEKAWAN .





   1. Cerita  (9.6/10)

Ini kali ke dua aku menonton drama daripada penulis ini..sebelum ini drama daripada penulis antara drama fav rom com aku iaitu hogu love .jika peminat drama2 daripada penulis ini kebanyakkan isu yg diketengahkan daripada penulis ini adalah isu2 berkaitan wanita.Disebalik drama yg berkonsepkan humur dan rom com penulis ini menyelitkan isu2 seperti gangguan seksual ditempat kerja kepada watak2 wanita seperti ji ho dan soo ji .isu ini juga penulis ini pernah selitkan dlm drama hogu love.
Walaupun wujud persamaan drama ini dgn drama jpanse my married is job tapi persamaannya sangat kecil. Penulis ini bijak membawakan penonton menyelami kehidupan watak ji hoo dan dua rakan baiknya.Perkara yang aku suka mengenai drama ini ia membawakan narrator  iaitu watak ji hoo memberitahu kisah hidup dan luahan hatinya dlm drama ini.. aku memang minat drama2 yg disertakan dgn narrator kepada watak seperti contoh drama series Hollywood desperate housewives .

Sedikit sinopsip drama ini mengisahkan jihoo seorg penulis sambilan yang mengikat kontrak perkahwinan dgn see hee seorg lelaki yang dikenali oleh kwn 2 sekerjanya robot yang tidak mempunyai perasaan

Ending drama ini juga sangat memuaskanhati.. Happy ending untuk semua watak..

DRAMA INI JUGA ADA BANYAK QUOTES YANG AKU RASA AGAK MENARIK UNTUK DIKONGSI SEPERTI:


   


   


dan my fav qoutes atau diolog dlm drama nie..ROOM 19...setiap seorg daripada kita memiliki bilk 19.Room 19 nie diumpamakan mcm ruang yang kita tak mahu kongsi kan dgn orang lain.mcm watak see hee akhirnya dia dah buka pintu bilik 19 dia untuk ji hoo masuki yg selama ini dia tutup untuk org lain





2.    Keberkesanan Lakonan (10/10)



( percalonan Best Actor)
LEE MIN KI ( SEE HEE )





Karekter see hee seorg permuda jurusan IT yg memiliki personality yang dingin dan seorg yang  sukar untuk meluahkan emosinya kepada org lain dibawakan dgn berkesan oleh lee min ki..Karekter ini walaupun dingin tapi masih terselit unsur2 lawak yang bersahaja.jika kita melihat lakonan lee min ki dlm movie monster tentu kita tak menyangka actor ini adalah org yang sama yang membawakan watak see hee

Percalonan Best Actress

JUNG SO MIN( JIN HO)


Sebelum ini aku pernah tgk son min dlm drama2 seperti playfull kiss,D-DAY,cant we get married boleh dirumuskan son min antara actress yg sangat pandai mencipta chemistry dengan mana2 actor yg digandingkan bersamanya..Jadi tidak hairan chemisry so min dgn lee min ki sangat menjadi..antara fav couple aku dlm drama untuk tahun ini.So min juga berjaya membawa dgn berkesan watak si gadis naif tetapi bijak dan mempunyai cita2 yang tinggi dlm hidup.ji ho yang bijak dan sangat terbuka dlm soal emosi dlm dirinya hingga berjaya mencuri hati see hee .Boleh aku rumuskan jung so min bakal menjadi queen rom -com dlm kdrama jika dia kekalkan tahad lakonan dan bijak memilih watak..



Best Supporting Actor
esom( soo ji )

karekter soo ji yang lasak,tegas dan bercita2 tinggi untuk menjadi CEO di sebuah syarikat dibawakan dgn berkesan oleh esom.Sapa boleh lupa scane so ji melawan perkerja lelaki yang mengambil kesempatan ke atas dirinya.. soo ji telah tunjukkan girl power dan wanita tidak mudah dipandang rendah oleh lelaki.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (8.7/10)

PERCALONAN BEST DIRECTOR

PARK JOON HWA
Dari aspek pengarahan aku suka dgn pengarahan drama ini dia bijak mencari sudut kamera yang memaparkan riak muka dan emosi perlakon2.Salah satu scane di pantai kiss antara watak see hee dan ji hoo sangat cantik visualnya berlatarbelakangkan pantai yang memberikan mood romance kepada penonton.

4.   Skor muzik (4/5)

Skor muzik ost yang sangat sesuai.. musik ost drama ini agak santai ia agak sesuai memberikan mood rom-com drama kepada penonton.Antara Fav OST drama ini adalah daripada moon moon





5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)  
  
Sudah tentu ..RECOMMED DRAMA untuk peminat-peminat ROM-COM drama .dijamin pasti puas hati..




Rating Keseluruhan Drama:   (9.6+10+8.7+4+5) =37.3
                                                              
Nomination:LEE MIN KI ( BEST ACTOR )
                        JUNG SO MIN ( BEST ACTRESS )
                       ESOM ( BEST SUPPORTING ACTOR )
                      PARK JOON HWA ( BEST DIRECTOR )
                     


@dauswq  @ismaha  nak tacang...















Comments

Pencalonan : Jung So Min [Best Actress] , Lee Min Ki [Best Actor] , Esom [Best Supporting Actress]  Post time 10-12-2017 12:47 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2017 08:20 PM | Show all posts
first 8 episode quite slow. sampai tertido tengok lol. tapi dah masuk 9 epi, start jadi laju & unexpectable. serius sae hee ni kelakar and nerd. ending as expected. happy ending forever.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2017 12:49 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 8-12-2017 04:33 PM
BECAUSE THIS IS MY FIRST LIFE
Rating Keseluruhan Drama:  (9.6+10+8.7+4+5) =37.3
Kritikan Keseluruh ...

banyak review drama ni dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 12:52 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 8-12-2017 09:55 AM
lawak gila kt ep 9 yg se hee buat lawak masa ckp kt ji ho kucing dia balik sendiri naik taxi

by ...

byk gak scene menarik psl se hee..

tp dekat2 ending tu, mcm sedikit bosan spt aku tulis dlm rebiu tu..
tp still capai the target..
bg aku writer ni dh buat terbaik

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 01:25 PM | Show all posts
dauswq replied at 10-12-2017 12:49 AM
banyak review drama ni dapat...

ada harapanlah dpt top 5 tahun nie...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 01:38 PM | Show all posts
aku jer ke rasa lee min ki nie hemsem.. dia mcm iras2 actor2 jpanase skit..masa lee min ki nie muda memang ada virsual bad boys sangat ..
lg2 masa dia berlakon filem monster dgn boy flowers band ..walaupun dua2 tue watak dia mati..


  

bila dah masuk 30 an.. nampak virsual mcm family man plk...






  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.648077 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list